You are on page 1of 11

POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Dasar-Dasar Pemerintahan Isalam Di Malaysia : Diantara Teori Dan Realiti Dari Aspek :

Sumber Pemerintahan
Sistem pemerintahan Islam adalah sebuah sistem yang lain sama sekali dengan sistem
sistem pemerintahan yang ada di dunia. Baik dari aspek asas yang menjadi landasan
berdirinya, pemikiran, pemahaman, standar serta hukum-hukum yang dipergunakan untuk
melayani kepentingan umat, maupun dari aspek undang-undang dasar serta undang-undang
yang diberlakukannya, ataupun dari aspek bentuk yang menggambarkan wujud negara tadi,
maupun hal-hal yang menjadikannya perbezaan sama sekali dari seluruh bentuk pemerintahan
yang ada di dunia ini.

Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk monarchi. Bahkan, Islam tidak mengakui
sistem monarchi, maupun yang sejenis dengan sistem monarchi. Kalau sistem monarchi,
pemerintahannya menerapkan sistem waris (putra mahkota), dimana singgasana kerajaan akan
diwarisi oleh seorang putra mahkota dari orang tuanya, seperti kalau mereka mewariskan harta
warisan. Sedangkan sistem pemerintahan Islam tidak mengenal sistem waris. Namun,
pemerintahan akan dipegang oleh orang yang dibai'at oleh umat dengan penuh ridla dan bebas
memilih.

Sistem monarchi telah memberikan hak tertentu serta hak-hak istimewa khusus untuk
raja saja, yang tidak akan bisa dimiliki oleh yang lain. Sistem ini juga telah menjadikan raja di
atas undang-undang, dimana secara pribadi memiliki kekebalan hukum. Dan kadangkala raja
hanya simbol bagi umat, dan tidak memiliki kekuasaan apa-apa, sebagaimana raja-raja di
Eropah. Atau kadangkala menjadi raja dan sekaligus berkuasa penuh, bahkan menjadi sumber
hukum. Dimana raja bebas mengendalikan negeri dan rakyatnya dengan sesuka hatinya,
sebagaimana raja di Saudi, Maroko, dan Yordania.

Lain halnya dengan sistem Islam, sistem Islam tidak pernah memberikan kekhususan
kepada khalifah atau imam dalam bentuk hak-hak istimewa atau hak-hak khusus. Khalifah tidak
memiliki hak, selain hak yang sama dengan hak rakyat biasa. Khalifah juga bukan hanya
sebuah simbol bagi umat yang menjadi khalifah namun tidak memiliki kekuasaan apa-apa.
Disamping khalifah juga bukan sebuah simbol yang berkuasa dan membolehkan memerintah
serta mengendalikan negara beserta rakyatnya dengan sesuka hatinya. Namun, khalifah adalah
wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan, yang mereka pilih dan mereka bai'at
dengan penuh redha agar menerapkan syari'at Allah atas diri mereka. Sehingga khalifah juga
tetap harus terikat dengan hukum-hukum Islam dalam semua tindakan, hukum serta
pelayanannya terhadap kepentingan umat. Disamping itu, dalam pemerintahan Islam tidak
mengenal wilayatul ahdi (putra mahkota). Justru Islam menolak adanya putra mahkota, bahkan
Islam juga menolak mengambil pemerintahan dengan cara waris. Islam telah menentukan cara
mengambil pemerintahan yaitu dengan bai'at dari umat kepada khalifah atau imam, dengan
penuh ridla dan bebas memilih.

Para ilmuwan Muslim membahaskan masalah ini dengan panjang lebar. Ada
berpendapat menyatakan Islam tiada sama dengan demokrasi, ada juga yang berpendapat ia
adalah sama dengan demokrasi. Ada berpendapat, di sana ada persamaan dan juga
perbezaan.Fahmi Huwaidi dalam bukunya al-Islam wa al-Dimuqratiyah menjelaskan bahawa
dua keadaan yang menjadi kesalahan besar kepada Islam iaitu ketika seseorang yang
menyatakan Islam sama dengan demokrasi dan ketika ia menyatakan Islam menentang
demokrasi. Sesungguhnya perkara ini memerlukan kepada kebebasan dan penjelasan yang
mendalam.

1
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Dr. Dyiauddin al-Ris dalam bukunya yang bertajuk Nazariah al-Siyasah al-Islamiah
menyebut:

Kalimat “bangsa” atau “rakyat” dalam sistem demokrasi hanya terhad dalam rakyat negara
tërsebut atau dikenali sebagai “Nasionalisme”.. Bangsa tersebut dibatasi oleh sempadan
geografi, yang hidup dalam satu iklim di mana individu-individu di dalamnya terikat oleh ikatan
darah, jenis, bahasa dan kebudayaan. Menurut Islam, “umat” tidak harus terikat oleh sesuatu
tempat, darah atau bahasa tetapi terikat dalam bentuk akidah.

Matlamatnya adalah untuk material semata-mata manakala Islam meliputi kerohanian


dan kebendaan dengan memberi semua keperluan tersebut secara seimbang.

Menurut demokrasi Barat, kekuasaan rakyat adalah secara mutlak. Umat adalah
pemegang kekuasaan tertinggi. Umat boleh membuat dan membatalkan undang-undang dan
segala keputusan meskipun keputusan itu bertentangan dengan norma-norma susila atau
bertentangan dengan kepentingan manusia secara keseluruhan. Perkara ini berbeza dengan
Islam yang mana kekuasaan itu tertakluk kcpada undang-undang Islam.Umat tidak boleh
bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan dalam ajaran Islam.

Beliau juga menjelaskan bahawa Islam tidak dapat disamakan dengan sistem-sistem
yang lain sama ada faham autokrasi, teokrasi dan demokrasi dengan pengertian yang sempit.
Ini disebabkan kekuasaan tertinggi dalam Islam sangat utuh dan mantap yang berpadu kepada
umat dan syariat Islam. Oleh itu, umat dan syariat merupakan pemegang kekuasaan penuh
dalam negara Islam.

Meskipun demokrasi Barat memiliki kelebihan-kelebihan, tetapi ia tidak memiliki


sebarang prinsip yang membatasinya atau nilai-nilai yang menjadi landasan kehidupannya
seperti kebebasan mutlak, digunakan untuk membela kepentingan sesetengah kelompok yang
kuat dan meruntuhkan nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai murni demokrasi itu sendiri. Apabila
perkara ini terjadi, maka sistem demokrasi yang digambarkan sebagai terbaik menjadi lebih
kejam daripada kediktatoran.

Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan
memerintah dan mengatur urusan mereka.Dengan cara itu rakyat terhindar daripada memilih
seorang pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan dari sistem yang menindas mereka.
Demokrasi boleh difahami sebagai satu sistem yng mempunyai undang-undang berprosedur
yang mengkhususkan siapa yang berwibawa untuk membuat sesuatu keputusan secara kolektif
dan melalui prosedur apakah yang harus digunakan untuk membut keputusan.Demokrasi
mengandungi prosedur-prosedur demi untuk mencapai keputusan secara kolektif dalam
suasana menjamin penyertaan secara maksima yang boleh tercapai bagi mereka yang
berkepentingan,termasuklah kepentingan ini ialah :

i. kepentingan hak untuk samarata

ii. kepentingan golongan majoriti yang memerintah dan jaminan kepada hak minoriti. Ini adalah
untuk memastikan keputusan kolektif dipersetujui oleh sebilangan suara yang secukupnya
untuk membuat keputusan tersebut.

iii. Prinsip undang-undang

iv. Jaminan berpelembagaan untuk kebebasan berkumpul dan luahan pendapat dan hak-hak
kebebasan lain-lain yang akan membantu menjamin siapa yang akan membuat keputusan atau
dipilih untuk buat keputusan supaya boleh memilih dari pilihan-pilihan yang terbaik.

2
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Demokrasi sebenarnya cara atau metode bagi menghalang sokongan yang memerintah
untuk terus menerus menyesuaikan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan matlamatnya
sahaja. Atau dengan kata yang berbeza sedikit, politik demokrasi moden ialah pemerintah di
mana pemerintah dipertanggungjawabkan dalam tindakan mereka dihadapan orang awam dari
rakyat jelata yang bertindak secara tidak langsung melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam
satu suasana persaingan dan permuafakatan.

Bagi pemikir-pemikir politik Islam yang utama, definisi sedemikian yang difahami dari
demokrasi adalah amat sesuai dengan nilai-nilai syura yang diamalkan dalam ajaran Islam.
Walaupun demikian ada di kalangan pemikir Islam menganggap dengan penuh keyakinan
demokrasi tidak sesuai dengan Islam. Demokrasi juga bermaksud kuasa politik dan segala hak
politik diserahkan kepada rakyat. Demokrasi juga bukan sahaja bentuk kerajaan tetapi juga satu
bentuk masyarakat. Namun ada sebahagian pemikir Islam mendesak supaya umat Islam tidak
berfikir secara dikatomi demokrasi mahupun diktator sahaja tanpa melihat elemen-elemen Islam
seperti syura, keadilan, persamaan yang lebih lengkap dan mantap sifatnya dalam ajaran Islam.

Seharusnya difahami bahawa demokrasi mutlak adalah idealisme yang tidak mungkin
tercapai sepenuhnya. Bahkan demokrasi terkenal dengan sikap menabur dan mengkhianati
janji. Berlakunya jurang antara demokrasi yang ideal sebagaimana ianya difahami dengan
kenyataan yang berlaku dalam suasana demokrasi hari ini. Janji yang tidak ditunaikan hari ini
terbantut dengan wujudnya realiti-realiti seperti survival politik, kewujudan elitis politik,
kepentingan tertentu atas nama perwakilan rakyat, kurangnya penyertaan rakyat dan kegagalan
mendidik orang ramai tentang demokrasi dan hak mereka. Di samping itu, kita melihat Barat
cuba menafikan kemenangan beberapa parti politik yang dikatakan Islam seperti parti Refah,
FIS dan Nahdah di atas pentas demokrasi. Ini menambahkan lagi kecurigaan terhadap
demokrasi. Fenomena inilah yang berlaku di dalam Malaysia. Di mana rakyat tidak mengambil
penyertaan terhadap perwakilan tonggak pemerintahan.

Ramai penganalisis yang menganggap Malaysia sebagai sebuah ‘rejim kacukan’ yang
tidak autoktratik tetapi tidak juga demokratik. Ia memiliki keperluan luaran sebagai sebuah
negara demokrasi, namum ia juga mempunyai peraturan-peraturan drakonian yang membatasi
pembangkangan dan yang memberi kuasa yang sangat luas kepada eksekutif. Hujah pimpinan
Umno dalam mempertahankan pembatasan demokrasi iaitu:

i. sensitiviti isu-isu etnik yang jika tidak dikawal perdebatan awam tentangannya akan
memudaratkan kestabilan sosial

ii. keutamaan meningkatkan taraf hidup rakyat

iii. perlu disesuaikan amalan demokrsi dengan pengalaman sejarah dan suasana objektif
tempatan.

Bagi Lim Kit Siang, pemerintahan Mahathir telah menyekat kebebasan dan Mahathir
tidak bersedia untuk berbuat demikian.Jauh daripada memperkenalkan pembaharuan politik
dan demokratik, malah melakukan keterlaluan-keterlaluan yang melampau dalam
pemerintahannya seperti penghinaan terhadap Yang Dipertun Agung, perlembangaan dan
parlimen, penangkapan dan pendakwaan pemimpin pembangkang, tiada kebebasan akhbar
dan media, kegunaan kuasa polis secara besar-besaran dan pencabulan sistem kehakiman.
Bagi Tun Suffian, trend autoritarian bukan sahaja menular dalam kerajaan tetapi dalam Umno
juga. Ada juga melihat Malaysia sebagai 'semi -demokrasi'.

3
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Bagi Mahathir, pengamalan demokrasi di Malaysia mengikut acuannya sendiri.


Walaupun ia mengamalkan demokrasi tetapi dalam beberapa hal, ia tidak sama dengan
demokrasi Barat yng memberi kebebasan mutlak seratus peratus kepada rakyat sehingga boleh
melakukan apa saja atas nama demokrasi. Mahathir Mohamad dalam Konvesyen UMNO
sempena ulangtahun yang ke 50 (11 Mei 1996) menjelaskan : “ ramai yang kononnya
menerima demokrasi sebagai sistem politik tetapi kerana tidak faham apa ianya demokrasi,
mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperolehi manfaat. Harus diingat
juga bahawa demokrasi bukan agama Tuhan. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah
tentu ia jauh daripada sempurna. Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi
tidak cacat dan menanggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan
atau mengubahnya.Mereka menciptakan slogan Vox populi, vox Dei iaitu suara ramai adalah
suara Tuhan. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna,
bahkan ia penuh dengan kecacatan dan yang boleh membinasakan pengamalnya dan
menjadikan mereka mangsa kezaliman sistem demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada
kezaliman sistem feudal atau pun sistem diktator.”

Dalam Perasmian Perhimpunan Agung UMNO tahun 1997, Mahathir Mohamad sekali
lagi menjelaskan : “ Malaysia berjaya juga menggunakan sistem demokrasi, memilih kerajaan
dan mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tetapi hanya dengan ini sahaja tidak menjamin
kita akan maju. Untuk mencapai kemajuan kita perlu ada ide-ide yang baik, pendekatan yang
boleh menjayakan ide-ide berkenaan dan pengurus-pengurus yang berkebolehan.Majunya
negara kita, terlaksananya rancangan-rancangan kita bermakna faktor-faktor ini ada pada kita.”

Bagi Mahathir, kejayaan sesebuah negara bukan bergantung kepada sistem demokrasi
sahaja tetapi adalah ide-ide, wawasan, perancangan yang rapi dan pengurus yang terbaik
dalam melaksanakan pembangunan negara.Menurutnya, demokrasi mesti disesuai dan
diselaraskan dengan keadaan setiap negara dan budayanya. Beliau istilahkan sebagai
‘Demokrsi Asia’, ‘Nilai Asia Baru’ atau ‘Demokrasi ala Malaysia.’ yang mementing disiplin dan
mendahulukan kepentingan awam sebagai kunci untuk mencapai perpaduan negara dan
pertumbuhan ekonomi. Mahathir juga percaya untuk membawa keutuhan sesebuah negara
memerlukan demokrasi dan autoritariannisme wujud seiringan. Pindaan-pindaan baru kepada
perlembagaan Umno seperti undi bonus kepada mereka yang dicalonkan untuk jawatan tinggi
parti – meningkatkan kuasa kepimpinan parti dan penguncupan tatacara demokratik dalam
urusan dalamannya.

Keadilan Dan Kesaksamaan Diantara Kaum

4
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara.
Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda
tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja
yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah


keadilannya.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian


lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun
Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.

Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu
semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-
gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu
dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau
berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn
Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan
mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ini.
Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari: “Wahai Abu
Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah
menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka”.

Justeru itulah al-‘Adl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada
pemerintahan dalam Islam. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah
yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung
di bawah pemerintahan Islam.

Namun, apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan perlaksanaan


pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima
Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih
bermoral daripada kita dalam mernguruskan harta rakyat mereka.

Lihatlah Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu
berselisih dengan seorang yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda yahudi
berkenaan yang hendak dijual. ‘Umar mencubanya sehingga cacat. Umar berkata kepada
yahudi berkenaan: “Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini”.

Kata yahudi berkenaan: “Aku redha dengan Shuraih al-‘Iraqi sebagai hakim. Shuraih
yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. Apabila
diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah
yang berkuasa: “Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok, maka engkaulah
penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak
cacat”.

Kerana kes itu, Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh ‘Umar. (lihat: Ibn Qayyim al-
Jauziyyah, I’lam al-Muwaqq’in, 1/109). Ini keadilan dan keinsafan. Seseorang yang adil lagi
berkelayakan itu ditabalkan, bukan dipecat. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai
kepedihannya oleh pemerintah sendiri.

5
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. Firman Allah
(maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

Ini adalah tompok pemerintahan Islam pada zman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
yang mementingkan rakyat dan kesaksamaan rakyat. Dasar keadilan dan amanah kerajaan
juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik.
Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969
berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai
identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti
kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan, bukannya
melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan
pergaduhan etnik walau apapun puncanya. Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti
sentiasa adil dan saksama, maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat
diatasi dengan bijak dan saksama.

Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan,
pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan rasa tersisih dan
kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada sebuah negarapun yang
mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali dalam kes Malaysia. Golongan
minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya sedikit berkurang)
dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang, dasar
dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan.

Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan identifikasi


kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan daripada strategi
penjajahan British ke atas negara kita dahulu. Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi
perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum
yang utuh lagi padu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis
panduan dalam membentuk, mengwujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan
masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan
meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan
perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.

Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum
berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau batasan suku
kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama kebudayaan nasional. Betapa
pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan
telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada
ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Polisi ”Bersih, Cekap dan
Amanah” pula menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan
awam khususnya.

6
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Peruntukan Undang-Undang
Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan
perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan
Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya
memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah
dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks
perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah
“undang-undang Islam” dan istilah “pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan
dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri.

Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara Dari


segi definisi, perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah
dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan memberi manfaat kepada warga selain
memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka.. Pembebasan sesebuah tanah jajahan seperti
Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden biasanya ditanda oleh pembentukan
sebuah perlembagaan bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen


tradisi dimana antaranya ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, serta kedudukan
dan keistimewaan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana
diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri,
segala hak, keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua
Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan dan
upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh Persekutuan,
maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong
mewakilinya. Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri itu. Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama
Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana
Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam
dan penubuhan Majlis Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara berhubung dengan agama Islam.

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3, maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai
hubungan dengan pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan
Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain. Selaras dengan
tuntutan semasa untuk memperkemaskan pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-kerajaan
negeri telah mula mengasingkan tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama, Jabatan
Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak)
dipinda dengan memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati
Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan
agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu penubuhan Jabatan
Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu penubuhan Mahkamah Syariah,
dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri masing-masing.

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal
ehwal agama Islam, Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan
Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal
ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan. Apa yang
menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-undang yang berkaitan
dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi

7
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-
undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya
berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang
Islam yang digubal di negeri-negeri. Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan
di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang
memperuntukkan bahawa “Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran
keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak dan lain-lain undang-undang diri bagi maksud
undang-undang Persekutuan.” Malah, dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana
peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang
mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.

Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-


kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan
hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh
Persekutuan,(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika
Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah
Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Badan
Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada
peruntukan berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. (29)

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang
yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai
Negeri Butiran 1 memperuntukkan:

 Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut
agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta
berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskawin, nafkah,
pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta
dan amanah bukan khairat;

 Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama,
perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai
pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat
yang dijalankan;

 Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya;

 Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang


yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan;

 Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah, yang


akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam
dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi
tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang
diberi oleh undang-undang Persekutuan;

 Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut


agama Islam;

 Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

8
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Kebebasan Bersuara

Di dalam ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu.
Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh
berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu.

Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan
prinsip nilai akhlak kerohanian memanglah memberikan hak yang luas kepada kebebasan ini.
Voltaire mengisytiharkan bahawa ''Saya tidak menerima apa yang anda katakan. Tetapi saya
akan bermati-matian mempertahankan kebebasan anda untuk bersuara''.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt ketika mengemukakan empat


perkara dalam gagasan kebebasan menegaskan bahawa, ''Hak pertama ialah kebebasan
bersuara dan mengeluarkan pendapat di mana saja mereka berada di dalam dunia ini''.

Sejak itu, semua yang terlibat dengan penampilan kepada masyarakat seperti penulis,
artis, kartunis, pengusaha filem dan sebagainya telah memasuki gelanggang masing-masing
dengan penuh kebebasan untuk menyata dan menterjemahkan perasaan, fikiran dan bisikan
naluri mereka, termasuklah memberikan idea dan pandangan tentang segala-galanya di dalam
masyarakat tanpa ragu-ragu lagi.

Medan terbaru yang dimasuki oleh manusia moden pada hari ini ialah medan teknologi
dan komunikasi maklumat yang telah dipergunakan dengan seluas-luasnya oleh mereka untuk
mencari keuntungan kebendaan seperti berdagang dan berniaga, termasuk memperniagakan
bahan-bahan lucah dan tidak bermoral. Laman baru ini juga dimasuki oleh orang-orang yang
ingin memberikan pandangan dan pendapat peribadi tentang agama, politik dan sosial
sehingga pandangan tentang hal ini menjadi terlalu banyak disebarkan ke seluruh dunia tanpa
sempadan ini.

Di kalangan masyarakat Islam sendiri hal ini menjadi duri di dalam daging yang amat
menyakitkan. Kes buku tulisan Salman Rushdie The Satanic Verses amat menggemparkan
masyarakat Islam, dan hal ini sama seperti laman web yang mempamerkan tohmahan tidak
berasas kepada Islam dan baginda Rasulullah s.a.w mengenai perkahwinan baginda dengan
wanita-wanita yang menjadi isteri baginda yang amat disalahtafsirkan oleh musuh Islam itu.

Pejuang kebebasan wanita Bangladesh juga menurut jejak Salman Rushdie ketika
mengemukakan komen-komennya yang amat sinikal tentang kitab suci al-Quran dan undang-
undang syariah, malah baru-baru ini masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan juga oleh penulis
Nora Marzuki dengan komennya tentang tudung wanita yang dirasakan agak menyentuh
hukum agama, terutamanya apabila ditulis secara senda gurau sebagai bahan ketawa.

Apa yang berlaku di dalam masyarakat Islam rasanya amat menggalakkan orang bukan
Islam yang menaruh permusuhan kepada Islam menjadi amat terdorong untuk melahirkan rasa
permusuhan mereka kepada umat dan agama Islam melalui hak dan kebebasan bersuara ini.
Kita tahu wujudnya laman-laman web di dalam Internet, buku-buku yang tertentu, risalah dan
surat yang dikeluarkan untuk tujuan memburuk-burukkan ajaran Islam di samping lawak jenaka
yang mempersendakan nilai-nilai ajaran agama.

9
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Mungkin ramai juga yang mengetahui wujudnya filem yang cuba menceritakan secara
menyeleweng tentang Nabi Isa a.s. iaitu tentang kehidupan seks baginda seperti filem The Last
Temptation of Christ.

Kita sebenarnya merasa amat tersinggung sekiranya hak asasi ini dipergunakan oleh
media Barat untuk memberikan imej yang negatif terhadap umat Islam seperti yang banyak
berlaku di dalam media Barat selama ini. Malahan kita juga tersinggung dengan penampilan
program TV yang terlalu banyak menonjolkan nilai permisif dalam hubungan lelaki wanita,
minuman keras, perjudian dan sebagainya.

Banyak program dari Barat yang menonjolkan perkara ini termasuk di dalam program-
program jenakanya seperti program Friends yang amat digemari oleh generasi muda. Seperti
yang diterangkan di atas bahawa di dalam dunia moden dengan sistem teknologi maklumat dan
komunikasi yang canggih ini kebebasan tersebut akan dipergunakan dengan seluas-luasnya
tanpa tapisan dan sempadan. Malah seperti yang dapat kita saksikan rakyat kita sendiri telah
menggunakan teknologi ini dengan segala kebebasannya menyibarkan maklumat sama ada
betul atau palsu, cerita tentang orang dalam bentuk tohmahan atau fitnah, mengeluarkan fatwa-
fatwa tertentu dan sebagainya sehingga laman-laman seperti ini menjadi amat eksklusif dan
diminati.

Oleh itu, dalam menangani hal ini nampaknya hanya akal budi dan ilmu yang
berasaskan kepada agama dan nilai moralnya yang akan dapat menjadi panduan bagi manusia
melawan kehendak hati yang berasaskan kebebasan mutlak hukuman manusia itu. Falsafah
hak asasi manusia yang tidak terbatas menjustifikasikan kelakuan manusia, sama ada yang
selaras dengan fitrah kejadiannya atau pun tidak. Hal ini sebenarnya yang meletakkan beban
yang amat berat ke atas bahu kita sebagai insan yang beragama dan beriman, termasuk para
ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat dan sebagainya.

Oleh itu, Islam telah mengehadkan kebebasan ini di dalam berbagai-bagai bidang.
Makan dan pakailah dengan bebas, tetapi hal ini tertakluk kepada sistem dan peraturan yang
tertentu. Berkahwin dan berketurunan, juga tertakluk kepada ajaran yang tertentu. Demikian
juga di dalam perkara-perkara yang lain, termasuk menulis, menyanyi, berlakon, berbicara atau
bercakap, maka semuanya tertakluk kepada nilai-nilai yang ditentukan oleh agama.

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Nisa', ayat 135:

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,
menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.
Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu
mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu
memutarbelitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi. Maka sesungguhnya Allah adalah
maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”

Ayat ini memberikan dua asas penting dalam kehidupan kita, termasuk ketika
melaksanakan segala hak asasi manusia. Dua perkara itu ialah kebenaran dan keadilan.
Kebenaran dan keadilan ini pula adalah berdasarkan prinsip dan ajaran Islam yang sebenarnya,
bukan kebenaran dan keadilan yang diomong-omongkan oleh orang-orang yang tidak berilmu
atau berdasarkan emosi dan sentimen tertentu. Pendeknya manusia harus mendalami ilmu
pengetahuan berasaskan world view Islam yang mendalam untuk memahami segala sesuatu
yang bersumberkan ilmu pengetahuan dan gagasan moden dari Barat.

10
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Kesimpulan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang
diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk
mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi
menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah
negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan
Islam.

11

You might also like