Komuniti Dan Sekolah

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1

)

127

MODEL HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI BAGI PENINGKATAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU CADANGAN

Ahmad Zabidi Abdul Razak Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Mariani Md Nor Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

The paper attempts to discuss the significance of the relationship between school and community. The discussion emphasizes the recommended model for enhancing the relationship between school and community towards improving the teaching and learning process in schools.

Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut Gonder (1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah. Sekolah dan Komuniti: Kepentingan dan Cabaran Menurut Poston, Stone, dan Muther (1992), "A school is a reflection of the community it serves. At the same time, a community is a reflection of its schools." Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana menurut Sufean Russin (2002) pihak kementerian te1ah menubuhkan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah yang menyerahkan laporannya pada tahun 1982. Jawatankuasa ini telah

Mengikut Driebe dan Cochran (1996). Bagin. a good school-community relations program should encompass the concept of partnership between the school and the parents ". Schaps. permuafakatan yang menyeluruh antara masyarakat dan sekolah amat kurang walaupun pelbagai tujuan permuafakatan telah digariskan di dalam Akta Pendidikan 1996. Watson. Memandangkan terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan.128 Masalah Pendidikan 2007. Selain itu situasi yang ditunjukkan oleh pengalaman lepas yang negatif dengan tekanan kerja dan kewangan akan mengurangkan masa dan peluang untuk ibu bapa berinteraksi dengan sekolah. Ibu bapa yang mengalami tekanan kerja dan masa1ah kewangan tentu akan memikirkan cara mendapatkan sesuap nasi dan mengabaikan keperluan emosi dan pelajaran anaknya (Berger. dan Lewis (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik. Peranan utama ini diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli organisasi dan komuniti setempat adalah bergantung kepada pengurusan sekolah. 2001). Selain daripada itu menurut beliau lagi pengurusan sekolah yang cekap tidak membatas peranannya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan penyediaan alat bantu mengajar tetapi pihak pengurusan juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat ke arah membina masyarakat yang berpendidikan. 1983). Jilid 30 (1) mengenal pasti salah satu aspek besar yang penting dalam peningkatan taraf pelajaran di Malaysia ialah melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan sekolah. pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting ke arah perkembangan sekolah. Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. "You cannot build a great school alone. Kepimpinan sekolah tidak akan dapat menggerakkan semua kakitangan ke arah mencapai matlamat institusi tanpa wujudnya satu bentuk pengurusan yang baik. penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah adalah amat terhad kepada projekprojek kecil sekolah seperti gotong-royong dan mengutip derma. And they learn if parents are involved Therefore. "The bottom line of any schoolcommunity relations program is to help the children learn better. Sehingga kini. dan Moore (2005). Kewujudan dasar dan akta ini menunjukkan peranan komuniti untuk membantu pihak sekolah diiktiraf oleh KPM. tidak semua ibu bapa boleh menghabiskan masa melibatkan diri dengan aktiviti bersama guru atau aktiviti di sekolah. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Battishich. Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Huraian sebelum ini menunjukkan kepentingan pengurusan sekolah melaksanakan konsep hubungan sekolah dan komuniti. The school needs the community and the community needs the school". bertindak secara beretika dan altruistik. Selain daripada itu Akta Pendidikan 1996 turut memperuntukkan penubuhan PIBG di semua sekolah dan peraturanperaturan pendidikan telah menggariskan tujuan penubuhan PIBG (KPM. Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher. Menurut Ahmad Kilani (2003). . (1992) iaitu. Menurut Solomon. dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Namun demikian dilihat suasana semasa menunjukkan persefahaman antara ibu bapa dan sekolah agak renggang.

1997) telah mengutarakan model penglibatan ibu bapa (rujuk Rajah 1). 3. aras paling bawah pula bermula dari penglibatan ibu bapa sendiri. . Merujuk kepada model tersebut penglibatan ibu bapa bukan sahaja tunggak utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan mereka terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya. Dalam konteks sekolah itu sendiri. Merujuk kepada model ini. 2. Mengikut Hoover-Dempsey dan Sandler (1997). Model ini terdiri dari beberapa aras dan memberi penekanan kepada aspek psikologi dan konteks penglibatan ibu bapa itu sendiri. Efikasi kendiri ibu bapa . rakan dan individu di sekolah. namun beberapa keadaan telah menyekat keberkesanan pelaksanaan hubungan tersebut. jika aras paling tinggi adalah bagi pencapaian anak-anak. keputusan yang diambil oleh ibu bapa dipengaruhi oleh bagaimana mereka membina peranan mereka sebagai ibu bapa dan efikasi kendiri yang wujud dalam diri mereka sebagai ibu bapa. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa. peranan ibu bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh ibu bapa secara positif boleh membantu proses pendidikan. Persoalannya apakah bentuk tindakan yang perlu dilakukan oleh pengurusan sekolah bagi menarik minat komuniti bagi turut serta menjayakan pengajaran pembelajaran di sekolah. dalam model penglibatan ibu bapa ini. jika kebersamaan dengan komuniti wujud. Pembinaan peranan ibu bapa ini dipengaruhi oleh jangkaan ibu bapa itu sendiri dan persekitaran mereka seperti ahli keluarga. Hal yang demikian ini sesuai dengan definisi penglibatan ibu bapa dalam konsep model ini iaitu merujuk kepada aktiviti yang dianggap oleh ibu bapa penting dan sesuai dengan tindakan yang diambil untuk anak-anak mereka (Hoover-Dempsey & Sandler. model ini menerangkan mengapa ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka dan bagaimana penglibatan mereka boleh mempengaruhi pencapaian anak di sekolah. penglibatan sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak berdasarkan kepercayaan bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah satu aspek tanggung jawab mereka dalam meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Di sekolah. Dalam model mereka. Keadaan seumpama ini merupakan satu cabaran kepada pengurusan sekolah. Dari perspektif psikologi.Masalah Pendidikan 2007. Oleh itu artikel ini akan memberi satu model cadangan bagi meningkatkan hubungan sekolah dan komuniti yang seterusnya dapat membantu peningkatan proses pengajaran pembelajaran. Hoover-Dempsey dan Sandler (1995. adakah pengurusan sekolah mampu mewujudkan hubungan sekolah dan komuniti supaya dapat membantu meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran. Sekolah dan Komuniti: Model Penglibatan Ibu Bapa Hoover-Dempsey dan Sandler (1995. Perbincangan sebelum ini menunjukkan kepentingan hubungan sekolah dan komuniti. 1997) telah mengenal pasti tiga faktor kritikal dalam menentukan penglibatan ibu bapa iaitu: 1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan anak-anak mereka.mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Jilid 30 (1) 129 Berdasarkan situasi ini. 1995).

Jilid 30 (1) Rajah 1. Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang bekerja berbanding dengan ibu bapa yang berstatus tinggi melihat guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah pendidikan anak mereka (Lareau. 1989). Manakala Goldenberg. Model penglibatan ibu bapa Hoover-Dempsey & Sandler (1995. 1997) Kajian lampau telah menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam pendidikan sentiasa wujud dan peranan mereka adalah pelbagai berdasarkan kelas sosial dan etnik. Reese dan Gallimore (1992) pula mendapati keluarga Mexican-Amerika yang datang dari golongan berpendapatan rendah dapat mendidik anak mereka di rumah selari dengan apa yang dilakukan di sekolah menggunakan buku cerita dan buku kerja yang diberikan oleh .130 Masalah Pendidikan 2007.

masalah komunikasi. 1997. Secara eksplisitnya juga. Oleh yang demikian bagi menjayakan konsep hubungan sekolah dan komuniti ke arah melibatkan komuniti dalam pelaksanaan dasar KPM. masalah-masalah seperti guru tidak memahami keperluan ibu bapa. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. Huraian mengenai model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. 2001. 2000). Begitu juga dalam melahirkan murid atau pelajar yang bermotivasi (Solomon et al. ibu bapa perlu mempunyai efikasi kendiri yang baik untuk penglibatan yang aktif di sekolah demi pencapaian dan kejayaan anak-anak mereka. ibu bapa tidak memahami dasar di sekolah dan ibu bapa tidak pasti cara untuk menyumbang kepada sekolah. Bandura. & Pastorelli. . Banyak kajian telah mengkaji efikasi kendiri ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan. autoritatif dan konsisten dalam interaksi dengan anak meeka berbanding dengan ibu bapa yang efikasi kendirinya rendah (Ardelt & Eccles. Hal yang demikian ini boleh memberi implikasi yang positif terhadap pencapaian anak mereka memandangkan individu dengan efikasi kendiri yang tinggi tidak mudah untuk mengalah dan tidak banyak mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang kurang efikasi kendiri. Kajian menunjukkan ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bersikap lebih optimistik. Caprara. 1996. Jilid 30 (1) 131 guru.. hlm. ibu bapa tidak berminat untuk melibatkan diri.Masalah Pendidikan 2007. Williams et al. Barbaranelli.. Sesuai dengan sistem persekolahan dalam konteks di Malaysia. Sekiranya masalah-masalah yang telah dikenal pasti seperti ini dapat diatasi maka akan memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. maka pihak sekolah perlu mengatasi segala masalah berkaitan seperti juga yang dinyatakan oleh Wentzel (1998) iaitu. guru tidak menyokong usaha ibu bapa. 1987). ibu bapa tidak memahami kerja sekolah anak. Perkara seperti ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana pengalaman-pengalaman lepas ketika berhubung dengan sekolah akan mencorakkan persepsi ibu bapa mengenai sekolah anak mereka. Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger. Dalam kajian terse but juga didapati ibu bapa yang menggunakan kaedah didaktik merasa se1esa dengan kaedah tersebut dalam usaha meningkatkan pencapaian anak mereka berbanding dengan mereka yang tidak menggunakannya secara formal. al (2005). 3). Hal yang demikian ini selari dengan maksud pembinaan efikasi kendiri yang merujuk kepada kepercayaan dalam keupayaan seseorang untuk mengorganisasikan dan melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk menghasilkan dan merealisasikan pencapaian yang diinginkan (Bandura. Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) menggunakan efikasi ibu bapa dalam model mereka memandangkan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sikap efikasi yang boleh membantu kejayaan anak-anak mereka di sekolah ada kaitannya dengan penglibatan membuat keputusan. 1983). sebagai negara demokrasi penglibatan membuat keputusan secara suara ramai amat diperlukan dan digalakkan terutama dalam menggembeling tenaga untuk kejayaan anak mereka dan pelajar sekolah itu secara tidak langsung.

1998) menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa merupakan salah satu daripada komponen penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. terlebih dahulu pihak sekolah perlu memahami ibu bapa seperti yang dinyatakan oleh Berger (1983) iaitu beliau telah mengkategorikan ibu bapa kepada lima kumpulan seperti yang berikut: (a) ibu bapa mengelak dari sekolah. Tugas bersama-sama ibu bapa bukan semata-mata untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah malah tugas tersebut dijadikan satu amalan pendidikan yang dijana secara profesional bagi faedah bersama. untuk menghasilkan usaha bersama antara pihak sekolah dan ibu bapa.132 Masalah Pendidikan 2007. ibu bapa dan lain-lain badan profesional seperti guru. (b) ibu bapa perlu galakan untuk datang ke sekolah. bahan bantu mengajar. (c) ibu bapa sukarela datang jika dijemput. dan memberi sokongan kepada PIBG. menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu bapa. (e) ibu bapa suka menonjolkan kuasa dan pengaruh di sekolah. kaunselor. khususnya dalam aspek utama sekolah iaitu kurikulum. Para guru boleh bertindak sebagai fasilitator. untuk menjayakan "educational partnership" ini. Hubungan Sekolah dan Komuniti: Halatuju Kesimpulannya. Berdasarkan pandangan Berger (1983) ini pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan sebagai morale builder program designer and program coordinator dengan mengamalkan dasar pintu terbuka. Mereka juga boleh mengambil peranan dalam memberi cadangan atau menyatakan tentang kaedah sesuai yang boleh diguna pakai oleh guru di sekolah. pentadbir dan mereka yang terlibat dalam pembangunan program sekolah. Sebagai ibu bapa mereka tentulah lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk anak mereka. penyelaras program dan sumber serta kawan kepada ibu bapa. Dalam konteks di Malaysia membina hubungan yang baik ini mengambil perspektif yang lebih meluas. pihak sekolah mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dan ibu bapa mesti memberi respon . Collegial partnership mengikut QSCC (1998) merupakan satu bentuk hubungan yang melibatkan pengamal pendidikan itu sendiri. menyediakan bilik pertemuan dengan ibu bapa. Mengikut Berger (1983). Jilid 30 (1) Pengenalan model hubungan sekolah dan komuniti ini penting kerana hasil kajian yang dibuat oleh Queensland School Curriculum Council (QSCC.Oleh itu pihak sekolah dan komuniti ini secara bersama-sama boleh membawa kepelbagaian pemikiran tersebut dan disesuaikan dengan minat murid-murid yang akhimya dapat membantu proses pengajaran pembelajaran mereka. (d) ibu bapa komited dan berasa seronok melibatkan diri.Manakala guru sebagai seorang yang profesional dalam pendidikan pula lebih mengetahui perkara yang boleh memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa hendaklah bersikap terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak dan murid-murid masing-masing. Hal yang demikian ini dirujuk oleh QSCC (1998) sebagai collegial partnership.

.Oleh itu rumusannya bolehlah dikatakan pengenalan model hubungan sekolah dan komuniti ini adalah merupakan cadangan bagi pertukaran idea serta perkongsian bijak antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi faedah bersama. . Jilid 30 (1) 133 seperti yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003). yang pelbagai sosiobudaya dan mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa..Masalah Pendidikan 2007. act in partnership with teachers. menerangkan pengurusan dan perjalanan aktiviti di sekolah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga pelajar. then the children will achieve more in school". sentiasa menerima ibu bapa. 1983). If parents are interested in their children’s schooling. Komunikasi ini dapat dikekalkan melalui PIBG. . Selain itu terdapat empat prinsip yang dapat membantu para guru untuk memastikan hubungan ibu bapa. Manakala Laporan Hargreaves (1995) pemah menyatakan "parental commitment is a cornerstone of the schools success.. pengetahuan serta idea mereka dalam mendidik anak. lawatan ibu bapa ke sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah (Berger. are supportive of the school’s endeavors. guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian yang dilakukan oleh Hughes dan MacNaughton (2003) iaitu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan komuniti lain ke sekolah mereka.. Komunikasi dua hala yang paling efektif untuk mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa..

Reese. F. H. (1996.. 22(8). Home advantage: Social class and paternal intervention in elementary education. St. Driebe.. V. C. M. P. E... Effects of mothers' parental efficacy beliefs and promoting parenting strategies on inner-city youth. Poston. K.497-536. 3-51. H. Gonder. Louis: Thomas & Manning. Berger. V. & Muther. Lareau. W. .. (2003). & Sandler. D. G. M. Bagin.. (1997). Dalam D. 297-329). (1989). & Pastorelli. Preschool curriculum guidelines. Parental involvement in children's education: Why does it make a difference? Teachers College Record. Building meaningful partnerships between staff and families: Enhancing children’s development. M. D. M. Caprara. Child Development. A. (2001). 4. Social Psychology of Education.. M. K. Kementerian Pelajaran Malaysia.. P. R. 310331. Communities and their schools (hlm.. Hargreaves. American Journal of Education. A. H. Johor: UTM.. New York: Freeman. V. Gallagher. Australia: Tertiary Press.. vol.. Washington. M. (1998). Barriers to parent involvement in Head Start programs. Bandura. D. Jr. (2001). Pengurusan pendidikan di sekolah. 7. A.. J. Kertas yang dibentangkan di The Head Start National Research Conference. Jilid 30 (1) Rujukan Ahmad Kilani Mohamed. G. Effect ofliteracy materials from school on Latino children's home experiences and early reading achievement. P. Brisbane: Penulis. Direct and mediated effects of the child development project. Dublin: INTO. Dalam Early childhood education issues and concerns. R. & Moore. (1996). C. C. K. 944-972. Skudai. (1995). D. Beyond the classroom: Parents as partners in education. L. Journal of Family Issues. Thousand Oaks. & Gallimore. 67(3). (2005). Solomon. Davies (Ed.Why do parents become involved in their children's education? Review of Educational Research. New York: McGraw-Hill. (1983). CA: Corwin Press Queensland School Curriculum Council. Hoover-Dempsey. A six-district study of educational change. S. (1997). Goldenberg. H. Hoover-Dempsey. Self-efficacy: The exercise of control.3-24. (1995). Bandura. (2003). (1992).. D. Boston: Pearson. Ardelt. & Cochran. & MacNaughton. 97(2).). O. & Sandler. M. Barbaranelli.. 12061222. Hughes. Kuala Lumpur: Penulis. Schaps. Stone. v. (1992). Making schools work: Practical management of support operation. E. 67(1).. Pembangunan pendidikan 2001-2010. L. Battishich.. Victoria. & Eccles. New York: Falmer Press. (2000). Improving secondary schools. huraian menurut perspektif Islam. N. & Lewis. The school and community relations. Exchanging school and community resources. M. Jun). (1981). C. DC.134 Masalah Pendidikan 2007. Watson.. 100(4). Multifaceted impact of self-efficacy beliefs on academic functioning..

Social relationship and motivation in middle schools: The role of parents.. 90(2). Williams.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Masalah Pendidikan 2007. . K. Aiken. S. M.251-265.. L. Gotowiec. Blum-Steele. L. A. (2002). teacher and peers. R. Wentzel. Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori & analisis. 8(3).. T. Jilid 30 (1) 135 Sufean Russin. L. (1987)... Travis. Transition to motherhood: A longitudinal study. A. Infant Mental Health Journal. 202-9. (1998). M. Joy. Journal of Educational Psychology. et al.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful