You are on page 1of 1

Pengenalan:

Bahan kimia telah lama digunakan untuk mengatasi masalah serangan atau makhluk perosak dalam sektor
pertanian. Kini, kaedah kawalan biologi kian meluas.

A. Kelebihan kawalan biologi


1. mengurangkan pencemaran alam
- Menggunakan pemangsa seperti burung hantu untuk mengawal tikus di sawah padi, ular di ladang sawit
- tidak menggunakan bahan kimia.
- tidak berlaku pencemaran air, tanah dan udara.

2. Kesihatan manusia lebih terjamin.


- bahan kimia tidak digunakan untuk mengawal serangga dan makhluk perosak tumbuhan dan pertanian
- sayur-sayuran dan buah-buahan bersih dan selamat dimakan.

3. Mengekalkan keseimbangan kitaran ekologi 


- serangga dan makhluk pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan ekologi.
- habitat semulajadi serangga dan mikroorganisma tidak terjejas.
- serangga lain yang penting dalam pendebungaan tidak terganggu 
- keseimbangan rantaian makanan tidak terjejas.

B. kesan negatif penggunaan bahan kimia.


4. menjejaskan kesihatan petani
- semburan mengandungi bahan kimia beracun
- semburan racun menjejaskan sistem pernafasan.
- Menyebabkan penyakit kanser paru-paru dan penyakit kulit.

5. keracunan makanan
-kandungan bahan kimia tidak mengikut sukatan
- sayur-sayuran dan buah-buahan tercemar dengan bahan kimia.
- berlakunya cirit-birit, muntah dan membawa maut.

6. Pencemaran air 
- semburan mengandungi bahan beracun akan larut dalam air dalam tanah dan air larian permukaan ?
menyebabkan air sungai tercemar 

7. Serangga dan makhluk perosak imun 


- kekerapan menggunakan racun pestisid akan 
menyebabkan serangga perosak akan imun.
- tidak memberi kesan dengan semburan ? dos semburan
akan ditambah ? memberi kesan kepada manusia seperti 
keracunan dan menjejaskan kesihatan

Kesimpulan:
Penggunaan kaedah biologi seharusnya digalakkan kerana lebih menguntungkan dan menjamin
keseimbangan ekologi alam.

pilihan jawapan : 2 ( mana-mana daripada A ) + 2 ( mana-mana daripada B )

You might also like