You are on page 1of 16

Kajian Tindakan 0

Nama dan Alamat Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KLIAS,


89808 BEAUFORT,
SABAH.

Nama Pengkaji

MOHD NAZAN BIN KAMARUL ZAMAN

Tajuk Kajian

MENINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR MEMFAKTORKAN PERSAMAAN


KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KALKULATOR
(BACKWARD SOLUTION-KAEDAH KEBELAKANG)
BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 VOLTA.
Kajian Tindakan 1

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

Kajian ini dijalankan kepada 23 orang murid Tingkatan 5 Volta (5V) di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua kelas Tingkatan 5
iaitu satu kelas Sains dan satu kelas Sastera. Tingkatan 5V adalah kelas Sains. Objektif
kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam memfaktor
persamaan kuadratik. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali
mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan
jawapan.

Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas


tingkatan 5 Volta, didapati bahawa tahap penguasaan murid untuk bab dua “Quadratic
expressions and Equations” masih lagi ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas
ujian excel 1, saya dapati bahawa murid masih lemah dalam melakukan pemfaktoran
untuk soalan persamaan kuadratik. Daripada jawapan murid yang menggunakan kaedah
silang, hanya 21.74% atau 5 orang murid sahaja menjawap dengan betul. Pelbagai
bentuk jawapan yang diberikan oleh murid dalam membuat pemfaktoran.

Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan


beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk
pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar
saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan peperiksaan
excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab solan yang berkaitan
dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata
pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Ini membuatkan saya teruja
untuk mengkaji permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal
saya jalankan.
Kajian Tindakan 2

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar saya yang gagal
memfaktorkan persamaan kuadratik dengan betul. Saya merasakan bahawa penekanan
dalam menyelesaikan masalah ini penting kerana konsep ini adalah merupakan
sebahagian daripada soalan kertas 1 yang pasti mereka akan hadapi dan soalan wajib
bagi murid menjawab dikertas 2.

Fokus kepada kajian kes saya ialah:

i. Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan


kalkulator.
ii. Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan
cepat dan betul.
iii. Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan ungkapan kuadratik

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid memfaktorkan persamaan


kuadratik ax2 + bx + c = 0

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


1. Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan
kalkulator.
2. Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan
cepat dan betul.
3. Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan ungkapan kuadratik

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan semua murid tingkatan 5Volta

Lelaki : 9 orang
Perempuan : 14 orang

Jumlah : 23 orang
Kajian Tindakan 3

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


Mengenal pasti masalah dan
1. pengumpulan data awal. Ujian Excel 1
Membincang dan menganalisis Februari
2. masalah yang timbul dalam tindakan 1.
3. Menulis Proposal Kajian April
4. Pembentangan Proposal Kajian 29 / 04 / 2009
Pelaksanaan “Program Backward Solution”
5. 5 – 12 Mei 2009
- Ujian Pra (memfaktorkan persamaan
kuadratik) 4 Mei 2009
- bimbingan penggunaan kalkulator untuk
memfaktorkan persamaan kuadratik 5 – 11 Mei 2009
- Ujian Post 12 Mei 2009
6. Refleksi Kajian Julai
7. Menulis Laporan Kajian Julai
8. Pembentangan dapatan Kajian Julai

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian
Saya teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian
(walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalah untuk pelajar saya
menguasai konsep ini. Pelajar saya kurang memberi tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian pelajar kurang
menunjukkan respon yang baik sebelum kajian dijalankan. Malahan
pelajar tidak menunujukkan sikap yakin diri apabila saya meminta
mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan ujian topikal dan
ujian bulanan juga tidak memberangsangkan.
Kajian Tindakan 4

5.1.2 Ujian pra dan pos

Ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menguji kemahiran mereka


tentang konsep ini. Item adalah dari konsep asas pemfaktoran kepada
”kaedah kebelakang” dalam menyelesaikan persamaan kuadratik dalam
bentuk ax2 + bx + c = 0 dan sebaliknya. Keputusan pelajar ramai yang
gagal dan tiada pelajar yang mendapat keputusan 100 %. Konsep mudah
ini kemudian saya konkritkan lagi dalam minda pelajar melalui aktiviti
berkumpulan dan individu . Ganjaran diberikan kepada kumpulan dan
individu yang mendapat markah yang tertinggi. Pelajar diuji lagi dengan
ujian pos dangan format soalan yang sama. Item dipilih dari soalan tahun
tahun lepas yang agak ebih mencabar minda pelajar.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:


- murid lebih memahami dan dapat menguasai konsep topik
diatas.

- Lebih yakin menjawab soalan di papan putih.

- Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih


memberangsangkan.
Kajian Tindakan 5

5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Keputusan bagi kedua dua ujian adalah seperti tertera di bawah.


BIL NAMA Ujian Pra Ujian Pos
1 Adi Nur Hidayat Sahat 30 80
2 Hasan Abd Rahman 25 75
3 Mohammad Harris Harnain 25 70
4 Mohd Asis Ishak 10 40
5 Mohd Faizan Kassim 15 60
6 Mohd Hafiz Hashim 20 65
7 Mohd Hafizz Jusri 25 77
8 Mohd Huzaimi Mustapin 15 62
9 Mohd Ihsan Ahmad 30 77
10 Anisah Mat Sidek 25 75
11 Dg. Nor Shazalienawati A. Rosdi 80 100
12 Effa Nazihah Abd Kasim 20 -
13 Faruzyanah Taha 15 65
14 Khairiyah Shahzwana 25 77
15 Kujaimah Jandih 20 70
16 Noorazuanna Sulaiman 35 80
17 Norazuwa Zuyyin Mazlan 60 100
18 Norillyana Rizal 20 70
19 Nur Nabila Izzati Mat Jali 70 100
20 Siti Aisah Abdul 25 70
21 Siti Arnina Muhamad 50 95
22 Siti Fauziah Abd Aziz 25 65
23 Sozillah Aris 75 100
Kajian Tindakan 6

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian murid. Murid yang sedikit ini telah dapat menguasai konsep asas
topik kajian tindakan ini.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Langkah pertama yang saya ambil ialah memikirkan teknik berkesan untuk
menyampaikan konsep ini kepada pelajar. Tiada teknik khas hanya
pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala.
2. Untuk memantapkan penguasaan konsep ini – teknik latih tubi saya terapkan
pada murid .
3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid tentang menukarkan persamaan
kepada bentuk am.
4. Tekankan persamaan am persamaan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c = 0
dan disertakan nota ringkas.
5. Murid akan menulis konsep ini setiap kali sebelum memulakan sesi aktiviti .
6. Seterusnya latihan berkumpulan diberikan . Dalam aktiviti ’ match and mate
’ Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada
4 orang dan ada 1 kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli.
7. Murid membuat latihan 1 dan latihan 2 di antara masa senggang yang ada
untuk menguji kemahiran pelajar. Perbincangan dijalankan diantara guru
dan pelajar.

8. Murid menjalani ujian pos untuk menguji pemantapan kemahiran

9. Disusuli pula dengan perbincangan sebagai pengukuhan.


Kajian Tindakan 7

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu (8 sesi)
dan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waktu
seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep
mudah ini. Minggu pertama saya konkritkan konsep topik ini kepada murid
secara peta minda. Disusuli dengan beberapa latihan pengukuhan. Pada minggu
ke dua adalah sesi aktiviti berkumpulan untuk memantapkan kemahiran
bersama rakan rakan. Aktiviti berkumpulan adalah seperti di bawah :
Disediakan 4 buah meja dengan aktiviti yang berlainan:
- Meja 1 – Menukar persamaan kuadratik kepada bentuk am

- Meja 2 – Murid menentukan nilai a, b dan c

- Meja 3 – Menggunakan kalkulator untuk mendapat punca-


punca kepada persamaan kuadratik

- Meja 4 – Menukar jawapan kepada faktor

Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah sangat memberangsangkan dari segi


pemarkahan berbanding dengan latihan pada minggu pertama. Minggu
berikutnya pelajar menduduki ujian pos .Berdasarkan pemerhatian saya subtopik
kecil ini adalah mudah untuk dilaksanakan. Pelajar sasaran saya juga adalah
pelajar terpilih dari Aliran Sains. Mereka sebenarnya terkejut dengan subjek ini
yang pertama kali mereka belajar, ada sebahagian tajuk sukar untuk mereka
memahaminya Saya mendapat respon dari pelajar bahawa mereka suka untuk
membuat aktiviti aktiviti yang seperti ini . Mereka lebih memahami kerana
konsepnya dimantapkan beberapa kali.
Kajian Tindakan 8

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1
menunjukkan keberkesanan aktiviti secara individu , berkumpulan , latihan yang
diberi disatukan di dalam topik kajian tindakan saya. Di samping menggalakkan
murid membina sikap dan personaliti yang positif terutama dalam aktiviti
berkumpulan yang dijalankan.

Saya memandang hikmahnya memilih subtopik yang agak mudah ini


kerana dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai penulisan kajian tindakan
saya teruskan jua. Pembelajaran secara ini sangat berkesan untuk
memantapkan sesuatu konsep sehingga murid murid master dalam topik ini.
Suasana semasa kerja berkumpulan dapat membantu murid murid membina
kemahiran sosial menggalakkan kerjasama dan membina keyakinan diri.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah
memahami konsep memfaktorkan persamaan kuadratik dalam bentuk ax 2 + bx + c = 0.
Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan , saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini
dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Kajian Tindakan 9

LAMPIRAN
Kajian Tindakan 10

Lampiran 1
Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan
tinjauan awal.

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


Mengenal pasti masalah dan
1. pengumpulan data awal. Ujian Excel 1
Membincang dan menganalisis Februari
2. masalah yang timbul dalam tindakan 1.
3. Menulis Proposal Kajian April
4. Pembentangan Proposal Kajian 29 / 04 / 2009
Pelaksanaan “Program Backward Solution”
5. 5 – 12 Mei 2009
- Ujian Pra (memfaktorkan persamaan
kuadratik) 4 Mei 2009
- bimbingan penggunaan kalkulator untuk
memfaktorkan persamaan kuadratik 5 – 11 mei 2009
- Ujian Post 12 Mei 2009
6. Refleksi Kajian
7. Menulis Laporan Kajian
8. Pembentangan dapatan Kajian
Kajian Tindakan 11

Lampiran 2
SOALAN SOALSELIDIK
Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan. Kerjasama anda sangat dihargai.

1. Jantina L P

2. Bangsa M B L

3. Keputusan UPSR bagi matapelajaran Matematik A B C D E

4. Keputusan PMR bagi matapelajaran Matematik A B C D E

5. Pendapatan Keluarga <500


500 - 1000
1000 - 2000
>2000
6. Adakah anda mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat tuisyen Ya Tidak

Pilih jawapan yang tepat.

1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju
1 2 3 4 5
7. Saya meminati matapelajaran matematik
8. Saya menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh guru
9. Saya mempunyai masalah keluarga
10. Ahli keluarga saya memberi sokongan yang penuh untuk saya belajar
11. Keadaan di rumah saya menyebabkan saya sukar untuk memberi tumpuan masa
belajar.
12. Saya bekerja diluar waktu sekolah
13. Saya selalu tidur lewat kerana menonton televisyen
14. Saya membantu ibu dan bapa membuat kerja di rumah
15. Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah
16. Saya tidak berminat untuk belajar
17. Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru mengajar.
18. Matematik adalah matapelajaran yang susah untuk belajar
19. Guru matematik tidak membantu saya untuk memahami topik-topik yang diajar.
20. Cara guru matematik mengajar sangat bosan dan tidak menarik
21. Saya suka guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris
22. Saya tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru matematik
23.Latihan yang diberikan oleh guru tidak mencukupi
24. Saya akan belajar jika guru matematik seorang yang garang
25. Saya suka ponteng kelas matematik
26. Saya selalu tidur dalam kelas semasa guru mengajar
27. Saya tidak suka keadaan kelas yang bising
28. Kelas saya sangat bising
29. Keadaan di rumah saya sangat bising
Kajian Tindakan 12

30. Kawan-kawan saya mempengaruhi saya untuk bersembang- sembang semasa


guru mengajar
Lampiran 3
SMK KOTA KLIAS,
89808 BEAUFORT, SABAH

PRE-TEST
NAME:...........................

1. Factorize each of the quadratic expressions given below.


a) m² + 3m – 10 b) x² – 8x + 15

c) 2x² + 5x – 3 d) p² – 2p – 8

2. Find the roots of each quadratic equation given below by using factorization.

a) x² + 4x + 4 = 0 b) 3x² + 2x – 5 = 0
Kajian Tindakan 13

3. Solve the following quadratic equations.

6
a) (h – 4)² = 4 b) x + 5 =
x

p6
c) p 2  d) x² =– 4(3 – 2x)
2
Kajian Tindakan 14

Lampiran 4
SMK KOTA KLIAS,
89808 BEAUFORT, SABAH

POST-TEST
NAME:...........................

1. Factorize each of the quadratic expressions given below.


a) s² – 2s – 8 b) x² – 8x + 15

c) 2h² + 5h – 3 d) m² + 3m – 10

2. Find the roots of each quadratic equation given below by using factorization.

a) x² = - 4x - 4 b) 3x² + 2x = 5
Kajian Tindakan 15

3. Solve the following quadratic equations.

a) (h – 4)(h – 4) = 4 b) x(x + 5) = 6

x2
c) 2 p 2  p  6 d) =– 4
(3  2 x )

You might also like