You are on page 1of 15

Jawapan mestilahberdasarkan salah sebuah novel yang anda kaji di Tingkatan 1,

Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

Soalan
Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang
anda nyatakan itu.

Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Haron Johari. Latar
tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala
Sawah, rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok
Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.
Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan
bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan.
Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di
sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

Soalan
Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan:
Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu novel Merdeka! Merdeka! Karya Abdul Rahman
Hanafiah, terdapat pelbagai unsur pengajaran yang dapat diambil ikhtibar.
Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Sifat ini ditonjolkan oleh
watak Kudin dan rakan-rakannya yang sanggup berjuang mempertahankan tanak air
daripada pengganas komunis.
Kita juga mestilah mempunyai sifat bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat,
contohnya penduduk kampung Teras Jernag bekerjasama membina kubu bagi menentang
pengganas komunis.
Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mempunyai sifat berani dalam
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Umpamanya, Kudin yang baru berusia 15
tahun, tetapi beliau berani berucap dalam perhimpunan di Padang Kelab Sultan Sulaiman.
Soalan

Pengajaran

berani mempertahankan
cinta akan tanah air maruah

Huraikan persamaan pengajaran diatas dalam mana-mana dua novel yang anda
kaji.

Jawapan.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 1 ialah novel Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj.
Yusof manakala di tingkatan 2 ialah Kapten Hasan Wira Bangsa.
Kita mestilah cinta akan tanah air. Dalam Novel Aku Anak Timur Zarina amat marah
apabila masyarakat di Belanda tidak mngenali Malaysia tetapi lebih mengetahui tentang
Singapura. Dalam novel kapten Hassan Wira Bangsa pula peristiwa yang berlaku ialah
ialah Kapten Hassan menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara daripada
ancaman komunis.
Kita haruslah berani mempertahankan maruah. Hal ini diceritakan dalam novel Aku
Anak Timur apabila Zarina berani melarikan diri dari majlis hari jadi Niek demi
mempertahankan maruah diri , manakala dalam Novel Kapten Hssan Wira Bangsa,
Kapten Hassan menunjukkan keberanian apabila beliau berjaya membunuh 40 orang
komunis demi mempertahankan maruah negara.

Soalan
Huraikan pengajaran yang terdapat dalan salah sebuah novel tersebut.

Jawapan.
Novel yang saya kaji ialah ”Aku Anak Timur” karya Siti Aminah Hj. Yusuf. Pengajaran
yang diperoleh daripada novel tersebut ialah kita mestilah mendengar nasihat dan ajaran
ibu bapa. Zarina hampir diperkosa oleh kawan Niek semasa menghadiri majlis hari jadi
rakan Niek lantaran tidak menasihat ibu bapanya.

Selain itu, kita hendaklah saling bermaafan. Pengajaran ni dibuktikan apabila ibu
bapa Zarina telah memaafkan kesilapannya.

Di samping itu kita hendaklah mengamalkan adat ketimuran. Encik Ali


menghalang pergaulan bebas antara Zarina dengan Niek.
Soalan ;
Huraikan maksud tema dan terangkan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel kajian saya ialah Novel Merdeka! Merdeka!, Karya A.Rahman Hanafiah.Tema ialah
persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah novel.Novel ini
bertemakan perjuangan membebaskan Negara daripada ancaman pengganas dan penjajahan
Inggeris yang menyebabkan ramai yang hidup menderita.
Kudin dan Datuk Onn mempengaruhi rakyat tempatan supaya berjuang menentang Malayan
Union.Perjuangan Kudin dan Datuk Onn akhirnya membuahkan hasil apabila Malayan Union
dibubarkan oleh pihak Inggeris.

Soalan ;
Persoalan merupakan tema sampingan yang hendak disampaikan oleh
pengarang.Berdasarkan novel yang anda pelajari,berikan tiga persoalan .

Novel yang telah saya pelajari semasa di tingkatan tiga ialah novel Merdeka! Merdeka!
Hasil karya A.Rahman Hanafiah.Persoalan yang terdapat didalam novel ini adalah sikap berani
menentang keganasan dan penjajahan.Hal ini,dapat dilihat semasa Kudin,Datuk Onn dan
seluruh rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union.Mempertahankan maruah bangsa
dan negera adalah salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini.Hal ini dapat dibuktikan
melalui semangat penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan Inggeris. Penjajahan
hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.Perkara ini dapat dibuktikan dengan
penderitaan yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris.

Soalan:
Watak memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Nyatakan watak utama dalam
novel yang telah anda pelajari dan jelaskan perwatakkannya.

Tajuk novel yang saya kaji ialah “Merdeka! Merdeka!” karya Rahman Hanafiah.
Watak utama dalam novel ini ialah Kudin. Kudin berumur lima belas tahun iaitu anak tunggal
kepada sepasang suami isteri Pak Awang dan Mak Bibah. Kudin tinggal di Kampung Teras
Jernang. Dia adalah seorang pemuda yang berambut kerinting, berbadan gempal dan bermuka
bulat. Dia tidak meneruskan persekolahnya kerana keadaan tidak stabil. Dia juga memiliki jiwa
yang penyayang, patuh serta hormat kepada ibu bapa. Dia juga memiliki cita-cita untuk menjadi
seorang ahli politik seperti Dato Onn Jaafar.

Soalan:
Kemukakan tiga nilai murni berserta contoh berdasarkan novel yang anda kaji.

Jawapan:
Nilai murni yang terdapat dalam novel “Merdeka! Merdeka!” adalah kerjasama. Contohnya ialah
Kudin dan Bustam bersama-sama melindungi kubu yang berada berhampiran dengan sungai.
Dia juga memiliki sifat cintakan negara kerana ingin menuntut kemerdekaan dan menghalang
Malayan Union. Dia juga mempunyai sifat berani melindungi Kampungnya daripada diceroboh
oleh Komunis walaupun usianya masih muda lagi

Soalan:
Berdasarkan novel yang anda kaji,berikan satu contoh peristiwa untuk menerangkan
setiap pengajaran yang disenaraikan di bawah.

Bagi pengajaran yang pertama iaitu kita hendaklah mencintai negara kita,contoh
peristiwa bagi pengajaran ini ialah ketika keluarga Pak Awang memiliki semangat tersebut
hingga rela berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu.Pengajaran yang kedua iaitu,kita
hendaklah menyayangi keluarga kita,contoh peristiwa dapat dibuktikan oleh ibu Kudin yang
sanggup bekerja menjual kuih-muih demi menampung nafkah hidup dan juga membantu pejuang
kemerdekaan.Selain itu,pengajaran terakhir iaitu mestilah bekerjasama demi mencapai
matlamat,contoh ini dapat dibuktikan ketika orang Melayu bekerjasama di bawah pimpinan Datuk
Onn untuk menentang Malayan Union.

Soalan:
Berdasarkan novel yang anda kaji,kemukakan dua contoh konflik yang dialami oleh watak
utama tersebut.

Jawapan:
Watak utama dalam novel ini ialah Kudin. Berdasarkan novel yang telah saya kaji,iaitu novel
Merdeka!Merdeka!,dua contoh konflik yang dialami oleh watak utama tersebut ialah ketika
Bustam iaitu rakannya diculik oleh pengganas komunis.Bustam diculik ketika Kudin dan Ibrahim
menghadiri Persidangan Kongres Agung di Kuala Lumpur.Selain itu,konflik yang dialami oleh
Kudin juga merupakan watak utama dalam novel ini ialah ketika kematian bapa Kudin.Hal ini
menimbulkan konflik dalam diri beliau.Bapa Kudin telah dibunuh oleh pengganas komunis ketika
Kudin dan Ibrahim terpaksa pergi ke Kuala Lumpur kerana telah diamanahkan untuk
menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung tersebut.

SOALAN :
Latar tempat merujuk kepada kawasan sesuatu peristiwa dalam novel itu berlaku. Berikan
tiga contoh latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang
anda kaji.

JAWAPAN :

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan 3 iaitu merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman
Hanafiah. Berdasarkan novel tersebut latar tempat yang terdapat di dalamnya adalah seperti
berikut.Latar tempat yang pertama ialah Kampung Teras Jernang, iaitu tempat kelahiran Kudin
telah menjadi sasaran pengganas komunis.Kampung ini didiami oleh penduduk yang
bersemangat politik.Latar tempat yang kedua ialah Bangunan Kelab Sultan Sulaiman,Kuala
Lumpur yang menjadi tempat perhimpunan persatuan – persatuan melayu untuk bermesyuarat
dan mengadakan kongres peringkat kebangsaan.Latar tempat yang ketiga ialah di Hotel Stesen
dan kawasan sekitarnya merupakan tempat orang melayu mengadakan tunjuk perasaan
menentang Malayan Union dan mencuba untuk memujuk raja dan memulaukan perasmian
Malayan Union.

Soalan:
Berdasarkan Novel Merdeka!Merdeka! jelaskan tiga contoh latar masyarakat yang
terdapat dalam novel yang anda pelajari

Jawapan:
Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang telah saya pelajari tiga contoh latar
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat kampung iaitu masyarakat
Kampung jernag yang terdiri daripada orang melayu .Kebanyakannya adalah pesawah
padi,menjual kuih-muih dan ada jua yang berkerja dengan Kerajaan Inggeris.Yang kedua ialah
masyarakat yang bersepadu padu dalam menghadapi ancamam pengganas.ia dapat dilihat
ketika golongan pemuda menggali kubu pertahanan untuk menyerang musuh dan mereka
bergilir-gilir mengawal dan meronda di kawasan kampung tersebut.terakhir sekali ialah
masayarakat yang berjiwa patriotik yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada
cengkaman pangganas .Contohnya ,Kudin dan Dato’ Onn berusaha menentang penubuhan
Malayan Union sehingga ia dibubarkan oleh Kerajaan Inggeris.

Soalan:
Nyatakan tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Kisah dalam novel ini berlaku pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu selepas Perang
Dunia Kedua . jangka masa cerita ini berlaku lebih kurang 2 bulan sahaja iaitu pada awal
tahun 1946 hingga 1 april 1946 pada 1 hingga 4 mac 1946 berlaku perhimpunan raksasa
iaitu perhimpunan Kongres Kebangsaan. 1 april 1946 berlaku tunjuk perasaan dikalangan
orang melayu yang menentang Malayan Union.

SOALAN:
Nyatakan tiga peristiwa yang memberikan kesan kepada anda sebagai pembaca dalam
novel yang anda pelajari.

JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka!Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah. Peristiwa
yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca ialah seperti Kudin mewakili pemuda dalam
persatuan pahlawan kemerdekaan dan diberikan kepercayaan memberikan ucapan dalam
persidangan kongres Agung di Kuala Lumpur.Peristiwa yang kedua ialah Datuk Onn berjaya
mempengaruhi orang melayu supaya menentang Malayan Union.Manakala peristiwa seterusnya
ialah Raja-raja melayu memulaukan Malayan Union.
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka!Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah. Peristiwa
yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca ialah seperti Kudin mewakili pemuda dalam
persatuan pahlawan kemerdekaan dan diberikan kepercayaan memberikan ucapan dalam
persidangan kongres Agung di Kuala Lumpur.Peristiwa yang kedua ialah Datuk Onn berjaya
mempengaruhi orang melayu supaya menentang Malayan Union.Manakala peristiwa seterusnya
ialah Raja-raja melayu memulaukan Malayan Union.

SOALAN:
Jelaskan maksud watak protagonis dan terangkan satu watak protagonis berdasarkan
novel yang anda kaji.

JAWAPAN:
Watak protagonis ialah watak baik yang terdiri daripada watak utama atau watak
sampingan yang membantu watak utama tersebut.Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang
telah saya kaji,watak protagonist yang terdapat dalam novel tersebut ialah Kudin. Dia
merupakan seorang pemuda Kampung Teras Jernang.Dia berusia 15 tahun tetapi tidak
meneruskan persekolahan kerana keadaan tidak stabil. Namun begitu dia mempunyai cita-cita
yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang ahli politik.Dia memiliki jiwa yang penyayang dan patuh
kepada kedua ibu bapanya.

Soalan:
Berdasarkan novel yang telah anda kaji nyatakan sinopsis tentang novel tersebut.

Jawapan:
Berdasarkan novel MERDEKA! MERDEKA! Saya mendapati bahawa novel ini
mengisahkan tentang perjuagan orang Melayu yang diwakili oleh golongan muda untuk
membebaskan tanah air daripada pengganas dan penjajah. Keganasan kominis menyebabkan
banyak penduduk kampung dibunuh. Datuk Onn dan Kudin berusaha mempengaruhi orang-
orang melayu supaya menentang Malayan Union, Raja- raja melayu turut memulaukan majlis
perasmian Malayan Union.
SOALAN:
Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka!, nyatakan satu watak sampingan dan tiga
perwatakannya.

Watak sampingan dalam novel ini ialah Mak Bibah. Mak Bibah merupakan ibu kepada
Kudin dan isteri kepada Pak Awang. Beliau merupakan seorang ibu yang bertangungjawab.
Dengan tulang empat keratnya, beliau berusaha mencari wang untuk kegunaan seharian setelah
Pak Awang meletak jawatan. Beliau juga merupakan seorang yang penyayang, sebagai contoh
Mak Bibah tidak sanggup melepaskan kudin pergi tinggal di Kuala Lumpur bersama-sama
dengan Datuk Onn. Selain itu, Mak bibah juga seorang yang rajin. Beliau membuat kuih-muih
untuk dijual bagi menambah pendapatanya.

Soalan:
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan contoh peristiwa yang dapat
menggambarkan nilai –nilai murni.

Jawapan:
Berdasarkan novel yang telah saya pelajari , nilai murni yang dapat saya ambil dari novel ini ialah
kerjasama.Hal ini dapat diketahui melalui peristiwa Kudin dan penduduk kampung bekerjasama
membina benteng pertahanan di hutan Kampung Teras Jernang.Mereka sanggup berpenat lelah
untuk menyiapkan kubu pertahanan bagi mengelakkan serangan musuh yang akan
memusnahkan kampung mereka. Dalam novel ini juga terdapat nilai cinta akan negara.Hal ini
dapat diketahui semasa Kudin membuat ucapan di Padang Kelab Sultan Sulaiman.Kudin begitu
bersemangat ketika memberi ucapan walaupun dia telah kematian ayahnya.Selain itu novel ini
juga memaparkan sikap tanggungjawab yang dapat dilihat melalui sifat Mak Bibah yang sanggup
bersusah payah menjual kuih untuk mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

SOALAN:
Jelaskan maksud watak protagonis dan terangkan satu watak protagonis berdasarkan
novel yang anda kaji.

JAWAPAN:
Watak protagonis ialah watak baik yang terdiri daripada watak utama atau watak
sampingan yang membantu watak utama tersebut.Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang
telah saya kaji,watak protagonist yang terdapat dalam novel tersebut ialah Kudin. Dia merupakan
seorang pemuda Kampung Teras Jernang.Dia berusia 15 tahun tetapi tidak meneruskan
persekolahan kerana keadaan tidak stabil. Namun begitu dia mempunyai cita-cita yang tinggi
iaitu untuk menjadi seorang ahli politik.Dia memiliki jiwa yang penyayang dan patuh kepada
kedua ibu bapanya.
Jawab soalan yang berikut. Jawapan hendaklah berdasarkan sebuah novel yang
anda kaji daripada novel-novel yang berikut.

i. Aku anak timur, karya Siti aminah Haji Yusuf.


ii. Kapten hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari.
iii. Merdeka ! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka! Karya A.Rahman Hanafiah
Nilai yang terdapat dalam novel tersebut ialah cinta akan tanah air. Hal ini diperlihatkan
melalui watak Pak Awang, Kudin, Dato’ Onn dan beberapa orang lain yang sanggup
berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Selain itu, nilai keberanian juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, Kudin dan
rakan-rakannya berani mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pengganas
komunis yang cuba menguasai kampung mereka iaitu kampung Teras Jernang.

Semangat kerjasama juga merupakan antara nilai ynag terdapat dalam novel ini.
Sikap ini ditonjolkan melalui tindakan penduduk kampung Teras Jernang yang
bekerjasama membina kubu untuk mempertahankan kampung mereka daripada ancaman
komunis.Selain itu, semangat kerjasama ini juga dapat dilihat melalui peristiwa Pak
Awang bersama-sama penduduk kampung masuk ke hutan mencari Bustam yang telah
diculik oleh pengganas komunis.
Nyatakan persamaan nilai yang terdapat dalam novel-novel tersebut.

Jawapan
Nilai yang terdapat dalam novel kapten Hassan Wira bangsa dan Merdeka! Merdeka!
Ialah semangat patriotic. Nilai ini diperlihatkan menerusi watak Kapten hassan yang
berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis. Nilai ini juga wujud dalam
novel Merdeka! Merdeka! Melalui watak Kudin yang sanggup berjuang untuk
mempertahankan kampong Teras Jernang daripada jatuh ke tangan pihak musuh, iaitu
pengganas komunis.

Nilai yang kedua ialah nilai ketabahan. Dalam novel Kapten Hassan sifat tabah ini
diperlihatkan tatkala kapten hassan menerima berita kematian ahli keluarganya yang
dibunuh oleh pengganas komunis. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin tabah
menerima berita kematian ayahnya, pak awing yang mati dibunuh oleh pengganas semasa
dia masuk ke hutan untuk mencari Bustam.

Nilai yang seterusnya ialah nilai tanggungjawab. Hal ini jelas diperlihatkan
menerusi watak Kapten hassan sendiri yang sanggup mengetepikan kepentingan
peribadi(sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan kenaikan
pangkat) kerana menerima arahan untuk menjalani operasi di dalam hutan. Dalam novel
Merdeka! Merdeka! Pula, nilai ini terdapat melalui watak pak awing selaku pengasas
Persatuan pahlawan Kemerdekaan(PPK) yang bertanggungjawab atas kehilangan Bustam
dan berusaha mencarinya.

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah ‘Kapten Hassan Wira Bangsa’ karya Harun Johari dan Novel
‘Merdeka! Merdeka!’ karya A. Rahman Hanafiah.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut digambarkan sebagai


masyarakat yang berani berjuang menentang komunis. Dalam novel Kapten Hassan Wira
Bangsa, Kapten Hassan dengan platun 12 sanggup berjuang menentang pengganas
komunis. Manakala dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin bersama dengan penduduk
Kampung Teras Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

Selain itu, masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut juga hidup bersatu padu
dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, contohnya dalam novel Kapten
Hassan , penduduk bersama-sama menunaikan solat hajat bersama-sama dengan harapan
pihak pengganas membebaskan datuk Hassan. Dalam novel !Merdeka! Merdeka! pula,
penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan bagi
menghalang ancaman dan serangan komunis.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut ialah masyarakat kampong..


Dalam novel Kapten Hassan, penduduk Kampung Pantai yang majoritinya orang Melayu
yang hanya bekerja sendiri. Dalam novel Merdeka! Merdeka pula penduduk Kampug
Teras Jernang terdiri daripada orang Melayu juga yang bekerja sebagai pesawah padi.
Soalan

Watak dan perwatakan merupakan unsur penting dalam sesebuah novel.Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan perwatakan watak utama berdasarkan
ciri-ciri berikut:

Ciri – ciri perwatakan watak utama

Semangat Berani Penyayang


patriotik

Jawapan:

Dua novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa dan Aku Anak
Timur. Dalam novel Aku Anak Timur, watak utamanya ialah Zarina yang mempunyai
semangat patriotik. Sebagai contoh, Zarina memarahi Niek Van Hoeve kerana tidak
mengenali Malaysia tetapi lebih mengenali Singapura. Sementara itu, dalam novel
Kapten Hassan Wira Bangsa, watak utamanya iaitu Kapten Hassan juga mempunyai
semangat patriotik. Beliau sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan negara
daripada ancaman komunis.
Selain semangat patriotik, kedua-dua watak ini juga mempunyai sifat berani, iaitu
Zarina berani pulang ke rumah seorang diri selepas berjaya melepaskan diri daripada
diperkosa oleh rakan Niek., manakala Kapten Hassan pula berani menentang pengganas
komunis dan berjaya membunuh seramai 54 orang demi negara tercinta.
Kedua-dua watak ini juga mempunyai sifat penyayang. Sebagai contoh, Zarina
sayang akan keluarganya. Dia berasa cemas semasa adiknya hilang di kedai menjual
bunga. Kapten Hassan pula amat menyayangi keluarganya dan bertekad untuk berjuang
menentang komunis apabila ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas komunis.
Soalan.

Huraikan perwatakan watak utama berdasarkan salah satu novel yang anda kaji.

Jawapan.

Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka!. Watak utama dalam novel ini ialah
Kudin.Kudin seorang yang bersemangat patriotik. Sebagai contohnya, dia bersama-sama
penduduk kampung membina kubu pertahanan bagi melindungi kampung mereka
daripada ancaman dan serangan pengganas komunis kerana sangat cinta akan negara.
Kudin juga seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, dia sanggup menerima dan
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya untuk menyampaikan ucapan dalam
persidangan di Kuala Lumpur walaupun beliau menerima berita kematian bapanya.
Sifat sabar Kudin terserlah dalam novel ini. Ketika beliau menerima berita
kematian ayahnya, Kudin menerima berita tesebut dengan tenang.
Kudin juga seorang yang berani. Beliau berani masuk ke hutan bersama-sama orang
kampung untuk menentang pengganas komunis.

Jawapan:

Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, watak utamanya iaitu Kapten Hassan
merupakan seorang yang penyayang. Beliau sangat menyayangi isteri dan keluarganya
yang mati dibunuh oleh pengganas komunis. Beliau bertekad untuk membalas dendam
terhadap kematian ahli keluarganya.
Kapten Hassan juga seorang yang gigih.Beliau amat gigih menuntut ilmu
mempertahankan diri dan kebatinan sebagai pelengkap untuk membebaskan tanah air
daripada cengkaman komunis.
Kapten Hassan juga seorang yang berani. Dia berani menentang komunis dan
berjaya membunuh seramai 54 orang pengganas komunis.

Jawapan:

Dalam novel Aku Anak Timur, watak utama ialah Zarina. Zarina seorang yang
mempunyai semangat patriotik. Sebagai contoh, Zarina memarahi Niek Van Hoeve
kerana tidak mengenali Malaysia tetapi lebih mengenali Singapura.
Zarina juga seorang yang berani kerana dia berani pulang ke rumah seorang diri
selepas berjaya melepaskan diri daripada diperkosa oleh rakan Niek.
Zarina mempunyai sifat penyayang. Sebagai contoh, beliau amat menyayangi
keluarganya. Dia berasa amat cemas apabila adiknya hilang di tempat menjual bunga.
Soalan.

Berdasarkan novel dalam tingkatan 2 dan 3, bandingkan pengajaran-pengajaran yang


terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan.

Berdasarkan novel Kapten Hassan Wira Bangsa yang yang saya kaji dalam
tingkatan 2 dan novel Merdeka! Merdeka! Dalam tingkatan 3. Pengajaran yang kita
peroleh antaranya ialah kita mestilah memiliki sifat berani dalam menghadapi segala
cabaran menentang musuh negara. Sifat berani yang ditunjukkan Kapten Hassan Wira
Bangsa semasa beliau berjuang menentang komunis. Dalam novel Merdeka! Merdeka!
pula, kita dapat melihat sifat keberanian yang dimiliki oleh Kudin ketika menentang
Bintang Tiga dalam usaha mempertahankan kampungnya daripada serangan pengganas.
Selain itu, kita haruslah patuh kepada arahan .Hal ini jelas dilihat melalui watak
Hassan yang patuh kepada arahan pegawai atasannya supaya mencari bangkai pesawat di
Bukit Tinggi. Dalam novel Merdeka! Merdeka! pula, Kudin sentiasa menurut dan patuh
akan arahan ketua Kampung Teras Jernang.
Seterusnya , kita mestilah mempunyai sifat cinta akan negara. Sifat ini jelas
dilihat pada diri Kapten Hassan yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan
tanah air tercinta. Dalam novel Merdeka! Merdeka! Kudin memperlihatkan sifat ini
ketika beliau dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu bagi mempertahankan
kampungnya daripada diserang oleh kumpulan Bintang Tiga.

Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 2, huraikan pengajaran yang


terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya kaji, antara pengajaran yang boleh kita ambil ialah
kita hendaklah patuh kepada perintah Allah. Sebagai contohnya, Kapten Hassan tidak
pernah meninggalkan sembahyang walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Selain itu, kita mesta mempunyai sifat cinta akan tanah air, contohnya Kapten
Hassan sangup berjuang menentang pengganas komunis demi mempertahankan tanah air
yang tercinta.

Kita juga harus memiliki sifat sabar dan tabah alammengharungi segala cabaran.
Contohnya, Kapten Hassan tetap sabar da tabah dalam mengharungi segala cabaran
walaupun ahi keluarganya dibunuh oleh komunis.

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda
kaji.

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten
Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman
Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang
terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah
Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah
Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah
sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah
belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras
Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman
pengganas komunis di kampong ini.
Berdasarkan novel tingkatan 2 dan tingkatan 3, huraikan persamaan dari segi tema dan
persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan

Dua buah novel yang saya pilih ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan novel
Merdeka! Mereka!. Dalam novel tersebut terdapat persamaan dari segi tema dan
persoalan.
Novel-novel ini memaparkan tema tentang semangat perjuangan orang-orang Melayu
menentang musuh negara.
Kedua-dua novel ini juga mempunyai persamaan dari segi persoalan iaitu semangat
cinta akan tanah air. Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka1, Pak Awang sanggup
berhenti kerja dengan Tuan White sebagai kerani rendah hanya kerana tidak mahu
menjadi tali barut Inggeris. Manakala dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Hassan
sanggup menyertai angkatan tentera demi mempertahankan tanah air daripada dikuasai
oleh Bintang Tiga.
Seterusnya, persoalan yang kedua ialah tentang keberanian menentang musuh
negara. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin dan rakan-rakannya berani menentang
pengganas komunis walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Kudin
pula pada ketika itu baru berusia 15 tahun.
Soalan:
1. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, sama ada di tingkatan 1,2 atau
3. bandingkan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
2. Berdasarkan mana-mana novel yang anda kaji sama ada di tingkatan 1,2
atau tiga, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 1 ialah Aku Anak Timur karya Siti
Aminah bt Yusuf. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah
mendengar nasihat ibu bapa. Zarina tidak mendengar nasihat ibu bapanya agar tidak
berkawan dengan Niek, akibatnya dia hampir diperkosa ketika menghadiri majlis hari
jadi bersama-sama Niek.
Selain itu, kita hendaklah cinta akan tanah air. Hal ini diperlihatkan melalui
watak Zarina yang sangat marah kepada orang Barat yang tiak mengetahui kedudukan
negara Malaysia. Di samping itu, kita hendaklah menghormati jiran tetangga. Puan Ros
menutup tingkap untuk mengelakkan bau masakannya mengganggu jirannya yang kurang
senang dengan bau masakan orang Timur.
Seterusnya, kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Zarina memaafkan
Niek yang telah membawanya ke parti hingga menyebabkan dia hampir diperkosa.

Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingkatan 2, kapten Hassan Wira Bangsa
hasil karya Harun Johari terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil iaitu kita
hendaklah berani menentang musuh. Hal ini boleh dirujuk kepada Kapten Hassan yang
berani menentang pengganas Komunis semasa menyertai pasukan tentera.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air.
Contohnya, Kapten Hassan yang berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air
daripada ancaman pengganas komunis.
Selain itu, kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kapten
Hassan masih tabah dan cekal hati walaupun isteri dan keluarganya menjadi mangsa
kekejaman komunis.

Pengajaran daripada novel Merdeka! Merdeka!


Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman Hanafiah.
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah cinta akan tanah air. Hal
ini dapat dilihat dalam diri watak Kudin. Kudin bersama-sama Dato’ Onn telah
menentang penubuhan Malayan Union.
Selain itu, kita mestilah mempunyai sifat bekerjasama. Contohnya, penduduk
Kampung Teras Jernang bekerjasama mendirikan khemah dan menggali kubu untuk
mempertahankan kampung mereka daripada serangan pengganas.
Di samping itu, kita janganlah mengkhianati bangsa dan negara. Hal ini dapat
dibuktikan melalui sikap Osman dan Kassim yang sanggup menjadi tali barut Inggeris
untuk kepentingan sendiri.

Perbandingan Pengajaran antara Novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka!
Merdeka!
Saya memilih novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka! Merdeka!
Pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua novel ini ialah kita hendaklah cinta akan
tanah air. Hal ini dapat dilihat dalam diri watak Kapten Hassan dan Kudin. Kapten
Hassan bermati-matian berjung mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Begitu juga dengan Kudin yang besama-sama Dato’ Onn menentang penubuhan Malayan
Union. Di samping itu, kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Kapten Hassan masih tabah dan cekal hati walaupun isteri dan keluarganya menjadi
mangsa kekejaman komunis. Kudin juga tabah meneruskan ucapannya walaupun
mengetahui ayahnya telah dibunuh oleh pengganas.

Selain itu, kita hendaklah berani menentang musuh. Hal ini boleh dirujuk kepada
Kapten Hassan yang berani menentang pengganas komunis semasa menyertai pasukan
tentera. Sementara itu, dalam novel Merdeka! Merdeka!, Bustaman menentang
pengganas sehingga akhirnya dia mati dibunuh.

You might also like