Pembelajaran Masteri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
alternatif yang mendorongkan pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan unit – unit pengajaran tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau meneruskan pembelajaran ke unit seterusnya. Selain itu, pembelajaran masteri juga adalah pembelajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan sekiranya pelajar diberikan arahan yang jelas dan masa yang mencukupi (Boom,1968, dan lain – lain dalam Woolfolk,1998 ms 334) .
Pembelajaran Masteri bukan satu konsep yang baru dan ia telah
diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Amerika melebihi 70 tahun dahulu. Ia adalah satu proses di mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap kandungan Masteri tetapi pada tahap – tahap jarak jangka masa “interval” yang berlainan. Sistem sekolah yang melaksanakan pembelajaran Masteri mendapati ia berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pada zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974) pendekatan pembelajaran masteri telah digunakan. Tetapi penggunaannya pada zaman moden ini banyak terhasil dai kajian dan penulisan Bloom.
Satu perubahan asas dalam pemikiran tentang sifat semula jadi
pengajaran telah bermula pada tahun 1963 apabila John B. Carol berhujah mengenai satu idea tentang pembelajaran penguasaan. Pembelajaran penguasaan mendakwa bahawa fokus pembelajaran adalah masa yang diperlukan untuk pelajar – pelajar yang berbeza mempelajari bahan – bahan yang sama. Ini berbeza dengan model – model klasik yang diasaskan kepada teori – teori inteligensia. Di mana, semua pelajar diberikan peruntukan masa yang hampir sama untuk belajar dan berfokus kepda keupayaan yang berbeza – beza. Carooll juga berhujah bahawa kecekapan adalah satu ukuran masa yang diperlukan untuk belajar. Idea untuk Pembelajaran Masteri bergerak pada satu tahap anjakan di mana tanggungjawab pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru. Kegagalan dalam pembelajaran terletak pada pengajaran guru dan bukan kepada kurangnya pada pihak pelajar. Dalam persekitaran Pembelajaran Masteri, cabaran adalah memberi cukup masa dan menggunakan strategi – strategi pengajaran supaya semua pelajar boleh mencapai satu aras pembelajaran yang sama. (Levine,1985; Bloom, 1981) elemen penting bagi Pembelajaran Masteri adalah menentukan dengan jelas apa yang dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan mereka. Menilai kemajuan pelajar dan menyediakan pemulihan atau tindak balas yang sesuai dan menguji untuk melihat sama ada kriteria pembelajaran telah dapat dicapai atau tidak.
Konsep Pembelajaran Masteri sebenarnya telah diperkenalkan di sekolah
– sekolah di Amerika pada tahun – tahun 1920-an melalui kerja – kerja yang dilakukan oleh Washburne ( 1922, seperti yang dinyatakan oleh Block, 1971). Program pembelajaran tersebar dalam abad tersebut. Bagaimanapun tanpa satu teknologi yang dapat menampung program yang berjaya, minat dikalangan pengembang – pengembang dan pelaksana semakin pudar (Block) Pembelajaran Masteri mendapat kekuatannya semula dalam bentuk program – program pengajaran pada akhir tahun – tahun 1950-an. Melalui percubaan untuk menyediakan pelajar dengan bahan – bahan yang membolehkan mereka bergerak maju berasakan kebolehan sendiri dan menerima maklum balas secara konstan pada setiap aras penguasaan mereka.
Pada tahun 1960-an Pembelajaran Masteri berfokus kepada fenomena
baru, iaitu yang berasakan falsafah Pembelajaran Masteri Bloom (1968 ) akhirnya secara umum diiktiraf sebagai pembentuk teori klasik terhadap Pembelajaran Masteri. Beliau secara meluas dilihat sebagai Pengamal Teori Masteri yang utama. Bloom membuat beberapa andaian dan ramalan secara khusus tentang faedah yang boleh diperoleh daripada prosedur pembelajaran masteri. Bloom berpendapat, selain menguasai bahan – bahan yang dipelajari Pembelajaran Masteri mampu meningkatkan sikap dan minat ( Fehlen, 1976 ). Prosedur pembelajaran dapat meningkatkan hasil pembelajaran dalam semua pelajaran.
Pembelajaran Masteri telah diaplikasikan secara meluas di sekolah.
Penyelidikan menunjukkan ia boleh memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pengajaran (umpamanya, Block, Efthim & Burn,1989; Slavin 1987). Di sebaliknya, terdapat beberapa kelemahan teoretikal dan praktikal, termasuk kepercayaan bahawa manusia adalah berlainan dan berbeza dalam keupayaan mereka. Mereka cenderung untuk sampai kepada aras pencapaian yang berbeza- beza (lihat Cox & Dunn, 1979). Tambahan pula, program Pembelajaran Masteri cenderung untuk menggunakan sekian banyak masa dan usaha untuk dilaksanakan yang mana kebanyakan guru dan sekolah tidak bersedia untuk memahami konsep ini dan menerima serta berkembang.
Model Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan penggunaan objektif
pengajaran dan reka bentuk yang sistematik terhadap program pengajaran. Model Mager yang berkaitan dengan pengajaran rujukan kriteria adalah satu percubaan untuk melaksanakan model Pembelajaran Masteri. Sebagai tambahan rangka kerja teoretikal skinner dengan penekanan kepada pembelajaran individu dan kepentingan tindak balas, iaitu pengukuhan adalah juga relevan kepada Pembelajaran Masteri Strategi Pembelajaran Masteri
Berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran, tidak ada strategi yang
boleh menghasilkan satu penemuan yang baik selain pembelajaran masteri. Dalam Pembelajaran Masteri, pelajar diperlukan mengusai bahan – bahan sehingga ke satu tahap yang khusus sebelum mereka boleh meneruskan pembelajaran mereka yang baru John b caroll menamakan pembelajaran mengikut masa sebagai kadar pembelajaran LR yang memakai formula seperti berikut ;
LR =F ( time spend learning / time needed to learn.)
IA menerangkan bahawa kadar pembelajaran adalah satu fungsi masa yang
dimiliki oleh pelajar untuk belajar yang dap memenuhkan masa sebenar yang diperlukan bagi satu – satu situasi atau pengajaran yang diberi. Teori baru Caroll telah diasaskan kepada idea bahawa semua pelajar mempunyai potensi untuk belajar semua jenis pengajaran yang diberi, dengan syarat mereka diberi masa yang berbeza – beza untuk melaksanakannya. Tidak terdapat pelajar yang dianggap baik atau lemah atau sebagai pelajar yang pantas atau perlahan. Carooll mengenal pasti dua faktor yang memberi kesan kepada kadar pembelajaran pelajar, iaitu kesanggupan menunggu pelajar dan peluang untuk belajar. Perkara pertama dikawal oleh pelajar, iaitu sebanyak mana masa mereka gunakan untuk pembelajaran dan kedua ialah masa yang diperuntukkan untuk belajar atau menilai bahan – bahan di bilik darjah. Bagaimanapun, Bloomlah yang telah memperkembangkan sepenuhnya konsep yang disebut sebagai Pembelajaran Masteri. Ini berlaku pada tahun 968. pada tahun 1960-an Benjamin Bloom telah terlibat dalam satu penyelidikan terhadap perbezaan - perbezaan individu yang diaplikasikan dalam pembelajaran. Bloom terpesona dengan idea –idea Carooll dan menggunakan idea tersebut untuk membuat rumusan tentangnya. Rumusan itu diperlihatkan seperti berikut ;
a) Kecekapan boleh meramal kadar pembelajaran pelajar, dan beliau
mempercayai ia harus boleh menentukan kadar pembelajaran peljar yang dijangka mencapai aras tertentu dalam prestasi penguasaan. b) Melihat kepelbagaian pengajaran di bawah kawalan pengajar seperti peluang – peluang belajar dan kualiti pengajaran c) Pengajar harus boleh memastikan yang setiap pelajar berkebolehan mencapai objektif khusus yang di tentukan.
Bloom membuat kesimpulan bahawa masa yang mencukupi dan berkualiti
pengajaran membolehkan semua pelajar boleh belajar. Teori pembelajaran masteri berkesudahan dengan satu peralihan yang radikal dalam tanggungjawab guru. Kegagalan pelajar bersandar kepada pengajaran guru dan bukan keran ketidakupayaan pada pihak yang sejajar. Dalam persekitaran pembelajaran jenis ini cabaran berlaku terutamanya dalam penyediaan cukup masa dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai supaya semua pelajar mampu mencapai aras pembelajaran yang sama.