P. 1
KESELAMATAN BANGUNAN-gjan

KESELAMATAN BANGUNAN-gjan

|Views: 3,088|Likes:
Published by gjan89

More info:

Published by: gjan89 on Aug 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/10/2012

pdf

text

original

KESELAMATAN BANGUNAN

KESELAMATAN FIZIKAL Memastikan keselamatan fizikal bangunan, premis atau tempat termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif. KESELAMATAN BANGUNAN Cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian bangunan-bangunan kerajaaan, penempatan dan pemindahan pejabatan-pejabat kerajaan di bangunan-bangunan Kerajaan dan swasta dirujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan TUJUAN • • • • Untuk mengawal supaya terhad kepada yang mempunyai kebenaran. Untuk menghalang ekses kepada dokumen rasmi kerajaan. Untuk menghalang kegiatan sabotaj ke atas peralatan atau kelengkapan penting. Untuk menghadkan pergerakan penceroboh bagi tempoh yang pendek.

PRINSIP PERLINDUNGAN
i) ii)

Kenalpasti apa yang perlu diberi perlindungan keselamatan. Penilaian terhadap ancaman keselamatan. Perlindungan secara mendalam. Langkah-langkah keselamatan asas yang minima. Asas Perlu Mengetahui. Langkah-langkah keselamatan diterima akal ( sensible).

iii)
iv)

v)
vi)

PERLINDUNGAN BERASASKAN ANCAMAN Langkah-langkah keselamatan fizikal ( bangunan) .

Pemasangan alat-alat pengalisan bunyi.• Keselamatan Bangunan – mengisitiharkan sebagai kawasan larangan / tempat larangan / terperingkat. Pemilihan dan penggunaan kunci keselamatan bermutu dan berkualiti. kabinet keluli berpalang dan bilik kebal perlu diadakan. • • • Mengadakan kaunter. Semua cadangan penggunaan perkhidmatan awam atau swasta perlu merujuk kepada KPKK. • • Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan. CCTV. • Kelengkapan keselamatan termasuk peti besi. PID’S dan lain-lain alatan. . menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat. pintu. • Mengadakan papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu sebagai tempat larangan atau kawasan larangan. Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa khas atau tidak di bawah undang-undang. dinding dan siling bagi mengelakkan mudah di ceroboh masuk. Memperkukuh tingkap. • • Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta mengehadkan pintu ekses. penggera ceroboh kad ekses.

kegunaan. .PERKHIDMATAN PENGAWALAN KESELAMATAN Semua cadangan pengwujudan jawatan.kawalan dan keselamatan kelengkepan serta bahanbahan rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk kegunaan Jabatan Kerajaan dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. pengambilan dan latihan penjawat-penjawat awam yang menjalani tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggunaan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengawai Keselamatan Kerajaan. KELENGKAPAN DAN BAHAN RASMI BERCIRI KESELAMATAN Semua cadangan pembelian.

KAWALAN KUNCI KESELAMATAN .

Peraturan berikut perlu dipatuhi:  Pegawai Keselamatan Jabatan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara berkaitan kunci dan anak kunci termasuk kunci keselamatan. Kehilangan kunci :  Perlu melaporkan segera kepada pegawai keselamatan jabatan atau ketua jabatan.  Menulis nombor dalam sekeping kertas dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang Dimetri  Individu yang menyimpan kunci tidak dibenarkan mengetahui nombor tidak dibenarkan mengetahui nombor tatakira.  Anak kunci tidak boleh dilabel atau ditanda dan tidak boleh dirangkai dengan anak kunci lain seperti kunci persendirian.  Peti keselamatan hendaklah digunakan bagi menyimpan semua anak kunci yang tidak dipakai termasuk anak kunci pendua.  Laporkan kepada pegawai keselamatan dalam tempoh 24 jam. Perlu menyelenggarakan sebuah buku daftar.. Peti keselamatan yang dipasang dengan kunci tatakira perlu :  Menukar nombor tiap-tiap setahub sekali atau orangyang mengetahui nombornya bertukar / tinggalkan perkhidmatan.  Penjawat awam yang diamanahkan dengan kunci jabatan atau kunci kunci keselamatan bertanggungjawab ke atas keselamatan kunci tersebut. mengemaskini dan membuat audit.  Laporan mengandungi pandangan atau taksiran bahaya.Ketua jabatan bertanggung untuk memberi kawalan yang rapi serta mengeluarkan arahan keselamatan . SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO) .

Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur. tempat letak kereta. Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa. . air dan elektrik. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS). permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Jabatan Pembetungan. Jabatan Bomba dan Penyelamat. Lazimnya. Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. parit. lif.  Dengan lain perkataan. Parit dan Bangunan (Akta 133). CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA).Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Tenaga Nasional (PNB). landskap.  Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan  Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses. CFO akan dikeluarkan setelah :  Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka. pili bomba. pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi. tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan.

PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan . kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju. Walau bagaimanapun. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli. PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi.  Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.  Walau bagaimanapun.  Kegagalan struktur seperti keretakan tiang. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung. lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. UKBS Undang-Undang Kecil 258.  Bagi bangunan lain. pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri mewartakan pindaan ini. rasuk.  Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan. Di bawah.  Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).

pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya.untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih . Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. iaitu. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori bangunan. Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan. PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT. Sistem CCC bukan satu konsep baru. Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah pendekatan self-regulation dan self-certification. Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan. Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan.

para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi. dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek. Selain itu. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO. Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. iaitu. Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya.merupakan satu formality. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->