You are on page 1of 30

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Kawasan Kajian 4

4.1 Peta Negeri Perak 5

4.2 Peta Daerah Perak Tengah 6

4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin 7

5.0 Kaedah Kajian 8

6.0 Dapatan Kajian 8

6.1 Konsep migrasi penduduk 8

6.2 Pola migrasi penduduk 8

6.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 9

6.4 Kesan migrasi dalaman 11


6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 13

7.0 Rumusan 14

8.0 Lampiran

8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 15

8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan

maklumat 16

8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 17

8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 18

8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 19

8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 20

8.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 21

9.0 Rujukan 22

2
1.0 Penghargaan

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus

Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya.

Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara

langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Puan Hajah Saftuyah selaku Pengetua SMK. Matang Jaya, yang memberi

galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada guru kami Cikgu Badariah Bt. Sapiee sebagai guru geografi yang

banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian

ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekitar

kawasan Taman Matang Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian

pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya

merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Junaidi Bin Samsudin

dan Dena Bt. Udin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Mohd. Hazwan Fikri dan Peter

Romario yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

3
2.0 Pendahuluan

Nama saya Mohd Nur Haziq Irsyamuddin Bin Junaidi. Saya belajar di Tingkatan 3

Terbilang,Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya. Kami telah diberi tajuk Migrasi Dalaman

Penduduk di Matang Jaya, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak.

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi

tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya

berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya

dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat

jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian. Selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor

yang mempengaruhi migrasi dalaman serta kesan migrasi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam

sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.

Rasional pemilihan Taman Matang Jaya adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah

rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat

dalam pekerja di dalam sektor perniagaan.

4
Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya mempunyai

pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh

melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

3.0 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep migrasi penduduk.

2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di Taman Matang Jaya.

3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya.

5
4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya.

5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman

Matang Jaya.

6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

6
4.0 Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah di Matang Jaya yang terletak di sekitar Kuching, Padawan.Lokasi

Bandar ini terletak di bahagian selatan Bandar Kuching .Jaraknya kira-kira 6 kilometer dari bandar

tersebut atau 30 minit perjalanan jika menguna kereta.Keluasan kawasan kajian ini ialah 8 kilometer

persegi dan berpusatkan Bandar Kuching .Kawasan kajian saya ini terletak di arah selatan dari sekolah

saya.

4.1 Peta Sarawak

7
U

4.2 Peta Daerah Kuching

Tidak Mengikut Skala

8
9
4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian Matang

Jaya,Kuching,Sarawak.

Kg.Selat,
Kg.Paloh
Layang-Layang
Kiri
Kg.Dusun

Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8

10
5.0 Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah

pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan

dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya

mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.Di samping itu

juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 30 responden, dan ini bertujuan

mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi,

halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah

kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

11
6.0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep migrasi penduduk

Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan

ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan

hidup ke arah yang lebih baik. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih

baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

12
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi

pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat

asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Taman Matang Jaya yang bekerja sebagai tentera di

Semenanjung pulang semula ke Taman Matang Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga

segelintir yang menyambung belajar di Inti Kolej, pulang ke Taman Matang Jaya setelah tamat

belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:

a) Melanjutkan pelajaran

Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM

yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti

Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.

Oleh kerana di kawasan Taman Matang Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka

mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.

b) Peluang Pekerjaan

Terdapat anak peneroka di Taman Matang Jaya yang behijrah ke bandar-bandar seperti

Limbang, Miri, Sibu dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa

dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini

kerana di kawasan Taman Matang Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu

bidang perniagaan sahaja.

13
(c) Bersara

Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi

dalaman di kawasan Taman Matang Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini

yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke tempat

tinggal asal setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat

sebagai tentera di negeri Kedah selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Taman

Matang Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi

masa lapang dan menampung hidup.

(d) Kemudahan asas

Oleh kerana Taman Matang Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang

ada adalah terhad seperti sekolah, masjid, air, elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan

keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang

lebih maju dan selesa seperti berpindah ke bandar-bandar seperti Sibu dan Kuala Lumpur. Hal

ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan

pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.

(e) Nilai atau Patriotisme

kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai

di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

14
Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian

15
6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a) Kesan positif

a. Penduduk bertambah

i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke bandar

menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang

kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Pertambahan penduduk di bandar pula

merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat

i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Kota Samarahan untuk melanjutkan

pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Taman Matang Jaya

dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan

sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa

serta mampu memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.

c. Pasaran bertambah

i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung

menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin

bertambah.

b) Kesan negatif

a. Masalah pengangguran

i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya

penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan

16
Bangladesh ke Taman Matang Jaya telah menyebabkan lambakkan tenaga

buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan

penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan

ini maka berlakulah masalah pengangguran di kawasan kajian ini.

b. Masalah sosial

i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Taman Matang

Jaya ini, maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan

dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan tersebut. Hal ini kerana desakan

hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada

pekerjaan.

c. Komposisi penduduk berubah

i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum

lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di

kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih

ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit. Keadaan ini secara tidak

langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan dalam jangka masa yang

panjang.

d.Nilai dan patriotisme

i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Taman Matang Jaya

mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang

selesa.

17
Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

18
6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian

a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Taman Matang Jaya pihak berwajib boleh

mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan

mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang

boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek

dan juga kuih karas dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang

Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Taman Matang Jaya dengan kerjasama

penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi

mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada

masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti

polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan

Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi

menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk

19
dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan

adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan

mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang

aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Taman Matang Jaya.

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di

samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk

di kawasan kajian

g
n
i
e
M t
a
k
k a
d
j
u
W n
d
j
u
W
r
k
n
a n
u
n
n
e
a
g
C
m
t
d i
a
g
n
s
t
u
k
g
n
a
u
l
e
p
i
s
a
r
k
m
g
am
e
n
d
u
m
e
k
u
-
g
a
d
n
l
d
n
a
a
h
n
g
n
a
j
r
k
e
p
t
a
h
i
s
e
k n
n

20
7.0 Rumusan
21
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di

Taman Matang Jaya iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke bandar. Terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah

melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara

selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa

seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan

kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk

meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah

pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah

migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-

undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya

berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan

mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang

terkenal di mata dunia.

22
8.0 Lampiran
LAMPIRAN 1

KEPADA YANG BERKENAAN Tarikh:………………

Tuan,

Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Pembawa surat ini …………………………………………………… bernombor kad pengenalan


…………………………………… ialah seorang murid tingkatan ………… di SMK.Seri Iskandar ,
32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk
memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

23
Saya yang menurut perintah,

…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 2

Kepada Yang Berkenaan


…………………………
…………………………
…………………………
Tarikh:

Tuan,

Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi
sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat
tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada
murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:

Saya yang menurut perintah,


24
…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 3

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja Kursus
Geografi.

Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2010 yang bakal menduduki
Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi
mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran
Geografi tingkatan tiga.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak
dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,
25
…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 4

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….. membenarkan anak saya


…………………………………………… dari tingkatan………
Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga
dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada
anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

……………………………….
( )
26
Alamat:
………………………………..
……………………………….
……………………………….
……………………………….
No.Telefon:

LAMPIRAN 5
Borang Soal Selidik:
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan.

1. berapakah tempoh tinggal di kawasan kajian


Kurang 5
tahun
Lebih 10
tahun
Lebih 20
tahun

2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.
Tandakan
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibat
( ⁄ )
1 Kelapa Sawit
2 Padi Sawah
3 Penoreh Getah
4 Pembuatan / Perkilangan / Perindustrian
5 Lain-Lain (sila nyatakan):

3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Faktor mempengaruhi migrasi dalaman
Tandakan
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibat
( ⁄ )
1 Arahan majikan
2 Ikut keluarga
3 Melanjutkan pelajaran
4 Peluang pekerjaan
5 bersara
6 perkahwinan
7 Bencana alam

27
8 Dasar governan
9 Kemudahan asas
10 Kadar upah
11 Petempatan baru
12 Meningkatkan taraf hidup
13 Darjah ketersampaian

4. Nyatakan kesan-kesan migrasi di kawasan kajian


...........................................................................................................................................................................

5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.
...........................................................................................................................................................................
LAMPIRAN 6
Soalan Temu Bual
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

1. Saudara berasal dari mana?

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan

ini ?

6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan ini?

7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?

8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

28
LAMPIRAN 7

Senarai Nama Responden

No.K/P
Bil Nama
1 WILDAN BIN MAUN 4707938
2 MOHD SAID BIN ZAR 630127085483
3 YUSSOF BIN ABDULLAH 610122085058
4 JAMALUDIN BIN TALIB 621018086079
5 HJ MOKHTARUDIN 521014085951
6 ISMAIL BIN ALI PIAH 520502085331
7 ABDUL RAHMAN BIN DIN 4542079
8 YAZID BIN YAHYA 650423085951
9 DAUD BIN KARIM 4338263
10 SAPIAN BIN AHMAD 640322085795
11 M. ZABIDI MAT TALIB 391014085203
12 MOHAMAD SIDI B YAHYA 521015085873
13 SARI BIN MAT YOB 2594302
14 SHUKUR BIN HASHIM 501009025067
15 DAUD ITMA LANI 450129085071
16 MANGSOR BIN AZIZ 370106095111
17 ANAS BIN ABDUL GHANI 520410086361
18 RAZALI BIN SALIM 9234375
19 SAID BIN WAHAB 530804025309
20 NASRUDIN BIN SAID 510422025383

29
9.0 Rujukan
1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan
Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks Geografi
Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan
Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Laporan Perancangan Daerah Perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62 - 146.

Orang Sumber
1. ANAS BIN ABDUL GHANI, 43 tahun, orang awam, No 21. Lorong Bunga Raya, FELCRA Nasaruddin,
32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
2. JAMALUDIN BIN TALIB, 38, orang awam, Batu 4 ¾ Lorong Kasimiah, FELCRA Nasaruddin , 32610
Bandar Seri Iskandar, Perak
3. GHAZALI BIN ISMAIL, 36, orang awam, No. 3 ¾ Lorong Bunga Cempaka, FELCRA Nasaruddin, 32610
Bandar Seri Iskandar, Perak
4. MOHAMAD SIDI B YAHYA, 51, orang awam, Lot 119, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri
Iskandar, Perak
5. Razak Bin Ahmad, 47 , orang awam, lot 43, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

30

You might also like