You are on page 1of 1

Laporan hari kantin

2010

Pada 24 April yang lalu,SMK SUBANG JAYA telah


mengadakan Hari Kantin pada tahun 2010.Hari istimewa
ini diadakan dua tahun sekali bagi mengumpul dana untuk
memperbaiki kekurangan yang terdapat pada bangunan
SMK SUBANG JAYA. Selain itu,wang yang dikumpulkan
juga dapat memberikan keadaan yang lebih selesa kepada
pelajar-pelajarSMK SUBANG JAYA.Aktiviti berjual beli
bermula dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.Setiap kelas
diwajibkan untuk memberi kerjasama pada hari
tersebut.Oleh itu ,kami dari kelas 2 Usaha menjual
beberapa jenis makanan serta minuman seperti
Brownies,Spaghetti,Punch dan Rutbir.Pada hari tersebut
juga terdapat beberapa jualan seperti gula-gula,rumah
hantu, permainan, serta “jumbo sale”.Hari tersebut
disambut meriah oleh ibu bapa pelajar,pelajar-pelajar
dari sekolah yang berlainan, serta kawasan kejiranan di
ss14.Akhirnya sekolah kami dapat mengumpul dana
anggaran sebanyak 600 ribu Ringgit Malaysia.Kami berasa
sangat bangga kerana hari istimewa ini berjalan dengan
lancar.Pastinya hari kantin pada tahun berikutnya akan
lebih berjaya dan lebih bermakna.

You might also like