You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di
Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing
dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major
guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum
12 jam.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di


sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan
pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak
sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan
diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan
praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada
bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu
menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang
kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memehami budaya di sekolah serta
komiti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar
untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa
lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu
sentiasa bersedia lebih-lebih kerenah murid yang sentiasa ingin main bola semasa
waktu Pendidikan Jasmani.

Khabarnya juga, masih ada beberapa jenis sukan yang belum


dipertandungkan pada peringkat zon atau QIT mahupun peringkat daerah. Jika
diberi peluang oleh pihak sekolah, ingin sahaja saya melatih pasukan sekolah dalam
apa-apa jenis sukan sebagai pendedahan kepada sya untuk melatih dan membentuk
pasukan sukan sekolah ketika bertugas sebagai guru kelak.
PERNYATAAN PROFESIONAL
b) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

21 Mac 2010 jam 7.20 pagi saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah
Kebangsaan Kedai Buloh ( 2 ) sebuah sekolah kategori luar bandar. Saya juga ada
terdengar yang mengatakan sekolah ini merupakan “Sekolah Berprestasi Rendah”.
Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap peraktikum yang akan
saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya Zairuddin
bin Muhammad Nafi.

Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga
sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah
ketiadaan Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Saya meneruskan
perjalanan ke stor sukan bagi melihat alatan yang ada serta sebagai persediaan
saya untuk mengajar. Beramah mesra bersama guru-guru seawal hari pertama
adalah sangat penting. Secara kebetulan, terdapat 4 orang guru di sekolah
berkenaan merupakan bekas anak murid pensyarah pembing kami, Miss foo Ai
Peng, jadi ada juga cerita yang ingin disembangkan.

Saya mula mengajar pada hari kedua setelah mendapat waktu tugas pada
hari pertama daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan
sedikit. Sesi pengajaran berjalan dengan cukup menduga hati. Setiap hari situasi
hampir sama iaitu, “cikgu nak main bola”, “main bla lagi seronok cikgu”. Namun saya
terus lakukan tugas saya seperti yang saya rancang. Barulah saya tahu tugas sukar
menanti saya ketika mula mengajar sebenar kelak.

Saya sempat menyertai beberapa aktiviti dan program sekolah terutamanya


membentuk dan melatih pasukan sekolah. Hajat saya tercapai jua untuk melatih
sukan bola tampar kepada murid-murid, namun jangka masa seminggu latihan
sebelum ke hari pertandingan tidak cukup membawa mereka ke tahap yang lebih
tinggi. Begitu juga bagi sukan bola sepak dan bola baling. “English Camp” di bawah
panitia Bahasa Inggeris yang saya sertai sebagai Fasilitator memberi pendedahan
terhadap matapelajaran Minor saya. Selain itu kami juga di beri tugas untuk
melaksanakan Ujian SEGAK, satu ujian yang wajib dilakukan oleh murid tahu4
hingga tingkatan 5.
PERNYATAAN PROFESIONAL
c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap


guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah
selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama
membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan
sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan.

Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya
simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja
dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika
bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga tangan ingin naik ke
muka mereka. Semua telah saya lalui untu Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama
warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan
atau dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu
dan segan. Saya perlu perbaiki elemen itu. Namun terdapat guru yang telah
menjadi rakan baik kami berdua. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya
dalam menjayakan beberapa program sekolah.

Dalam membentuk pasukan sekolah, saya telah cuba sedaya upaya saya
namun masa yang diberikan tidak mencukupi untuk memberi kemahiran yang
lengkap kepada mereka, kerenah mereka juga amat menguji kesabaran dan
membuatkan saya perlu sentiasa memikirkan cara terbaik dalam melatih mereka
dalam masa yang singkat. Budaya suka juga telah berjaya diterapkan sedikit demi
sedikit kepada murid-murid.

Kesimpulannya, Praktikum satu telah memeberi gambaran kepada saya


situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru
berijazah pada tahun 2012 kelak.

You might also like