You are on page 1of 5

KPR 5063

Artikel Kajian Tindakan ini dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Meningkatkan
Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan
Gambar’ yang telah ditulis oleh Roziah Binti Abd. Hamid dari Sekolah Kebangsaan Kuala
Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. Artikel ini diperolehi melalui
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf. Kajian ini dijalankan selama tiga
bulan bermula dari Mac hingga Mei 2005. Bermula bulan Mac, penulis mengenal pasti
masalah. Manakala bulan April kajian tindakan dilaksanakan dan bulan Mei penulis
menganalisis data dan keputusan yang diperolehi.

Kajian ini dijalankan kerana penulis merasakan kepentingan kemahiran membaca di


mana ianya merupakan satu elemen yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutama
matapelajaran Bahasa Melayu dan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap
murid bermula dari awal pembelajaran mereka lagi. Fenomena ini dikenalpasti selepas penulis
menjalankan kajian terhadap 27 orang murid Tahun 1 Murni dari Sekolah Kebangsaan Kuala
Tahan dan mendapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan tersebut.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,didapati kebanyakan
murid tidak pandai membaca malah ada sesetengah yang tidak pandai mengeja suku kata
terutama suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Hal ini telah mendatangkan masalah
kepada murid itu sendiri, murid- murid yang lain dan seterusnya kepada guru. Oleh itu,
penulis telah memberi fokus di dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca
nurid-murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK
serta kad gambar bagi menambahbaik masalah ini.

Penulis telah membuat beberapa tinjauan awal iaitu antaranya ialah dengan
menjalankan ujian pra bacaan seperti membaca cerita pendek, dan hasilnya seramai 10 orang
murid tidak pandai membaca cerita tersebut. Maka, penulis telah menggariskan tiga objektif
di dalam kajian ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1
menggunakan kad suku kata dan gambar, merancang tindakan untuk mengatasi masalah
membaca, dan menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkat
penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. Objektif tersebut ingin dicapai dengan
menggunakan pendekatan baru yang ingin digunakan oleh penulis bagi meningkatkan
kemahiran membaca murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar.

1
KPR 5063

Berdasarkan jurnal ini, kami mendapati model yang bersesuaian dengan kajian ini
adalah Model Kajian Tindakan Kemmis yang telah dibangunkan oleh Kemmis McTaggard
(1998), Stephen Kemmis dan Robin McTaggard (1998). Pendekatan yang digunakan ini
terdiri daripada empat pendekatan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat
refleksi dan kitaran ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati
belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, maka kitaran akan
diteruskan sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

RAJAH 1: MODEL KEMMIS

http://www.google.com.my/images?hl=en&q=action+research&um=1&ie=UTF-
8&source=univ&ei=_FtnTN-vIpayugPT04j

2
KPR 5063

Rajah 1 menunjukkan Model Kemmis. Pendekatan ini boleh diaplikasikan bagi


menerangkan apa yang telah dijalankan oleh penulis untuk menangani masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh, bagi model ini, sesuatu kajian memerlukan 4 fasa iaitu merancang, membuat
pelan tindakan, mengumpul data (memerhati) dan membuat refleksi. Bagi langkah pertama,
iaitu perancangan, penulis perlu memikirkan apakah yang hendak dibuat, adakah ia
merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran penulis, adakah penulis ingin
membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada penulis dan murid, bolehkah penulis
menyatakan masalah dalam format soalan, dan yang terakhir, adakah masalah yang ingin
dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh penulis seorang sahaja.

Bagi permasalahan yang dihadapi ini, langkah pertama yang dilakukan oleh penulis
adalah merancang. Pada peringkat ini, penulis mengenalpasti bahawa permasalahan ini
merupakan masalah yang berkaitan dengan pengajaran beliau kerana masalah ini dikenalpasti
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas beliau. Penulis juga beriltizam untuk
menyelesaikan masalah ini kerana ianya akan memberi manfaat kepada penulis sebagai guru
bagi matapelajaran tersebut dan seterusnya bagi murid itu sendiri kerana matapelajaran
Bahasa Melayu merupakan matapelajaran teras yang perlu dikuasai oleh setiap murid di
negara ini. Masalah yang dikaji ini merupakan masalah yang kecil dan ianya adalah mudah
untuk diuruskan oleh penulis seorang sahaja kerana kumpulan sasaran yang agak kecil dan
berdasarkan kepada pengalaman penulis tersebut dalam mengajar matapelajaran tersebut.

Langkah kedua yang perlu diambil oleh penulis adalah membina pelan tindakan.
Dalam perancangan untuk membina pelan tindakan, penulis perlu mengambil beberapa
persoalan berikut iaitu adakah penulis bercadang untuk memperkenalkan kaedah, strategi atau
teknik berkenaan dalam bilik darjah. Bagi kajian yang dijalankan ini, penulis telah
menggunakan kaedah ujian dan pengajaran menggunakan gambar. Ujian dilakukan sebanyak
dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan
dan markah akan diberikan setiap kali satu perkataan dibaca dengan betul. Ujian pra akan
dijalankan sebelum penulis mengambil tindakan untuk mengajar dengan menggunakan sistem
gambar. Manakala, ujian pasca dijalankan selepas aktiviti pembelajaran suku kata dengan
menggunakan gambar dijalankan. Penulis menjalankan aktiviti mingguan seperti
menggunakan sistem gambar bagi memudahkan pembelajaran murid. Aktiviti ini diteruskan
bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca
dengan lancar. Manakala murid yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan

3
KPR 5063

ayat pendek yang lain. Bagi melaksanakan proses ini, penulis mengambil masa sebulan untuk
menjalankan sesi pengajaran dan perubahan yang berlaku dianggarkan dalam tempoh masa
dua bulan di mana penulis dapat melihat peningkatan tahap kemahiran membaca murid
tersebut melalui ujian yang dijalankan.

Bagi langkah tiga model Kemmis ini iaitu pengumpulan data, penulis mesti memerhati
apa yang berlaku di kalangan murid iaitu seperti hasil keputusan peperiksaan, keputusan dari
aktiviti dan latihan yang dilakukan, dan apa- apa yang boleh menunjukkan prestasi murid dari
semasa ke semasa. Berdasarkan kepada langkah ini, penulis telah merekodkan keputusan
ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana terdapat dua jadual yang
menunjukkan keberkesanan sistem yang dilakukan oleh penulis.

Didapati bahawa jadual 1 menunjukkan senarai markah ujian bagi ujian pra dan pasca
bagi sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pra dan pasca yang
dijalankan, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Bagi ujian pra, markah
yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, untuk 2 suku kata pula ialah 17 dan 3 suku kata
ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 52. Manakala bagi ujian pasca pula, bagi ujian 1
suku kata, 36 markah diperolehi, 2 suku kata pula ialah 31 dan 3 suku kata pula sebanyak 17
markah. Jumlah keseluruhan markah yang diperolehi ialah 84. Ini jelas menunjukkan bahawa
tindakan ini sangat berkesan kerana prestasi murid menunjukkan peningkatan yang sangat
memberangsangkan.

Bagi langkah ke empat iaitu refleksi di mana penulis perlu menganalisis data yang
telah diperolehi. Data kuantitatif dan data kualitatif akan dikumpulkan dan dianalisis. Data
kualitatif merupakan data yang terdiri daripada apa sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang
dituturkan atau pernyataan daripada murid. Manakala data kuantitatif pula merupakan nombor
dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.

Berdasarkan kajian ini, penulis menggunakan data kuantitatif peratus di mana


keputusan dari ujian yang dilakukan itu ditukarkan kepada nilai peratus bagi melihat
keputusan yang lebih mudah difahami dan tepat. Data yang diperolehi akan dikaji secara teliti
dan mungkin idea- idea lain akan timbul bagi menyelesaikan masalah ini dengan lebih
berkesan. Penulis menggunakan langkah ini semasa ujian pra di mana selepas menjalankan

4
KPR 5063

ujian pra, penulis menganalisis data tersebut dan menjalankan tindakan untuk menangani
masalah tersebut.

Seterusnya, penulis akan membuat perancangan semula berdasarkan kepada data yang
telah dikumpulkan bagi ujian pra dan data yang telah dianalisis. Kemudian, pelaksanaan bagi
kaedah pengajaran yang lebih berkesan dijalankan seperti mengajar membaca dengan
menggunakan alat bantuan gambar bagi memudahkan pembelajaran bagi murid. Langkah ini
akan berterusan sehingga penulis merasakan masalah yang dihadapi itu dapat ditangani dan
berjaya dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan seperti menyusun
semula penyampaian kaedah mengajar iaitu dengan memendekkan atau memanjangkan masa
bagi murid membuat latihan atau ujian, guru memberi lebih banyak peluang kepada murid
untuk membuat penyampaian, guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang
digunakan, guru menyusun semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil, guru
memberi lebih banyak masa untuk menerangkan kepada murid konsep-konsep asas bagi
sesuatu matapelajaran yang akan diajar bagi memudahkan murid memahami konsep
matapelajaran tersebut sebelum mereka mempelajarinya.

Kesimpulannya, didapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh penulis berjaya


meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 Murni. Ini dapat dibuktikan
berdasarkan kepada analisis keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan di mana di dalam
ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi ujian 1 suku kata adalah sebanyak 50%, manakala
dalam ujian pasca pula peratusan bagi ujian 1 telah meningkat kepada 90%. Ini menunjukkan
peratusan markah telah meningkat sebanyak 40%. Seterusnya ujian 2 suku kata juga turut
mengalami peningkatan sebanyak 40% di mana bagi ujian pra peratusan yang diperolehi ialah
20% manakala ujian pasca menigkat kepada 60%. Bagi ujian 3 suku kata pula, berlaku
peningkatan sebanyak 20% di mana peratusan ujian pra adalah 0% meningkat kepada 20%
pada ujian pasca. Berdasarkan keputusan ini, kajian tindakan ini memeberikan keputusan
yang positif dalam membaiki kemahiran membaca murid-murid ini.

You might also like