P. 1
Pengenalan Kepada Pengaturcaraan C

Pengenalan Kepada Pengaturcaraan C

|Views: 1,989|Likes:
Published by Aqeela Hamzah

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Aqeela Hamzah on Aug 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/20/2013

pdf

text

original

PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN C

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C  

Bahasa C menggunakan sebilangan notasi yang nampak ganjil bagi mereka yang tidak pernah membuat pengaturcaraan komputer. Struktur am suatu bahasa pengaturcaraan C adalah seperti berikut : a)bahagian #include iaitu arahan pemproses b)main() c)pembuka blok { d)badan aturcara e)penutup blok }

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C 

Contoh:
/* Aturcara pertama dalam C */ #include <stdio.h> int main(void) { printf ( Contoh aturcara pertama dalam C \n ); return 0; }
Output : Contoh aturcara pertama dalam C

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C
KOMEN (/* 


*/)   

 

Teks yang dimulakan dengan simbol /* dan diakhiri dengan simbol */ menandakan satu komen. Pengaturcara memasukkan komen untuk tujuan mendokumentasikan dan meningkatkan pemahaman aturcara. Komen tidak akan menyebabkan sebarang tindakan semasa aturcara itu dilaksanakan. Komen Aturcara pertama dalam C menerangkan tujuan aturcara itu. Komen juga menolong orang lain membaca dan memahami aturcara kita. Komen yang terlalu banyak pula akan menyebabkan aturcara itu susah untuk dibaca. Jadi pengaturcaraan harus bijak meletakkan komen pada tempat yang difikirkan perlu.

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C
BARIS int main(void)    

main() adalah sebahagian daripada aturcara bahasa C. Simbol () menunjukkan bahasa main adalah satu blok pembangunan aturcara yang dipanggil fungsi. Aturcara bahasa C mengandungi 1 atau lebih fungsi di mana salah satu daripadanya adalah main dan mesti wujud dalam setiap aturcara C. Fungsi main adalah fungsi yang pertama sekali yang dilaksanakan oleh pengkompil C. Perkataan int dan void dalam baris aturcara di atas ialah kata kunci atau kata simpan dalam C yang memberi maksud tertentu kepada pengkompil. Perkataan int menunjukkan bahawa fungsi main mengembalikan nilai int kepada sistem pengoperasian manakala perkataan void pula memberi maksud bahawa fungsi main tidak memerlukan sebarang parameter. Baris return 0; merupakan satu penyataan kembali. Ia menyebabkan satu nilai sifar dipulangkan kepada sistem pengoperasian. Nilai yang dipulangkan ini boleh digunakan sekiranya perlu oleh sistem pengoperasian tersebut. Fungsi akan dibincang dengan lebih lanjut di dalam unit 7.

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C    

SIMBOL { dan } Simbol { digunakan untuk memulakan setiap badan fungsi manakala simbol } akan mengakhiri setiap fungsi. Simbol { dan } serta bahagian aturcara antara simbol-simbol ini dipanggil satu blok. Blok adalah satu unit yang penting dalam bahasa C. Penggunaan simbol } pada baris terakhir aturcara dalam contoh aturcara menunjukkan penghabisan fungsi main.

CIRI-CIRI AM BAHASA PENGATURCARAAN C 

Lengkapkan aturcara di bawah dengan meletakkan simbol ciri-ciri am dalam bahasa C.
Aturcara memaparkan maklumat pelajar */ #include <stdio.h> printf ( Nama saya ialah Azi ); printf ( Umur saya ialah 19 tahun ); return 0; }

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C 

Aturcara di bawah adalah satu aturcara ringkas yang meminta pengguna menaip satu nombor dan kemudian mencetaknya kembali.
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */ #include <stdio.h> main() { int nombor; /* isytihar pembolehubah*/ printf (³Masukkan satu nombor dan tekan Enter : ´); scanf (³%d´, &nombor); /* ambil input */ printf (³Nombor yang anda taip ialah %d´, nombor); return 0; }

Output : Masukkan satu nombor dan tekan Enter : 5 Nombor yang anda taip ialah 5

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
PENYATA KELUARAN printf() Arahan printf digunakan untuk mencetak output di skrin. Format bagi arahan ini ialah: printf ( <apa yang hendak dicetak, diletakkan di sini> ); Baris printf ( Masukkan satu nombor dan tekan enter ) dalam aturcara di atas adalah satu kenyataan mencetak. Ia mengarah komputer mencetak di skrin satu muatan aksara yang disempadani dengan tanda . Setiap kenyataan bahasa C mesti diakhiri dengan tanda ; Komputer akan mencetak Masukkan satu nombor dan tekan Enter di skrin apabila aturcara itu dilaksanakan.   

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
PENYATA MASUKAN scanf() Arahan scanf digunakan untuk mengambil input dari papan kekunci. Format bagi arahan ini ialah : scanf ( <penyata jenis data>,&<pembolehubah> ); Tanda & yang diletakkan sebelum nama pembolehubah ialah untuk membolehkan komputer mengetahui kedudukan pembolehubah tersebut dalam ingatan komputer. Komputer perlu mengetahuinya bagi membolehkannya mengubah kandungan pembolehubah.  

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
PENYATA MASUKAN scanf()  Baris
scanf ( %d ,&nombor);   

dalam aturcara di atas mengarahkan komputer menunggu pengguna menaip satu nombor di papan kekunci. Setelah pengguna menaipnya, nilai nombor itu akan dimasukkan dalam pembolehubah bernama nombor. Dalam penyataan scanf di atas, penyata jenis data %d digunakan, nombor adalah data berjenis integer. Sekiranya nilai yang hendak dibaca itu dari jenis data lain maka penyata jenis data lain pula digunakan.

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
PENGGUNAAN BARIS printf UNTUK MENCETAK KEMBALI NILAI PEMBOLEHUBAH YANG DIMASUKKAN.

Dalam aturcara di atas anda dapati baris printf digunakan untuk mencetak kembali nilai nombor yang dimasukkan.  Format penggunaan printf untuk mencetak nilai semasa pembolehubah ialah : printf ( %<penyata jenis data> ,<pembolehubah>);  Dalam aturcara tersebut %d digunakan untuk mencetak nilai pembolehubah integer nombor.  Sekiranya pembolehubah yang dicetak mempunyai jenis data lain, maka penyata lain pula digunakan. 

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
Pernyataan puts,putchar dan getchar /* Aturcara mengambil input dan mencetak output */ #include <stdio.h> main() { int nombor; puts ("Masukkan satu nombor: "); nombor=getchar(); puts ("nombor yang anda masukkan ialah: "); putchar (nombor); return 0; }

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

Pernyataan puts,putchar dan getchar Output: Masukkan satu nombor: 5 Nombor yang anda masukkan ialah: 5

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
KOD-KOD FORMAT Terdapat beberapa kod format dalam bahasa C untuk memformat output. Jadual di bawah memberi penerangan bagi setiap kod format tersebut:
Kod Forma t %d %f %e %c %s %g Penerangan

Mempamerkan nombor dalam bentuk integer Mempamerkan nilai titik terapung atau perpuluhan Mempamerkan nilai titik terapung dalam notasi eksponen Mempamerkan satu nilai aksara Mempamerkan satu nilai rentetan Mempamerkan satu nilai titik terapung sama ada dalam bentuk titik terapung atau bentuk eksponen Mempamerkan nombor dalam bentuk double 

%lf

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
SIMBOL & 

Simbol & yang diletakkan sebelum nama pembolehubah dalam arahan scanf ialah untuk membolehkan komputer mengetahui kedudukan pembolehubah tersebut di dalam ingatan komputer.

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
AKSARA LEPAS 

Aksara Lepas Penerangan

Terdapat beberapa aksara lepas yang digunakan dalam program C. Jadual di bawah memberi penerangan bagi setiap aksara lepas tersebut.

\n \b

Menggerakkan kursor ke baris baru Menggerakkan kursor ke belakang satu kedudukan di baris semasa

\f \r \t \v

Menggerakkan kursor ke permulaan muka seterusnya Menggerakkan kursor ke permulaan baris semasa Menggerakkan kursor ke tab mengufuk seterusnya Menggerakkan kursor ke tab menegak seterusnya

MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHANARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
Latihan:  Berdasarkan keratan aturcara di bawah apakah output yang akan dipaparkan.
i)
ii) printf ( Selamat Datang ke \n ); printf ( \n\tPoliteknik Ungku Omar ); int nombor1, nombor2; float jumlah; printf( Masukkan nombor 1 : ); scanf ( %d ,&nombor1); printf( Masukkan nombor 2 : ); scanf ( %d ,&nombor2); jumlah = nombor1 + nombor2; printf ( Jumlah kedua-dua nombor ini ialah : %.2f , jumlah);

MENULIS, MENGKOMPIL DAN MENJALANKAN CONTOH PROGRAM 


Contoh : Tulis aturcara untuk mencetak Selamat Belajar Bahasa C . Penyelesaian :
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */ #include <stdio.h> int main(void) { printf ( Selamat Belajar Bahasa C ); return 0; } Output : Selamat Belajar Bahasa C

MENULIS, MENGKOMPIL DAN MENJALANKAN CONTOH PROGRAM 

Latihan : Tulis satu aturcara untuk mencetak Selamat Belajar Bahasa C dalam baris yang berlainan (1 perkataan sebaris) menggunakan hanya satu arahan printf sahaja.

MENULIS, MENGKOMPIL DAN MENJALANKAN CONTOH PROGRAM
Penyelesaian: /* Aturcara mengambil input dan mencetak output */ #include <stdio.h> int main(void) { printf ( Selamat\nBelajar\nBahasa\nC\n ); return 0; } Output : Selamat Belajar Bahasa C

MENULIS, MENGKOMPIL DAN MENJALANKAN CONTOH PROGRAM 

Latihan: Tuliskan aturcara yang membaca 2 nombor integer dan mencetak keduadua nombor tersebut.

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C  

Terdapat 2 jenis arahan pra pemproses iaitu #include dan #define. #include a) #include adalah arahan untuk prapemproses C. Baris-baris yang bermula dengan simbol # diproses oleh prapemproses sebelum aturcara itu dikompil. b) Arahan #include perlu ditulis diikuti dengan fail kepala yang mana akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. Contoh : #include <stdio.h> c) Fail stdio.h disertakan kerana di dalamnya terdapat definisi arahan untuk mencetak output dan mengambil input yang akan kita gunakan.

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C 

#define a) Selain #include kita juga boleh menakrifkan pra pemproses yang dipanggil #define. b) #define juga boleh digunakan untuk mengisytiharkan sesuatu pemalar. Sintaks : #define <nama pemalar><nilai pemalar> Contoh : #define BIL_MAKS 999 #define PI 3.1459 c) Apabila baris ini ditemui dalam fail aturcara yang sedang dikompil, prapemproses akan menukar semua pengecam BIL_MAKS yang dijumpai ini dengan nilai 999 dan PI dengan 3.1459. Kecuali jika ianya adalah komen. BIL_MAKS dan PI ini dikenali sebagai pemalar simbolik. Ia boleh diletakkan di mana-mana dalam aturcara dan ia akan memberi kesan kepada baris aturcara selepas ia diletakkan kebiasaannya ia diletakkan di permulaan aturcara dan ditulis dengan huruf besar.

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C 


Kebanyakan daripada perlaksanaan bahasa C ada menyediakan perpustakaan piawai yang terdapat banyak fungsi di dalamnya. Secara asasnya C piawai menyediakan 16 pengepala atau kepala fail yang setiap satunya mempunyai banyak fungsi di dalamnya. 16 kepala fail itu ialah : <assert.h> <float.h> <math.h> <stdarg.h> <stdlib.h> <ctype.h> <limits.h> <setjmp.h> <stddef.h> <string.h> <errno.h> <locale.h> <signal.h> <stdio.h> <time.h> <conio.h>

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C
(a) 

<stdio.h>

Terdapat beberapa fungsi dalam pustaka stdio.h yang boleh digunakan untuk aksara dan rentetan. Jadual berikut meringkaskan fungsi yang boleh diguna.
Prototaip fungsi int getchar(void) Tugas Baca aksara yang dimasukkan dan kembali kod aksara dalam integer Baca input rentetan dan masukkan dalam tatasusunan s sehingga berjumpa baris baru atau EOF. Aksara NULL akan ditambah di hujung rentetan

char *gets(char *s)

int putchar(int c) int puts(const char * s)

Cetak aksara dalam c Cetak rentetan s dan tambah aksara baris baru

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C 

Fail kepala stdio.h ini mengandungi maklumat yang diperlukan untuk pengendalian masukan scanf dan keluaran printf. Nama penuh fail ini ialah standard input / output header.

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C
CONTOH:
#include <stdio.h> int main(void) { int umur; printf (³Masukkan umur anda : ´); scanf (³%d´,umur); printf (³Umur anda ialah %d tahun´, umur); return 0; }

Output : Masukkan umur anda : 18 Umur anda ialah 18 tahun

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C
(b) 

<math.h>

Prototaip Fungsi double acos(double x) double asin(double x) double atan(double x) double sinh(double x) double exp(double x) double log(double x) double pow(double x,double y) double sqrt(double x)

Tugas Mengira kosin untuk sesuatu nilai x Mengira nilai sin untuk x Mengira nilai tan untuk x Mengira sin hiperbolik untuk x Mengira eksponen untuk x Mengira logaritma asli untuk x Mengira x kuasa y Mengira punca ganda dua untuk x

Terdapat beberapa fungsi dalam pustaka yang boleh digunakan untuk melaksanakan operasi matematik asas. Jadual berikut meringkaskan fungsi yang boleh digunakan.

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C 

Contoh:
#include <stdio.h> #include <math.h> int main(void) { double x = 3.0, y = 4.0; double hasil; hasil = pow (x, y); printf (³Hasil = %lf ´, hasil); return 0; }

Output : Hasil = 81.0

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C
(c) 

<ctype,h> Antara fungsi-fungsi yang terkandung dalam fail kepala ini ialah fungsi untuk menguji jenis aksara dan fungsi untuk menukar aksara dari abjad huruf kecil ke abjad huruf besar. Berikut adalah senarai fungsi-fungsi dalam fail kepala <ctype.h>.

Prototaip Fungsi int isdigit (int c) int isalpha(int c) int islower (int c) int isupper (int c) int isspace(int c) int toupper(int c)

Tugas Pulangkan 1 jika c adalah digit dan 0 jika c bukan digit Pulangkan 1 jika c adalah abjad dan 0 jika c bukan abjad Pulangkan 1 jika c adalah huruf kecil dan 0 jika c huruf besar Pulangkan 1 jika c adalah huruf besar dan 0 jika c huruf kecil Pulangkan 1 jika c adalah ruang kosong dan 0 jika palsu Pulangkan 1 jika c huruf kecil , kembalikan huruf besar bagi c

int tolower(int c)

Pulangkan 1 jika c huruf besar, kembalikan huruf kecil bagi c

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C 

Contoh:
#include <stdio.h> #include <ctype.h> int main(void) { char aksara; printf (³Masukkan satu aksara :´); aksara = getchar(); if (isdigit (aksara)) printf (³%c adalah digit \n´, aksara); if (isalpha (aksara)) printf (³%c adalah abjad \n´, aksara); if (islower (aksara)) printf (³%c adalah huruf kecil \n´, aksara); if (isupper (aksara)) printf (³%c adalah huruf besar \n´, aksara); if (isspace (aksara)) printf (³%c adalah ruang kosong \n´, aksara); printf (³tolower %c adalah %c\n´,aksara,tolower(aksara)); printf (³toupper %c adalah %c\n´,aksara,toupper(aksara)); return 0; }

PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES DAN KEPALA FAIL DALAM PENGATURCARAAN C

Output : Masukkan satu aksara : g g adalah abjad g adalah huruf kecil tolower g adalah g tolower g adalah G

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->