You are on page 1of 14

Perhatian : Kajian berikut tidak begitu terikat kepada disiplin

pedagogi semata-mata. Ianya merupakan kajian lebih liberal


mengikut kacamata perunding bebas dan faktor-faktor
empirikal juga diambilkira. Haipotesis pedagogi tidak begitu
ditekankan secara khusus walaupun sedikit unsur-unsur
berkenaan masih dijadikan panduan secara generik oleh
pengarang dalam memantapkan isi kajiannya. Aplikasi mana-
mana kandungan dibawah masih memerlukan perbincangan
secara kolektif dikalangan semua pihak yang berkepentingan
termasuk warga akademik secara keseluruhan. Perunding
bersedia untuk membuat kursus, bengkel dan taklimat jika
diperlukan. Bagi pelajar IPT bidang pendidikan, anda
dikehendaki menghubungi perunding/pengarang/pengelola
laman web untuk keterangan selanjutnya.

INOVASI DALAM PEDAGOGI, KURIKULUM DAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

http://www.geocities.com/nikzafri/pedagogi.html

Kajian Oleh : PN. TETTY HENNEY BTE ZULKIFLI dijalankan


dengan usahasama dengan NIK ZAFRI (Pengeditan Semula :
November, 2006)

© 1999-2000-2006 Tetty Henney Zulkifli/Nik Zafri. Sebarang


penyalinan kembali ke atas mana-mana isi kandungan harta
intelek berikut secara langsung atau tidak langsung perlu
mendapat keizinan bertulis dari pengarang atau pengelola Nik
Zafri Online. Pengarang tidak boleh disabitkan atas apa-apa
tindakan perundangan dan tidak akan bertanggungjawab
sekiranya aplikasi tanpa kebenaran menyebabkan kegagalan
dalam perjalanan tradisi disiplin keilmuan pedagogi,
pendidikan dan kurikulum.

Keunggulan di dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan


menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini
merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di
Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab
kenapa YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan telah
(secara tidak langsung) telah mencadangkan gabungan falsafah
konservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan
cadangan beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah
untuk menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakkan sekolah
memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik.
Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan
Premier juga perlu mendapat sokongan tenaga pendidik bagi
menjayakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan
suasana pendidikan yang lebih demokratik dan bukannya untuk
merosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa oleh sesetengah
pihak.

Di alaf baru ini, perhatian serius perlu diberikan terhadap isu-isu


seperti budaya, etnik dan bangsa yang belajar dengan cara yang lebih
seragam. Soalan-soalan berikut perlu ditanyakan terlebih dahulu :

a. Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa keseluruhan


pelajar tidak kira dari mana sekalipun mampu belajar sejajar
dengan panduan-panduan yang telah diberikan?
b. Bagaimanakah caranya kita dapat menyeragamkan pengetahuan
dan kemahiran/ketrampilan untuk semua orang?

Jika kita perhatikan suasana semasa sekarang, sudah tentu jawapan-


jawapan yang bakal diberikan adalah 'tidak tahu! Jadi apakah
sebenarnya yang dipanggil keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi?
Bagaimanakah caranya kurikulum kini dapat disesuaikan dengan
sekolah-sekolah dalam konteks budaya, etnik dan bangsa?

Semua pentadbiran sekolah perlu diberikan peluang untuk


menguruskan perkara ini secara bebas. Pengurusan yang boleh
dilakukan ialah membangun dan menguji standard kandungan bagi
menakrifkan pengetahuan dan kemahiran untuk sekolah masing-
masing. Menerusi ujian/trial-run sahaja, aras dapat dilakukan keatas
keberkesanan pelaksanaan. Banyak agensi/perunding/organisasi boleh
terlibat sama dalam membantu projek ini seperti Lembaga Akreditasi
Negara, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, organisasi korporat,
orang awam dll. Kesimpulan dari pendapat umum seperti ini
kadangkala amat bernas dan boleh menjadi input-input yang positif
untuk aras standarddan kurikulum akademik.

Semua pengurusan dan standard perlu mendemonstrasikan skop kerja


bagi mengenalpasti pengetahuan yang benar-benar diperlukan oleh
pelajar. Warga pendidik secara keseluruhan juga perlu komited untuk
sama-sama menentukan pelajar mencapai standard keunggulan.

Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah tradisi menilai pelajar yang
berkaitan secara langsung dengan budaya normatif dengan
membandingkan pelajar menerusi pengagihan kelok pencapaian
dengan kelok keupayaan/kebolehan yang diperolehi menerusi Ujian IQ.
Apakah ianya satu sistem yang baik? Atau hanya melahirkan lebih
banyak diskriminasi.

Umum berpendapat bahawa kecermelangan pendidikan dapat


dijayakan menerusi ukuran tahap prestasi pelajar akan menentukan
sasaran yang mencabar. Ada yang terlupa bahawa kurikulum yang
seragam tidak mampu menghasilkan kecemerlangan untuk semua.

Sebarang usaha ke arah mengelakkan pendekatan yang terlalu terikat


kepada sort-and-select bagi mendapatkan hasil berkualiti perlu
diberikan pujian. Ini sepatutnya menjadi sasaran bagi meminimakan
sistem pengesan pada 'peringkat bawah kelok berbentuk bola' yang
sering 'menghantui' pembentukan kurikulum. Walaubagaimanapun,
asas utama inovasi pedagogi yang menekankan integrasi sumber dan
kecukupan masa serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
perlu dikekalkan. Tidak dapat dinafikan, kadangkala kita perlu
merenung dan menyemak kembali isi kandungan Penyata Razak dan
sesuaikan/tingkatkan dengan zaman teknologi alaf baru.

Segala masalah berhubung inovasi pedagogi tidak akan dapat


diminimakan menerusi kurikulum/standard kandungan yang
berdasarkan semata-mata kepada pembelajaran konsep-konsep yang
penting, kemahiran berfikir dan aplikasi pembelajaran situasi 'sebenar'.
Masalah juga akan bertambah apabila ramai pihak berbalahan tentang
format kemahiran yang perlu diperkenalkan kepada pelajar mengikut
kehendak pasaran pekerjaan alaf baru.

Apabila kurikulum atau standard kandungan yang sama digunakan,


sistem pendidikan tidak akan mencapai kejayaan sasaran untuk
menjadikannya lebih demokratik dengan mengenepikan perbezaan
individu pelajar dari segi latarbelakang, pengalaman dan minat. Jika ini
dapat dipinda, tentunya, keunggulan daripada setiap pelajar akan
dapat dimaksimakan.

Langkah susulan yang perlu dilakukan selepas ini ialah semakan


kembali ke atas tiga (3) falsafah pendekatan terhadap
standard/kurikulum pedagogi iaitu :- konservatif, liberal dan kiritikal.
Ketiga-tiga pendekatan ini dapat menjelaskan isu berhubung takrif
konsep standard dan keunggulan dalam konteks pendidikan yang lebih
demokratik. Pendekatan terhadap standard bagi membangunkan
ketiga-tiga falsafah ini perlu dikaji dari segi kebaikan dan
keburukannya. Gabungan yang tepat ke atas ketiga-tiga elemen ini
akan memudahkan satu panduan diwujudkan bertujuan untuk
membangunkan standard yang lebih demokratik dan unggul sehingga
ke bilik darjah.
Sekitar Konsep Konservatif, Perkembangannya dan
Pengaruhnya Terhadap Pedagogi Malaysia

Pendekatan konservatif di Malaysia telah banyak mengalami


perubahan semenjak zaman pasca-kolonialisma. Kini ianya lebih
banyak mendiskusikan kebebasan individu dan awam. Impak yang
ditinggalkan ada kalanya positif dan ada kalanya negatif - bergantung
kepada suasana semasa. Didapati mekanisma kawalannya juga agak
minima tetapi lebih mementingkan pelaksanaan berperingkat dan
melihat hasilnya. Isu kualiti dan standard sekolah termasuk kuasa guru
dan guru besar/pengetua juga ditekankan. Kebelakangan ini, konsep ini
dikatakan cenderung kepada pengurusan dari bawah ke atas dan
komited kepada kebebasan dalam merekabentuk program yang sesuai
dengan kehendak mengikut zon/kawasan masing-masing. Ini tanpa
disedari adalah pengaruh daripada falsafah liberal. Falsafah konservatif
baru ini juga didapati tidak menyetujui kuasa secara mutlak seseorang
ketua membuat keputusan disamping tidak menggemari penubuhan
jawatankuasa yang tidak bersikap terbuka terhadap pendapat.

Falsafah konservatif berpendapat bahawa sokongan atau tentangan


ibubapa terhadap sekolah akan bergantung kepada cara pengurusan
sekolah melayan mereka. Sebarang campurtangan 'luar' akan
menjejaskan perjalanan pengurusan sekolah. Standard yang
diwujudkan sentiasa menakrifkan satu set "kemahiran asas" contohnya
3M. Namun, ramai pengkritik berpendapat bahawa konsep konservatif
tidak mahu berubah mengikut keadaan dan terlalu banyak unsur
politik didalamnya. Saya berpendapat, konsep ini terlalu berhati-hati
dalam membuat perubahan bukannya tidak mahu berubah langsung.

Konsep inilah juga yang menuntut supaya pelajar didedahkan daripada


usia yang masih muda mengenal sejarah Malaysia dalam kesemua
mata- mata pelajaran sebagai asas persediaan mereka untuk zaman
alaf baru yang lebih mencabar hasil cabaran globalisasi. Unsur-unsur
pembelajaran sastera dan seni juga perlu dikekalkan. Elemen-elemen
seperti ini dapat mengekalkan nilai budaya dan intelektual dalam
pendidikan. Pendedahan ini didapati telah dipraktikkan oleh hampir
kesemua sekolah di Malaysia.

Namun, penekanan terhadap bahasa penghantar kedua iaitu Bahasa


Inggeris didapati agak berkurangan. Mungkin pengaruh chauvinistik
atau fanatik yang melulu telah menjadi penyebabnya. Bahasa Inggeris
termasuk bahasa asing yang lain perlu ditekankan demi kemahiran
menafsirkan ilmu yang disadur daripada negara asing yang semakin
meningkat terutamanya menerusi Internet. Untuk ini, Kementerian
Pendidikan telah banyak memainkan peranan mereka (hampir 30
tahun) namun kempen Bahasa Inggeris masih lagi seolah-olah
dipandang sepi atau 'angin-anginan'. Walaupun terdapat usaha telah
dilakukan namun didapati semakin ramai anak-anak kampung,
kawasan pendalaman dan pinggir bandar didapati masih belum begitu
fasih dalam berbahasa Inggeris. Kita bimbang, jika fenomena ini
berlanjutan, maka kemungkinan kerajaan terpaksa meminimakan
peruntukan terhadap kempen berbahasa Inggeris.

Dari sudut positif yang lain, kita dapati juga konsep konservatif berjaya
melahirkan ramai pelajar-pelajar terbaik dari sekolah luar bandar.
Kadangkala kekurangan infrastruktur dan bantuan material serta
sokongan moral dari luar boleh mencetuskan usaha bersungguh-
sungguh untuk membaiki taraf hidup di kampung yang dilihat masih
memerlukan pembangunan. Kita telah melihat bagaimana pelajar-
pelajar yang agak patriotik dengan kawasan perkampungan sering
'pulang ke lubuk' apabila berjaya mendapatkan ilmu dan pengalaman
dari bandar. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk
membangunkan kampung mereka dengan ilmu yang diperolehi. Boleh
dikatakan kebanyakannya berjaya dalam usaha mereka dan
mengambilalih tugas 'wakil-wakil rakyat', penghulu dan penggawa
dengan meletakkan proses urbanisasi dengan cara yang tersendiri.
Dalam konteks ini, jelas kepada kita bahawa bantuan yang terlalu
banyak terutamanya daripada Kementerian Pendidikan kadangkala
mampu menjadikan sesebuah sekolah sebagai 'anak manja yang
disuap'.

Cara Meningkatkan Falsafah Konservatif dengan menggunakan


kaedah Liberal

Secara keseluruhannya konsep konservatif masih memerlukan


pembaharuan tanpa mengenepikan nilai-nilai asas yang murni
terdapat di dalamnya. Suka atau tidak, perubahan zaman wajib
diambilkira kerana kebanyakan sumber pedagogi falsafah konservatif
didapati tidak lagi dapat menampung kehendak peredaran masa dan
peningkatan teknologi pendidikan yang semakin pantas. Sebarang
unsur baru dari segi liberal perlu dimasukkan secara berhati-hati
supaya pedagogi tidak berakhir dengan terlalu banyak dasar, misi,
sasaran, falsafah, prosedur, fail, kertas, data, carta aliran dll yang tidak
mampu dilaksanakan dan redundant. Teknologi dan sistem juga perlu
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat supaya konsep
konservatif dapat menjalani ujian masa bagi mengadaptasikan kepada
sistem dan teknologi yang muttakhir. Isu-isu semasa seperti masalah
disiplin yang semakin merosot, peningkatan jenayah pelbagai,
kerosakan akhlak dan jurang generasi pendidik muda dan berumur
juga perlu diambilkira.
Sebarang unsur berbentuk terlalu cenderung kepada 'perniagaan dan
memenuhi poket sendiri' dari semua pihak samada dalaman atau
luaran mestilah diminimakan. Unsur negatif ini didapati telah
merosakkan kemurnian hasrat kerajaan bagi menjadikan pedagogi
sebagai asas melahirkan kedua-dua pendidik dan pelajar yang
cemerlang.

Pendedahan kepada kepelbagaian kemahiran dan kepintaran ke atas


sistem 'sort and select' juga perlu bagi melahirkan ilmu pedagogi yang
komited terhadap sistem pendidikan cemerlang dan demokratik.
Pengurusan sendiri pentadbiran sesebuah sekolah masih memerlukan
banyak pendedahan kepada unsur-unsur luaran yang positif. Jika
pengurusan tidak dikawal, adalah dikhuatiri, sistem konservatif ini
akan menyebabkan bias, minat parochial dan ketidakseragaman dalam
apa-apa program yang dirancangkan. Pengurusan sendiri sekolah
tanpa bimbingan berpotensi menjadikan sesebuah sekolah tidak
langsung menerima pendapat dari luar kerana terlalu bergantung
kepada falsafah sendiri dan membuat reformasi yang tidak selaras
dengan hasrat negara.

Pengurusan disentralisasi ala falsafah konservatif ; walaupun ada


kebaikannya; masih perlu benar-benar mengikut kehendak falsafah-
falsafah liberal seperti TQM dan bukannya hanya tertulis kepada dasar
namun ianya tidak diamalkan. Dari kajian sendiri, saya dapati kedua-
dua stail pengurusan liberal ini iaitu disentralisasi dan berpusat (bawah
ke atas dan atas ke bawah) masing-masing mempunyai kelebihan dan
keburukan tersendiri. Ianya juga memerlukan pergabungan teliti.
Selain itu tindakan proaktif dan reaktif dalam konteks pencegahan dan
pembetulan adalah perlu justeru kita tidak mungkin dapat menjangka
sesuatu kes yang bakal berlaku terutamanya jika kali pertama kita
menghadapi sesuatu masalah yang tidak pernah dialami sebelumnya
oleh mana-mana sekolah di Malaysia.

Pengaruh falsafah liberal yang menakrifkan kemahiran asas sebagai


apa yang pelajar perlu tahu dan mampu membuatnya perlu
dikenalpasti dan dianalisa untuk mendapatkan hasil kritikalnya.
Kemudian jadikan ia sebagai salah satu asas formula bagi
mendefinisikan tingkahlaku pembelajaran seseorang pelajar dan
penilaian menerusi aplikasi berasaskan prestasi. Falsafah liberal juga
agak terbuka kepada pendapat luar terutamanya mereka yang pakar
dalam bidang masing-masing.

Standard yang baru mestilah berorientasikan penyelesaian masalah,


komunikasi dan pendekatan bersepadu terutamanya ke atas subjek-
subjek seperti sains dan matematik. Subjek-subjek teknikal ini mestilah
berbentuk pemahaman konsep dan bukannya belajar untuk lulus
peperiksaan. Sejarah Malaysia yang banyak memaparkan perkara-
perkara berhubung budaya, etnik, perkauman dan sebagainya perlu
disalurkan ke arah memperbetulkan ketidakseimbangan yang pernah
dipudarkan faktanya oleh penjajah. Falsafah pendidikan harus
mengambilkira amalan pengetahuan, disiplin ilmu yang baik, kualiti
pendidikan, peningkatan ilmu dan tidak mengulangi kegagalan dasar,
praktik dan strategi yang pernah diwujudkan.

Selain itu, konsep-konsep baru seperti TQM, ISO 9000 dan lain-lain
yang setaraf perlu menjadi elemen yang bersifat 'complementary'
sahaja dan bukannya mengubah 100% falsafah dan pengurusan yang
sedia ada. Ini kerana untuk benar-benar menyesuaikan kehendak-
kehendak standard dengan suasana akademik adalah sesuatu yang
Easier Said than Done. Walaubagaimanapun, complementary yang
dimaksudkan antara lain ialah ianya banyak menekankan prinsip yang
saling perlu-memerlukan dan haipotesis yang menghala kepada
kemahiran pelajar, empirikal, holistik, keunggulan/keaslian, expresif,
reflektif, sosial, kerjasama dalam satu pasukan, kognitif, pembangunan
dan cabaran. Metodoloji-metodoji ini; jika betul aplikasinya; mampu
menjadi pemangkin kepada konsep pembelajaran dan agak berlainan
dengan falsafah konservatif yang berpendapat bahawa pengetahuan
diasaskan sendiri oleh pelajar, pergaulan mereka, pengalaman mereka
dan daya kognitif yang terhasil dari ilmu yang baru.

Perlu diingatkan, apabila bercakap mengenai daya


kognitif(pengetahuan dan analitikal), psikomotor (ketrampilan), afektif
(pembangunan siasah diri) dan pencapaian tahap pemikiran di alaf
baru, ianya tidak lagi terikat kepada unsur tradisi atau haipotesis
dalam pedagogi tetapi perlu diambilkira keadaan muttakhir
persekitaran termasuk perkembangan teknologi terkini dan lain-lain
pihak berkepentingan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.
(lihat artikel Psikologi 2000 karya Tetty Henney dalam ruangan
PendidikNet Malaysia yang juga termuat dalam ruangan kumpulan
artikel ini.)

Model yang baru ini perlu mempunyai komponen sosial yang


menekankan interaksi yang kuat bagi membina jaringan pengetahuan
yang baik kepada pelajar. Dari segi kemahiran (mengikut falsafah
liberal) pula, ianya perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap pelajar itu sendiri dan tidak berbentuk paksaan
memahami dan memperbuat sesuatu diluar kebolehannya.

Kemahiran atau ketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur


kerjasama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian
terhadap masalah dan komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur
kepintaran buatan seperti robotik, automasi dan komputer didapati
telah mula mengambilalih tugas manusia, namun masih terlalu banyak
proses yang tidak dapat 100% diaturcara. Malah teknik kuantitatif dan
statistik moden sekalipun hanya menjadi pemangkin kepada membuat
keputusan dan bukan menguasai proses pembuatan keputusan. Proses
membuat keputusan masih memerlukan kepintaran dan penilaian
kemanusiaan yang formal.

Unsur ketrampilan yang mungkin boleh diperkenalkan di peringkat


awal ini; sebagai contoh; ialah kemahiran komputer secara asas seperti
aplikasi (umpamanya pemerosesan perkataan, helaian hamparan,
grafik diatas meja, persembahan grafik/beranimasi/multimedia,
pangkalan data dan rekabentuk laman web)

Sistem pekerjaan yang terlalu mementingkan kelayakan akademik


(hasil sort and select) kini mendapat saingan sengit oleh sistem yang
berdasarkan ketrampilan dan pengalaman justeru ianya dikatakan
lebih 'result-oriented'. Ternyata fakta ini benar apabila pasaran
pekerjaan Malaysia terpaksa mengambil masa dalam pemilihan calon
yang rata-rata berdasarkan akademik haipotesis dan bukannya
ketrampilan yang disesuaikan dengan kehendak majikan dan skop
industri. Kemahiran teknikal seperti kejuruteraan awam juga telah
membuat banyak pindaan ke atas formula berasaskan algebra,
kalkulus, sinus, kosinus, tangen, parameter dsb. dalam mendapatkan
pengukuran struktur yang mempunyai 'ralatizin yang masih dalam
margin kesalahan yang minima' kerana kadangkala formula matematik
formal tidak mampu mengeluarkan keputusan yang tepat dalam
konteks suasana yang sebenar. Selain pengiraan, faktor geologi dan
fizik juga diambilkira.

Bagi mencapai tahap ketrampilan yang baik tentunya kurikulum dan


tenaga pengajarnya juga perlu baik. Contohnya untuk memasukkan
'ralatizin' dalam formula matematik dan sains memerlukan anjakan
paradigma tenaga-tenaga pengajar itu sendiri. Ini tidak akan dapat
dijayakan jika tenaga pengajar belum bersedia menerima perubahan
ini. Bengkel demi bengkel ketrampilan perlu lebih banyak diadakan dan
bukannya semata-mata untuk memberikan tenaga pengajar peluang
untuk bercuti atau berakhir dengan konflik perdebatan tanpa
penyelesaian.

Tenaga pendidik perlu diberikan kebebasan bersuara dan


mencadangkan sesuatu yang baik. Mereka juga perlu diberikan latihan
yang kadangkala diluar daripada tradisi keilmuan pedagogi. Sudah tiba
masanya, tenaga pendidik tidak terlalu terikat kepada peraturan yang
terlalu ketat sehingga tidak memberikan ruang untuk berkembang.
Tenaga pendidik sendiri juga harus bersedia dari segi fisikal dan mental
secara relahati tanpa paksaan serta tekanan untuk menerima
perubahan ini demi kebaikan semua. Jika ini tidak berlaku, maka
masalah depresi dikalangan guru akan semakin meningkat dan kos
rehabilitasi psikologi juga akan meningkat. Boleh dikatakan kos ini
salah-satu unsur 'intangible' yang jika meningkat melebihi marginal
jangkaan, maka kualiti dan keunggulan tidak akan tercapai
sepenuhnya.

Dalam konteks kerajaan sendiri, audit/penilaian kualiti pihak ketiga


yang betul caranya ke atas sekolah-sekolah yang diurus dan ditadbir
sendiri akan mengurangkan jurang ketidakadilan yang sering
diperkatakan dalam penilaian prestasi dan kenaikan gaji. Ini bukanlah
bermakna sistem penilaian prestasi dan kenaikan gaji mengikut kelok
perlu dihapuskan, cuma ianya perlu bersifat lebih telus dan bukannya
bersifat individualistik. Sistem audit ini perlu foolproof dan failsafe.
Dalam konsep audit sebarang kelok memerlukan justifikasi dan apabila
diminta maka bukti kukuh perlu dikemukakan - biasanya berbentuk
data yang telah dianalisa yang dipakejkan bersama dengan satu pelan
tindakan yang baik dan munasabah.

Pengauditan proses, prestasi, kewangan, latihan, sumber dsb. perlu


diadakan menerusi sistem kawalan kualiti yang lebih terbuka dan
mengambilkira bukti seperti rekod, data, dokumen, maklumbalas,
pengukuran sumbangan, kepatuhan disiplin dan sebagainya.

Selain itu, sekolah yang masih serba kekurangan, juga memerlukan


prasarana yang kena pada masa dan tempatnya. Ini termasuklah saiz
sekolah dan kelas yang lebih lapang, bahan yang mencukupi,
peningkatan kualiti makmal sains dan komputer, pendidikan luaran
dan dalaman yang seimbang dan peluang serta strategi, masa dan
adanya tenaga pengajar yang mencukupi bagi membantu pelajar yang
masih serba kekurangan. Tanpa perubahan seumpama ini, tentunya
banyak pelajar-pelajar termasuk tenaga pengajar tidak dapat
mencapai tahap kecermelangan menerusi sistem baru ini.

Atas sebab-sebab inilah, apa sahaja konsep baharu dalam pedagogi


yang hendak diperkenalkan perlu mengambilkira kehendak semua
kaum, budaya, status dan latarbelakang masing-masing.

Walaupun falsafah liberal dapat memainkan peranan sebagai


pemangkin perubahan konsep konservatif, namun masih terdapat
banyak kekurangan yang boleh diisi dengan pendekatan falsafah
tradisi konservatif. Umpamanya dalam masalah psikologi pelajar yang
menyebabkan perlanggaran disiplin dan moral secara berleluasa; tidak
dapat dinafikan; ialah disebabkan falsafah liberal yang tidak terkawal.
Ini ditambah pula dengan pendapat-pendapat luar yang tidak
mempunyai kepentingan secara langsung didalam keilmuan pedagogi
kecuali kepentingan peribadi dan perniagaan. Senario ini juga mampu
menggugat sistem pendidikan negara. Dari itu, falsafah konservatif
yang sesetengahnya disesuaikan daripada ajaran keagamaan masih
perlu memainkan peranan dalam dunia materialistik. Bergantunglah ke
atas kepandaian guru itu sendiri dalam memilih cara yang terbaik
untuk menangani sebarang masalah yang timbul. Ini hanya dapat
digarap menerusi pengalaman yang dilaluinya. Disinilah kita dapat
lihat pula kelebihannya memihak kepada guru-guru yang berumur
yang kaya dengan kaedah intelektual, sosial dan budaya yang jarang
dapat dipelajari daripada buku pedagogi sendiri. Dalam hal ini,
keupayaan menyesuaikan diri dengan budaya kawasan tempat
mengajar juga perlu diambilkira. Kadangkala apa yang dipelajari belum
tentu dapat dipraktikkan kecuali jika guru itu mempunyai pengetahuan
tambahan seperti telematik.

Kurikulum pendidikan boleh berubah tetapi tidak boleh terlalu banyak


perubahan kerana ianya akan hanya menghasilkan kegagalan dalam
tempoh jangkapanjang. Perubahan mendadak akan menyebabkan
pelajar yang akan menjadi mangsa. Kuasa dan hak juga perlu
digariskan dengan lebih jelas umpamanya di antara PIBG, tenaga
pengajar, kakitangan, jabatan dan Kementerian Pendidikan serta orang
awam. Jika hak ini hanya dibuat di atas kertas tanpa penerangan yang
jelas kepada semua pihak yang disebutkan lebih-lebih lagi orang awam
dan ibubapa, pastinya banyak masalah yang akan timbul termasuklah
isu perkauman, perundangan, perbezaan tahap/diskriminasi dan
politik. Kebelakangan ini, kita rasa ganjil mendengar 'kriteria
kelayakan' bagi memilih peneraju umpamanya barisan pemimpin PIBG
yang terdiri dari mereka yang mempunyai 'pengaruh' (politik biasanya)
di mana ini adalah sesuatu yang kurang menepati prosedur pemilihan
dan standard.

Pengaruh Falsafah Kritikal

Falsafah kritikal berpendapat bahawa pengetahuan perlu melalui


proses budaya, sejarah, etnik dan linguistik sesuai dengan konsep
asalnya. Tenaga pengajar akan dapat menggunakan unsur dalam
membantu pelajar lebih memahami isu-isu semasa terutamanya
persamaan dan keadilan sosial bagi melahirkan suasana demokratik.
Pengetahuan asas mengenai struktur masyarakat seperti ekonomi,
negara, tempat kerja dan budaya pelbagai juga ditekankan. Kurikulum
perlu mampu menjadi pelantar kritik ke atas pengetahuan berbentuk
dominan. Falsafah kritikal juga banyak menekankan disiplin seorang
guru dalam menyebarkan pengetahuan kepada pelajar.
Pelajar lebih banyak perlu diberikan ruang untuk bertanya tanpa
melebihkan peluang berkenaan hanya kepada guru semata-mata.
Penyesuaian kepada kehendak komuniti setempat akan
menyemarakkan semangat pelajar untuk belajar dan akan cuba
memperbaiki taraf kehidupannya yang serba kekurangan apabila
berjaya nanti. Pelajar juga perlu diberikan peluang untuk menilai
pengetahuan yang diterima, menyuarakan pendapat, menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang sesuai diterima oleh mereka dan
siapakah tenaga pengajar dan bahan yang digunakan dalam
membantu mereka berjaya. Kerjasama kedua belah pihak di antara
tenaga pengajar dan pelajar secara lebih terbuka adalah penting.

Namun, ada yang berpendapat bahawa falsafah kritikal dikatakan


hanya berdasarkan teori dan tidak mampu dipraktikkan walaupun
usaha memperkenalkannya telah lama dijalankan. Ianya juga
dikatakan terlalu banyak pengaruh fahaman sosiologi dan politik yang
sempit dan ternyata banyak kegagalan dihadapi apabila cuba untuk
dilaksanakan. Sejauh mana benar dan bernasnya pendapat ini tidaklah
dapat disahkan. Apa yang jelas ialah falsafah kritikal mungkin menjadi
'tindanan'(overlap) kepada cadangan integrasi falsafah konservatif dan
liberal.

Kurikulum baru perlu menjelaskan keperluan pelajar secara lebih


meluas dalam konteks demokratik dan bukannya berdasarkan kepada
agenda politik teori kritikal. Ianya hanya meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan dalam disiplin ilmu yang dipelajarinya sahaja.

Piawaian berhubung dengan sesuatu prinsip matematik, pembangunan


haipotesis saintifik, kemahiran berkomunikasi samada secara lisan
atau tulisan, dan analisa sebab dan musabab berdasarkan sejarah
adalah suatu pengetahuan yang begitu mustahak.

Mereka akan jadi terasing dan hegemonik jika tidak mempelajari teori
atau mendapat pendedahan baru jika lebih ditekankan kepada
mempelajari kehendak komuniti setempat sahaja. Ini bukanlah bererti
kita perlu menenepikan kehendak komuniti setempat tetapi dengan
hanya bergantung kepada sejarah, budaya, adat resam, peradaban,
tamadun, ilmu dan lain-lain dalam skop yang kecil akan menjadikan
mereka sebagai tidak bermobilisasi dan terlalu parokial dan
chauvinistik.

Standard baru yang bakal diperkenalkan tentunya sukar untuk


dilancarkan dan mencapai kata putus secara kolektif, jika falsafah
kritikal melebarkan pengaruhnya. Dalam pendapat saya, integrasi
falsafah liberal dan konservatif yang sedia ada telah pun mencukupi
dan menjelaskan keperluan-keperluan kritikal secara generik.
Standard gabungan ini perlu menekankan jaringan yang padu,
kerjasama, unsur konstruktif, kreativiti, persefahaman, kemahiran,
pengurusan pengetahuan, pedagogi, pendidikan, kurikulum dan lain-
lain dengan semua pihak yang berkepentingan samada di peringkat
Kementerian, agensi kerajaan yang berkaitan, sektor korporat, institusi
professional, ibubapa, pelajar dan orang ramai. Sudah tiba masanya,
Malaysia mempunyai sistem pendidikan dan pedagoginya yang
tersendiri dalam pembinaan dasar dan kurikulum.

Segala prasarana perlu diwujudkan dengan segera dengan kerjasama


semua pihak dan tidak hanya terbatas atau bergantung sepenuhnya
kepada Kementerian Pendidikan semata-mata (minda subsidi atau
minda peruntukan) Dalam kegawatan ekonomi yang kini sedang
menunjukkan tanda-tanda pemulihan, semua pihak perlu menunjukkan
rasa prihatin terhadap suasana pendidikan, pedagogi dan kurikulum
negara kerana ini merupakan punca kepada kemunculan ahli ilmu,
tenaga professional, tokoh korporat, pemimpin dan sebagainya yang
bakal mencorak masa hadapan negara. Ianya perlu mendapat
perhatian segera kerana masalah remaja semakin meningkat - hari
demi hari.

Saya memuji tindakan Kementerian Pendidikan (kini Kementerian


Pelajaran & Kementerian Pengajian Tinggi - Peng.) yang begitu
berusaha keras ke arah perubahan dengan mengadakan begitu banyak
seminar dan bengkel berkenaan peningkatan kualiti dalam pendidikan
serta pedagogi negara kebelakangan ini. Didapati banyak kaedah-
kaedah yang sesetengahnya telah disebutkan di atas telah mula
diberikan perhatian oleh golongan pendidik, pelajar, warga akademik
dan semua pihak yang berkepentingan.

Isu ini kini telah menjadi tanggungjawab semua yang ingin melihat
generasi yang lebih baik dalam usaha mencapai keunggulan sehingga
ke peringkat bilik darjah dengan suasana yang penuh demokratik. Ini
akan dicapai dengan perhubungan pedagogi dengan keperluan, minat
dan tujuan pelajar itu sendiri. Latarbelakang pelbagai pelajar dari segi
etnik, agama, cara dibesarkan, keluarga, lokasi tempat tinggal dsb.
boleh dijadikan ilham dan input kepada standard baru ini.

Jika ini gagal dilakukan, maka standard yang sedia ada akan diteruskan
secara didaktik dengan epistimoloji yang positivis. Pastinya, yang
menjadi mangsa adalah pelajar dan bukannya pendidik. Sistem
pendidikan perlu lebih kepada memaksimakan potensi pelajar itu
sendiri sebagai persediaan menghadapi alam remaja, pendidikan tinggi
dan akhirnya pekerjaan. Pelajar perlu mendapatkan pendedahan ini
kerana ianya akan pasti meninggalkan impak dalam kehidupan
seterusnya.
Satu tinjauan ke atas pelajar dan latarbelakangnya perlu diadakan
seberapa segera. Kadangkala pelajar sendiri boleh mengemukakan
ideanya diatas kertas bagi membantu hasrat ini. Secara teorinya,
pengemukaan idea serta perbincangan terbuka tanpa prasangka akan
menaikkan sifat kekitaan atau pemilikan ke atas idea dan sekolah
tempat dia belajar.

Projek seumpama ini telah pun dijalankan di negara-negara maju yang


lain di mana satu konsensus telah dicapai mengenai pengurusan
pengetahuan (knowledge management - asas K-Ekonomi) secara :-

a. berprosedur,
b. memahami idea secara mendalam,
c. mengetahui cara-cara mencari dan menilai maklumat,
d. menjadi pembaca/penulis/pendengar/pensyarah/pemikir yang
lebih berkesan, produktif, strategis (terutamanya dalam
menghasilkan keputusan dan penyelesaian masalah secara
reaktif atau proaktif)
e. kerjasama dalam satu pasukan.
f. Tahu memanipulasi teknologi dan mengaplikasikan pengetahuan
mengikut suasana.

Tajuk yang ditetapkan biasanya tidak spesifik tetapi berkaitan dengan


peningkatan kualiti pedagogi, pendidikan, kurikulum dan dasar. Pelajar-
pelajar dibenarkan menggunakan sokongan audio-visual, biasanya
persembahan grafik dan animasi teks menerusi komputer (multimedia)
bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Mereka
diberikan kebebasan mencari maklumat daripada mana-mana sumber
samada, orang ramai, ibubapa, perpustakaan, keratan akhbar,
internet, pengalaman sendiri, pengaruh etnik/budaya/adab
resam/tamaddun/agama, perundangan dan lain-lain. Konsep ini
dikenali sebagai 'rubrik' yang mementingkan persembahan lisan dan
bagaimana pelajar mengendalikan maklumbalas termasuk kritik
daripada panel diskusi yang terdiri daripada rakan pelajarnya serta
gurunya.

Sekiranya sebarang ketidakpatuhan kepada kehendak spesifikasi (yang


ditetapkan secara kolektif sebelumnya) akan diambil tindakan
pembetulan dan pencegahan seberapa segera. Kemudian pelajar
dikehendaki membuat persembahan kedua sehinggalah ianya
memuaskan kehendak rakan pelajarnya dan gurunya.

Cara ini terbukti menjadikan tenaga pendidik lebih serasi dengan


standard baru dan didapati mereka lebih prihatin untuk memperbaiki
kelemahan mereka sendiri dan pelajar serta meningkatkan kualiti
kedua-belah pihak secara bersinambung. Sebarang pindaan akan
dilakukan dan mungkin diluluskan serta-merta dan pihak atasan
pendidikan akan diberikan sesalinan pindaan berkenaan. Pengurusan
sekolah akan diberikan masa untuk 'trial-run' konsep baru yang
diperkenalkan. Mereka kemudiannya akan diaudit oleh pihak berkuasa
pendidikan bagi memastikan apa yang ditulis/dipinda itu diamalkan.
Sekiranya terbukti berjaya, maka sebarang idea baru yang
dikemukakan akan menjadi asas ukuran (benchmark) kepada
perubahan di peringkat pusat. Di sini kita dapat lihat unsur demokratik
yang sebenar telah dipraktikkan dan dalam konteks kualiti, semua
pihak berpuashati kerana ianya merupakan cadangan kolektif mereka
sendiri. Pihak atasan hanya memantau bagi mempastikan kepatuhan
dan keberkesanan dan memberikan nasihat dan panduan perundangan
jika perlu.

You might also like