You are on page 1of 14

FOLIO

SEJARAH
Salasilah Keluarga
dan Keluarga
TINGKATAN 1

1
Nama:Muhammad Afhami bin Azami

Tingkatan:1 Agama

Guru Pembimbing:Pn.Harisun

Isi Kandungan
Bil. Tajuk Muka surat

1. Penghargaan 3

2. Objektif Kajian 4

3. Kaedah Kajian 5

Hasil Kajian:

a. Salasilah keluarga
4. b. Perkembangan diri dan keluarga 5-8

c. Tokoh-tokoh dalam keluarga

d. Peristiwa bersejarah dalam keluarga

5. Rumusan 9-10

6. Lampiran 11

2
7. Rujukan 12

Penghargaan
Saya Muhd Afhami bin Azami dari tingkatan 1Agama ingin merakamkan ribuan terima

kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan

dan menjayakan folio sejarah ini .Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

kedua ibu bapa iaitu En.Azami dan Pn.Roslina yang telah memberi saya dorongan dan bantuan

serta mengeluarkan pembelanjaan untuk menjalankan kajian ini .Kedua, terima kasih kepada

guru sejarah saya iaitu Pn.Harisun yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam

merancang dan melaksanakan folio ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada

rakan-rakan kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan

disiapkan.Saya juga ingin berterima kasih kepada sahabat saya iaitu Muhammad Afiq Faris

kerana telah member tunjuk ajar kepada saya.

3
Objektif Kajian
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa

objektif seperti yang berikut:-

a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.

b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk

dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.

c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya.

d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang

dicapai oleh keluarga saya.

e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu

kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan

dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.

f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah

keluarga yang harmoni dan ceria.

g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis

maklumat tentang keluarga saya.

4
Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

a) Kaedah temuramah

Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui

dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara

langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

b) Kaedah pemerhatian

Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi

aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

c) Kaedah analisis dokumen

Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya,

dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa

gambar dari album keluarga.

5
Hasil Kajian
a) Salasilah Keluarga:

6
b) Perkembangan Diri dan Keluarga:
Bapa
 Nama:Azami bin Che Meh
 Umur:45 Tahun
 Tarikh Lahir:16/05/1965
 Tempat Lahir:Permatang Buloh
 Alamat:Simpang Empat Permatang Buloh
 No. Telefon:0164618626
 Pekerjaan:Guru
 Hobi:Menjala Ikan
 Makanan/Minuman kegemaran:Asam Pedas/Air Teh Panas
 Rancangan kegemaran:Filem Persilatan

Ibu
 Nama:Roslina bt Che Amat
 Umur:40 Tahun
 Tarikh Lahir:27/12/1967
 Tempat Lahir:Permatang Kerai Kechil
 Alamat: Permatang Kerai Kechil
 No. Telefon:0134558693
 Pekerjaan:Guru
 Hobi:Memasak
 Makanan/Minuman kegemaran:NasiKandar/AirLobak
 Rancangan kegemaran:Drama Komedi

Saya
 Nama:Muhd Afhami bin Azami
 Umur:13 Tahun
 Tarikh Lahir:12/04/1997
 Tempat Lahir:Wisma Perbidanan Sungai Petani
 Alamat:No 12,Lorong Desa Sena 11,Taman Desa Sena 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
 Hobi:Melayari Internet
 Makanan/Minuman kegemaran:Nasi Goreng Cina/Air Teh Ais

7
c) Tokoh-tokoh dalam keluarga:

Saya sangat menyanjungi ayah saya iaitu Azami Bin Che Meh. Saya sangat menyanjunginya

kerana beliau seorang yang berwawasan dan sanggup mengajar anak-anaknya dengan pelbagai

cara untuk memastikan anak-anaknya berjaya di masa depan.Beliau selalu membantu saya di

saat saya dalam kesusahan dalam pelajaran dan sebagainya. Dia sering menegur saya dan adik-

beradik saya supaya menjadi orang yang berguna di masa dan berbakti kepada negara dan

beliau juga sering memberi semangat kepada saya dan adik-beradik saya untuk menjadi orang

yang berjaya di masa hadapan.

8
d)Peristiwa bersejarah:-

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercadang untuk pulang ke kampung kerana

sudah lama kami tidak melawat dengan nenek dan datuk. Kami bertolak pada pukul 7.30

malam.

Lebih kurang empat puluh minit perjalanan dari rumah, kami tiba di sebuah kampung yang

tiada lampu jalan. Tiba-tiba seekor lembu melintas jalan, ayah tidak sempat mengelak kereta

lalu terlanggar lembu dan menyebabkan lembu itu terjatuh.Kami semua terkejut. Adik saya

menangis kerana kepalanya terhantuk. Ayah saya memberhentikan kereta lalu,keluar untuk

memeriksa kereta. Lembu yang dilanggar itu tidak cedera teruk cuma ia terperanjat kerana

dilanggar. Kereta ayah kemik di bahagian depan kereta. Selepas memeriksa kereta, kami

meneruskan perjalanan ke kampung.Kami gembira tiba di kampung dengan selamat.Selepas

kejadian itu, ayah tidak lagi pulang ke kampung pada waktu malam, dan inilah kenangan pahit

yang tidak dapat saya lupakan.

9
Rumusan
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai

sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini,

saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya

mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara

dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan

silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli

keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga

antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara

kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data

mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan

kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

(Afhami )
(1 Agama)

10
1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
 menghormati raja dan pemimpin negara
 menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
 menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan
jata negara)
 menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
 menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
 berbangga dengan sejarah negara
2 Bersemangat Setia Negara
 cinta akan bangsa dan negara
 taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
 sedia berkorban untuk bangsa dan negara
 bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
 peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
 bersyukur sebagai warganegara Malaysia

3 Bersemangat Kekitaan
 bersatu padu dan berharmoni
 bertolak ansur dan bertoleransi
 bekerjasama dan tolong-menolong
 hormat-menghormati
 bersefahaman dan bermuafakat
 muhibah atau semangat bermasyarakat

4 Berdisiplin
 berakhlak dan berbudi pekerti mulia
 mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
 mematuhi peraturan dan undang-undang
 berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
 bertindak wajar
 bersifat amanah dan jujur
 berlaku adil dan bertimbang rasa

5 Berusaha dan Produktif


 rajin dan gigih
 berdikari
 tabah menghadapi cabaran
 menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
 berganding bahu membangunkan negara

11
 berilmu dan berketrampilan

Lampiran
Dalam gambar
ini:
1. Muhammad
Akromi bin Azami
(Abang)

2. Muhammad
Afhami bin Azami
(Saya)

3. Muhammad
Aminuddin bin
Azami (Adik no.2)

4. Muhammad
Amirunnaim bin
Azami (Adik no.3)

5. Muhammad
Adam Najmi bin Azami (Adik no.5)

12
Rujukan
*Buku
Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
*Internet
http://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga
http://www.scribd.com/doc/4674701/Salasilah-Keluarga
*Folio
Folio Salasilah Keluarga Tingkatan Satu, Putri Nur Dayana Binti Kamaruzaman,
Sekolah
Menengah Sri Hartamas, 20

13
Folio sudah tamat...

14

You might also like