You are on page 1of 63

BAB 9

ISLAM
HADHARI DAN
HUBUNGAN
ETNIK
Objektif pengajaran
1. Memahami pendekatan Islam Hadhari dalam kehidupan
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dalam
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
2. Memastikan agar pendekatan Islam Hadhari dalam
konteks perhubungan etnik tidak seharusnya dijadikan
polimik dalam kalangan para ilmuwan dan cendekiawan
yang cintakan kebenaran.
3. Mendedahkan bahawa pendekatan Islam Hadhari
sentiasa sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat.
4. Mengutara konsep toleransi yang dibenarkan Islam.
LIPUTAN KULIAH
 1. Pengenalan
 2. Makna hadhari
 3. Pendekatan Islam Hadhari
 4. Ke Arah pembentukan masyarakat hadhari
 5. Masyarakat dan Hubungan Etnik
 6. Asas-asas Hubungan Etnik daam konteks
Islam Hadhari
 7. Aplikasi hubungan etnik dalam masyarakat
hubungan etnik
 8. Kesimpulan
PENGENALAN

 Malaysia terdiri daripada masyarakat multi-etnik namun


negara mampu mengekalkan perpaduan semenjak
mencapai kemerdekaan dengan mengambil pelbagai
langkah bagi mengekalkan hubungan yang harmoni
sekalipun pernah menghadapi peristiwa 13 Mei 1969.

 Selepas peristiwa tersebut kerajaan telah


memperkenalkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan
Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan pelbagai
lagi bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan
negara.
 Perbezaan etnik, kepercayaan dan budaya
seharusnya tidak menjadi halangan untuk hidup
bersatu padu dan harmoni.

 Kerajaan Malaysia memperkenalkan “Islam


Hadhari” sebagai satu pendekatan baru dalam
memacu agenda pembangunan negara.
Antaranya membawa kemajuan kepada semua
lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan
anutan agama mereka. Justeru ia perlu difahami
leh semua lapisan masyarakat.
sambungan

 Prinsip Islam Hadhari seperti Kerajaan


Adil dan Beramanah, Rakyat Berjiwa
Merdeka, Pengusaan Ilmu Pengetahuan,
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan
Komprehensif, Kehidupan Berkualiti,
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan
Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral
Pemuliharaan Alam Semulajadi perlu
dihayati bagi melahirkan masyarakat yang
harmoni dan bersatu padu.
MAKNA HADHARI

 “Hadhari” diterjemahkan sebagai


kemajuan ketamadunan.
 Menurut pemikir dan ahli teori sosial Islam
Malik Bennabi, beliau mendapat
pendidikan di Algeria dan Prancis, istilah
“hadharah” membawa maksud
keseimbangan kemajuan antara aspek
material dan spiritual.
 Ia juga ditakrifkan sebagai Islam yang
mempunyai sifat-sifat kemajuan
ketamadunan tinggi yang menekankan
peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal
dan spiritual yang menekankan nilai-nilai
positif; keadilan, keamanan, berkasih
sayang selaras dengan makna hadhari..
 Ia berbeza dengan agenda pembangunan
tamadun Barat.
 Aspek hadhari juga menekankan asas-
asas Islam yang merangkumi semua
perkara termasuk memberikan perhatian
penting mengenai pembangunan
masyarakat serta membina peradaban
dan ketamadunan insan meliputi jasmani
dan rohani.
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
 Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan
pembangunan dan urus tadbir masyarakat dan negara
Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada
perspektif tamadun Islam

 Ia selari dengan kenyataan YAB Dato Seri Abullah


Ahmad Badawi yang menjelaskan berhubung Islam
Hadhari yang berasaskan kepada pembangunan dan
pembinaan peradaban dengan mengamalkan Islam
sebagai satu pegangan yang memfokuskan kepada
mempertingkatkan kualiti kehidupan yang seimbang
dalam semua aspek.
KE ARAH MEMBENTUK
MASYARAKAT HADHARI

 Kini globalisasi merupakan satu fenomena yang


telah membentuk wajah baru dunia, seakan-
akan menjadi semakin sempit dan tanpa
batasan sempadan.
 Malaysia perlu menangani cabaran globalisasi
dalam pelbagai dimensi hidup dengan penuh
berhati-hati dan bijaksana agar agenda negara
tidak pincang dengan cara memantapkan
kestabilan ekonomi dan politik, mengukuhkan
ketahanan budaya dan ikatan sosial di kalangan
masyarakat dan komuniti.
Matlamat utama pembentukan
masyarakat Hadhari
 Pembinaan masyarakat Hadhari tidak
seharusnya hanya menumpukan kepada usaha
memperkasa ekonomi semata-mata, tetapi perlu
bergerak untuk membina keutuhan moral dan
akhlak bangsa yang mantap,progresif, aman
dan makmur dengan keadilan yang merata
dengan acuan kita sendiri melalui Sepuluh
Prinsip Utama yang telah digariskan Perdana
Menteri, iaitu;
 Prinsip yang ke-vii di atas sangat berkaitan
dengan topik yang sedang dibincangkan.
Justeru Malaysia akan menjadi negara contoh
yang utama di dunia di dalam merealisasikan
keharmonian hubungan multi-etnik jika prinsip ini
dihayati sepenuhnya oleh seluruh warganegara
 Dalam buku “konsep Islam hadhari: satu
penjelasan” yang diterbitkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hasrat
pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
dinyatakan sebagaimana berikut:
 “…Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu
kepada setiap individu tanpa diskriminasi,sama
ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti.
Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang
negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa,
agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam
Islam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah.
Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak
tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil
atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan
ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi
undang-undang”.
 Dalam prinsip ke-vii ini juga menekankan
penghormatan besar perlu diberikan kepada
setiap agama yang sama-sama berkongsi ruang
di dalam negara ini.
 Penganut setiap agama wajib hidup di dalam
suasana saling menghormati di antara sesama
agama dan tidak ada pihak yang boleh
memandang rendah kepercayaan dan amalan
agama orang lain kerana bertentangan dengan
pokok ajaran Islam itu sendiri. Prinsip ini
ditekankan oleh al-Quran di dalam surah al-
Hujuraat ayat 13.
 “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)”.
 Dalam usaha mencapai cita-cita murni
tersebut, banyak perkara yang perlu kita
lakukan dan kadangkala terpaksa kita
korbankan. Umpamanya, berfikiran
terbuka dan bersedia menerima
pandangan orang lain dan saling
berlapang dada.
TUJUAN ISLAM HADHARI
 Merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara
menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau
partisan bahkan memerlukan satu perubahan global umat
Islam.
 Menekankan konsep hidup sebagai pengabdian kepada
Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai
khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua
bidang kehidupan khususnya dalam memenuhi prinsip
tujuan-tujuan syariat Islam yang sentiasa berkembang iaitu
dengan cara menjaga, memartabat dan memperkasakan :
 Agama
 Akal
 Nyawa
 Keturunan
 Harta
MASJID BERCIRIKAN HADHARI
REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT KINI DAN
KAITANNYA DENGAN ISLAM HADHARI SERTA
HUBUNGAN ETNIK

 Seluruh umat manusia perlu mempelajari dan


memahami mengenai hubungan etnik dan sosio-
budaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara
lebih mendalam.
 Ia menjadi faktor penting yang boleh
menyatukan Dunia Timur dan Dunia Barat.
Bahkan kecemerlangan ilmu di Baghdad dan di
Andalusia pada suatu ketika dahulu, tidak hanya
dimonopoli oleh bangsa Arab sahaja tetapi juga
oleh bangsa-bangsa lain.
 Prinsip Islam Hadhari yang menekankan
penguasaan ilmu pengetahuan, bukan
hanya untuk kelompok tertentu sahaja,
malah ia juga perlu dikuasai oleh semua
bangsa dan warna kulit tanpa dibatasi oleh
sempadan geografi yang menunjukkan
toleransi Islam dalam mendapatkan ilmu.
 Prinsip ini perlu ditekankan memandang
sikap tamak dan mementingkan diri
sendiri sesetengah pihak boleh
mencetuskan pergeseran, permusuhan
dan perpecahan.
 Selain itu prinsip kerajaan yang adil dan
amanah menjadi instrumen penting dan
pemangkin dan pendorong ke arah tercetusnya
sistem ekonomi apabila kekayaan negara dapat
diagihkan secara adil dan saksama serta
melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu
padu.
 Manakala prinsip keimanan dan ketakwaan
kepada Allah yang ditekankan dalam
masyarakat Hadhari itu tidak menyekat
kebebasan beragama kerana manusia yang
berilmu tahu membezakan di antara kebenaran
dan kebatilan.
 Kefahaman terhadap konsep patriotisme perlu dihayati
dalam konteks hubungan etnik agar dapat mengelakkan
daripada berlakunya penindasan dan penjajahan
ekonomi dan politik demi mengekalkan kedaulatan
negara yang dicintai
 Ia selari dengan prinsip rakyat yang berjiwa merdeka
sebagaimana saranan Islam Hadhari.
 Apabila masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka,
akan menyebabkan berlakunya penjajahan sama ada
secara langsung atau tidak ke atas sesebuah negara.
 Ini memudah lagi untuk mewujudkan kekacauan kaum,
perang saudara serta kehadiran kerajaan yang
merupakan boneka penjajahan dengan segala
kekejaman dan dasar kuku besinya
MASYARAKAT DAN HUBUNGAN ETNIK

 Fokus perbincangan penulisan ini adalah


hubung kait antara Islam Hadhari dan
Hubungan Etnik yang lebih mengfokuskan
kepada peranan Islam Hadhari dalam
konteks penyatuan masyarakat berbilang
kaum khususnya di Malaysia serta
mengambil pengajaran daripada sejarah
Islam dan penyatuan masyarakat pada
zaman Nabi Muhammad SAW.
Brownell’s dalam bukunya The Human Community telah
merumuskan bahawa masyarakat itu mempunyai lima
kriteria:

 Masyarakat itu ialah satu kelompok jiran yang mengenali


antara satu dengan yang lain.
 Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan dalam kaedah
umur, jantina, kepintaran, fungsi dan pertolongan, sifat
gotong royong antara satu dengan lain.
 Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama, terdapat
kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam
penghidupan dianjurkan bersama.
 Mempunyai perasaan kasih atau ‘sense of belonging’, di
samping mempunyai identiti kelompok (group identity)
serta perpaduan.
 Ia juga adalah kelompok kecil seperti keluarga, desa
atau pecan kecil di mana seseorang itu dapat
berkenalan rapat sesama mereka.
Dalam konteks Malaysia, masyarakatnya
bersifat multi-etnik dengan kebiasaannya
kita menyebut :

 Orang Melayu; masyarakat Melayu


 Orang Cina; masyarakat Cina
 Orang India; masyarakat India
 Orang Iban; masyarakat Iban
 Orang Kadazan; masyarakat Kadazan
 Lain-lain; komuniti berasaskan etnik
 Setiap masyarakat mempunyai pelbagai suku
kaum seperti masyarakat Melayu mempunyai
kaum Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing dan
sebagainya.
 Mereka mengamalkan budaya masing-masing
berasaskan agama atau adat tradisi yang
diwarisi daripada nenek moyang secara turun
menurun.
 masyarakat tersebut dikenali sebagai
masyarakat Malaysia berasaskan semuanya
berada di dalam lingkungan geografi yang sama
di Malaysia.
 Mereka terikat dengan dasar kerjasama dan
saling perlu memerlukan antara satu sama lain
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK
DALAM KONTEKS ISLAM HADHARI

 Kehidupan yang berteraskan aqidah, syariah


dan akhlak Islam merupakan satu tuntutan
dalam ajaran Islam Hadhari.
 Umat yang memenuhi hak, tanggungjawab
sosial perlu mengatur hubungan dan pergaulan
hidup yang sesuai dengan peraturan dan tujuan
syariat demi melahirkan keharmonian dalam
masyarakat, terutama dengan jiran tetangga.
yang telah ditetapkan oleh Islam.
Peraturan, adab dan asas tersebut
antaranya ialah:

1. Berkenal-kenalan
2. Persefahaman
3. Berkerjasama
4. Persaudaraan
5. Berkasih Sayang
6. Saling Menjamin; Peringkat Individu,
Keluarga dan Masyarakat
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM
KEHIDUPAN MASYARAKAT HADHARI
 Kemesraan Dalam Berkomunikasi
 Budaya Ziarah Menziarahi
 Mengambil Berat
 Memulia Dan Menghormati Seseorang
 Menghormati Jiran
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak
terjalin melalui hubungan menerusi.....

 Tempat kerja
 Institusi.
 Adat istiadat
 Aktiviti politik
 Aktiviti kebajikan
 Aktiviti sosial
 Aktiviti rekreasi
 Aktiviti yang membawa kepada integrasi sosial
adalah penting dalam konteks Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

 Penyediaan kemudahan sosial yang baik juga


penting dalam memberi sumbangan kepada
integrasi sosial dan pembinaan negara bangsa.

 Ahli sosiologi lebih menekankan nilai dalaman


aspek budaya daripada faktor sosial.
Contoh toleransi Nabi Muhammad SAW
dalam pergaulan hidup bermasyarakat:
 Baginda mengajar umatnya agar bersikap
toleransi terhadap sesama jiran tetangga.
 Sikap toleransi ini dilakukan baginda dengan
cara:
 Berziarah
 Bermurah hati
 Bersikap mulia
 Melakukan kebaikan
 Mengambil sikap memberi dan menerima antara satu
sama lain.
 Sikap Banginda tersebut seharusnya
menjadi ikutan terutama dalam kehidupan
masyarakat berbilang kaum dan pelbagai
etnik dalam negara ini agar melahirkan
masyarakat harmoni dan bersatu padu
 Konsep inilah yang dituntut dalam Islam
Hadhari seperti mana yang disarankan
oleh Perdana Menteri Malaysia supaya
Islam tidak dilihat dalam bentuk
keganasan dan pelampau agama
KEPENTINGAN HIDUP MAJU MELALUI
PERHUBUNGAN DAN KERJASAMA PELBAGAI ETNIK

 Kehidupan bermasyarakat bukanlah


tuntutan sosial semata-mata tetapi juga
menjadi fitrah manusia secara semula
jadi. Perhubungan dan kerjasama
pelbagai etnik akan dapat melahirkan satu
suasana kehidupan yang aman dan
harmonis.
Kehidupan dalam konteks pelbagai
etnik adalah penting kerana:
1. Memenuhi keperluan hidup manusia
 Satu tuntutan bagi yang menuntut mereka
bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Kerjasama tersebut bagi memenuhi keperluan
hidup sama ada dalam bentuk kebendaan atau
memenuhi keperluan bagi mendapatkan
perkhidmatan.
 Faktor-faktor penempatan, kepakaran dan
kebolehan manusia mendapat keperluan
tersebut perlu menjadi pertimbangan yang
memaksa manusia tidak boleh hidup dalam
kelompok yang bersifat tertutup.
2. Tidak Bergantung Kepada Orang Lain
 Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan agar
manusia berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.

 Keamanan dan keharmonian adalah tuntutan


naluri manusia, tiada manusia suka kepada
perkelahian, pembunuhan, kehancuran dan
kemusnahan, walaupun gejala tersebut itu
sentiasa wujud dan kadang-kala berterusan dan
berpanjangan.
 Perkara ini berlaku kerana ada pihak yang kerap
memanipulasi demi kepentingan sendiri dan sikap
terlalu bergantung dengan pihak yang lain.
 Pendekatan Islam Hadhari menjelaskan
tujuan peradaban Islam adalah semata-
mata untuk menjalin hubungan kasih
sayang dan membebaskan manusia walau
pun berlainan bangsa, etnik dan warna
kulit daripada belenggu penjajahan fizikal
dan mental.
PENGALAMAN SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK MELALUI
PIAGAM MADINAH

 Beberapa fasal dalam Piagam Madinah yang berkaitan


hak dan tanggungjawab rakyat terhadap negara,
membuktikan bahawa Negara Islam Madinah yang
diasaskan Nabi Muhammad SAW menerima pelbagai
etnik.
 Setiap rakyat dalam negara sama ada muslim atau tidak,
mempunyai hak masing-masing dari segi kebebasan
bergerak, bersuara, beragama dan keadilan sivil.
 Demikian juga mereka bertanggungjawab memelihara
keharmonian negara Madinah, mengawal dan
mempertahankannya daripada gangguan dan serangan
musuh dalam dan luar.
Isi kandungan perjanjian Nabi Muhammad
SAW dengan kaum Yahudi di Madinah:

 Bahawa kaum Yahudi daripada bani Auf adalah satu


umat bersama orang mukmin, mereka bebas dengan
agama mereka dan orang-orang Islam dengan agama
mereka, begitu juga dengan orang-orang yang
bersekutu dengan mereka, termasuk diri mereka
sendiri.
 Bahawa orang Yahudi hendaklah membiayai Negara
sama seperti orang Islam.
 Maka hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong
menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang
yang menganggotai piagam ini.
 Maka hendaklah mereka saling nasihat
menasihati, membuat kebajikan dan bukan
membuat dosa.
 Sesiapa sahaja tidak boleh dianggap bersalah
kerana kesalahan yang dilakukan oleh
sekutunya.
 Pertolongan hendaklah diberi kepada orang-
orang yang kena zalim.
 Bahawa orang Yahudi hendaklah bersepakat
dengan orang mukmin selama mana mereka
tidak berada dalam keadaan perang.
 Bahawa kota Yathrib adalah terpelihara
sepenuhnya; tidak boleh dicerobohi oleh mana-
mana pihak yang menganggotai piagam ini.
 Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau
pertelingkahan sesama peserta piagam ini,
sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana,
hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan
penyelesaian oleh Nabi Muhammad SAW.
 Bahawa tidak boleh diberi perlindungan kepada
orang Quraisy (musuh) dan kepada orang-orang
yang membantu.
 Bahawa hendaklah ada perjanjian pertahankan
kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang
mencerobohnya. Setiap pihak berkewajipan
mengambil BAB untuk mewujudkan kedamaian.
 Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi
melindungi orang-orang zalim dan bersalah.
 Piagam Madinah jelas memperlihatkan Islam
amat mengambil berat mengenai kehidupan
masyarakat majmuk dengan berbagai-bagai
etnik dan agama di kota Madinah.
 Walaupun Nabi Muhammad SAW berasal dari
kota Mekah, namun keperibadian unggul dan
budaya hidup Islam yang ditunjukkan itu
mengkagumkan masyarakat Yathrib, sekaligus
menjadi tarikan untuk menerima baginda SAW
sebagai seorang pemimpin bagi kota Madinah.
LANGKAH-LANGKAH YANG DI AMBIL UNTUK
MENYATUKAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI
MADINAH

1. Pembentukan Ummah
 Ummah bermakna masyarakat atau umat manusia. Perkataan
“ummah” disebut sebanyak 40 kali dalam al-Quran. Umat-umat
yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Isa AS, Nabi
Ibrahim AS dan umat Nabi Muhammad SAW.
 Manakala orang-orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah
terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka banyak membantu
Nabi sebelum dan selepas peristiwa hijrah. Melalui peristiwa
Bai’ah al-Aqabah dua tahun sebelum hijrah, mereka telah
menjemput Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah
dengan sambutan yang baik dan sangat meriah.
 Mereka telah mengorbankan harta, tenaga dan jiwa raga untuk
mengembangkan ajaran Islam. Maka mereka dianggap sebagai
golongan terawal memeluk Islam dan paling banyak berjasa dalam
menegakkan ajaran tauhid.
 Dalam konteks umat Nabi Muhammad SAW di
Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat
Nabi Muhammad sahaja, tetapi juga umat bukan
Islam seperti orang-orang Yahudi yang berada
di Madinah ketika itu.
 Ummah Nabi Muhammad SAW itu ialah
masyarakat yang mematuhi undang-undang
Islam sama ada mereka itu seagama ataupun
tidak.
 Berlaku penyingkiran orang Yahudi daripada
lingkungan ummah adalah kerana keengganan
mereka mematuhi sahifah Madinah.
 Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW
ke Madinah, agama Islam telah tersebar di
Madinah menerusi Perjanjian Aqabah
Pertama dan Kedua.
 Pada tahun ke-11, 12 dan 13 kerasulan,
12 orang guru dilantik oleh Rasulullah
SAW dan mereka yang menyebarkan
ajaran tersebut.
 Manakala agama berhala semakin tidak
mendapat tempat dan ramai ketua-ketua
qabilah memeluk Islam.
 Sambutan terhadap Islam di Madinah
adalah lebih baik dari Madinah. Jika di
Mekah 13 tahun Nabi Muhammad SAW
berdakwah hanya lebih kurang 150 orang
yang menerima Islam tetapi semasa Nabi
Muhammad SAW sampai di Madinah
terdapat lebih 500 orang telah memeluk
Islam.
 Pengikut-pengikut Nabi Muhammad SAW
yang berhijrah dari Mekah ke Madinah
dikenali sebagai Muhajirin.
 Penghijrahan ini tidak bermakna lari dari
Mekah ke Madinah seperti yang biasa
ditafsirkan oleh orientalis.
 Semasa di Madinah, orang Muhajirin
mendapat pertolongan dan sokongan
yang besar daripada orang Ansar.
 Orang-orang Muhajirin dikatakan
mendapat ganjaran pahala yang besar
daripada Allah SWT kerana pengorbanan
yang besar meninggalkan kampung
halaman mereka kerana Allah.
Penyatuan Masyarakat Madinah Melalui:
1. Pembangunan Masjid
 Langkah pertama dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW bagi membentuk Negara
Islam Madinah ialah menyapadukan masyarakat
Madinah khususnya masyarakat Islam melalui
masjid.
 Perkataan masjid dalam bahasa Arab
bermaksud “tempat menyembah”. Masjid adalah
nama tempat ibadah yang mulia. Kata asalnya
ialah al-Sujud bererti ketaatan, kesetiaan
sepenuhnya kepada Allah SWT.
 Masjid awal yang dibina dalam sejarah
Islam ialah masjid Quba yang dibina
semasa hijrah Nabi Muhammad SAW dari
Mekah ke Madinah. Masjid ini dibina atas
asas ketaqwaan.
 Fungsi masjid sangat besar dalam
kehidupan umat Islam, iaitu sebagai pusat
kebudayaan Islam, pusat kegiatan
kemasyarakatan Islam dan sebagai simbul
penyatuan mereka. Mereka yang datang
ke masjid terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat dan bangsa.
 Melalui pertemuan ini mereka dapat
berinteraksi dan berkenalan antara satu
dengan lain tanpa mengira bangsa,
bahasa, etnik atau warna kulit.
 Oleh itu masjid bukanlah bertujuan untuk
ibadah dan beriktikaf sahaja, tetapi ia juga
sebagai tempat mengukuhkan tali
persaudaraan tanpa mengira pangkat dan
kedudukan.
2. Usaha Menyatukan Pelbagai Etnik

 Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua


kumpulan utama iaitu Muhajirin dan Ansar.

 Orang-orang Muhajirin bukanlah penduduk asal


Madinah, mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah.

 Manakala Orang-orang Ansar merupakan penduduk asal


Madinah. Orang-orang Ansar berasal daripada dua
kumpulan iaitu puak Aus dan Khazraj. Nabi Muhammad
SAW telah menyatukan golongan tersebut di bawah
naungan Islam.
3. Perjanjian Dengan Masyarakat Pelbagai
Etnik
 Bagi mewujudkan perpaduan di Madinah, Nabi
Muhammad SAW juga telah mengikat perjanjian
bersama-sama orang-orang bukan Islam
terutama kaum Yahudi yang ada di Madinah.
 Di antara isi perjanjian itu ialah bagi memastikan
orang-orang bukan Islam bersama-sama
mempertahankan kota Madinah daripada
diserang oleh musuh-musuh daripada luar
terutama orang Quraish Mekah dan mereka juga
tidak bekerjasama dengan pihak musuh bagi
menyerang kota Madinah. Jika dilihat fasal-fasal
dalam “Sahifah Madinah” iaitu sebanyak 47
fasal, 24 fasal adalah berkait rapat dengan
orang-orang bukan Islam.
4. Penyusunan Masyarakat Pelbagai Etnik Di
Madinah
 Baginda menyusun masyarakat Madinah
terutama yang tinggal di sekitar Masjid Nabawi
yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin.
 Mereka datang dengan meninggalkan hampir
keseluruhan harta benda dan keluarga mereka
di Mekah.
 Baginda membahagi-bahagikan tanah di sekitar
Madinah kepada mereka berdasarkan
kesuburan tanah. Bagi kawasan yang subur
lebih kecil keluasannya berbanding tanah yang
kurang subur terutama bagi tujuan pertanian.
ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK:
PENGALAMAN DI MALAYSIA

 Kesepakatan tiga etnik terbesar negara ketika


Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan
rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata
dengan dasar perkongsian kuasa.
 Dasar pengagihan kekayaan, pembangunan
masyarakat yang adil di sisi undang-undang,
amalan demokrasi serta kontraks sosial di
antara kepelbagaian kaum menghasilkan
keharmonian masyarakat Malaysia.
 Konsep peluang pendidikan yang sama
di antara kaum, kebebasan beragama
yang dijamin oleh perlembagaan
negara, perlindungan terhadap kaum
minoriti dan terkini Islam Hadhari serta
dasar-dasar yang lain, telah dapat
menjamin keharmonian rakyat berbilang
kaum dan etnik di negara kita.
 Elemen tersebut merupakan dasar yang
selari dan sesuai dengan pendekatan
Islam Hadhari.
 Usaha kerajaan dalam memperkenalkan
konsep Islam Hadhari juga seharusnya
diperjelaskan dengan sebaik-baiknya agar
dapat diterima dengan kefahaman yang
jelas dalam kalangan para pelajar khasnya
dan rakyat Malaysia umumnya.
 Termasuk juga kefahaman tentang
relevensi ajaran Islam dalam konteks
hubungan etnik dengan keadaan semasa
melibatkan pelbagai kaum di Malaysia.
KESIMPULAN

1.Pendekatan Islam Hadhari dalam kehidupan masyarakat


pelbagai etnik khususnya Malaysia, boleh dijadikan
suatu usaha kerajaan untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
2. Islam Hadhari dalam konteks perhubungan etnik tidak
seharusnya menjadi polimik dalam kalangan para
ilmuwan dan cendekiawan yang cintakan kebenaran.
3. Pendekatan Islam Hadhari sentiasa sesuai dalam
konteks hidup bermasyarakat.
4. Konsep toleransi yang dibenarkan Islam terbatas selagi
tidak melanggar batas-batas aqidah, syariah dan akhlak
yang ditetapkan Islam
5. Salah satu kekuatan Islam Hadhari yang
menghendaki kemajuan sama ada bersifat
kebendaan atau spiritual.
6. Islam Hadhari juga menekankan kemajuan ilmu
yang menjadi teras kepada kehidupan manusia
untuk maju tanpa memilih bangsa dan warna
kulit.
7. Umat Islam juga disuruh menyebarkan ilmu
yang dimilikki dan mereka juga tidak dihalang
menuntut ilmu daripada siapa sahaja asalkan
ilmu yang dituntut itu mendatangkan kebaikan
yang sebenar.

You might also like