You are on page 1of 3

MALAM KEBUDAYAAN

Selepas melakukan aktiviti “abseiling”, kami semua dikhabarkan dengan berita gembira
oleh Pak Ngah Zali iatu malam ini akan diadakan Malam Kebudayaan. Sebelum itu,
semua guru pelatih lelaki dikehendaki membersihkan diri dan membantu Pak Ngah Zali
membakar daging. Kami dikejutkan dengan seekor kambing yang telah disembelih khas
untuk jamuan sempena malam kebudayaan. Guru pelatih lelaki telah bekerjasama
dengan keras untuk membakar daging, sosej, ayam dan udang untuk dijadikan
santapan pada malam nanti. Sementara itu, pelajar perempuan pula dikehendaki
menghiasi dewan dan mengemas dewan untuk kegunaan persembahan pada malam
nanti. Sewaktu sedang membakar daging, ada sahaja pelajar yang “gatal tangan”
mengambil daging dan ayam untuk dimakan. Terima kasih diucapkan kepada guru
pelatih yang telah berkorban tenaga dan menahan bahang panas demi untuk
memastikan bahan yang dibakar masak seperti saudara Mat Noq, Hadi, E dan juga
saya sendiri (Faris).

Pada pukul 8.00 malam, setelah selesai melaksanakan kewajipan yang sememangnya
wajib, semua guru pelatih melaksanakan satu lagi aktiviti yang amat disukai oleh pelajar
dari kumpulan Pendidikan Jasmani iatu makan. Semua guru pelatih termasuk dari
kumpulan Bahasa Cina telah memuji tentang daging kambing yang dibakar amatlah
sedap dan menyelerakan. Semua guru pelatih makan dengan kenyangnya sehingga
tidak mampu untuk berkata – kata lagi. Kem Komandan kami, iatu saudara Bai telah
mengagihkan tugas kepada kami supaya aktiviti seterusnya berjalan dengan lancar.
Kemudian kami telah dipanggil masuk ke dewan yang cantik lagi indah oleh saudara
Bai untuk meneruskan lagi agenda kami pada malam itu. Kemudian beliau
mempersilakan pengerusi majlis untuk Malam Kebudayaan iatu saudari Mira untuk
meneruskan majlis pada malam itu. Saudara Bai telah diminta untuk memberikan
ucapan sebagai menghormati beliau yang telah dilantik menjadi Kem Komandan.
Seterusnya, Encik Badrulzaman telah dipanggil untuk memberikan sepatah dua kata
untuk merasmikan majlis Malam Kebudayaan.
Tanpa melengahkan masa lagi, persembahan pertama dimulakan. Kumpulan pertama
iatu kumpulan 1 telah mengadakan sketsa mengenai “nasib si tua” yang watak
utamanya diterajui oleh saudara Mie dan saudara Chow. Mereka telah berjaya
membuatkan Encik Badrulzaman ketawa terbahak – bahak dek gelagat mereka yang
lucu dan menghiburkan. Persembahan kedua juga tidak kurang hebatnya iatu
persembahan yang dipersembahkan oleh kumpulan saya sendiri iatu kumpulan 3. Kami
cuba untuk melakukan drama sedih dan menyayat hati tentang “anak derhaka” yang
diilhamkan oleh saudara Wan Ja yang bergeliga otaknya. Namun apakan daya, cubaan
untuk membuatkan penonton sedih mengalirkan air mata tidak berjaya namun kami
berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata kerana geli hati telatah kami yang
melucukan terutamanya melihat gelagat saudari Mok, Ming, dan Natalie menyanyikan
lagu Oh Ibu nyanyian Mamat Exist. Seterusnya pelbagai lagi persembahan yang
diadakan sehingga lewat malam. Pada akhirnya, saudari Mira telah memberikan sedikit
ucapan penutup dan kami mula merasakan panggilan bantal. Selepas itu, semua guru
pelatih menuju ke khemah masing – masing untuk tidur.
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Illahi kerana diatas rahmat dan limpah kurnianya dapat juga kami
melaksanakan aktiviti rekreasi di Sungai Sedim.Terima kasih diucapkan kepada semua
pensyarah pembimbing saya bagi program rekreasi ke Sungai Sedim pada kali ini iatu
Encik Badrulzaman dan juga Encik Saifuzzaman yang telah banyak membantu saya
sepanjang program rekreasi ini berjalan. Terima kasih juga kepada syarikat Rapidfire
Adventure yang telah memberi kami peluang pada saat – saat akhir untuk menginap
dan menguruskan aktiviti guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Perlis. Mereka banyak membantu kami sepanjang berada di kem Sungai Sedim.

Sepanjang berada di Sungai Sedim selama 4 hari 3 malam telah menyedarkan saya
betapa pentingnya alam sekitar kepada manusia. Aktiviti seperti survival telah mengajar
saya supaya menjadi lebih tabah dan cekal menghadapi segala cabaran hidup. Di sini
juga saya telah belajar tentang semangat bekerjasama dan tolong – menolong antara
satu sama lain. Ini penting kerana perjalanan hidup saya sebagai seorang guru masih
jauh lagi dan perlu melalui segala rintangan pada masa hadapan. Saya juga telah
belajar bagaimana cara untuk hidup di dalam hutan dan cara – cara untuk memasak
nasi di dalam buluh. Pengalaman seperti ini amatlah berharga bagi saya untuk
digunakan pada masa – masa yang kecemasan nanti.

Semua guru pelatih sama ada dari kumpulan Pendidikan Jasmani dan Bahasa Cina
telah merasai pengalaman berada di dalam hutan dalam kegelapan malam. Di samping
itu, program ini juga telah mengeratkan hubungan sesama guru pelatih tanpa mengira
bangsa atau perbezaan agama. Kami juga dapat mengenali dengan lebih rapat lagi
sahabat – sahabat dari kumpulan Bahasa Cina sekaligus dapat mengukuhkan lagi
perpaduan kaum di Malaysia. Akhir sekali, semoga program seperti ini dapat dijalankan
lagi pada masa akan datang dan diadakan di tempat – tempat yang lebih menarik
disamping aktiviti – aktiviti yang lebih mencabar.

You might also like