You are on page 1of 9

KRITIKAN SENI VISUAL

diskipsi melihat apa yang kelihatan dalam


±

karya contoh: seorang sedang membasuh


basikal roda tiga, basikal roda tiga, dll

Analisis lanjutan dari diskipsi dan membuat


±

analisis dari aspek formal seperti penggunaan


prinsip rekaan dan unsur seni

Interpretasi membuat sesuatuekspresi


±

atau mentafsir karya dalam pengolahan idea


dan makna

Pertimbangan meletakan hukuman atau


±

penilaian pada karya ini.


seni visual stpm

PENGENALAN SENI VISUAL


A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan
halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .
seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi
yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual
pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria
penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi
sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui
penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al-
Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan
keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek
pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada
dalam bentuk 2D dan 3D.
B) PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan
perekaan.
I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan
yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media
asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca.
II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media
baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia
( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil,
logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman &
seni lanskap.
C) PERANAN SENI VISUAL
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama
iaitu psikologi dan sosiologi.
I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu
berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang
berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan
persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan hayati)
Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan
pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan
perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang
semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini
berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada
penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di
sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk
penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya
berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya
lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya
menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat
dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan
perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti
dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran
pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan,
pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu
berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
II) Peranan sosiologi
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni
dan masyarakat ). Antara peranan SV :
Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan
dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat
kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur
nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian
dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan
kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada
kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan
Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan
dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis
Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat
atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya
Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)
Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat
resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D
atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung
penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang
dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu
sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.
Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan
kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu
pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.
Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.
Contohnya penghasilan batik dan songket.
Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-
contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.
Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
D) PENGALAMAN ESTETIK
Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada
Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk
seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai
tukang dan sebagainya.
Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan
dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang
konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat
seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan
bidang yang berkaitan dengan seni.
PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL
Pendahuluan SENI
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi
oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu.
Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan
pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan
penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna
dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang
bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat.
Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap
indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan
sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12).
Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan
bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah
penjelmaan rasa estetika (1959: 16).
Seni Visual
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan
seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun
pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium
dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya
memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin
disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang
digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau
persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut
bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang
dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh,
teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan
komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai
maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble,
Preble dan Frank, 1999).
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni
visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh,
istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus
merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun
estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan,
seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula
merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil,
seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman,
seni landskap, multimedia dan animasi.
Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni
keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan
sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan
ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai
contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan
anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni
keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara
satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan
prinsip yang tersendiri.
Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan,
dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan
persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas
kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu
bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian
terhadap kerja-kerja seni.
a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual
(i) Maksud Sejarah Seni Visual
Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual
juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-
cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau
pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa
jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya:
pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik,
penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang
terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.
Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai
pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini,
Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus
terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi
masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut
berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang
Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan
bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu
disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia
(Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner,
1996).
Tujuan Sejarah Seni Visual
Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa
lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami
masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula
berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini,
karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa
atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang
menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk
memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi
sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi,
fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan
mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey
dan Kleiner, 1996).
(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual
Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau
sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi
asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan
mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun
dihayati.
Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia
dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-
satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?;
bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia
boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;
bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa
yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?;
siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini
menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan
lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya,
bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi
cuba menyesuaikan diri kita dengannya.
Berbicara tentang karya seni,
Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek
bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan)
dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna
ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-
aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana
sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah
yang digunakan iaitu:
Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada
imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula)
untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik,
melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form
Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat
dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek
tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu
perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang
bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih
mengutamakan aspek yang elemental dan primeval
Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya
atau perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan
yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.
Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya
ialah, gambar dalam motif.
a. Gaya penampilan
Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan
kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah
kepada penekanan gaya penampilan iaitu:
· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan
imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri
(Mohd.Hoessien Enas),
· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi
masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso),
Hang Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)
· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami ,
dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan
simbol,bentuk dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang
(Syed Ahmad Jamal)

You might also like