You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

SUNGAI PASIR, 08000 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA
PROGRAM SENAMROBIK MINGGUAN
TEMPAT:
Dataran Perhimpunaan dan Padang SK Sungai Pasir
TARIKH :
28 Mac – 15 April 2010

ANJURAN:
GURU PELATIH PRAKTIKUM
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik mingguan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan
cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan
Jasmani dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan
aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua
murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah sejurus melahirkan murid dan guru yang
aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang
murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa
bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan
tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang
dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan..
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
3.4 Mengisi masa terluang murid.
3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 21 Mac 2010 - 15 April 2010 iaitu pada setiap hari Khamis.
4.2 Dilaksanakan selama sebulan oleh guru pelatih sempena praktikum.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu perhimpunan mingguan pada hari Khamis pada jam 7.30 pagi
5.0 BUTIRAN PROGRAM

Minggu Guru Bertugas


28 Mac – 1 April 2010 Mohd Amin bin Abd Rashid
3-8 April 2010 Dzulfikri bin Anjang Ab Rahman
11-14 April 2010 Mohd Azli bin Azni

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Semua murid tahun 1, 4, 5 dan 6 sesi pagi SK. Sungai Pasir , Sungai Petani, Kedah Darul Aman

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Pn. Azziah bt. Abu Othman (Guru Besar)


Tn. Hj. Abdul Razak b. Ayob (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Jamaliah bt. Md. Salleh (Guru Pendidikan Jasmani)

Pengerusi : En. Dzulfikri bin Anjang Ab Rahman


Naib pengerusi : En. Mohd. Azli bin Azni
Setiausaha : En. Mohd Amin bin Abd. Rashid
8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang
kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi
keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(En. Mohd Amin bin Abd Rashid) (Puan Azziah bt. Abu Othman)
Setiausaha, Guru Besar,
Program Senamrobik Mingguan, Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir
Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah.
08000 Sungai Petani, Kedah.

You might also like