P. 1
Folio Pengajian Am

Folio Pengajian Am

|Views: 3,844|Likes:
Published by Fu Hong

More info:

Published by: Fu Hong on Aug 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2013

pdf

text

original

Pendidikan di Malaysia Pengajian Am

Pembentangan : 21 Julai 2010

Nama Ahli Kumpulan : Loo Fu Hong : Hema

Nama Pensyarah : Ms Hong Saw Hoon. Nama Kolej : Kolej Tunku Abdul Rahman.
Jalan Genting Kelang, Setapak 53300, Kuala Lumpur

Prakata Sistem pendidikan di negara kita bermula dari sebelum kedatangan penjajah lagi. Penduduk peribumi mempunyai pendidikan mereka sendiri misalnya sekolah petang dan sekolah Madrasah di kampung-kampung. Pendidikan tidak formal dari ibu bapa turut menjadi salah satu jenis pendidikan pada zaman tersebut.Namun, selepas kedatangan penjajah asing, pelbagai jenis sistem pendidikan digubal untuk memenuhi kepentingan mereka sejajar dengan matlamat dasar pecah dan perintah British yang berkehendakkan interaksi antara kaum tidak dapat dicapai. Pendidikandijalankan oleh kaum masing-masing menggunakan sukatan pelajaran dari negara asal mereka dan tiada langsung silang budaya dalam sistem pelajaran Malaysia. Setelah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan, menghadapi pemimpin-pemimpin cabaran Dengan dalam pada ketika itu menyusun semula sistem dan

pendidikan negara yang masih berpaksikan kepada kaum masing-masing. bermulanya Penyata Razak Ordinan Pelajaran 1955, sehinggalah kepada Penyata Rahman Talib pada 1959 dan Akta Pelajaran 1961,perubahan kritikal terus dilakukan untuk memantapkan pendidikan di Malaysia. Transformasi sistem pendidikan ini sejajar dengan perubahan kehendak semasa dunia yang semakin kompetitif dan berteraskan kepentingan global. Kita harus bangga akan pencapaian yang dicapai sehingga hari ini dalam bidang pendidikan adalah berkat usaha pemimpin terdahulu yang gigih memperjuangkan bangsa. kepentingan pendidikan kepada anak

Penghargaan Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua dua ibu bapa kami atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada kami sepanjang kami menjalankan kajian .Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian Am kami iaitu Ms Hong Saw Hoon atas tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan kepada kumpulan kami.

Senarai isi kandungan
Senarai 1. 2. 3. 4. 5. Prakata Penghargaan Senarai Isi kandungan Contoh Karangan Lampiran/Rujukan Muka surat 2 3 4 5-9 10

Contoh Karangan Amalan membaca merupakan salah satu daripada amalan nilai murni yang perlu diterapkan dalam setiap individu. Ini kerana amalan membaca ini mempunyai banyak faedah didalamnya. Membaca boleh dijadikan sebagai sebuah hobi pada waktu senggang. Oleh itu, waktu lapang tidak terbuang begitu sahaja dengan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain permainan video. Banyak jenis bahan bacaan yang boleh dibaca. Ianya bukan sekadar sahaja terdiri daripada buku cerita, malahan surat khabar dan majalah juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan. Kita boleh memperoleh banyak pengetahuan dan informasi terkini di dalam dan di luar negara dengan membaca surat khabar. Selain itu, kita juga boleh memperkayakan bahasa kita melalui amalan membaca ini. Contohnya kita membaca buku cerita dalam Bahasa Inggeris. kita Sudah dalam tentu kita dapat meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris

seterusnya memperbaiki perbualan dalam Bahasa Inggeris dan sememangnya ia membantu kita. Di samping itu, kita juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan - rakan tentang apa yang kita telah dapati melalui pembacaan. Oleh itu, kita dapat meluaskan pengetahuan sedia ada. Dengan ini, terbuktilah bahawa banyak faedah yang boleh didapati dalam amalan membaca ini.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38) Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64) Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah

memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70) Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69) Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73) Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam

peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anakanak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73) Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anakanak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 ) Marcapada, anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada membaca bahan bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu,ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka. Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka. Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk

menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana alah bisa tegal biasa. Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anakanak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. Misalnya, ibu bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu,ibu bapa juga hendaklah sering membawa anakanak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anakanak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini.Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan

dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya,ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.

Lampiran / Rujukan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Malaysia

Youtube http://www.youtube.com/watch?v=9t0D5fLe8pk Eduweb.gov.my Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.kpm.gov.my/ Kementerian Pendidikan Tinggi http://www.mohe.gov.my/

Pusat Maklumat Rakyat (PMR) http://www.youtube.com/watch?v=SRG_hwL6i9Y

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->