You are on page 1of 32

1.

0 PENGENALAN

Strategi pembangunan wilayah yang dijalankan negara kita bertujuan untuk


merapatkan lagi perhubungan antara negeri dengan cara mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah. Matlamat asas pembangunan wilayah
adalah untuk menyeimbangkan agihan agar lebih sama rata bukan sahaja dari segi
pendapatan, tetapi juga kemudahan awam, seperti kesihatan dan pendidikan,
perkhidmatan, perumahan dan peluang untuk kemajuan sosial serta ekonomi rakyat.
Ekoran daripada itu, telah banyak projek-projek untuk pembangunan telah
dijalankan. Antaranya ialah projek pembangunan koridor. Sebanyak RM6 bilion daripada
RM10 bilion dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
diperuntukkan dalam Bajet 2009 bagi memajukan kesemua Pelan Induk Pembangunan
Wilayah. Terdapat lima pembangunan koridor di negara kita iaitu Iskandar Malaysia,
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Koridor Pantai Timur (ECER), Koridor
Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Sarawak.
Kelima-lima pembangunan koridor tersebut adalah sebagai pemangkin dalam
pembanguan wilayah negara. Pembangunan boleh didefinisikan suatu proses atau
keupayaan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan masyarakat dalam sesuatu jangka masa tertentu serta menyediakan sumber
tambahan untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang. Menurut Bath, 1973,
wilayah merupakan satu pembentukan kawasan sempadan geografi yang melampaui
batas semapadan politik negeri atau pemerintah dengan membentuk sempadannya
sendiri berdasarkan kepentingan perancangan pembangunan yang di olah dan ianya
dapat di bentuk daripada criteria ekonomi dan sosial.
Iskandar Malaysia misalnya, akan bagi memenuhi yang akan wujud dari
pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem
pengangkutan awam bersepadu. Sebagai permulaan, usaha ini akan ditumpukan
kepada menambah baik perkhidmatan bas melalui kerjasama dengan pegusaha bas
sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan pula, pusat kecemerlangan pengajian dan
penyelidikan pasca ijazah hendak ditubuhkan dengan kerjasama hospital swasta.
Walau apapun usaha kerajaan untuk membangunkan negara, seperti apa yang
di katakan dalam perenggan atas, setiap pembangunan itu pasti akan memberikan
kesan terhadap apa yang berada di sekelilingnya. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap
pembangunan itu ada kesan positif dan negatif terhadap alam sekitar dan juga manusia.

1
Namun, sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan ianya perlu terlebih dahulu
menepati piawaian keselamatan yang telah disiapkan.
Kesan-kesan pembangunan wilayah terhadap alam sekitar dan masyarakat
merupakan isu yang akan dikupas dalam tugasan ini. Hal ini kerana walaupun
pembangunan koridor bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi rakyat dan
negara, namun antara kita sedar atau tidak kesan pembangunan wilayah juga boleh
mengancam hidup manusia dan alam sekitar. Pembangunan yang pesat tanpa
menghiraukan hal ehwal masyarakat dan alam sekitar akan mengakibatkan kita
menanggung permasalahan yang lebih teruk lagi pada masa akan datang.
Pembangunan mampan harus dijalankan kerana ianya bukan sahaja
pembangunan yang berobjektifkan untuk memenuhi keperluan semasa atau masa
hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan
alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Sesuatu pembangunan
mestilah dapat mengekalkan ekosistem alam sekitar. Alam sekitar merupakan suatu
ekosistem yang mengandungi unsur tabii, sistem sokongan hidup dan ianya perlu
digunakan dengan bijak bagi menjamin kesejahteraan sosial.

2
2.0 PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA

2.1 Latar belakang

Pembangunan Iskandar Malaysia dilancarkan pada 30 Julai 2006. Dahulunya


dikenali sebagai Koridor Wilayah Iskandar. Manakala pelancaran secara rasmi
diperkenan oleh sultan Johor, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda
Almutawakkil’alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 4 November
2006. Rancangan pembangunan merupakan rangka pembangunan yang paling besar
dilaksanakan di negeri Johor selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembangunan
yang mengambil masa sehingga tahun 2025 ini meliputi kawasan selatan Johor dan
memerlukan kos sebanyak RM 47 billion dan terbahagi kepada 5 zon ekonomi iaitu
Johor Bharu, Nusajaya Pintu Pembangunan Barat, Pintu Pembangunan Timur, dan
kawasan Senai hingga Skudai.
Objektif utama rancangan pembangunan ini ialah menjana pertumbuhan
ekonomi wilayah Selatan Johor dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8
peratus untuk tempoh lima tahun yang pertama. Selain itu, pembangunan Iskandar
Malaysia merangkumi tiga lokasi utama iaitu, Lapangan Terbang Senai, Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Perdana Menteri Malaysia pada
masa itu dalam ucapan utamanya menegaskan bahawa kerajaan telah
memperuntukkan perbelanjaan RM 4.3 bilion di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan. Mantan Perdana Menteri ke
lima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga berharap Iskandar Malaysia mampu
melahirkan bandar metropolis yang pertama di Johor selepas tahun 2025. (Zaharudin
Mohd Ali dan Lukman Ismail. 4 November 2006. Utusan Malaysia)
Kawasan yang diterokai ialah seluas 2, 217 kilometer persegi atau 3 kali
keluasan Singapura. Terdapat empat komponen penting dalam pembangunan Iskandar
Malaysia. Antaranya ialah penggubalan Pelan Induk Perniagaan, penubuhan badan
penyeliaan yang kukuh iaitu di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
(IRDA), penubuhan Pemaju Raya atau dikenali dengan South Johor Investment
Corporation Berhad (SJICB), dan pemberian pakej insentif untuk menggalakkan inisiatif
untuk pemangkin pembangunan.
Berdasarkan pelan pembangunan Iskandar Malaysia, kerajaan telah
menumpukan ekonomi yang pelbagai. Contohnya, bidang elektrik dan elektronik,

3
petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik
serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta
industri kreatif. Khazanah Nasional Bhd telah diberi tanggungjawab menguruskan
pembangunan rancangan pembangunan wilayah ini. Projek-projek yang sedia seperti
pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, bandar Nusajaya, kawasan
perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) turut
ditambah dengan projek-projek baru. Kerajaan juga yakin bahawa WPI mampu menarik
pelaburan asing ke negeri Johor seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk.

2.2 Kesan Pembangunan Wilayah Iskandar

2.2.1 Kesan Positif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Masyarakat

Politik
Pembangunan wilayah Iskandar Malaysia merangkumi 5 zon utama iaitu Pusat
Bandar Johor Bharu, Nusajaya, Pelabuhan Tanjung Pelepas, kawasan Senai dan Pasir
Gudang dan zon Tanjung Langsat. Letakan pusat pentadbiran bagi 5 tersebut adalah di
zon Nusajaya. Bandar Nusajaya dipilih untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran yang
baru bagi negeri Johor kerana di situ terdapat Kompleks Kerajaan Negeri dan
Persekutuan, Pusat Persidangan Negeri (DUN), Dataran Mahkota dan Kompleks
Menteri Besar Negeri Johor.
Pusat pentadbiran di Nusajaya yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih
selesa dan setempat. Pemilihan bandar Nusajaya sebagai kawasan pentadbiran
merupakan pilihan yang bijak bagi membolehkan penduduk menyelesaikan urusan di
satu kawasan sahaja. Hal ini juga mungkin boleh menjimatkan kos perjalanan atau kos
sesuatu urusan yang ingin dijalankan oleh seseorang individu untuk berurusan dengan
pihak kerajaan. Tambahan pula, kemudahan yang lengkap telah disediakan bagi
memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Sosial
Antara aspek sosial yang dibangunkan dalam Wilayah Iskandar Malaysia ialah
kemudahan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perhubungan dan pengangkutan,
perumahan dan sebagainya. Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan peluang
pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan adanya penambahbaikan dalam
penawaran kursus, Universiti Teknologi Malaysia telah memfokuskan kepada kajian

4
teknikal di bawah fakulti-fakulti yang berbeza. Contohnya mangasingkan fakulti
pendidikan, sains tulen dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia.
Selain itu, universiti yang juga universiti kejuruteraan tertua di Malaysia juga
mempunyai kerjasama akademik antarabangsa dan menawarkan 108 program lepasan
ijazah kejuruteraan dan teknologi. Tidak hairanlah sekiranya kerajaan mampu
mengeluarkan tenaga buruh mahir bagi mengisi kekosongan jawatan dalam
pembangunan yang hampir selesai untuk fasa pertama. Penawaran kursus pendidikan
seperti ini mampu menampung keperluan tenaga mahir dan mengurangkan kadar
pengangguran golongan mahasiswa.
Rancangan pembangunan Iskandar Malaysia juga menempatkan Sekolah
Antarabangsa dan universiti luar negara dan mengadakan program sekolah angkat di
kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan barat dan kolej komuniti juga turut
dibangunkan. Bagi memperkasa pembangunan modal insan, kerajaan telah
melancarkan Pelan Induk Pendidikan 2006-2010, Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara : Malangkaui tahun 2020, dan Pelan Induk Pengajian Tinggi 2007-2010 dengan
matlamat menyediakan tenaga kerja yang berinovatif dan berkemahiran tinggi. Pusat
pendidikan seperti ini mampu melahirkan warga kerja berpendidikan yang fasih
berbahasa Inggeris dan Melayu serta dapat menguasai bahasa antarabangsa yang lain
seperti bahasa mandarin. Hal ini bersesuaian dengan objektif kerajaan ialah
meningkatkan hub pendidikan yang bertaraf dunia.
Kewujudan banyak peluang pekerjaan telah menarik minat pendatang luar
datang ke Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang rancak dibangunkan.
Oleh hal yang demikian, populasi penduduk di negeri Johor semakin bertambah
terutamanya daripada golongan yang berumur antara 25 hingga 50 tahun. Di samping
itu juga, pertambahan penduduk tidak menjadi masalah kerana kawasan perumahan
yang dibangunkan mencukupi bagi menampung populasi penduduk yang semakin
bertambah dari sehari ke sehari.

Ekonomi
Selain itu, pembangunan wilayah Iskandar telah membawa perubahan ekonomi
bagi wilayah negeri Johor. Contohnya, wujudnya Hub Halal, Hub Logistik dan pelabuhan
kelas pertama, Hub kewangan Islam dan Hub Biofuel. Hub Halal merupakan salah satu
produk keluaran tempatan dalam strategi kerajaan mempromosikan pengeluaran
makanan halal seperti produk daging halal di Malaysia.

5
Produk daging halal bukan sahaja mendapat sambutan dalam pasaran
tempatan, malahan produk ini juga mendapat perhatian di pasaran antarabangsa.
Tambahan pula Malaysia telah memperkenalkan MIHAS (Pameran Produk Halal) yang
diadakan sepanjang tahun. Langkah kerajaan ini bukan sahaja menambahkan
permintaan eksport, malah ia juga sekaligus menambahkan pendapatan dan juga
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara tidak langsung, pengeluaran
produk halal merupakan satu bonus terutamanya kepada pengusaha-pengusaha muda
dalam pasaran baru seperti ini.
Hub logostik dan pelabuhan kelas pertama juga telah diwujudkan melalui
wilayah pembangunan Iskandar. Hal ini berikutan penaiktarafan Pelabuhan Tanjung
Pelepas sebagai pelabuhan kelas pertama. Sebagai pelabuhan yang berkembang
pesat, pelabuhan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Best Emerging
Container Terminal. Masyarakat juga berpeluang menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dengan adanya Zon bebas cukai yang diperkenalkan dalam Wilayah
Iskandar Malaysia iaitu di kawasan Bandaraya Johor Bharu (Zon A).
Contoh bidang perniagaan yang boleh diceburi ialah kraftangan, pengkhususan
makanan, gerai makanan dan pakaian, dan sebagainya. Kerajaan juga menaiktaraf
Lapangan Terbang Senai untuk pembangunan. Tanah seluas 2800 ekar diterokai untuk
membina Taman Berteknologi Tinggi, Pusat Kargo Udara dan kemudahan-kemudahan
sokongan lain. Bandar logistik juga diwujudkan bagi membolehkan penyediaan kilang-
kilang yang siap dibina dengan prasarana asas untuk pembangunan kelompok industri-
industri yang berteknologi tinggi di bawah satu pengezonan bersepadu seperti yang
dipromosikan.
Kawasan Zon Bebas Senai juga turut diperkenalkan. Kawasan ini
memperuntukkan pajakan perniagaan untuk logistik dan aktiviti-aktiviti pembuatan
berteknologi tinggi. Rancangan ini melibatkan ruang yang luas, bekalan kuasa berkualiti,
air bersih, dan insfrastruktur IT yang canggih. Sehubungan itu, kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak 200 ekar tapak tanak untuk kegunaan logistik dan pejabat-
pejabat pusat perkhidmatan, gudang-gudang kargo, pusat halal serta pembuatan
berteknologi tinggi dan susunan kilang yang strategik. WPI juga menjadi salah satu
kawasan tumpuan pelabur asing dan ini menguntungkan masyarakat setempat dan juga
negara.
Rancangan-rancangan yang dilaksanakan telah memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk terutamanya di sektor perkhidmatan, perindustrian, pelancongan,

6
perniagaan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kerajaan dapat mengurangkan
kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Hal ini
terbukti apabila kadar inflasi di negeri Johor adalah rendah iaitu di bawah 3.5 peratus.

2.2.2 Kesan Negatif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Masyarakat

Menambahkan gejala sosial

Sesuatu rancangan pembangunan mempunyai kebaikan dan keburukannya.


Kesan buruk yang jelas ialah dari aspek sosial masyarakat terutamanya remaja. Jika
melihat kepada rancangan kerajaan yang ingin mewujudkan bandar metropolis yang
pelbagai bidang dan salah satunya ialah industri hiburan. Kewujudan pusat-pusat
hiburan, pusat membeli belah dan pembangunan pusat pelancongan akan
menambahkan lagi kebejatan gejala sosial yang masih menghantui masyarakat
sehingga ke hari ini. Remaja yang terdedah dengan kemajuan pesat ini akan terjerumus
dalam kancah yang tidak sihat. Hal ini menimbulkan kerisauan kerana remaja mudah
terpengaruh dengan budaya luar sekiranya tidak mendapat perhatian dan kawalan yang
sewajarnya dari ibu bapa dan pihak berkuasa yang bertangunggjawab.

2.2.3 Kesan Negatif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Alam Sekitar

Pencemaran

Projek WPI telah menyebabkan pencemaran air di sepanjang sungai Skudai,


Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Sungai Sengget. Antara bahan buangan yang
menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai-sungai tersebut ialah pembuangan
sampah sarap dan air kumbahan. Air kumbahan ialah air basuhan, najis, atau air
buangan manusia yang bercampur.pembuangan bahan kimia seperti asid, alkali, logam-
logam berat seperti arsenik, plumbum, dan merkuri di samping pestisid menambahkan
lagi masalah pencemaran air.
Kesemua bahan kimia ini telah menukarkan sifat kimia air dan amat berbahaya untuk
diminum atau digunakan oleh manusia serta hidupan akuatik. Contoh sungai yang

7
paling teruk tercemar ialah Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang berikutan pembuangan
sisa loji kumbahan kilang. Menurut Jabatan Alam Sekitar, punca kemerosotan kualiti air
sungai Tebrau berpunca daripada pembuangan sisa loji-loji kumbahan Indah Water
Konsortium.
Hasil kajian Unit Perancang Ekonmi Johor mendapati pembuangan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, sisa organik, plastik, botol, kaca, tin minuman dan lain-lain
secara tidak terurus juga dapat dilihat di kawasan Nusajaya berikutan ketiadaan pusat
pelupusan sampah di kawasan tersebut. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh
Majlis Perbandaran Johor Tengah, penjanaan sistem pepejal dalam setahun adalah
sebanyak 10 hingga 15 peratus. (Shuhaimi bin Abd Rahim. 2008/2009 : 7) Ketiadaan
tong-tong sampah kitar semula menambahkan lagi masalah pembuangan sisa pepejal di
kawasan Nusajaya. Namun kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan
mengadakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di
bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti effluent daripada industri dan loji-loji
kumbahan.
Pencemaran udara juga berlaku kesan rancangan WPI. Keadaan ini berikutan
pelepasan gas pembakaran bahan industri dan enjin bermotor. Contonya, gas sulfur
dioksida, nitrogen diosida, karbon monoksida dan sebagainya.Pelepasan gas sangat
berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menyebabkan hujan asid. Hujan asid boleh
membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik di samping menghakis pakaian,
kertas, dan bahan binaan bangunan. Faktor lain yang menyumbang pencemaran udara
ialah pembakaran sampah sarap secara terbuka tanpa pengawasan.

Pembangunan di sepanjang pesisir pantai dan telah menyebabkan kawasan


paya bakau telah ditebus guna dan keadaan ini akan meningkatkan ancaman ekologi
marin. Negeri Johor merupakan salah satu kawasan simpanan hutan paya bakau.
Kawasan paya bakau telah ditebus guna bagi tujuan pembangunan. Contohnya, projek
pembangunan pesisir pantai yang dikenali sebagai Lido Boulevard yang menelan
belanja sebanyak RM2.7 juta billion. Projek ini dilaporkan akan memberikan impak
negatif kepada masyarakat khususnya dan alam sekitar amnya. Rancangan mega ini
dikhuatiri akan mengecilkan keluasan Selat Johor. Penambakan Selat Johor akan
dilaksanakan untuk tujuan pembangunan tersebut.
Pemaju hartanah, Central Malaysian Properties Sdn Bhd (CMP) yang diberi
mandat dan membuat kerja-kerja menambak tanah antara 40 hingga 450 meter ke

8
dalam Selat Johor. Walaubagaimanapun, pihak pemaju telah mendapat kelulusan
daripada Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi kawasan projek seluas kira-kira 8.9
hektar. Kerja-kerja menambak laut akan dipantau untuk melindungi hidupan marin dan
persekitaran pantai. Hal ini kerana pembangunan di sepanjang pantai akan
meningkatkan ancaman ekologi marin. Contohnya akan menjejaskan terumbu karang,
hutan bakau dan rumput laut di sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Rancangan WPI juga akan memberi impak negatif kepada alam sekitar sekiranya
pelaksanaannya tidak dikaji dengan teliti.

3.0 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)

3.1 Latar belakang


Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER telah dilancarkan pada 29 Oktober
2009. Pelan pembangunan ini merupakan pelan yang ketiga dilancarkan selepas
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang meliputi Johor Selatan dan Wilayah
Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian
utara Perak. ECER pula merangkumi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan
sebahagian Johor, iaitu daerah Mersing. Luas kesemua kawasan wilayah ini ialah
66.736 km persegi iaitu kira-kira 51 peratus kawasan Semenanjung Malaysia. Matlamat
utama penubuhan pelan pembangunan ini adalah untuk merapatkan jurang
pembangunan antara wilayah iaitu untuk mencapai taraf wilayah yang maju dan dinamik
serta berdaya saing menjelang tahun 2020 disamping memangkin pembangunan
sosioekonomi.
Di bawah pelan induk ECER, pendekatan bersepadu diambil dalam usaha
membawa pembangunan kepada wilayah-wilayah yang dimaksudkan. Antara lain,
pembangunan ini akan dilaksanakan dalam jangka masa 12 tahun sehingga ke tahun
2020. Paling utama, ia dirangka untuk rakyat secara keseluruhannya. Disamping itu,
pelan ini bermatlamat menangani isu-isu utama yang dihadapi wilayah seperti jurang
antara Pantai Barat dan Pantai Timur, ketidakseimbangan agihan pendapatan antara
kawasan bandar dan luar bandar, kadar kemiskinan tegar yang tinggi dan kemudahan
asas. Sebanyak 227 projek dilaksanakan bagi mempercepatkan pertumbuhan wilayah
itu untuk dinikmati oleh penduduk Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di
Johor.

9
Secara keseluruhannya, dalam pelan ini kerajaan telah mengambil pendekatan
agar semua negeri pantai timur dimajukan sebagai sebuah wilayah bersepadu yang
bekerjasama menggembleng usaha, tenaga dan sumber kekayaan asli untuk mencapai
kemajuan bersama. Sebagai contoh, lima kelompok pembangunan yang dikenalpasti
menjadi kunci kejayaan wilayah iaitu pertanian, pelancongan, minyak, gas dan
petrokimia, pembuatan serta pendidikan akan dipelbagaikan aktiviti –aktiviti
ekonominya. Sementara sektor pertanian yang selama ini menjadi tulang belakang
sebahagian besar penduduk pantai timur akan diperkasakan secara meluas dengan
teknologi moden serta pemasaran yang mantap.Tumpuan turut diberi dalam aspek
pembangunan modal insan yang merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak
ke arah kegemilangan negara seterusnya mampu mencapai matlamat RMK-9.

3.2 Kesan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Terhadap


Masyarakat

Usaha yang dilaksanakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj.
Ahmad Badawi dalam membangunkan pembangunan ekonomi secara bersepadu
berdasarkan Wilayah memberi sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama
dalam usaha membasmi kemiskinan. Hal ini demikian kerana banyak projek yang
dirancang adalah secara menyeluruh yang tidak meminggirkan satu negeri pun di
Malaysia.
Istimewanya setiap negeri mempunyai projek dan program untuk dibangunkan
dan usaha ini bukan sahaja dapat membangunkan seluruh negeri di Malaysia malah
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Walaupun masih baru dilaksanakan
sekitar tahun 2007, kesannya sudah dapat dilihat baik dari aspek politik, ekonomi
mahupun sosial

Politik
Gabungan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibawah pembangunan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini telah mewujudkan pentadbirannya yang tersendiri.
Setiap negeri mempunyai projek dan program untuk dibangunkan dan usaha ini bukan
sahaja dapat membangunkan seluruh negeri Malaysia malah mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan. Kerajaan juga telah menubuhkan pihak berkuasa pembangunan
koridor bagi meneraju, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek

10
yang dikenal pasti dalam setiap pelan induk koridor pertumbuhan. Negeri Pahang
dijadikan sebagai hab-industri pembuatan dan logistik bagi Wilayah Ekonomi Pantai
Timur.
Tambahan lagi, menjadi pusat bagi kegiatan pembuatan bernilai tinggi dan turut
menjadi laluan utama bagi hasil pembuatan untuk menembusi global. Sementara di
Pengkalan Kubor, Kelantan telah wujudnya pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan
Indonesia-Malaysia-Thailand yang dikenali sebagai (IMTGT). IMTGT ini berperanan
sebagai hab perdagangan di wilayah tersebut hasil daripada peningkatan hubungan
darat dan laut.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kewujudan ECER di negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang telah mewujudkan pusat pentadbirannya yang tersendiri.
Namun begitu, ketiga-tiga negeri ini masih lagi saling lengkap- melengkapi antara satu
sama lain.

Ekonomi
Rata-rata penduduk menyifatkan pelaksanaan ECER ini sebagai langkah bijak
kerajaan bagi mengangkat martabat negeri di Pantai Timur yang merangkumi negeri
Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Penumpuan kepada sektor pertanian sebenarnya
telah memberi banyak manfaat kepada golongan petani, misalnya petani di Pahang.
Pengembangan sektor hiliran dilihat bukan sahaja memberi kebaikan kepada golongan
petani, malah juga meningkatkan ekonomi mereka dalam tempoh jangka masa panjang.
Walaupun kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan sektor perindustrian,
namun tidak mengabaikan sama sekali sektor pertanian yang selama ini menjadi teras
utama ekonomi negeri yang berkaitan dengan penduduk tempatan. Sehubungan itu,
dapat dilihat bahawa golongan petani tidak dipinggirkan dengan pembangunan ECER,
sebaliknya menikmati limpahan daripadanya.
Selain itu, pembangunan wilayah Pantai Timur ini telah memberi kesan positif
kepada harga dan pembangunan hartanah, terutama dikawasan perindustrian. Kedua-
dua aspek berkenaan dikatakan akan menjadi pemangkin utama pembangunan di
wilayah-wilayah berkenaan sekiranya semua inisiatif ECER dilaksanakan dengan
berkesan. Menurut Pengarah Penyelidikan Hartanah Henry Butcher Malaysia, Fahariah
Abdul Wahab, banyak permintaan pelaburan yang diterima oleh pihak mereka daripada
pelabur luar yang berminat membuat pelaburan keatas industri perhotelan di wilayah
berkenaan.

11
Kekurangan hotel yang bertaraf lima hingga enam bintang telah mendorong
pelabur luar berfokus kepada projek pembinaan hotel di wilayah-wilayah berkenaan. Hal
ini demikian kerana para pelabur berpendapat wilayah-wilayah berkenaan berpotensi
untuk maju kehadapan dan mampu memberi keuntungan yang berlipat kali ganda
kepada pelabur serta meningkatkan ekonomi di wilayah tersebut dan negara kita.
Di samping itu, projek-projek yang dijalankan dibawah pembangunan wilayah ini
telah meningkatkan pelaburan negara. ECER kini mengambil faedah daripada
pemulihan ekonomi global untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara dengan
mempamerkan beberapa projek berimpak tinggi. Sehingga Disember 2009, sejumlah 64
daripada 82 projek ECER yang diperuntukkan dibawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9) telah dimulakan dan selebihnya bakal dilaksanakan mulai tahun
2010. Sehingga kini, ECER telah berjaya menarik RM26 billion pelaburan daripada
pelabur dalam dan luar negara. Pelancaran Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER yang
merupakan zon pembangunan bersepadu serta memiliki infrastruktur yang baik telah
membolehkan wilayah-wilayah tersebut begitu kompetitif untuk menarik pelabur

Sosial
Pelaksanaan Koridor Pantai Timur sememangnya memberi manfaat yang besar
kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana dalam pelaksanaan
koridor Pantai Timur, pihak kerajaan telah membuka ruang dan peluang kepada rakyat
dikawasan luar bandar untuk menerokai bidang ekonomi moden yang seterusnya
meningkatkan taraf hidup mereka. Jika dilihat dalam proses pelaksanaannya, kerajaan
telah memberi tumpuan kepada pembinaan infrastruktur besar serta prasarana lain
seperti jalan raya dan sebagainya sementara pihak swasta pula memberi tumpuan
kepada pembangunan industri pelancongan seperti pembinaan pusat pelancongan,
memperindahkan kawasan pantai dan pembinaan hotel dan chalet. Langkah ini secara
tidak langsung, telah memberi inisiatif kepada rakyat pantai timur untuk menikmati hasil
daripada pembinaannya.
Jurang kedudukan sosial antara Pantai Barat dan Pantai Timur dapat juga
dikurangkan. Walaupun pelaksanaan ECER masih lagi baharu berbanding Wilayah
Pembangunan Iskandar dan Wilayah Koridor Utara, namun dapat dilihat kemajuannya
yang semakin menyerlah di Pantai Timur. Berdasarkan Pelan Induk yang dirangka oleh
Petronas, sebanyak 277 projek bakal dilaksanakan di Pantai Timur merangkumi bidang
pengangkutan, pembangunan prasarana, pelancongan, pembuatan, pendidikan, industri

12
minyak, gas dan petrokimia dan pertanian. Sebagai contoh, di Pahang, kerajaan telah
memajukan negeri tersebut sebagai hab industri pembuatan dan logistik yang memberi
penekanan kepada pembangunan bandar Pelabuhan Kuantan. Tambahan lagi, kerajaan
telah mensasarkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dan kadar
pertumbuhan KDNK per kapita sebanyak 7.2 peratus dan RM 13,510 menjelang 2020
untuk mengimbangi ketakseimbangan negeri dalam ECER dan negeri di Pantai Barat
Masalah kemiskinan tegar dikawasan pantai timur juga telah dapat dikurangkan
dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan ekoran daripada pelaksanaan ECER ini.
Sebagai contoh, pantai Irama Bachok, Kelantan yang merupakan salah sebuah pantai
yang menarik di Pantai Timur yang sebelum ini agak ketinggalan ekoran tiadanya
perancangan pembangunan yang sempurna. Namun begitu, dengan pembinaan jalan
raya pinggir pantai dikawasan peranginan tersebut, iaitu dibawah Koridor Pantai Timur
ini,ianya telah diberi nafas baru dan sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat. Secara tidak langsung juga, masalah pengangguran dapat
dikurangkan.
Selain itu, ECER telah membawa kepada kepesatan pembangunan pendidikan
dirantau ini apabila kedudukan Universiti Malaysia Kelantan(UMK), Universiti Darul Iman
Malaysia(UDIM) serta institusi pengajian di Pahang dihubungkan melalui satu laluan
yang sama dan sekaligus menjadikan Koridor Pantai Timur sebagai landasan
pembinaan tamadun ilmu.

3.3 Kesan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER) Terhadap Alam


Sekitar

Wilayah Ekonomi Pantai Timur sememangnya kaya dengan sumber alam yang
menarik untuk aktiviti pelancongan, malah ada diantaranya yang bertaraf antarabangsa.
Ini termasuklah pantai-pantai, pulau-pulau, keindahan semulajadi hutan dan keunikan
budaya yang tersendiri. Namun begitu, kebanyakan aset-aset ini masih belum diterokai
dan dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur,
kawasan-kawasan baru ini telah mula diterokai dan pada masa yang sama masih lagi
mengekalkan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, di Kelantan kerajaan telah
mengenal pasti Gua Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri untuk dijadikan
pusat eko-pelancongan sementara di Pahang pula Pantai Sepat dan Kuala Pahang.

13
Namun, bagi mengimbangi aspek pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar, lokasi
perlancongan tersebut telah diwartakan.
Selaras dengan fokus pelan induk ECER, telah wujudnya pembangunan
infrastruktur terutamanya di pulau-pulau. Sebagai contoh, pembangunan infrastruktur ini
dilaksanakan di daerah Mersing. Pelbagai kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik
serta sistem pembentungan di sekitar gugusan Mersing dipertingkatkan. Kemudahan
jalan raya yang sedia ada telah diperbaiki dan pembinaan laluan baru dilaksanakan agar
jaringan perhubungan Mersing dengan pusat-pusat pertumbuhan lain dipertingkatkan.
Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa projek-projek dibawah
pembangunan Wilayah Pantai Timur ini tidaklah menjejaskan alam sekitar kerana setiap
projek utama yang dilaksanakan mengekalkan ciri-ciri alam sekitar dan mengambil kira
faktor-faktor pemuliharaan alam sekitar

4.0 PEMBANGUNAN KORIDOR SABAH (SDC)

4.1 Latar belakang


Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan oleh Mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar,
Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Rabu, 29 Januari 2008. SDC ini adalah rentetan
pelancaran pelan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor awal tahun 2008 yang
jelas mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara lebih pantas khususnya
melalui penyertaan pelabur asing. , projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula
dilancarkan yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Seberang Prai dan Perak Utara yang
diterajui oleh Sime Darby Bhd.
Bagi menjana ekonomi negeri-negeri terbabit. Tempoh pelaksanaan SDC ialah
dari tahun 2008 sehingga 2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. Lebih
kurang 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika projek tersebut berjalan
dengan lancar. Serentak dengan perasmian pelan tindakan SDC itu, 13 memorandum
persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh pelabur asing seperti syarikat dari
China, Jepun dan Amerika Syarikat yang sudi bekerjasama dengan Malaysia.
Selain itu, projek dalam sektor pelancongan seperti pembangunan
ekopelancongan misalnya di Hutan Simpan Ulu Segama dibangunkan dan
mengembangkan bidang kesihatan atau perubatan, pembinaan kondominium mewah

14
dan hotel lima dan enam bintang serta pembangunan pusat-pusat pelancongan. Di
samping itu, sektor pembuatan dan sektor pertanian juga turut dibangunkan melalui
beberapa inisiatif.
Objektif pengwujudan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) adalah untuk
menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini agar membangun selari dengan
pembangunan di Semenanjung Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman
berkata bahawa SDC akan memacu pembangunan yang seimbang dalam kalangan
rakyat negeri Sabah dengan merapatkan jurang sosioekonomi antara bandar dan luar
bandar. Selain itu, melalui SDC juga akan mengukuhkan penyelidikan agrobio supaya
negeri tersebut akan menjadi pusat kecemerlangan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Terdapat tiga prinsip utama yang akan menjadi teras semua pembangunan yang
dijalankan di Sabah bagi membasmi kemiskinan tegar, memulihara alam sekitar dan
meningkatkan aktiviti-aktiviti bernilai tinggi dalam industri. SDC sangat bermakna
kepada rakyat Sabah kerana akan merapatkan jurang yang ketara setelah
pembangunan ekonomi berlaku, namun begitu, sesetengah orang akan ketinggalan jika
tidak mengikuti perkembangan projek tersebut manakala yang lain akan terus maju ke
hadapan.
SDC ditonjolkan dengan logo berbentuk Gunung Kinabalu yang mempunyai
empat jalur iaitu kuning, biru, hijau dan merah. Gunung Kinabalu yang merupakan
gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah lambang kemegahan negeri Sabah. Empat
lapisan gunung tersebut adalah simbol pemacu negeri ke arah fasa pembangunan baru
yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Empat lapisan itu mewakili komponen pertanian, pembuatan, pelancongan dan
logistik. Warna kuning keemasan adalah lambang penjanaan kekayaan yang ada di
negeri Sabah, manakala biru menunjukkan kekayaan sumber hidupan laut dengan
persisiran pantai yang indah sepanjang 1,440 kilometer.
Warna hijau pula menggambarkan kekayaan sumber alam semula jadi terutama
biodiversiti negeri Sabah dan industri pembuatan hijau. Sementara warna merah
melambang kegigihan rakyat negeri ini dan peranan mereka dalam pembangunan untuk
mencapai wawasan SDC. Tiga jalur berwarna putih antara empat lapisan tersebut
melambang tiga sub-wilayah yang terdapat dalam pelan SDC dan warna biru gelap
pada tulisan SDC mencerminkan integriti dan amalan urus tadbir yang baik dalam
melaksanakan agenda pembangunan negeri Sabah.

15
Pelancaran SDC ini amat signifikan bagi Sabah dengan objektif utama menjana
pembangunan negeri agar selari dengan pembangunan di Semenanjung. Ia juga bagi
memacu pembangunan seimbang dalam kalangan rakyat negeri Sabah sekali gus
mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup penduduk bandar dan luar bandar. Setiap
orang akan diberi peluang untuk turut serta menikmati kemajuan termasuk daerah yang
terletak di kawasan pedalaman.

4.2 Kesan Positif Pembangunan Koridor Sabah Terhadap Masyarakat

Menarik taraf dan pembinaan rangkaian jalan raya


Sehingga kini, rangkaian jalan raya di Sabah masih lagi ketinggalan berbanding
di Semenanjung Malaysia. Bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu,
Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak mempunyai hubungan jalan raya
yang baik untuk menghubungkan bandar-bandar tersebut. Sehingga tahun 2006, 61
peratus jalan rayanya masih lagi merupakan batu kelikir dan tanah. Melaui pelaksanaan
Rangka Tindakan SDC, dijangkakan lebih 80 peratus jalan batu kelikir akan diturap.
Pembangunan Koridor Sabah, telah memudahkan urusan perjalanan rakyat
Sabah dengan menaik taraf standard jalan rayanya. Jalan raya telah dilebarkan bagi
mengurangkan kesesakan kenderaan. Jalan raya juga dibina di kawasan pedalaman
Sabah bagi memudahkan mereka untuk berurusan ke Bandar. Sejumlah RM3,187.5 juta
telah diluluskan untuk pembinaan hubungan jalan raya. Antara projek jalan raya utama
dalam ruang lingkup SDC adalah seperti menghubungkan Sabah tengah dengan ke
kawasan selatan, menghubungan bahagian utara Sabah ke Sub-Wilayah Tengah dan
Barat iaitu Kota Marudu ke Ranau.
Ekoran daripada itu, rakyat Sabah akan lebih selesa ketika berada di jalan raya.
Urusan perjalanan juga lebih licin, menjimatkan masa untuk sampai ke destinasi yang
dituju dan menjimatkan tenaga. Ianya juga diibaratkan seperti hadiah kerajaan kepada
rakyat Sabah. Kerajaan berhasrat untuk menyeimbangkan semua kemajuan dan
pemodenan kepada semua rakyanya.

16
Bekalan tenaga elektrik kepada masyarakat luar Bandar di Sabah

Liputan tenaga elektrik Sabah ialah 67 peratus daripada penduduknya.


Menjelang tahun 2010,liputan tenaga elektrik di luar bandar dijangka bertambah kepada
80.6 peratus dan liputan keseluruhan kepada 90 peratus. Permintaan tenaga elektrik
semakin bertambah dari setahun ke setahun. Rangkaian elektrik Sabah tidak standing
dengantempat-tempat lain di Malaysia. Hal ini kerana rangkaian pengedaran semasa di
Saba masih tidak begitu teguh. Tenaga elektrik di Sabah adalah melaui diesel.
Penjanaan melaui loji diesel melibatkan kos yang tinggi dan membabitkan masalah alam
sekitar.
Dengan pembangunan SDC, dijangka penduduk Sabah akan menikmati dan
merasai tenaga elektrik yang memuaskan. Kerajaan sedaya upaya meningkatkan tahap
tenaga elektrik di Sabah sama seperti di Semenanjung Malaysia. Dengan itu penduduk
Sabah akan menikmati keperluan asas yang lengkap untuk menjalani kehidupan
seharian.

Bekalan air
Semua banadr utama telah dibekalkan dengan air yang telah dirawat. Buat masa
ini sudah terdapat 39 loji rawatan air dengan jumlah keupayaan pengeluaran sebanyak
762 juta liter sehari yang dibekalkan kepada 200,000 pengguna. Dengan pembangunan
yang pada negeri Sabah, penduduknya telah mendapat manfaat dengan mendapat
kemudahan air paip terutamanya di luar Bandar. Permintaan air untuk kegunaan
domestik dan perindustrian dijangka akan bertambah selari dengan pertambahan
penduduk.
Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak RM1.313 bilion telah
diperuntukkan kepada Jabatan Air Negeri untuk menjalankan projek di seluruh negeri.
Peningkatan keupayaan yang dijana daripada projek air ini berjumlah 380 JLS
menjelang tahun 2010. Projek utama adalah termasuk pembinaan Empangan Milau dan
empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar, Kudat dan Sandakan. penjimatan air.
SDC akan melaksanakan lebih banyak pengairan bawah tanah dan sistem
pengumpulan air hujan di kawasan luar bandar untuk menambahkan bekalan sedia ada.
SDC akan memberi tumpuan terhadap usaha mengurangkan NRW dengan memastikan
penguatkuasaan lebih ketat ke atas kecurian air, penggantian paip dan meter,
menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi merancang rangkaian pengedaran,

17
pemulihan sistem pengedaran dan menaik taraf loji rawatan sedia ada. Selain itu, SDC
menggalakkan industri dan pembuat, terutamanya dalam POIC, untuk mengitar semula
air dengan menawarkan insentif tarif dan seterusnya menguatkuasakan perancangan
dan perlindungan tadahan air dan sumber air semula jadi dengan meningkatkan
kesedaran terhadap kepentingan penjimatan air.

TELEKOM
Telekom Malaysia (TM) ialah syarikat telekomunikasi utama yang beroperasi di
Sabah. Syarikat ini menyediakankemudahan talian tetap dan telefon mudah alih. Sabah
mempunyai kadar penembusan talian yang terendah. Negeri Sabah yang amat luas
menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan sukar. SDC telah
mencuba untuk menambah liputan di luar bandar dan rangkaian telefon mudah alih
menawarkan perkhidmatan GPRS. Projek jalur lebar dengan kelajuan tinggi telah
dijalankan sejak akhir tahun 2007. RM60 juta telah dibelanjakanuntuk memperbaiki di
kawasan SDC.

Peluang pekerjaan
Pembangunan SDC telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat Sabah. Penduduk di kawasan pedalaman juga berpeluang untuk bekerja
dalam pelbagai bidang. Banyak pusat perniagaan di buka di sekitar SDC. Peluang
pekerjaan yang banyak member satu inisiatif kepada mereka untuk pekerjaan apa yang
sesuai dengan mereka. Penawaran kerja yang banyak dapat menampung permintaan
orang ramai untuk mendapat pekerjaan. Apabila bekerja, mereka akan mempunyai
pendapatan tetap untuk menyara diri dan juga keluarga. Dengan adanya pendapatan
tetap setiap bulan, seseorang itu mampu memperbaiki kehidupan sosioekonominya agar
lebih baik lagi. Golongan muda khususnya disarankan untuk menceburkan diri dalam
bidang pekerjaan. Ianya secara tidak langsung boleh mengelakkan diri mereka daripada
membuang masa begitu sahaja.

4.3 Kesan Pembangunan Koridor Sabah Terhadap Alam Sekitar

Risiko berlakunya banjir

18
Tunggak utama ekonomi Koridor Sabah (SDC) adalah pertanian, pembuatan dan
pelancongan. Ketiga-tiga aspek tersebut amat bergantung kepada keadaan dan
kemampanan alam sekitar. Pada masa yang sama, kegiatan tersebut juga memberikan
kesan besar terhadap keadaan alam sekitar yang mana kira-kira 56.6 peratus daripada
keluasan tanah di Koridor Sabah terdiri daripada kawasan hutan dan air. Oleh sebab itu,
berdasarkan perancangan pembangunan di Koridor Sabah, sistem pengairan yang
cekap dan dan berkesan diutamakan. Sistem saliran yang baik akan mempertingkatkan
produktviti hasil pertanian.
Pasa masa yang sama, ia juga dapat mengatasi masalah banjir di kawasan
sekitar Sabah. Apa yang terjadi sekarang adalah pada musim hujan air akan mengalir
terus ke laut kerana pengurusan yang tidak cekap. Hal ini seterusnya akan
mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang merosakkan harta benda dan tanaman
yang menjejaskan ekonomi masyarakat setempat. Di samping itu, pencemaran sumber
air asli seperti sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan perlu
diberikan perhatian segera oleh pihak SDC kerana perkara ini telah menyebabkan
kenaikan kos rawatan air dan memberikan kesan kepada keupayaan pengeluaran air.

Masalah pengairan bagi pertanian


Pada musim kemarau pula penduduk kawasan setempat akan berhadapan
dengan masalah untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan pertaniannya. Sistem
pengairan pada masa kini menggunakan kira-kira 70 peratus daripada jumlah air
permukaan di Malaysia. Namun begitu, keberkesanannya hanya pada tahap 45 peratus
dengan indeks produktiviti 0.3 kilogram bagi setiap meter padu. Matlamatnya sekarang
ialah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan kepada 60 peratus dan indeks
produktiviti 0.5 kilogram bagi setiap meter padu.
Program “Pengurusan Air Bersepadu” yang dirancang akan memastikan sumber
air di kawasan berkenaan digunakan secara maksimum di samping tidak menjejaskan
alam sekitar. Selain daripada masalah air, penggunaan tenaga dan pembuangan sisa
juga mesti dikurangkan memandangkan sebahagian besar daripada tenaga yang
digunakan berasal daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti gas dan
arang batu.
Oleh itu, melalui rangka tindakan ini, pengurusan air, penjimatan tenaga dan
amalan-amalan pengurusan sisa diperkenalkan dalam mengurangkan tekanan terhadap
sumber semulajadinya dan secara tidak langsung dapat menangani kesan ke atas alam

19
sekitarnya. Aset-aset alam sekitar di Koridor Sabah ini perlu dilindungi dan dipelihara
kerana kekayaan biodiversiti dan kepentingannya adalah sebahagian daripada warisan
semula jadi negara. Justeru, strategi dan polisi alam sekitar yang sedia ada
diperkukuhkan bagi memastikan masyarakat umum secara berterusan dapat menikmati
warisan ini pada masa depan.

Biodiversiti hutan terganggu


Terdapat juga beberapa kesan terhadap alam sekitar dan masyarakat di Sabah
melalui pelbagai aktiviti pembangunan koridor seperti SDC yang dilaksanakan oelh
kerajaan. Misalnya, kesan daripada penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada
mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan
hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun
dan tanah runtuh di Sabah.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan
air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak berlakunya banjir
di kawasan tanah rendah. Selain itu, pelbagai implikasi yang berlaku seperti bencana
alam, banjir kilat, tanah runtuh dan pencemaran alam sekitar.

5.0 KORIDOR TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (SCORE)

5.1 Latar belakang


Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah
kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah koridor di dalam
negeri ini yang dinamakan sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE). Hal
ini kerana, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam
semulajadi seperti sumber hutan seperti kayu balak dan juga minyak mentah yang
kebanyakan terdapat di Bintulu. Dengan ini, ia telah membawa kebaikan pada
masyarakat yang berada di sekitarnya. Antara hasil yang didapati daripada pembinaan
SCORE adalah pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun di Belaga yang terletak di
dalam daerah Kapit.

20
Koridor Tenaga Boleh Dipercayai Sarawak ini dilancarkan pada 12 Februari 2008
di Bintulu, Sarawak. Menurut Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari
Tun Abang Openg, SCORE meliputi bahagian Tengah Sarawak seluas 70, 000
kilometer persegi bermula dari Similajau, Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah.
Sektor teras yang dirancangkan di koridor ini adalah daripada sumber tenaga yang
boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, arang batu dan gas asli. Hal ini kerana sumber-
sumber yang disebutkan itu banyak terdapat di wilayah tengah Sarawak dan amat
diperlukan pada masa kini. Selain itu, SCORE ini dijangka menyediakan 1.6 juta
peluang pekerjaan dengan pelaburan dianggarkan bernilai lebih RM 300 bilion
menjelang tahun 2030. Hal ini kerana, SCORE merupakan projek yang memberi
tumpuan kepada industri berdasarkan tenaga dan dijangka mampu menghasilkan 24,
000 megawatt dan bakal disalurkan ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel bawah
tanah selain dijual kepada negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

5.2 Kesan Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) Kepada


Masyarakat

Kesan Interaksi Sosial


Dengan mengambil contoh pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun,
empangan ini telah banyak merintis perubahan kepada tahap sosioekonomi masyarakat
di pekan Belaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya pembinaan jalan darat seperti
jalan raya yang dahulunya tidak popular dalam kalangan mereka. Dengan adanya
jaringan jalan raya yang baik, ini telah meningkatkan darjah kesampaian penduduk dan
memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Seperti yang diketahui, jalan
perhubungan di Sarawak hanya bergantung dan berkait rapat dengan sungai sebagai
nadi dan jalan perhubungan utama. Hal ini kerana, di Sarawak terdapat banyak sungai-
sungai yang luas dan panjang seperti Sungai Rajang dan ia memerlukan bot ekspress
untuk merentasinya. Masyarakat di Sarawak menggunakan bot ekspress ini untuk pergi
ke suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain.
Selain itu, projek lebuh raya Bakun-Bintulu sepanjang 123 kilometer turut
dijalankan dengan pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun ini. Hal ini juga telah
meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat kerana ada di antara mereka yang
menawarkan perkhidmatan pengangkutan (motorsikal, kereta dan lori) kepada

21
penduduk setempat kerana sudah ada jaringan jalanraya yang baharu. Selain itu,
pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun juga telah meningkatkan sistem
telekomunikasi di daerah Belaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya pembinaan
menara komunikasi baharu di Bukit Jayong yang berhampiran dengan Belaga. Kesan
yang didapati daripada pembinaan menara komunikasi ini adalah penduduk dapat
menikmati kualiti perkhidmatan telekomunikasi dengan lebih baik seperti Siaran
Televisyen Berbayar (ASTRO), talian tetap dan juga isyarat telefon bimbit. Kesan
daripada pembinaan empangan ini, penduduk juga dapat menikmati kemudahan internet
dengan adanya kedai yang menyediakan perkhidmatan ini di kawasan Belaga. Oleh itu,
penduduk di kawasan ini tidak lagi akan ketinggalan dalam segala hal yang berlaku di
dalam dan luar negara.
Pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun ini juga telah menyebabkan
kemerosotan perkhidmatan pengangkutan sungai di pekan Belaga yang menggunakan
bot ekspress. Hal ini dapat dibuktikan di mana pengurangan trip yang dibuat oleh
penguasaha bot ekspress ekoran daripada bilangan penumpang yang sedikit. Langkah
ini dibuat oleh penguasaha bot ini untuk mengelakkan kerugian yang besar. Hal ini
kerana, harga minyak diesel meningkat ekoran peningkatan harga minyak mentah
dunia. Selaras dengan pembinaan jalanraya dan pertambahan bilangan kenderaan
bermotor, kemungkinan besar perkhidmatan bot ekspress semakin berkurangan pada
masa akan datang.
Selain itu, pembinaan jalanraya Bakun-Bintulu telah menyebabkan pekerja-
pekerja yang bekerja di Bakun lebih selesa tinggal di bandar contohnya Bintulu kerana
perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di bandar lebih lengkap di samping
memudahkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan lain yang dirasakan perlu.
Walaupun pekan Belaga sudah dapat dihubungi dengan jaringan jalanraya, penduduk
juga terpaksa membeli kenderaan bermotor di bandar Bintulu untuk mendapatkannya.
Hal ini kerana, ketiadaan kedai yang menjual kenderaan bermotor ini akibat ketiadaan
pengalaman dan selain sukar mendapatkan alat ganti.

Kesan ekonomi
Dari segi perolehan ekonomi, pembinaan empangan ini telah memberikan
peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dengan
aktiviti pertanian dan perladangan komersial. Mereka diberi tunjuk ajar dan bantuan
untuk menguasahakan ladang kelapa sawit dan penternakan melalui Program

22
Penempatan Semula Bakun. Di dalam program ini, digariskan beberapa objektif seperti
untuk membantu 15 buah rumah panjang yang terdiri daripada 2092 keluarga tani dan
membangunkan 3 ekar lot kebun bagi menyokong aktiviti pertanian. Selain itu,
penduduk juga melibatkan diri dengan sektor pelancongan kelak kerana kerajaan
berhasrat untuk menjadikan Empangan Hidroelektrik Bakun sebagai tempat
pelancongan yang menarik seperti Pusat Peranginan Batang Ai di Bahagian Sri Aman.
Sejajar dengan pembangunan yang dijalankan di Bakun, pekan Belaga yang
dahulunya merupakan persinggahan penduduk dan pekerja-pekerja yang bekerja di
Bakun kini menjadi sepi ekoran penutupan kedai-kedai runcit yang dahulunya seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini terjadi kerana kekurangan pelanggan akibat
perpindahan penduduk hulu Bakun ke Skim Penempatan Semula Sg.Asap-Sg.Koyan.
Namun begitu, kedai-kedai lain seperti kedai pakaian, kedai gunting rambut, kraftangan
dan juga kedai barangan pertanian masih lagi mendapat permintaan yang
menggalakkan.

5.3 Kesan Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE)


Terhadap Alam Sekitar

Pembinaan empangan ini sedikit sebanyak telah mendatangkan beberapa


perubahan sistem hidrologi yang seperti kemusnahan flora dan fauna di kawasan yang
ditenggelamkan dan mengubah corak kehidupan manusia di situ yang rata-ratanya
merupakan keluarga yang miskin yang merupakan golongan peribumi. Walaupun
penjanaan elektrik hidro kurang mencemarkan alam sekitar jika dibandingkan dengan
cara pembakaran, ia tetap merosakkan ekosistem dan stuktur sungai malah
mengakibatkan perunahan iklim rantau dan memusnahkan berbagai spesies flora dan
fauna di hutan yang amat bernilai. Selain itu, ia juga membawa kepada beberapa
pencemaran seperti pencemaran sungai di mana ia telah menjejaskan kualiti air kerana
hasil daripada penenggelaman bahan organik daripada tumbuh-tumbuhan akan
menyebabkan ia mereput di dalam air dan menjejaskan kualiti air tersebut. Hal ini akan
mengurangkan kandungan oksigen di dalam air dan menjejaskan hidupan akuatik yang
berada di dalamnya.
Selain itu, dengan pembinaan empangan juga akan menyebabkan aliran air
disekat, dan sungai-sungai turut di pesongkan alirannya. Hal ini akan menyebabkan

23
gangguan aliran sungai dan member kesan kepada habitat semulajadinya. Seperti yang
diketahui, haiwan-haiwan di hutan amat bergantung kepada sungai untuk meneruskan
kehidupannya. Jika sungai-sungai terus diterokai dan dipendekkan, ia sedikit sebanyak
akan mengganggu habitat mereka dan kemungkinan besar haiwan ini akan pupus
kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Keadaan ini amat
merugikan negara kerana kehilangan spesies haiwan yang hidup di kawasan yang
diterokai itu. Oleh hal yang demikian, pembinaan empangan juga telah membawa kesan
yang merugikan pada masa kini dan masa hadapan.

6.0 WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)

6.1 Latar Belakang


Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( Northern Corridor Ekonomic Region) atau NCER
Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. NCER mula diperkenalkan sejak
Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada bulan Januari merujuk kepada Wilayah
Ekonomi Koridor Utara. NCER ini telah dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdullah Ahmad badawi.

PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PERAK

Projek -Projek Pembangunan Koridor Utara di Perak membabitkan empat daerah


iaitu Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar . Pembangunan
NCER di perak memberi kesan positif dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat
membangunkan modal insan yang mahir khususnya dalam bidang pertanian dan
pemakanan. Kawasan Perak Utara akan digabungkan dengan kawasan perindustrian di
Pulau Pinang dan Kulim, Kedah menerusi inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER). Selain itu, ia juga dapat memberi kesan positif di dalam satu
program biasiswa khas yang dinamakan Northstar Agricultural Scholarship yang
diberikan kepada mereka yang layak agar dapat mengikuti latihan di institusi pertanian
dan pemakanan terkenal di dalam dan luar negara. Oleh itu, penerima biasiswa dapat
berpeluang bekerja dengan syarikat terkemuka seperti ‘Bayer’ dan ‘Cargill Dow’.Oleh itu,
masalah pengganguran dapat diatasi dan dapat melahirkan petani yang mahir.

24
Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan Dana Pembangunan Modal Insan
dengan peruntukan RM20 juta setahun untuk digunakan ke arah pembangunan modal
insan dalam sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di Koridor Utara.
Syarikat swasta yang layak boleh memohon untuk mendapatkan geran bagi membiayai
sebahagian daripada kos latihan masing-masing. Langkah itu adalah untuk
memodenkan pertanian di daerah utara Perak dari peringkat penanaman sehingga
industri hiliran. Bagi sektor hortikultur, Kerian dan Selama akan dibangunkan sebagai
pusat ternakan berskala besar manakala Kuala Sepetang dibangunkan menjadi pusat
perikanan yang moden dan komersial.
Bagi sektor pembuatan, bidang elektrik dan elektronik akan dikembangkan ke
Taiping dan satu pusat pembinaan kemahiran bakal ditubuhkan oleh Sime Darby di
Kerian bagi melatih tenaga kerja sektor pembuatan. Hutan Diraja yang kaya dengan
biodiversiti akan diisytiharkan sebagai kawasan eko-pelancongan dan menjadi tempat
penyelidikan bioteknologi herba sesuai dengan kekayaan alam semulajadinya.
Pembangunan infrastruktur pengangkutan juga akan dibangunkan di Perak yang
membabitkan pembinaan jalan raya Grik-Jeli, landasan berkembar dari Ipoh ke Padang
Besar dalam projek jalan raya persisiran pantai dari Kuala Perlis ke Simpang Empat,
Perak dan dalam projek komuter dari Ipoh ke Sungai Petani, Kedah. Hal ini akan dapat
menaik tarafkan negeri Perak.

PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PULAU PINANG

Kerajaan memilih Pulau Pinang sebagai hab logistik bagi Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER) bagi menampung pertambahan aktiviti ekonomi yang meningkat
di wilayah itu. Pelabuhan Pulau Pinang akan dipromosikan sebagai pelabuhan utama
Koridor Utara dan Segi Tiga Pembangunan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT),
manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pula akan dikenali
sebagai hab kargo udara utama. Antara lain NCER Pulau Pinang yang dilancarkan pada
31 Julai 2007 menyediakan kemudahan pasaran untuk meningkatkan pulau-pulau di
Koridor Utara agar menjadi destinasi utama bagi pelancongan perubatan dijangka
menyumbang sebanyak RM2.2 billion setiap tahun kepada pendapatan Negara
menjelang 2010.
Strategi meletakkan Pulau Pinang di hadapan dalam konteks industrI
pelancongan dijangka dapat dimajukan sebagai tujuan pelancongan perubatan.

25
Perkhidmatan perubatan itu seharusnya diperkembangkan ke Pulau Langkawi
memandangkan Pulau Pinang mempunyai tanah yang terhad untuk pembinaan
kemudahan baru untuk tujuan itu. Selain itu, ianya memberi kesan positif daripada segi
pembinaan sebuah hab pengangkutan dan logistik dikenali sebagai Penang Sentral
bernilai RM2 bilion. Projek ini akan mengintegrasikan semua jenis pengangkutan
termasuk kereta api, feri dan monorel yang terletak di lokasi terminal sedia ada di Pulau
Pinang. Ia dilaksanakan melalui perkongsian antara Malaysian Resources Corporation
Bhd. (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad. “Penang Sentral meliputi
kawasan seluas 1.8 juta meter persegi yang merangkumi pembinaan terminal
bersepadu pengangkutan, pembangunan komersial, peruncitan dan perumahan. Selain
itu juga ia membangunkan semula kawasan Swettenham Pier (jeti) di bahagian pulau
sebagai kawasan sistem pengangkutan awam dan komersial yang baru.
Sistem pengangkutan di Pulau Pinang akan dimantapkan lagi dengan cadangan
membina Sistem Transit Penang Monorel sepanjang 37 kilometer (km) dan dijangka
menjadi tunjang serta nadi kepada sistem pengangkutan negeri. Sistem ini akan
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pulau dan Seberang Perai. NCER juga
turut memperkenalkan perkhidmatan bas awam Rapid Penang menerusi kerjasama erat
antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
Bagi sektor pelancongan, Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(Koridor Utara) di Pulau Pinang ialah pembangunan pusat persidangan dan pameran
antarabangsa (MICE) dikenali sebagai ‘Penang Global City Centre’ (PGCC). Pada masa
ini ianya adalah Kelab Lumba Kuda di Jalan Bukit Gantung, Pulau Pinang. Antara lain ia
nya adalah sebagai promosi bagi mengukuhkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab
pelancongan perubatan serantau. Pulau Jerejak akan dijadikan pusat pelancongan
perubatan terulung di rantau ini. PGCC mempunyai dua menara ikonik serta mempunyai
kompleks beli-belah unggul dan sebuah panggung kesenian yang canggih. Ia juga
melibatkan pembangunan sebuah taman di pusat bandar Pulau Pinang yang akan
menghubungkan Taman Belia dan Taman Botani.
Ia akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan pembinaan serta 2,000 peluang
pekerjaan perkhidmatan sampingan. Bagi meningkatkan kualiti dalam industri hospitaliti,
sebuah kolej khusus dalam pelbagai bidang industri pelancongan akan dibuka di Balik
Pulau. Selain itu dalam meningkatkan sektor pembuatan,ia akan dilaksanakan melalui
peningkatan keupayaan pekerja tempatan dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E)
dengan mengukuhkan kebolehan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

26
Sebuah pusat kecemerlangan mikro elektronik juga akan ditubuhkan di Universiti
Sains Malaysia (USM) bagi melahirkan pekerja tempatan yang berkualiti tinggi. Pusat itu
membabitkan perkongsian antara sektor awam dan swasta termasuk syarikat yang
terbabit dalam sektor elektrikal dan elektronik. Pusat itu akan bekerjasama rapat dengan
syarikat multinasional melalui perkongsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta
menyediakan latihan vokasional berpandukan permintaan industri. Selain itu,turut
menubuhkan sebuah kolej yang menawarkan kursus perhotelan dan hospitaliti bagi
melahirkan pekerja berkualiti. Khazanah Nasional Berhad sudah membuka pejabat di
Pulau Pinang bagi memudahkan pelaburan oleh syarikat berkaitan kerajaan dan sektor
korporat di Koridor Utara. Khazanah juga membantu memudahkan pembangunan sektor
ekonomi di wilayah ini melalui pelaburan sasaran serta melalui galakan pelaburan bagi
sektor korporat.

PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI KEDAH

Di Kedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) diberi tanggungjawab


memastikan pengeluaran padi yang konsisten di Kedah yang dikenali sebagai Jelapang
Padi Malaysia. MADA akan memperkenalkan pengurusan secara estet untuk
meningkatkan tahap infrastruktur di 97,000 hektar sawah seliaan Mada . MADA
memperkenalkan pengurusan padi secara estet dengan mensasarkan pengeluaran
purata 10 tan sehektar. Projek perintis dilaksanakan di Jelai tahun ini, membabitkan
kawasan seluas 2,044 hektar. Jumlah keluasan tanah padi di kawasan itu dijangka
meningkat kepada 7,982 hektar pada 2008 dan 20,000 hektar (2010).
Menerusi pendekatan itu, estet padi yang bersaiz tidak kurang daripada 40
hektar, diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menggunakan
teknologi moden dan amalan pertanian terbaik. Ia bermakna, tanah milik penduduk
bersaiz kecil dan tidak ekonomik serta diuruskan secara bersendirian, akan dikendalikan
secara berskala besar. Kementerian Pertanian mengenal pasti 202 hektar tanah di Ulu
Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur. Inisiatif-
inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuklah penubuhan pusat
penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan
atau hiasan. Selain itu, pembangunan pusat pemprosesan halal di Sungai Petani khusus
untuk pasaran eksport.

27
PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PERLIS

Perlis akan mempunyai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Benih


Sime Darby. Pusat berharga RM40 juta itu akan menjadi pemangkin industri
bioteknologi negara, selain menaikkan imej Perlis sebagai hab penyelidikan benih
bertaraf dunia. Pusat itu diharap dapat mengurangkan penggantungan negara kepada
sumber benih dari luar yang kini dianggarkan bernilai sehingga RM100 juta setahun.
Pusat ini juga akan menyediakan khidmat nasihat agronomi kepada perniagaan
pertanian di Koridor Utara dan membantu perniagaan pertanian mematuhi piawaian
antarabangsa serta memperolehi sijil-sijil antarabangsa seperti Amalan Pertanian
Terbaik (GAP) dan Analisis Risiko dan Tanda Kawalan Kritikal (HACCP).
Pusat ini bekerjasama rapat dengan pusat penyelidikan pertanian dan
bioteknologi terkemuka dunia bagi memajukan penyelidikan benih tempatan secara
konvensional dan juga menggunakan bioteknologi. Pusat ini juga akan menjalankan
penyelidikan di bidang hiliran seperti bahan aktif farmaseutikal. Industri farmaseutikal di
Asia Tenggara dijangka meningkat kepada RM16.6 bilion menjelang 2010. Oleh itu,
pembabitan pusat ini dalam penyelidikan bahan aktif bernilai tinggi dalam hasil tanaman
seperti halia, bawang putih dan kunyit pasti membawa pulangan lumayan kelak.
Koridor Pesisiran Pantai pula yang terletak di puncak utara adalah pintu masuk
Padang Besar ke selatan Thailand. Kangar, perkhidmatan pendidikan adalah aktiviti-
aktiviti utama yang mempunyai jalinan ke Arau dan Sintok. Bandar-bandar Kuala Muda
dan Kuala Kedah akan menumpukan perhatian kepada perikanan, terutama sekali
perikanan laut dalam dan aktiviti-aktiviti pemprosesan makanan laut.
Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor
perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai
sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian
mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti
akuakultur. Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuklah
pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di
Kuala Perlis serta menjadi pembangunan pusat pemprosesan halal di Padang Besar.

28
6.2 Kesan Positif Pembangunan NCER Terhadap Masyarakat dan Alam Sekitar
.
NCER yang dibina oleh kerajaan ini dapat melahirkan petani maju kerana
adanya peluang untuk mempelajari latihan dalam pertanian. Selain itu, ia juga
mengembangkan sektor perkhidmatan dengan kemasukan pelaburan langsung asing
(FDI). Hal ini dapat membantu menyerlahkan potensi sektor pertanian di empat negeri
tersebut. Selain itu, ia dapat mentranformasikan imej negeri tersebut. Sebagai contoh
imej negeri Kedah ditranformasikan daripada hanya dikenali pusat pengeluaran padi
negara menjadi zon industri makanan moden. NCER juga dikatakan mampu menjadi
pemangkin tranformasi ekonomi yang lebih cepat di wilayah Utara berteraskan kepada
komponen di negeri masing-masing seperti pengangkutan, pertanian, pelancongan dan
pusat pengajian,”
NCER juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan strategik terutama
dalam bidang pertanian. Dalam bidang pendidikan, sektor swasta akan turut terbabit
dalam institusi tadika, sekolah dan kolej supaya institusi pelajaran di luar bandar sama
taraf dengan di bandar. Selain itu, NCER juga dapat mengurangkan kemiskinan
menerusi kewujudan peluang pekerjaan dengan kemasukan pelaburan asing dan
meningkatkan pendidikan rakyat. Pembasmian kemiskinan yang dilakukan ini adalah
menerusi program penciptaan peluang kekayaan dan pembahagian ekonomi sama rata.
Usahawan tempatan juga dilatih untuk memberikan perkhidmatan sokongan
kepada syarikat multinasional (MNCs) yang beroperasi dalam sektor elektrik dan
elektronik (E&E) bagi mengukuhkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), bioteknologi serta bidang pembuatan yang berasaskan teknologi
tinggi. Usahawan tempatan pada masa akan datang akan mampu menjadi pembekal
komponen dan peralatan bertaraf antarabangsa.
Pelan NCER yang diwujudkan ini juga dapat memudahkan pelabur membuat
keputusan pelaburan. Pelan ini akan memudahkan pelabur menentukan sektor mahu
diceburi. Dengan adanya pelan itu, pelabur tahu di mana mahu melaburkan wang
mereka dan mereka juga tahu potensi pelaburan yang mereka lakukan itu. Pelan ini
dirangka secara komprehensif dan sistematik dengan membabitkan empat negeri di

29
kawasan utara, yang sekaligus akan mendapat kelebihan dari segi perancangan,
infrastruktur dan promosi.
NCER yang melibatkan empat buah negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah,
Pulau Pinang dan Perak yang menelan pelaburan ratusan juta ini dikatakan dapat
menjana dan memangkin ekonomi sedia ada dan baru. Selain itu, ia juga dapat
menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat dan para graduan yang
ramai menganggur ketika ini. 

6.3 Kesan Negatif Pembangunan NCER Terhadap Masyarakat dan Alam Sekitar

Dalam Koridor Pembangunan Ekonomi Utara (NCER) , penekanan diberikan ke


atas sektor industri pertanian, terutama ‘jelapang padi Malaysia’ dan pelbagai skima
pertanian besar besaran dan perladangan terletak dalam wilayah koridor ekonomi ini.
Namun begitu, wujud kerisauan mengenai program projek ‘cita cita besar’ ini akan
memberikan kesan negatif kepada eko-sistem pertanian, yang sememangnya sensitif
terhadap elemen-elemen ‘bukan organik’ yang biasanya wujud dalam proses
pembangunan perindustrian. Hal ini akan memberi kesan terhadap alam sekitar di
daerah tersebut. Zon pembangunan yang dirancang diatas tanah sawah, sungai, hutan
paya, dan laut yang dihuni manusia dan flora serta fauna ini semestinya akan terjejas.

Pencemaran yang bakal berlaku seperti udara, air, dan bunyi sudah tentu tidak
dapat dielakkan. Kawasan yang dulunya menjadi habitat pelbagai haiwan air dan darat
seperti ikan, burung, ketam, siput serta serangga akan pupus dan menyumbang kepada
gangguan ekosistem dan rantaian makanan. Pencemaran bunyi terjadi apabila projek
yang dijalankan akan mengeluarkan bunyi bising dan negeri yang aman dan tenteram
akan musnah disebabkan pembangunan ini. Kebelakangan ini, kita digemparkan
dengan “Pemanasan Global” yang begitu memberi kesan buruk kepada suhu dan cuaca
dunia. Lihat saja di Eropah dan Amerika yang mengalami pemanasan melampau
sehingga ada yang terkorban. Selain itu, negara tersebut juga selalu dilanda dengan
taufan dan banjir besar yang melibatkan kerugian berbilion dolar. Hal ini mungkin akan
berlaku di negara kita sekiranya projek NCER ini dijalankan.

NCER juga dikatakan dapat memberi kesan sosio-ekonomi terhadap penduduk


dikawasan NCER. Pembangunan ini akan meningkatkan kos sara hidup pada jangka
masa panjang bagi semua penduduk dikawasan tersebut melalui kemajuan di empat

30
negeri ini. Hal ini akan meingkatkan kos sara hidup mereka . Nilai hartanah juga
dijangka akan meningkat melalui pembangunan NCER ini .Hal ini akan menyebabkan
ramai penduduk terutamanya bumiputera dan melayu akan menjual tanah mereka demi
untuk mengaut keuntungan dengan kadar segera. Hal ini akan menyebabkan orang
melayu akan kehilangan tanah mereka dan meyebabkan orang melayu merempat
sekiranya wang hasil yang diperolehi daripada penjualan tanah ini habis digunakan.

Koridor Utara mempunyai banyak tanah yang masih dimiliki oleh bumiputera dan
melayu. Malah terlalu banyak tanah rezab Melayu yang ada dikawasan ini. Hal ini akan
memberi beberapa inisiatif daripada pihak swasta yang akan membeli dan seterusnya
menguasai tanah tersebut. Ini akan menyebabkan orang Melayu khususnya yang akan
menjadi mangsa dan seterusnya terpinggir sepertimana yang berlaku di WPI, Pulau
Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemungkinan tanah-tanah ini juga
akan dibeli oleh Sime Darby Berhad adalah tinggi. Sime Darby Berhad pula adalah satu
entiti dalam Synergy Drive yang dikenalpasti sedang dalam proses pembelian
kepentingan oleh pihak Temasek Group melalui beberapa proksi yang dikenalpasti.
Selain itu, pelabur asing yang terlibt dalam pembangunan ini juga tidak boleh dipercayai
kerana kemungkinan pelabur akan menarik diri dalam pembangunan ini. Hal ini kerana
Dato Mahathir dulu juga pernah mengatakan kita tidak boleh mempercayai pelabur
asing semata-mata.

31
7.0 KESIMPULAN

Pembangunan koridor sememangnya pemangkin kepada pembangunan wilayah.


Pembangunan koridor berpotensi mengembangkan lagi sesebuah kawasan dengan
pesat. Pertumbuhan ekonomi meningkat dengan pembangunan yang ada.
Pembangunan yang wujud bukan sahaja mampu mendorong pertumbuhan ekonomi
malah mampu mengubah sosioekonomi rakyat setempat.
Peluang pekerjaan yang banyak mampu mengubah taraf hidup seseorang.
Masyarakat luar bandar boleh memodenkan cara hidup mereka seiring dengan proses
pembangunan. Pembangunan wilayah yang dijalankan di Negara kita adalah
bermatlamat pengembangkan ekonomi, social masyarakat dan meningkat perindustrian
negara. Pertumbuhan pembangunan yang pesat akan secara langsung memberi impak
dalam kehidupan seharian.
Selaras dengan hasrat pemimpin negara kita, Tun Dr,Mahathir Mohammad yang
mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju setanding negara maju lain di dunia pada
tahun 2020. Pembangunan wilayah menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur
kepada rakyat tempatan. Namun, dalam keghairahan menjalankan proses
pembangunan, kita seharusnya memikirkan juga kesan daripada pembangunan
terutamnya terhadap masyarakat dan alam sekitar. Pembangunan mampan harus
dijalankan agar pembangunan yang dijalankan seimbang dengan keperluan sosial dan
alam sekitar.
Ini bermakna pembangunan yang dijalankan haruslah berbentuk yang boleh
memenuhi keperluan generasi akan datang. Beberapa aspek dalam pembangunan perlu
diambil kira. Antaranya ialah ekologi, alam sekitar dan masyarakat. Pengabaian aspek
alam sekitar akan membawa kepada permasalahan yang lebih buruk lagi. Jika
digunakan dengan bijak, ianya akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan serta
keselamatan sosial.

32

You might also like