You are on page 1of 6

Latar Belakang Profil – Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat


Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program
realiti di TV3 bertajuk Bersamamu.
Pengasas syarikat ini merupakan anak
kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke
Malaysia mengikut arwah suaminya, Abu
Bakar setelah mempunyai seorang anak.
Kini beliau mempunyai seramai tujuh orang
anak. Nama beliau ialah Faiza Bawumi
Sayed Ahmad, anak sulung daripada tujuh
orang adik beradik, berumur 68 tahun.
Bapanya seorang tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir.

Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah
mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah
menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia. Ibu pejabat Syarikat Faiza
Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk


melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong
Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro
Kebajikan) dan pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang berjaya diraih oleh syarikat ialah:

 Pensijilan ISO 9001 : 2000 oleh Sirim pada tahun 2004


 Pensijilan Halal oleh Jakim
 Taj Mahal Superbrands pada tahun 2003 dan 2004 oleh Superbrands Malaysia
 Pemborong Terbaik Padi Beras Nasional (Bernas) pada tahun 2001
 Reader’s Digest Golden Award pada 2005
 Health Certification (Free Sales) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
 Anugerah Produk Terbaik 2008 oleh Kementerian Pertanian Malaysia (MOA)
1

Fungsi Pengurusan

Kejayaan matlamat organisasi bergantung pada keberkesanan pengurusannya. Semakin


besar sesebuah organisasi semakin rumit pengurusannya. Oleh itu, pengurus akan
menjalankan fungsi pengurusan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal. Puan Faiza telah menjalankan fungsi pengurusan dengan berkesan dan berjaya
melebarkan sayap syarikatnya sehingga ke luar negara seperti Brunei dan New Zealand.

Dalam proses pengurusan, perancangan merupakan fungsi pertama yang perlu


dijalankan. Pada tahap ini, Puan Faiza menetapkan matlamat iaitu untuk menjadi pemimpin
di dalam industri makanan di Malaysia dengan mengkhususkann pengeluaran beras yang
berkualiti tinggi serta ingin menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia. Beliau sibuk
merancang strategi semasa kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah bagi
mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini dan
bertungkus-lumus bagi memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu sentiasa
mencatatkan keuntungan setiap tahun.

Fungsi pengurusan seterusnya ialah mengorganisasi. Puan Faiza bijak menyusun dan
mengagihkan sumber-sumber organisasi kepada jabatan tertentu untuk melaksanakan
tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat. Beliau juga di bantu oleh 5
daripada 7 orang anak-anaknya. Beliau sentiasa berinteraksi antara jabatan-jabatan serta
menyelaras aktiviti organisasi agar tidak berlaku pertindihan tugas dan autoriti.

Memimpin atau mengarah, merupakan fungsi pengurusan yang ketiga iaitu proses di
mana Puan Faiza cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan
tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi. Puan
Faiza sering melatih pekerja – pekerja beliau seperti memberi latihan, seminar serta tunjuk
ajar kepada mereka. Beliau juga pernah menangkap pekerja yang menipu dalam syarikat.
Beliau mengamalkan gaya kepimpinan yang pelbagai seperti demokratik dan laissez-faire
yang sesuai dengan suasana persekitaran organisasi.

Fungsi pengurusan terakhir ialah pengawalan. Puan Faiza sentiasa memantau prestasi
semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai
seperti yang dijangkakan. Misalnya, beliau melakukan pembaikan terhadap kualiti beras dari
semasa ke semasa. Hasil daripada tindakan pembaikan ini, beliau telah menghasilkan 21
jenama beras dan beberapa produk lain seperti rempah dan bihun manakala produk kicap
dan sos masih dalam proses percubaan.
4

Kemahiran yang dimiliki oleh Puan Faiza

Kemahiran pengurusan ialah bidang pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang
pengurus yang cekap untuk mengurus organisasi agar malamat organisasi dapat dicapai.
Sebagai seorang pengarah urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd, Puan Faiza memiliki 3 jenis
kemahiran iaitu kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal.

Kemahiran konseptual ialah kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan


dan mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan
melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat
organisasi. Kemahiran ini sangat penting kerana Puan Faiza perlu bertindak balas dengan
cepat terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran dalaman dan luaran serta
organisasi secara keseluruhan. Puan Faiza membentuk visi, misi dan objektif organisasi
beliau. Puan Faiza juga membuat perancangan jangka panjang iaitu dengan mengeluarkan
beberapa produk baru bagi mengukuhkan dan memanjangkan hayat perniagaan. Baliau
mendapati pemborong beras kebanyakannya terdiri daripada kaum lain, dari situ beliau
merebut peluang yang ada untuk menjadi pemborong beras dan mengembangkan lagi
perniagaannya yang sebelum ini hanya terdiri daripada rempah sahaja.

Kemahiran seterusnya ialah kemahiran kemanusiaan iaitu memimpin, memotivasi,


mengurus konflik dan mempengaruhi orang dengan memahami perasaan, tingkah laku dan
sikap orang lain. Puan Faiza mempunyai kebolehan bekomunikasi dengan pelbagai
golongan manusia seperti bertemu pembekal dan berbincang serta bermesyuarat bersama
pekerja. Puan Faiza juga sentiasa memotivasi pekerjanya dan mengawal aktiviti yang
membabitkan pengurusan prestasi pekerja. Dengan kemahiran yang dimiliki oleh Puan
Faiza, Syarikat Faiza telah menerima pelbagai anugerah termasuk Pemborong Terbaik
Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) pada tahun 2001.

Kemahiran terakhir yang dimiliki oleh Puan Faiza ialah kemahiran teknikal. Kemahiran
teknikal ialah kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang
tertentu. Puan Faiza memiliki pelbagai kebolehan sebelum berjaya menjadi pemborong
beras terkemuka iaitu diploma dalam seni jahitan dan membuat ramuan rempah kari sendiri.
Puan Faiza mengambil upah menjahit sulaman dan membuat rempah kari sendiri untuk
mendapatkan modal bagi menjual beras. Beliau kemudian memohon lesen pemborong
beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi dan beras
siam.
3
Cabaran Kehidupan Puan Faiza

Bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”. Sebelum
Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza.
Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak
kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Suaminya sibuk dengan urusan kadi, Puan Faiza mula memikirkan aktiviti berfaedah
yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya. Puan Faiza dapat berbahasa Melayu
dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan
jiran-jirannya. Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah mengambil upah menjahit
sulaman bermodalkan RM4.00, membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak
kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set
sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas
dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau
berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan
mangkuk. Melalui bisnes kecil-kecilan ini, beliau
menabung wang bagi menjadikan modal bisnes
seterusnya.

Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza berminat pula


menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan,
halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan itu bagi
menghasilkan rempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci,
menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke
kedai bagi dikisar.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan
sebuah kedai. Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau
mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati
pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan
rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada
tahun 1997 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli
kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi
dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
5
Peranan Puan Faiza

Syarikat Faiza Sdn Bhd kini telah mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan
Terengganu. Puan Faiza mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak
berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada
orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status
halalnya.

Bagi memastikan pengurusan berjalan lancar, beliau memainkan peranan interpersonal


iaitu sebagai pemimpin. Beliau bertanggungjawab untuk mengarah dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti subordinatnya bagi mencapai matlamat organisasi. Di samping itu, beliau juga
membantu rakyat Malaysia dengan memberi peluang kepada mereka menjadi pemborong
beras serta memberikan peluang pekerjaan di syarikatnya. Beliau juga sentiasa memberi
latihan dan motivasi kepada semua kakitangan syarikat tidak mengira pangkat dan jawatan.
Beliau juga sering menunjuk ajar para pekerja dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan
para pekerja bawahannya. Beliau bijak berkomunikasi dengan semua pihak dari dalam
mahupun luar organisasi. Niat beliau hanya satu, iaitu tujuan beliau berniaga bukan untuk
kekayaan diri sendiri tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu
tunggal menikmati kehidupan yang baik.

Selain itu, Puan Faiza memainkan peranan sebagai pembuat keputusan iaitu sebagai
usahawan. Beliau sentiasa berusaha untuk membangunkan perniagaannya dengan
mengeluarkan beberapa produk baru seperti sos, kicap dan bihun dan tidak hanya
bergantung kepada beras dan rempah untuk memenuhi citarasa pengguna dan menghadapi
sebarang kemungkinan seperti bencana alam yang menyebabkan bekalan beras terputus.
Setiap tindakan yang diambil harus berupaya untuk menggembleng faktor pengeluaran
dengan cekap dan membuat pengurusan yang bijak berdasarkan kajian risiko yang telah
dijalankan.

Puan Faiza juga memainkan peranan informasional dengan bertindak sebagai


jurucakap bagi menyampaikan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak yang
mempunyai kepentingan dalam organisasi tersebut. Misalnya, syarikat pembekal beras,
Syarikat Faiza Sdn. Bhd mengunjurkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus bagi
semua produk keluarannya pada tahun ini. Puan Faiza berkata, unjuran itu dijangka lebih
baik berdasarkan pencapaian syarikat mencatat jualan melebihi RM200 juta tahun lalu dan
tahun-tahun sebelumnya.

You might also like