You are on page 1of 24

Pendidikan Wajib Untuk Semua

( Akta Pendidikan 1996 )


Dan
Implikasi Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Melalui Akta Pendidikan 1996.

Disediakan Oleh :
Nik Nabila
Mohd Haikal
Pengenalan Akta Pendidikan
1996
• Suatu himpunan dasar-dasar legislatif
yang berupa undang-undang dalam
pelbagai dimensi dan perkara tentang
sistem dan urusan pendidikan di Malaysia.

• Merupakan lanjutan dan pembaharuan


daripada Akta Pelajaran 1961.
• Merupakan perundangan yang baru dan ia
menampilkan kesinambungan kepada
hasrat dan dasar pendidikan yang sedia
ada.

• Akta baru ini juga banyak mengekalkan


peruntukan yang masih relevan daripada
Akta Pelajaran 1961.
Matlamat Akta 1996

• Untuk mewujudkan
kesejahteraan masyarakat dan
negara.
Tujuan Akta 1996
• Memantapkan sistem pendidikan
kebangsaan untuk generasi akan datang
agar sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang
bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

• Memperluaskan skop dan memperkenalkan


perundangan mengenai pendidikan.
Fungsi Akta 1996

• Memelihara hak dan kepentingan awam.

• Mengagihkan sumber dengan saksama.

• Memelihara hak dan pembangunan


individu.
• Mendisiplinkan individu dan organisasi.

• Memastikan pembangunan negara dalam


pelbagai bidang.

• Meningkatkan kualiti operasi dan


pembangunan organisasi awam.
Akta 1996
• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan sebagai
landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang
digubal setelah mengambil kira pandangan dan
aspirasi semua pihak.

• Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan


kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua
peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi
semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan ,
sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
• Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan
dengan memperuntukkannya sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan.

• Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa


tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

• Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah


akan selaras dengan kehendak negara apabila
Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan
dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh
semua pihak.
• Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah
akan diwajibkan mengambil peperiksaan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan dan dengan itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau
pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-
murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

• Pendidikan Islam akan diperluaskan meliputi murid-


murid Islam di semua kategori sekolah termasuk
sekolah swasta dan diperkukuhkan lagi dengan
menjadikan pelajaran tersebut sebagai salah satu
daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.
• Dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara
tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di
bandar-bandar akan berpeluang mendapat
pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang
baik bagi memulakan pendidikan rendah.

• Mutu Program pendidikan di semua tadika juga


akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini
akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan
Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan.
• Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha
membudayakan pendidikan sains dan teknologi,
pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah
menengah teknik dan politeknik.

• Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah


vokasional ditukar taraf ke sekolah teknik,
manakala politeknik boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau
program latihan, termasuk program pertukaran.
• Politeknik juga boleh mengadakan program
berkembar bagi kursus peringkat diploma dan
ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi,
sama ada dalam negeri atau luar negeri.

• Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan


dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Kementerian Pendidikan mengadakan progam
pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil,
tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu
secara berkembar.
• Pendidikan swasta akan dapat
berkembang secara lebih sistematik
dengan adanya peruntukan yang spesifik
bagi mengawal taraf pendidikan dan
perjalanan institusi-institusi tersebut.

• Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta


juga boleh dikehendaki mengadakan
pengajaran Bahasa Kebangsaan,
Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam
atau Moral untuk memupuk semangat
cintakan negara dan nilai-nilai murni.
• Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih
dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut.

• Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara


berbilang kaum dan berdasarkan pemuafakatan
politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin
negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 telah
mengambil kira kepentingan semua kaum dengan
cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis
kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta.
• Di samping itu Unified Examination yang diambil
oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola
sekolah conforming dan sekolah mission
dikekalkan.

• Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan


pengajaran bahasa suku kaum di negara ini
sekiranya didapati munasabah dan praktik
diadakan.

• Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak


diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan
1996.
Surat Pekeliling Pendidikan
Wajib
Akta Pendidikan 1996

akta
pendidik
an
1996.pd
f
Implikasi
Pendidikan Wajib
Melalui Akta
Pendidikan 1996
.

Progam Pendemokrasian
Pendidikan dapat
dilaksanakan mengikut
matlamat yang ditentukan.
Setiap kanak-kanak yang
cukup umur akan ke
sekolah seterusnya
tidak ketinggalan dalam
peluang pendidikan yang
disediakan
Matlamat melahirkan
generasi yang berilmu
pengetahuan akan
direalisasikan mengikut
program pendidikan
yang dirancangkan.
Memastikan setiap orang dapat
pendidikan yang sempurna,demi
menjadi rakyat yang berguna dan
sanggup memelihara kesejahteraan
diri dan keluarganya,serta memberi
sumbangan kepada pembangunan
dan kemajuan negara.

You might also like