P. 1
pidato

pidato

|Views: 1,583|Likes:
Published by Nick Meera

More info:

Published by: Nick Meera on Aug 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/07/2013

pdf

text

original

basmalah assalamualaikum wbt dan salam ukhwah 1 Malaysia.

Kata disusun madah berbunga, Lafaz basmalah pembuka kata, Salam dihulur restu dipinta, Izinkan hamba mula bicara. Cetusan barakah buat saudara pemimpin majlis. Yg dihormati barisan dif terhormat, tidak ketinggalan kombinasi hakim intelek berkarisma,saudara penghitung detik yang budiman.rakan2 pemidato yang berwibawa dan seterusnya siding dewan yang bervisi sekalian. Kebersihan pemangkin kemajuan negeri, begitulah bingkisan mauduk pidato saya pada hari ini. Hadirin yang dikasihi, sebelum saya mengorak langkah lagi, eloklah saya merungkai maksud tajuk pidato saya pada hari ini. Merujuk kamus dawn edisi keempat, kebersihan bermaksud keadaan yang bersih atau tiada sebarang pencemaran. Pemangkin pula murujuk kepada factor yang dapat mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan, manakala frasa kata kemajuan negeri digambarkan sebagai perihal kemajuan di daerah tempat tinggal. Semua manusia perlu menjaga kebersihan agar persekitaran sentiasa bersih. Hal ini demikian kerana negeri yang bersih melahirkan rakyat yang sihat. Begitulah nasihat yang sentiasa diberikan oleh Kementerian Alam Sekitar, namun tiada sesiapa yang memperdulikan nasihat tersebut. Kementerian Alam Sekitar ingin memastikan rakyat Malaysia sentiasa sihat. Sehungan dengan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM40 juta untuk menjayakan kempen kenbersihan di seluruh negari terengganu. Sidang dewan yang dihormati, Cetusaan minda saya yang pertama merujuk kepada negeri bersih rakyat sihat, membolehkan kegiatan ekonomi negeri berkembang pesat. Apabila negeri bersih, rakyat akan bebas daripada penyakit. Rakyat yang sihat dapat menyumbangkan tenaga untuk membangunkan sector ekonomi negeri. Guna tenaga secara menyeluruh dapat mengelakkan pembaziran guna tenaga dalam kalangan rakyat tempatan. Keadaan ini juga mengelakkan pengaliran wang ke luar negeri. Secara tidak langsung, pasaran modal dapat dikembangkan. Indikator saya yang kedua ialah negeri yang bersih menggalakkan perkembangan sector pelancongan yang kini merupakan sector kedua penyumbang kepada pendapatan negeri. Pelancong akan datang ke negeri ini sekiranya sesebuah tempat pelancangan itu bersih. Hal ini demikian kerana kebersihan merupakan satu elemen yang boleh menarik kehadiran pelancong ke sesuatu tempat selain factor keindahan semulajadi tempat tersebut. Pertandingan kebersihan juga merupakan satu cara untuk menarik minat masyarakat menjaga kebersihan. Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri yang menganjurkan pertandingan rumah tercantik dan paling bersih di pulau redang yang diadakan pada 16 November 2009 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada

penduduk setempat. Secara tidak langsung program ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebersihan selain memperindah kawasan tersebut yang dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Sidang intelektual yang bervisi, Intipati saya yang ketiga ialah negeri bersih, rakyat sihat seterusnya dapat mengurangkan kos pembiayaan perubatan untuk sesuatu penyakit akibat persekitaran yang kotor. Lalat dan serangga lain yang membiak di tempat-tempat yang kotor membawa penyakit kepada manusia. Hal ini demikiaan kerana disebabkan sakit, maka seseorang itu terpaksa dirawat dan ini tentunya memerlukan wang. Dengan perkataan lain, wang yang lebih banyak terpaksa kita gunakan untuk mengubati penyakit. Bagi kerajaan, masalah tersebut turut membebankan kerana kerajaan memberikan subsidi bagi ubat dan rawatan di hospital terutamanya kepada rakyat yang kurang mampu sedangkan peruntukan dapat digunakan untuk memajukan sector ekonomi negeri. Sebagai contoh ,Wabak taun di Terengganu mula dikesan pada 11 November 2009 dan mencapai tahap kemuncaknya apabila 482 pesakit menerima rawatan di hospital. Mereka termasuk 322 pesakit dengan simptom cirit-birit, 138 yang disahkan jangkitan kolera dan 22 pembawa penyakit dan menyebabkan satu kematian. . cetusan minda saya yang keempat ialah negeri bersih akan mengurangkan perbelanjaan mengurus atau penyelenggaraan longkang. Sekiranya negeri sudah bersih, kerajaan tidak perlu lagi memperuntukan perbelanjaan yang besar untuk membersih sesuatu kawasan yang kotor. Peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membina infrastuktur lain seperti pembinaan longkang untuk mengelakkan banjir dan juga kemudahan jalan raya yang sempurna. Keadaan ini akan memudahkan penduduk menjalankan kegiatan ekonomi yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negeri. Indikator saya yang terakhir ialah kebersihan menyeluruh menjamin kesejahteraan sejagat.. Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit, sudah tentu dia tidak akan berasa selesa. Seseorang juga mungkin berhadapan dengan maut. Contohnya pada tahun lepas, dunia digemparkan dengan penularan wabak H1N1. Kebersihan memainkan peranan penting untuk mengelakkan penyakit tersebut. Oleh sebab itu, rakyat sentiasa berada dalam keadaan berwaspada untuk mengelakkan penularan penyakit tersebut. Sekiranya rakyat tahu menjaga kebersihan, pasti risiko jangkitan dapat dikurangkan, seterusnya rakyat boleh melakukan kegiatan harian tanpa sebarang masalah. Hadirin yang dihormati, Ingin saya tegaskandi sini bahawa kesihantan ialah satu aspekpenting bagi sesebuah negeri dan rakyatnya.kita seharusnya tidak memandang remeh dan terus berusaha mengubah sikap serta mengubah paradigma kita supaya kebersihanterus dititikberatkan.oleh itu, bersama-samalah kitamenjaga kebersihan negeri demi kesejahteraan rakyat. Sekalilagi saya menyatakan bahawa negeri yang bersih mampu menjamin rakyat yang sihat seterusnya menjadi sebuah negeri yang disegani dan dihoramati bak kata pepatah duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negeri lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->