You are on page 1of 1

JURNAL | MINGGU 8

(16 AUGUST– 20 AUGUST 2010)

Isu/ masalah

Masalah yang dihadapi sepanjang minggu ini adalah ramai di antara murid tidak hadir ke sekolah
terumanya murid-murid kelas 4 Yakin. Ini mengukarkan saya untuk meneruskan proses pengajaran pada
masa yang berikutnya. Hal ini juga memberi kesan kepada pelajar lain yang kerana saya terpaksa
mengulangi serba sedikit kepada mereka yang tidak hadir ini pelajaran yang lepas mengakibatkan proses
pengajaran agak terganggu daripada apa yang telah dirancangkan.

Refleksi dan analisis masalah

Masalah ini terjadi mungkin disebabkan murid malas dan tidak bersemangat untuk datang ke
sekolah. Apabila di tanya alasan kenapa tidak hadir ke sekolah, alasan yang di berikan penat sebab
berpuasa. Selain itu juga faktor ketidakprihatinan ibu bapa juga menjadi penyebab kepada wujudnya
masalah ini. Akibatnya murid tidak takut dengan teguran guru kerana ibu bapanya sendiri tidak
mengendahkan ketidakhadiran mereka ke sekolah.

Cara mengatasi masalah

Bagi mengatasi masalah ini, saya sentiasa memberi motivasi kepada murid tentang kepentingan
menghadirkan diri ke sekolah dan kebaikan yang akan di perolehi terutamanya di bulan Ramadhan yang
mulia ini banyak ganjaran pahala yang berlipat kali ganda akan diberikan sekiranya kita dengan rela hati
datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Selain itu, saya juga merancang satu strategi di mana setiap 5
minit masa permulaan sebelum memulakan topic yang baru, saya akan memberi sedikit ulangkaji kepada
murid-murid tentang topic yang lepas. Ini akan memberi kesan positif kepada murid dimana murid yang
telah mempelajarinya akan menganggap ia sebagai ulangkaji, manakala murid yang tidak hadir semasa
pengajaran topik ini akan cuba untuk menguasainya sebaik-baiknya sebelum memulakan topic baru.
Dengan ini ia memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, bagi mereka yang masih
keliru dengan pembelajaran yang lepas, saya galakkan mereka untuk datang berjumpa saya bersendirian
di waktu rehat bagi membolehkan saya memberi penerangan yang lebih mendalam lagi.

Penilaian keyakinan

Saya berkeyakinan, dengan perancangan yang telah saya aturkan dan rancangkan, akan
memberi kesan yang positif kepada murid dan juga saya sendiri kerana banyak kebaikan yang diperolehi
kepada kedua-dua belah pihak.

Tindakan susulan

Bagi memastikan pelaksanaan ini dijalankan dengan baik,maka saya akan sedaya upaya melaksanakan
apa yang telah dirancangkan dan sentiasa memikirkan teknik dan perancangan yang lebih bekesan lagi
berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas bagi membantu murid-murid saya menjadi murid yang
cemerlang.

You might also like