You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

SEMESTER 1 (AMBILAN JANUARI 2009)

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


SIRI 6/01
7 – 10 APRIL 2009

KEM EL-AZHAR, BANTING

SELANGOR DARUL EHSAN

MARZIAH BINTI MOHAMAD SAAD

G1.5 / 890311-02-5166

TUTOR : PUAN NORLIZA BINTI JA’AFAR


ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 LAPORAN REFLEKSI


3.1 LAPORAN DAN ULASAN AKTIVITI
3.1.1 Laporan Aktiviti
3.1.2 Ulasan Aktiviti

3.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (SWOT)


3.2.1 Strength (Kekuatan)
3.2.2 Weakness (Kelemahan)
3.2.3 Opportunity (Peluang)
3.2.4 Threat (Halangan)

4.0 MAKLUMBALAS PELAJAR


4.1 PENILAIAN KENDIRI
4.2 PENAMBAHBAIKAN

5.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Setiap guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikn Guru diwajibkan untuk
menyertai program Bina Insan Guru (BIG) bagi setiap semester untuk
melengkapkan bilangan kredit kursus yang didikuti. Oleh itu, guru pelatih PISMP
semester 3 Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Ilmu Khas dengan kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah merancang
untuk menjalankan Program Bina Insan Guru.

Program berbentuk khidmat sosial ini telah diadakan di Masjid Azzubair Ibnul
Awwam, Taman Tenaga, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dari tarikh 17 April 2010
bermula jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

2.0 OBJEKTIF

Di akhir Program Bina Insan Guru ini adalah para pelajar akan mendapat;

2.1 Membina kerohanian dan akhlak.


2.2 Meningkatkan sifat berilmu, beramal dan berbakti.
2.3 Menerapkan nilai akauntibiliti dan integriti.

3.0 LAPORAN REFLEKSI

3.1 LAPORAN DAN ULASAN AKTIVITI

3.1.1 Laporan Aktiviti

17 April 2010 (Ahad)


Pada jam 7.00 pagi, kami berkumpul di ruang hadapan masjid untuk mendengar
taklimat. Kami kemudiannya diarahkan untuk mengemaskan peralatan yang diperlukan
untuk aktiviti gotong-royong. Pada jam 7.30 pagi, kedatangan diambil untuk
mengesahkan kehadiran pesert-perserta program ini.

Pada jam 8.00 pagi taklimat diteruskan oleh Pengerusi Program Bina Insan Guru
kali ini iaitu Saudara Nik Azhan bin Nik Man. Taklimat tersebut merangkumi
pembahagian tugas seperti yang telah ditetapkan iaitu melibatkan kawasan dalam
masjid dan kawasan persekitaran luar masjid.

Setelah pembahagian tugas selesai, kira-kira jam 8.45 pagi, kami bergerak ke
tempat masing-masing pembersihan kawasan persekitaran luar masjid untuk
memulakan aktiviti permbersihan di kawasan yang telah ditetapkan.

Pada jam 9.30 pagja-kerja gotong-royong pembersihan kawasan dihentikan buat


sementara waktu untuk rehat dan minum pagi. Selepas selesai minum dan rehat, kami
sama-sama menunaikan Solat Dhuha secara berjemaah dan mendengar sedikit
tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Muhammad Nurhisyam bin Roslan,
salah seorang peserta program.

Gotong-royong diteruskan dengan meneruskan pembersihan dalam kawasan


masjid. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti mencuci tandas, menyapu sampah,
mengemas rak-rak al-Quran dan lain-lain lagi. Kemudian, kami dibenarkan rehat dan
makan tengahari pada jam 11.30 pagi.

Selepas itu, Slot disambung dengan slot motivasi bersama murid KAFA yang
belajar di masjid tersebut dan pada jam 1.30 petang kami berhenti seketika untuk solat
Zohor secara berjemaah. Selepas selesai Solat Zohor, sesi refleksi telah diadakan dan
majlis penyampian cenderahati kepada peserta diadakan. Majlis disempurnakan oleh
mentor kumpulan kami iaitu Puan Norliza binti Jaafar. Program tamat pada pukul 3.00
petang.
3.1.2 Ulasan Aktiviti

Berdasarkan kepada tentatif serta arahan yang diberikan, peserta dapat berkumpul
dengan lebih awal walaupun terdapat segelintir dalam kalangan peserta lewat.
Kelewatan mereka tidak menjejaskan perjalanan program. Kebanyakan peserta datang
awal supaya majlis perasmian dapat dijalankan dengan lancer tanpa sebarang
gangguan.

Kemudian ucapan daripada pengerusi program sedikt sebanyak meningkatkan


kesedaran terhadap setiap pelajar yang terlibat kerana pengerusi program adalah
seorang yang jarang ke depan untuk melontarkan idea, memberi pendapat dan
menyampaikan nasihat.

Pelajar memulakan aktiviti dengan bersemangat berdasarkan kawasan yang


telah dibahagikan. Kawasan yang diberikan sememangnya bersih dari segala kekotoran
tetapi dibersihkan lagi oleh peserta. Peserta menyiapkan kerja yang telah diberikan
dengan baik.

Semasa slot tazkirah dijalankan selepas solat Dhuha, pelajar memberi tumpuan
yang tinggi kerana penyampaian ilmu yang disampaikan amat memberi kesan dan
melambangkan sifat dan sikap keguruan yang tinggi. Program bersama murid KAFA
juga memberi input yang tinggi pada peserta dan berjalan lancar.

3.2 ANALISIS SWOT

3.2.1 Strength (Kekuatan)


Kekuatan yang dapat dikesan dari aktiviti ini adalah kawasan tempat yang
strategik dan dekat. Pelajar diberi peluang mengadakan aktiviti di luar kampus
walaupun belanjawan untuk program BIG ini kurang mencukupi. Kos dan masa
yang digunakan yang mencukupi tidak menyukarkan perjalanan program. Aktiviti
yang diatur sepanjang sangat padat dan memuaskan sekaligus memberi input
yang banyak kepada peserta.

3.2.2 Weakness (Kelemahan)


Terdapat beberapa kelemahan iaitu kelewatan pelajar yang terlibat dalam
program menyebabkan tentatif sedikit terganggu. Kolaborasi antara peserta
mempunyai sedikit masalah lalu tidak melancarkan perjalanan aktiviti.

3.2.3 Opportunity (Peluang)


Peluang yang boleh direbut pelajar ialah mengadakan aktivit khiidmat
masyarakat ini di tempat yang lebih menarik dan mencabar lagi. Contohnya
mengadakan aktiviti membersihkan kawasan sungai atau parit perumahan dan
sebagainya.

3.2.4 Threat (Halangan)


Halangan program ini adalah berkaitan dengan kewangan yang tidak mencukupi
dan keselamatan peserta.

4.0 MAKLUMBALAS PELAJAR

4.1 PENILAIAN KENDIRI

4.1.1 PENGETAHUAN
 Berpeluang mempelajari tentang ilmu berkaitan pengurusan kebersihan masjid
atau tempat ibadah.
 Dapat mengetahui kepentingan menjaga kebersihan dan mempelajari
bagaimana memastikan semua bekerja berpasukan.
 Dapat berinteraksi dengan masyarakat dan meminta pengetahuan serta
bertukar-tukar pendapat daripada mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran
dan kepakaran.

4.1.2 KEMAHIRAN

 Mempertingkatkan kemahiran komunikasi ketika bersama-sama dengan peserta


lain.
 Meningkatkan kemahiran mengurus peralatan.

4.1.3 NILAI

 Nilai kerjasama dapat dipupuk dan jelas kelihatan ketika gotong-royong


dijalankan .
 Bertolak ansur dan sedia menolong untuk mengemas dan mengangkat sesuatu
yang berat.
 Sikap mementingkan diri sendiri dihapuskan ketika aktiviti dijalankan bersama.

4.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Di program BIG yang akan datang adalah dicadangkan supaya:


 Aktiviti khidmat masyarakat dilakukan di luar kawasan institut seperti di kawasan
perumahan berdekatan.
 Pengurusan dan pengelolaan lebih kemas dan teratur.
 AJK pelaksana dilantik dan menjalankan tugas dengan baik.
 Makluman awal diperoleh oleh peserta bagi memudahkan pergerakan aktiviti.
 Disiplin peserta ditekankan lagi kerana disiplin yang longgar menyebabkan
peserta peserta sambil lewa.
5.0 LAMPIRAN

You might also like