You are on page 1of 8

SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
PROGRAM KELAS TAMBAHAN

Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid
agar mempunyai daya tahan diri yang kuat. Di samping itu, murid didedahkan
dengan seberapa banyak soalan berkaitan dengan mata pelajaran UPSR. Kelas
tambahan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan murid:-

a. Kelas Murid Cemerlang

b. Kelas Murid Sederhana

c. Kelas Murid Galus

Program kelas tambahan di Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh dilaksanakan


mengikut skim baucer sekolah. Program ini melibatkan murid tahap dua iaitu tahun
4, tahun 5 dan tahun 6. Program ini diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu
bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Bagi murid tahun 6, mereka akan diadakan kelas tambahan 3 bulan sebelum
peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) sebagai latih tubi. Antara kelas
tambahan yang dijalankan ialah kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik
dan Sains. Selain itu, kelas tambahan turut diadakan pada sebelah malam bermula
jam 8.00 malam sehingga pukul 11.00 malam.

 
SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
PROGRAM KELAS INTENSIF

Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid-murid cemerlang. Ia


merupakan satu bentuk tutorial bagi murid-murid dalam Siri Bimbingan Cemerlang
semasa musim cuti semester dan penggal.

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR

Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan mengikut kumpulan murid. Semua
guru terlibat menjayakan program ini. Masing-masing guru akan memberi bimbingan
kepada lima orang pelajar. Selepas itu, murid-murid akan diberi ujian pada akhir
pembelajaran. Murid-murid diwajibkan menduduki 10 ujian bagi setiap mata
pelajaran. Markah-markah akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga masing-masing.
Sebagai konklusinya, murid-murid dapat dibimbing dan diberi tunjuk ajar berkesan
dan menyeluruh

Program lain

Program ini ialah program dimana murid banyak membaca buku-buku sama ada
berunsur ilmiah, cerita, fakta dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga program GALUS
dan Mulus yang pernah diperkenalkan oleh jabatan pendidikan negeri Kedah
beberapa tahun yang lalu. Selainitu, terdapat juga bebeerpa program di sekolah
tersebut. Antaranya ialah program Kuarantin dimana guru, pelajar dan ibu bapa
berkhemah di sekolah sebulan sebelum peperiksaan UPSR. Menjelang peperiksaan
akan diadakan program hayati yassin, program solat sunat hajat pada malam
seminngu sebelum UPSR. Disamping itu, terdapat juga program 5 Bintang dimana 5
orang pelajar yang dikategorikan calon 5A akan dikuarantin selama seminggu di
satu tempat yang melibatkan semua sekolah di daerah Yan. Antara aktiviti bagi
program tersebut ialah seminar 5A, bengkel latih tubi soalan,dan seminar jati diri.
Terdapat juga program khas UPSR menngilap permata yang pudar.

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR


SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
RASIONAL

1. Guru-guru akan mengajar lebih tekun dan dengan cara yang lebih berkesan di
mana pelbagai corak aktiviti pengajaran digunakan bagi menambahkan minat murid-
murid.

2. Diharap berlakunya perubahan positif terhadap pembelajaran murid dengan


adanya Program ke Arah Peningkatan UPSR.

3. Program ini dijangka menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman murid


terhadap pelajaran mereka.

4. Murid-murid lebih sedar dan prihatin terhadap pelajaran mereka dengan adanya
doa, motivasi dan nasihat oleh guru-guru secara tidak langsung dalam proses
pembelajaran.

OBJEKTIF

1. Bagi mencapai target dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Mendedahkan murid-murid tentang kepentingan ilmu dan menggunakan masa


belajar secara berkesan.

3. Memberi dan membangkitkan semangat ingin berlumba-lumba bagi mencapai


kejayaan dalam pelajaran.

4. Melahirkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid, kasih sayang guru dan


sekolah serta sanggup bertungkus lumus bagi memastikan matlamat dicapai oleh
murid-murid.

5. Menanam sikap tidak ada perkara yang susah kalau kita sanggup berusaha.

6. Melahirkan murid-murid berdikari dan bermotivasi untuk majukan diri.

7. Menghindarkan daripada sifat "rendah diri" apabila berada di Sekolah


SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
Program Kecemerlangan Akademik

Program kecemerlangan akademik adalah program khas bagi pelajar-pelajar yang


akan menduduki peperiksaan UPSR Program ini di laksanakan dengan memberi
penekanan untuk menyuntik semangat kepada peserta disamping memberi tunjuk
ajar tentang perkara-perkara yang harus dilakukan oleh pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan.
 
Objektif
 Menyuntik semangat juang ke dalam jiwa peserta.
 Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
 Mempertingkatkan potensi diri peserta dan mendedahkan kepentingan
kejayaan sekarang untuk kebahagian masa depan.
 
Kandungan Program
 Pembentukan Peribadi Pelajar
 Pengurusan Masa dan Teknik Belajar Berkesan
 Rencah dan Resipi Kejayaan
 Menghadapi dan Mengawal Tekanan ( Stress )
 Kreativiti dan Imiginasi
 Rahsia Ilmu
 Pemantapan Rohani
 Pemantapan Mental dan Fizikal
Jangkamasa Program
 
3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam
 
Peserta
 
Pelajar-pelajar sekolah rendah yang bakal menduduki peperiksaan.
 
Tempat Program
SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
 
Kem Latihan atau di sekolah
 

Program TOP

program berfokus Sektor Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Yan


bagi tahun 2000 – 2002 bermatlamat ke arah kecemerlangan Akademik mata
pelajaran utama UPSR,PMR, SPM dan membantu subjek-subjek utama ialah UPSR
(BM,Sains, BI,Matematik) PMR (Matematik, Sains, BI, Sejarah)

Hasil penelitian dari analisis keputusan UPSR (1995-1998), PMR (1995 – 1998) dan
SPM (1995 – 1998) pihak Pejabat Pendidikan Daerah Yan mendapati peratus
kelulusan mata pelajaran utama peperiksaan bagi daerah Kulai masih tidak banyak
kemajuan iaitu UPSR,PMR dan SPM di bawah purata peratus Negeri Kedah.

Oleh itu Sektor Pengurusan Akademik telah bergabung usaha dengan semua panitia
subjek Peperiksaan Sekolah Rendah dan untuk membentuk program berfokus dan
ini membentuk jawatankuasa penggerak di peringkat panitia daerah untuk
menggubal soalan latihan setara subjek-subjek utama peperiksaan UPSR dan PMR.

Tujuan utama program ini ialah untuk membantu sekolah mengikuti perkembangan
pencapaian pelajar sepanjang tahun di samping dapat memberi petunjuk kepada
sekolah dan guru untuk mengambil tindakan pembetulan seawal mungkin.

PROGRAM KEM JATI DIRI DAN MOTIVASI


UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009
YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)
 
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ialah suatu perbadanan yang telah ditubuhkan di
bawah seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat 1965 dan dinamakan Perintah Majlis
Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, dan disifatkan sebagai mula
berkuat kuasa pada 1 haribulan November, 1968. YPM merupakan salah satu
SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
yayasan yang berperanan di dalam mempertingkatkan kecemerlangan ilmu dan
pendidikan Bumiputera khususnya.
 
Dalam mencapai usaha ini, YPM telah mengatur pelbagai program strategik kepada
para pelajar, ibu bapa dan tidak ketinggalan kepada para pendidik. Antara program
strategik anjuran YPM ialah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan (PKIP), di
mana matlamat pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan prestasi akademik dan
sahsiah diri para pelajar khususnya kepada Bumiputera.
 
Melalui PKIP, YPM akan menganjurkan Program Kem Jati diri Dan Motivasi Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009. Program yang berlangsung selama dua
hari bermula 20hb Jun 2009 dan berakhir pada 21hb Jun 2009 ini melibatkan 120
orang pelajar tahun enam (6) dari Sekolah Kebangsaan Tok Mat Saleh , Yan Kedah.
Program ini diadakan bagi memberi semangat kepada para pelajar untuk berusaha
dengan lebih giat bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang
bakal ditempuhi kelak.
 
 
Program seperti ini adalah landasan yang terbaik bagi pelajar untuk meningkatkan
kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk
meningkatkan motivasi dalaman serta luaran pelajar agar mereka lebih bersedia
untuk menempuh peperiksaan sekaligus dapat mencapai prestasi yang cemerlang
dalam akademik.
 
Selain itu, melalui program ini juga, ia dapat membentuk jati diri supaya menjadi
seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Ini
bermakna, pelajar akan dapat memahami potensi diri sekaligus dapat meningkatkan
keyakinan diri untuk menghadapi dunia globalisasi yang mencabar. Pelajar juga
dapat membangunkan dan memperkasakan minda mereka ke arah kecemerlangan
pemikiran yang sesuai dengan peredaran zaman, serta mampu menggunakannya
ke arah yang lebih baik di dalam bidang pendidikan.
 
SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN
Banyak kelebihan dan informasi yang dapat diperoleh oleh para pelajar dalam
program ini. Mereka akan didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran dan
teknik-teknik menjawab peperiksaan seterusnya dapat diaplikasikan dengan lebih
sistematik. Ini bermakna, para pelajar akan lebih bersedia untuk menempuh
peperiksaan kelak.
SITI NOOR BAIZURA BINTI ABD RAHIM

890521-02-5172

PISMP PEMULIHAN

You might also like