You are on page 1of 43

Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.

cc

TEMA 3 (KETAHANAN DAN PERTAHANAN)

1. Huraikan taktik dan strategi peperangan tentera Islam yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w
ketika ditentang oleh musuh-musuh Islam di Madinah.

Pengenalan

a. Rasulullah s.a.w – menyebarkan Islam selama 23 tahun; 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di
Madinah
b. Tahap awal- secara sembunyi-sembunyi, kemudian-secara terang-terangan
c. Selepas Perjanjian Aqabah –usaha sebar Islam semakin cerah – membawa kepada peristiwa
hijrah ke Madinah
d. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan
ditindas oleh musuh Islam
e. Antara peperangan yang terkenal – Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak
f. Kejayaan dalam setiap peperangan – kerana baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang
strategi sebelum peperangan

Isi

1. Taktik menunggu musuh

 Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Perang Badar


 Cara; tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila
tentera musuh menghampiri, tentera Islam menyerang balas

2. Taktik al-Saf

 Digunakan dalam Perang Badar


 Cara; tentera dibahagikan kepada dua barisan
a. Barisan pertama – dihadapan bersenjatakan tombak dan perisai
b. Barisan kedua – bersenjatakan panah dan perisai & diketuai oleh pemegang bendera
 Tentera Islam hanya berjumlah sekitar 313, musuh 3000 orang

 Taktik menggali parit


 Digunakan oleh Rasululah dalam Perang al Ahzab
 Berdasarkan catatan Salman al-Farisi, Rasulullah bersetuju untuk gali parit di sekeliling kota
Madinah
 Tentera musuh seramai 10000 org, dipimpin oleh Abu Suffiyan b Harb
 Tentera Islam seramai 3000 org, dipimpin oleh Rasulullah
 Parit yg digali menghalang tentera musuh drpd memasuki kota Madinah
 Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota
 Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh

1
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

3. Taktik kepungan
 Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif
 Tentera Islam mengepung Kota Taif buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan
makanan
 Apabila pihak musuh mulai lemah, tentera Islam bertindak melancarkan serangan

4. Taktik membiarkan musuh tanpa dikejar


 Dilaksanakan oleh Rasulullah dan diikuti oleh Khulafa al-Rasyidin
 Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur
 Beberapa alasan:
 tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri drp serangan
 membuktikan tentera Islam tidak agresif
 utk mengelakkan tentera Islam daripa diperdaya oleh pihak musuh

5. Taktik penyamaran
 Digunakan sewaktu Perang Khandak
 Rasulullah menghantar Nai’m b Mas’ud utk bertindak sbg musuh Islam dan memecah- belahkan
pakatan Musyrikin Makkah dan Yahudi
 Musuh akhirnya tewas

Kesimpulan
 Peperangan dalam Islam bertujuan utk menegakkan agama Islam
 Kejayaan tentera Islam-menonjolkan kepimpinan Rasulullah dalam merencana dan merancang
taktik dan strategi peperangan
 Tentera Islam mementingkan aqidah, akhlak dan syariat Islam

2
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

2. Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang tokoh ketenteraan dunia.

Pengenalan

a. Latar belakang Nabi Muhammad


 lahir 12 Rabiul Awal tahun Gajah = 20 April 570M
 berketurunan Arab Quraish
 Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib
 Ibunya , Aminah binti Wahab
 menerima wahyu ketika berusia 40tahun
 memiliki 4 sifat terpuji : benar, amanah, menyampaikan, bijaksana
 wafat ketika berusia 63 tahun (632M)

b. Konsep ketahanan dalam Islam


 Islam-agama yang cintakan kedamaian
 Peperangan diizinkan dalam Islam sekiranya : diancam oleh musuh, utk mempertahankan agama
bangsa dan Negara, utk mempertahankan hak

Isi

1. Nabi Muhammad sebagai pemimpin tentera

 Asas kepimpinan iaitu akidah dan berakhlak mulia


 Menerusi akidah - baginda dan para sahabat tidak gentar menghadapi musuh
 Menerusi akhlak – menunjukkan akhlak yg mulia sehingga dapat menarik hati pihak lawan cth:
dalam Perang Taif, baginda telah memulangkan segala harta benda yg diminta oleh pihak musuh
sehingga akhirnya mereka memeluk Islam
 Perang pd zaman Nabi Muhammad terbahagi kepada dua:
a. Ghazwah-disertai oleh Nabi Muhammad sebanyak 27 kali – 9 drpnya membawa kpd
pertempuran
b. Sariyah- 38 siri- diwakilkan kpd para sahabat

2. Mematuhi etika peperangan dalam Islam

 Mematuhi peraturan serta menuntut keredhaan-Nya


 Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah atau perang
 Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yg telah mati,
 Dilarang memerangi kanak-kanak , kaum wanita dan org tua, org yang sedang beribadat dan org
awam, harta benda musuh dan tanaman serta rumah ibadat
 Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai
 Patuh kepada ketua dan dibolehkan tipu muslihat dlm peperangan

3. Perancang taktik dan strategi peperangan


 Perang Badar – tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk saf
 Perang Khandak- menggunakan taktik bertahan dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah
 Perang Taif- menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya
melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musuh tidak sempat bersedia
3
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

 Taktik lain – tidak memburu musuh yg melarikan diri

4. Berfikiran jauh dan kritis


 Melalui Perjanjian Hudaibiah (6H/628M)
 Memberi kemenangan psikologi kpd Nabi Muhammad krn telah menghancurkan seluruh semangat
musuh
 Tidak berlaku pertumpahan darah
 Membawa kepada pembukaan semula kota Mekah

5. Penerapan semangat jihad


 Pembentukan tentera adalah untuk:
 Mempertahankan diri drpd sebarang serangan musuh, menjaga keamanan dan mempertahankan
kedaulatan Negara
 Menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukannya drp permusuhan oleh sebarang
pihak
 Memerangi pihak yg ingin merosakkan sebarang perjanjian yg termeterai di antara Negara Islam
dan pihak lain

6. Bersifat terbuka
 menerima pandangan sahabat:
i. Salman al-Farisi- mencadangkan dalam Perang Khandak untuk menggali parit
ii. Saiyidina Abu Bakar dalam Perang Badar- mencadangkan tawanan Perang Badar yg mampu
bayar tebusan – bayar antara 1000-4000 dirham utk bebaskan diri/ jika tak mampu tapi
tahu baca dan tulis hendaklah mengajar 10 org kanak-kanak Islam sebelum dibebaskan

7. Berakhlak mulia
 Bertindak adil pd semua tanpa mengira kawan atau musuh
 Pada kawan – membahagikan harta rampasan perang secara sama rata
 Pada musuh – tidak melakukan pencerobohan dan tidak memerangi golongan yang lemah

Kesimpulan
Kehebatan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. telah menjadi perangsang kpd para pemimpin serta
mujahid-mujahid seterusnya dalam menangani ancaman musuh agama dan Negara.

4
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

3. Huraikan konsep ketahanan dan pertahanan mengikut perspektif Islam dan bandingkan dengan
konsep ketahanan dan pertahanan Arab pada zaman Jahiliyah.

Pengenalan

a. Pertelingkahan telah berlaku dan jalan penyelesaian terakhir ialah perang. Pertelingkahan
pertama berlaku semasa Habil dan Qabil-anak Adam dan Hawa
b. Zaman Jahilyah- 300 tahun seblm kelahiran Islam dan selepas keruntuhan Empangan Maarib –
sehingga Nabi Muhamad menerima wahyu
c. terbahagi kepada dua golongan: Badwi dan Hadari
d. Ciri-ciri Jahiliyah: jahil, bodoh, tidak tahu membaca dan menulis, sering berperang, tiada
panduan dan peraturan hidup
e. (Zaman) Islam –agama yang diwahyukan Allah melalui Nabi Muhammad untuk umat manusia –
manusia zaman ini mempunyai panduan dan matlamat hidup dan ada undang-undang
f. Prinsip Islam : aqidah (mentauhidkan Allah) & syariah ( undang2) utk mengatur kehidupan manusia

Isi

Konsep ketahanan dan pertahanan secara umum

Ketahanan
 ketabahan, kecekalan dan kesabaran
 org tahan ialah org yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi sebarang ancaman musuh
 merangkumi dua asas utama : rohani dan fizikal
 rohani – agama dan moral, fizikal – pembinaan jasmani dan ketenteraan
 asas pembinaan ketahanan - ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan, pelak-
 sanaan yang betul
 ketahanan fizikal dan spiritual mesti seimbang dan sepadu
 ketahanan diri, masyrakat dan Negara adalah merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil
perhatian yang serius untuk melaksanakan tahap kedua i.e pertahanan

Pertahanan
 mempertahanakan diri, masyarakat, agama, Negara drpd musuh
 membela golongan lemah dan teraniaya dan dizalimi
 mempertahankan hak dan tanggungjawab terhadap diri, agama dan Negara – wajib dan perlukan
pengorbanan yang besar (harta, masa, jiwa dan nyawa)
 setiap tindak-tanduk bagi mempertahankan sesuatu perlu diawasi dan dikawal agar kesilapan tidak
berlaku

Melalui proses ketahanan dan pertahanan ini telah menimbulkan masyarakat kepada bidang ketenteraan
dan melakukan serangan dan peperangan

Konsep ketahanan

Islam
i. Terletak pd akidah dan kepercayaan kpd Allah – sehingga berjaya sebar Islam
ii. Kerohaniaan – ilmu pengetahuan dan penghayatan yang mendalam
5
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

iii. Fizikal – (ketenteraan) kelengkapan perang dan persiapan alat senjata

Arab Jahiliyah
i. Semangat assabiyah @ perasaan kesukuan – kebanggaan bagi kabilah yang menang
ii. Jumlah dan bilangan ahli kabilah – semakin ramai semakin besar sesuatu kabilah dari segi
pengaruh dan kuasa
iii. Fizikal – kelengkapan perang dan persiapan peralatan senjata

Konsep Pertahanan

Secara umum, bagi kedua-dua tamadun – pertahanan ialah langkah kedua yang berbentuk amali untuk
melaksanakan dasar ketahanan masing 2

Islam
Tujuan: - menegakkan kalimah Allah – aqidah dan syariah
i. memelihara maslahat dan kepentingan umat (agama, jiwa akal, keturunan, harta)
ii. menangkis kemudharatan bagi menjamin ketenteraman
iii. menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman dan penindasan

Arab Jahiliyah
Tujuan: - mendapatkan kemegahan dan nama bagi kabilah
i. mendapat keuntungan daripada harta rampasan perang
ii. mengelakkan kabilah daripada dihina pabila kalah

Organisasi Tentera

Islam
a. permulaan: jumlah tentera sangat sedikit cth Perang Badar-313org, tetapi semakin meningkat
dari masa ke masa, cth : pada zaman Abbasiyah – 300 ribu orang tentera
b. pda zaman Nabi Muhammad baginda sendiri mengetuai peperangan
c. kemudian- khalifah sbg pemimpin tentera dan gabenor2 sbg panglima tentera
d. tentera tamadun Islam adalah tersusun dan sistematik
e. ada kumpulan yang berbeza fungsi – pemanah, peninjau, perunding, pembawa bendera
f. pada zaman Abbasiyah – tentera dibahagikan kepada 6 bahagian – berkuda, berjalan kaki,
kumpulan pemanah, tentera bola api, penembak dan pembawa senjata
g. kebanyakan tentera mengamalkan konsep jihad – pengorbanan seorang muslim menegakkan
Kalimah Allah – tentera yang mati syahid akan ditempatkan bersama anbiya di akhirat

Arab Jahiliyah
Badwi – organisasi tidak teratur, menyerang dan lari
Hadari – teratur, dipengaruhi oleh Rom dan Parsi
a. dibahagikan kepada 5 kumpulan : al khamis, depan, tengah, belakang, kiri dan kanan
b. syeikh berada di tengah utk jaga keselamatan
c. kota pertahanan – Ghundum dan Hadramaut
d. benteng pertahanan – kota Petra, al Khawarnaq
e. tentera infantry ramai, tentera berkuda sedikit
f. kesemua kaum wanita dan kanak-kanak di bawa ke medan perang
6
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

g. pakar bedah – pisau panas untuk potong bahagian cedera


h. pemain alat bunyian gendang dan serunai- membangkit semangat

Etika Perang

Islam
a. perang utamakan perdamaian dengan tawaran memeluk Islam atau membayar jizyah
b. larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan ahli ibadat
c. larangan merosakkan harta benda, tanaman dan binatang
d. berdamai apabila musuh minta berdamai

Arab Jahiliyah
a. tidak beretika
b. wanita akan ditawan dan dijadikan gundik atau hamba yang boleh diperdagangkan
c. mereka hanya boleh ditebus melalui wang tebusan atau peperangan
d. syeikh diberi keutamaan untuk memilih barang rampasan perang

Kesimpulan
Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. telah menukar persepsi bangsa Arab terhadap ketahanan dan
pertahanan. Bagi org Arab jahiliyah ketahanan dan pertahanan hanyalah utk matlamat duniawi
semata-mata dan hasil rasukan jiwa yang keji. Manakala Islam pula meletakkan konsep tersebut
sebagai wasilah utk memelihara agama, membela ummah dan menegakkan agama.

7
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

4. Bandingkan sistem ketenteraan Islam dengan sistem ketenteraan Rom.

Pengenalan
a. Tamadun Islam muncul pd abad ke 6M-mempunyai system pertahanan dan barisan
ketenteraannya yang tersendiri akibat dpd suasana persekitaran yang memerlukan umat Islam
mempertahankan diri.
b. Mula berkembang sewaktu pemerintahan khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah
c. Kerajaan Rom wujud pada 21 April 753 SM –mempunyai sistem pertahanan dan ketenteraan
sendiri utk memperluaskan kuasa empayar selain mempertahankan Negara drpd ancaman luar

Isi

1. Matlamat ketenteraan

Islam:
a. Menegakkan agama Allah, menjaga kehormatan dan maruah umat Islam, kehormatan
b. Negara dan Negara Islam
c. Setiap individu bertanggungjawab mempertahankan agamanya dpd diancam dan dihina oleh org
lain
d. Peperangan sbg jalan kepada niat untuk menegakkan kesucian Islam- tapi tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya
e. Hanya dihalalkan apabila umat Islam diperangi atau maruah Islam dihina

Rom:
a. Untuk memperluaskan kuasa dr segi politik dan ekonomi
b. Berjaya memperluaskan pengaruh politik ke benua Eropah, Asia & Afrika serta
c. wilayah2 di Laut Mediterranean
d. Dapat menguasai seluruh perdagangan
e. Mendatangkan keuntungan besar kepada Rom

2. Dasar dalam peperangan

Islam
a. Peperangan hanya kepada golongan yang terlibat dan berada di medan perang dan hanya
melibatkan golongan lelaki
b. Golongan wanita , kanak-kanak dan orang tua dianggap tidak layak untuk berperang dan dibunuh
c. Harta benda juga tidak dimusnahkan dan hanya harta perang sahaja yang diambil cth: peralatan
perang, bekalan makanan yang dibawa dan juga kenderaan tunggangan

Rom
a. Dalam peperangan nyawa tidak mempunyai nilai begitu juga dengan harta benda
b. Sewaktu perang berlaku kemusnahan harta benda dan kematian manusia tanpa mengira usia dan
jantina

8
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

3. Organisasi ketenteraan

Islam
a. Organisasi telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad, baginda sendiri bertindak
b. sebagai panglima perang dlm beberapa siri peperangan
c. Pasukan tentera yang berbeza fungsinya spt pasukan pemanah, pasukan berkuda dll
d. Dalam pasukan perang terdapat orang2 tertentu yg menjadi peninjau, utusan perang dan
pemegang panji2
e. Sewaktu zaman Khulafa al-Rasyidin- ada jawatan ketua turus, timbalan, komander, qaid, dan
leftenan
f. Nabi Muhammad sendiri telah menjadi ketua perang dan telah mengetuai lebih daripada 20
peperangan

Rom
a. Ada organisasi tentera yang tersusun- terdapat perkembangan tentera yang besar dan juga
bersistematik
b. Terdiri daripada – 2 kategori besar- legionaries dan auxilaries
c. Legionaries – diambil dikalangan warganegara dan dan rakyat wilayah jajahan yg diberi
kerakyatan melalui pendaftaran
d. Guxilaries – diambil drpd bukan warganegara dan akan diberi taraf kewarganegaran selepas 25
tahun
e. Ada tentera infantry(bejalan kaki) dgn jumlah yang besar
f. Cth: pada abad ke 4m kekuatan satu legion askar adalah antara 4000 hingga 6000 org dan
dibahagikan kepada 10 Cohort.
g. Ketua digelar Legatus dikuti colonel, Tribuni dan barisan penunggang kuda
h. Hanya mereka yang dipilih shj boleh menjadi tentera Legion dan menerima gaji
i. yang lebih tinggi

4. Taktik peperangan

Islam
a. Menggunakan taktik dan strategi yang berbeza mengikut kesesuaian dalam pe-
b. ang dan jumlah tentera
c. Cth: taktik menunggu musuh dan taktik al-Saf yang digunakan dalam perang Badar kerana
jumlah tentera Islam adalah sangat sedikit berbanding pihak musuh – taktik ini sangat sesuai
kerana tentera Islam beroleh kemenangan walaupun menentang pihak musuh yang ramai
d. Dalam perang Khandak, tentera Islam di Madinah menggunakan teknik menggali parit dan
bertahan, taktik mengepung dan serangan bertubi-tubi dalam perang Taif
e. Taktik tidak mengejar musuh yang telah lari

Rom
a. Menggunakan kekejaman mengikut cara org Moghul ( membunuh dgn kejam)
b. Tujuan: untuk menanamkan sifat bimbang dan menimbulkan perasaan gerun di kalangan musuh
serta melemahkan kekuatan mental musuhnya
c. Contoh: sewaktu menyerang New Carthage panglima Rom, Acipio Atrimus telah mengarahkan
tentera2nya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dan tidak membenarkan sesiapa pun
hidup
9
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

5. Peralatan peperangan

Islam
a. Menggunakan senjata seperti pedang, tombak dan panah, manjaniq(ballista) dan dababah
(amantelet) pada zaman Nabi Muahammad
b. Menggunakan kenderaan2 seperti kuda, unta dan keldai
c. Pada zaman Khalifah Umar – menggunkan bahtera utk melalui jalan laut (berperang di laut)

Rom
a. Kekuatan tentera dikatakan berkaitan dengan kecanggihan peralatan yg digunakan
b. Peralatan tentera dipinjam drp musuh2 yang dikalahkan; baju besi & helmet besi
c. daripada org Etruscan, lembing daripada org Samnites, perisai drp org Celtgas dan pedang
bermata dua drp org Iberia
d. Menggunakan kenderaan spt kuda, kereta berkuda

Kesimpulan
Peperangan dalam Islam adalah untuk mempertahankan diri, Negara dan agama drpd diceroboh dan
kebanyakkannya adalah utk bertahan bukan utk menyerang. Manakala ketahanan dan pertahanan Rom
adalah lebih bertujuan utk meluaskan kuasa dan pengaruh yang menekankan kpd kepentingan keduniaan
semata-mata.

10
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

5. Bandingkan ketahanan dan pertahanan serta matlamat peperangan di Tamadun Eropah dan
Tamadun Islam.

Pengenalan
a. Pertelingkahan telah berlaku dan jalan penyelesaian terakhir ialah peperangan.
b. Pertelingkahan pertama berlaku semasa Habil dan Qabil, anak Adam dan Hawa
c. Tamdun Mesopotamia, Rom, Yunani dan Arab mengukuhkan kekuatan tentera untuk
mempertahankan Negara drp musuh
d. Objektif tamadun barat dan Islam berbeza tetapi dalam beberapa perkara wujud juga persamaan

Isi

Definisi Ketahanan
a. Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta tidak mudah mengalah
dalam peperangan
b. Konsep kethahanan boleh dibahagikan kepada dua aspek : fizikal dan tauhid

Definisi Pertahanan
a. Pertahanan pula mempunyai dua makna- pertahanan diri, masyarakat, dan Negara drpd serangan
musuh dan membela golongan yang lemah drpd teraniayai
b. Islam tidak menggalakkan peperangan apatah lagi melakukan pencerobohan ke atas Negara lain.
Pertahanan dalam Islam bertujuan membendung pencerobohan terhadap Negara Islam.

Matlamat Peprangan Islam.


a. Teguhkan agama
b. Semasa perang tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak

Objektif peperangan Islam


a. Membendung kehormatan diri, agama dan Negara
b. Bagi tujuan ekonomi dan dibenarkan merampas harta orang kafir.
c. Menyebarkan Islam
d. Mempertahankan diri serta menjaga maruah.

Objektif Tentera Barat


a. Meluaskan wilayah. Contohnya, Tamadun Rom, iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar,
peperangan amat perlu untuk meluaskan empayar sehingga menduduki tiga buah benua iaitu Afrika,
Asia dan Eropah.
b. Bermotifkan politik untuk kekuasaan. Hal ini kebanyakan koloni pertanian mempergunakan rakyat
tempatan sebagai hamba, tentera dan buruh untuk kepentingan astet-astet kelas golongan poitik
Rom.
c. Bermotifkan ekonomi dengan memaksa penduduk tempatan untuk ekonomi mereka.
d. Bermotifkan politik. Contohnya, Sparta. Seorang bayi lelaki yang lahir dipisahkan daripada
keluarga dan dibesarkan oleh kerajaan. Jika sihat dilatih untuk menjadi tentera bagi
mempertahankan Negara kota tersebut.

11
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

e. Mempertahankan agama Kristian. Contohnya, pada Zaman Kemuncak Pertengahan, peprangan


tercetus antara Kristian dengan orang Islam untuk mempertahankan tanah suci Jurusalem.
Peperangan ini dikenali Perang Salib yang bermula pada tahun 1093 hingga abad ke-13.

Objektif peperangan Tamadan Islam.

a. Tujuan peperangan adalah untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat dan
Negara. Islam sendiri ialah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam itu
sendiri membawa erti salam dan perdamaian.
b. Menegakkan agama Allah s.w.t menjadi tanggungjawab setiap individu Islam bagi mempertahankan
agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah
orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri spt di Madinah pd zaman Rasulullah s.a.w
c. Islam mempunyai etika peperangan sendiri. Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang
tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh
binatang ternakan kecuali utk dimakan dan dilarang memusnahkan tanam-tanaman
d. Peperangan dalam Islam bertujuan utk mempertahankan maruah diri, agama dan Negara
e. Disamping objektif2 di atas, peperangan dalam Islam juga utk meluaskan tanah jajahan. Cthnya,
pd zaman Khulafa al- Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara ( Mesir) dan Parsi
f. Objektif peperangan dalam Islam juga bermotifkan ekonomi. Hal ini adalah kerana dalam Islam
ketika berlaku peperangan, dibenarkan merampas harta org kafir.

Kesimpulan
a. Peperangan dalam Islam bersifat bertahan bukan utk menyerang atau menceroboh.
b. Peperangan dalam tamadun Barat adalah utk tujuan keduniaan.

12
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

6. Terangkan Isi Perjanjian Hudaibiyah Dan Sejauh Manakah Kepentingannya Dalam Usaha
Melindungi Umat Islam Dan Negara Madinah.

Pengenalan

a. Perjanjian ini merupakan perjanjian yang pertama pernah diadakan di antara kaum Quraisyh Mekah
dengan umat Islam Madinah.
b. Ia di tandatangani oleh Nabi Muhammad s.a.w. bagi pihak umat Islam dan bagi pihak Quraisy ialah
Suhail bin Amru
c. Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (628M) di sebuah kampung bernama Hudaibiyah
d. Orang Islam Madinah ingin menziarahi Kaabah dan menunaikan umrah- mereka pergi ke Mekah
tanpa senjata, kecuali pedang yang bersarung utk mempertahankan diri dan berpakaian ihram
e. Kaum Quraisy merasa curiga lalu menghantai Khalid bin al-Walid untuk menyekat orang Islam
daripada masuk ke Kota suci Madinah
f. Ketika itu orang Islam telah berada di Hudaibiyah – org Islam telah menghantar Saiyidina Uthman
bin Affan untuk menyiasat kedudukan kota Mekah
g. Tidak lama kemudian orang mendengar khabar bahawa Saiyidina Uthman bin Affan telah dibunuh
h. Oleh itu orang Islam telah mengadakan pakatan dan sumpah setia yang dipanggil bai’ah al Ridhuan
utk menuntut bela atas kematian Saiyidina Uthman
i. Orang Quraisy merasa gentar lalu membebaskan Saidina Uthman – seterusnya rundingan telah
dijalankan di antara kedua-dua pihak yang akhirnya membawa kpd Perjanjian Hudaibiyah

Isi

Fasal-fasal Perjanjian Hudaibiah


i. Gencatan senjata selama 10 tahun antara kedua-dua pihak
ii. Kabilah-kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada umat Islam Madinah atau kaum
Quraisy Mekah
iii. Orang Islam Madinah yang lari ke Mekah tanpa kebenaran walinya tidak perlu dipulangkan semula
iv. Orang Quraisy Mekah yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mestilah dipulangkan semula
v. Umat Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H) dan hanya boleh berada di
Mekah selama 3 hari tanpa membawa senjata dan hanya boleh memasuki Mekah setelah kaum
Quraisy keluar dahulu

Implikasi
1. Politik
a. secara tidak langsung kaum Quraisy telah mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang
pemimpin Negara dan Madinah sebagai sebuah Negara Islam
b. gencatan senjata telah memberi peluang kepada umat Islam utk menyebarkan Islam dgn bebas dan
luas tanpa ancaman Quraisy
c. suasana keamanan dan kedamaian ini telah memberi peluang kpd Nabi Muhammad s.a.w utk menuju
dan membangunkan kehidupan umat Islam di Madinah
d. tempoh perdamaian ini juga telah memberi peluang kpd umat Islam utk menumpukan perhatian kpd
musuh Islam yg lain spt Yahudi
13
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

e. perjanjian ini juga bermakna persekutuan di antara kaum Yahudi di Madinah dgn kaum Quraisy
telah luput dgn sendirinya
f. kebebasan bagi kabilah Arab utk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah
menyatakan sokongan merekja secara terang-terangan terhadap umat Islam ; antaranya suku kaum
Khuzaah
g. sebelum ini mereka tidak berani kerana takutkan kaum Quraisy, ini menguntungkan umat Islam krn
mereka dapat mengenal pasti antara kawan dan lawan
h. ramai pahlawan Quraisy spt Khalid al-walid dan Amru bin al-As telah memeluk agama Islam. Ini
memantapkan lagi angkatan tentera Islam
i. pertambahan umat Islam telah berlaku secara mendadak. Bukti – pd tahun 6H sekitar 1500 org
sahaja, tapi ketika pembukaan Kota Mekah bilangan meningkat – 10000 org

2. Sosial
a. Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya dipulangkan semula ke Mekah,
bagaimanapun ini tidak bermakna mereka kembali menyembah berhala kerana semangat Islam telah
tertanam kuat dalam jiwa mereka bahkan mrk cuba sebarkan Islam secara sembunyi
b. Ada juga yg tidak masuk semula ke Mekah krn perasaan dendam mereka kpd kaum Quraisy lalu
menduduki kawasan di antara Mekah dan Madinah. Mrk mengganggu kafilah2 pedagang Quraisy,.
Akhirnya kaum Quraisy terpaksa meminta bantuan Nabi Muhammad supaya menerima semula
golongan tersebut
c. Org Madinah yg lari ke Mekah tanpa kebenaran walinya tidak dituntut oleh Nabi Muhammad kerana
ternyata hati mereka telah tawar kepada Islam dan hanya merupakan musuh dalam selimut
d. Umat Islam boleh mengerjakan haji dengan tenteram dan aman

3. Pembukaan semula Kota Mekah


a. berlaku pd tahun 8H
b. org Quraisy telah mencabul perjanjian ini setelah membantu Bani Bakar memerangi suku Khuzaah
tanpa menyedari bahawa suku Khuzaah telah memeluk Islam
c. ini bermakna perjanjian gencatan senjata juga telah dikhianati.
d. Oleh itu Nabi Muhammad bersama 10 000 org tentera Islam menuju ke Mekah utk serang Kota
Mekah
e. Kaum Quraisy terpaksa menyerah kalah krn tidak mampu menentang kehebatan tentera Islam,
tambahan pula kebanyakan pemimpin dan panglima mereka telah memeluk Islam dalam tempoh 2
tahun perjanjian Hudaibiyah
f. Pembukaan semula kota Mekah berlaku tanpa pertumpahan darah

Penutup
Perjanjian Hudaibiyah yang awalnya penuh kontroversi ternyata telah memberi kemenangan jangka
pendek kepada kaum Quraisy Mekah tetapi dalam jangka panjang ia merupakan satu kemenangan
mutlak ke atas umat Islam dari setiap segi. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. telah menampakkan
kebijaksanaannya sebagai seorang pemimpin yg berpandangan jauh dan amat memahami percaturan
politik Tanah Arab.

14
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

7. Apakah taktik dan strategi peperangan yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W
ketika diserang oleh musuh-musuh

Pendahuluan

1. Ketahanan bermakna ketabahan,kecekalan dan kesabaran dan tidak mudah mengalah dalam
peperangan
2. Manakala pertahanan pula merujuk kepada mempertahankan diri,bangsa,agama dan negara daripada
serangan musuh dan juga bermaksud membela golongan yang lemah atau dizalimi dan teraniaya
3. Sejarah bangsa arab sebelum islam tidak mempunyai tentera yang teratur dan berdisiplin seperti
bangsa rom dan parsi.mereka mempunyai taktik dan strategi yang tersendiri dan berbeza
4. Pada zaman nabi muhammad,nabi terlibat dlm perang badar,,uhud,khandak,hunain,taif dan lain-
lain.nabi tlh menggunakan beberapa taktik dan strategi ketika menentang musuh2 khususnya org
kafir quraish mekah.stlh nabi berhijrah ke madinah dan membentuk ngra Islam,baginda tlh
diizinkan mempertahankan akidah islam dan negara dgn kekuatan tentera

Isi

Taktik & Strategi


-terdapat pelbagai teknik dan strategi yg digunakan pd zaman nabi.antaranya

a) taktik menunggu/sistem al-saf


-nabi pernah menggunakan taktik ini semasa perang badar.semasa dimedan peperangan,nabi dan
umat islam menggunakan taktik menunggu higga musuh menghampiri,baru mereka bertindak balas
dan menyerang secara spontan.biasanya pasukan tombak diletakkan di bhgn hdapan dan pemanah di
bhgn blkg.di bawah pimpinan nabi,tentera disusun rapi mengikut sistem al-saf.mereka juga
berkubu/menjaga kwsn yg ada telaga air/sumber air spt di badar

b) Taktik Bertahan
-menggunakan taktik ini semasa diserang musuh.cthnya dlm perang khandak,nabi menggunakan
taktik yg disyorkan oleh sahabatnya,salman al-farisi iaitu mereka mengadakan benteng pertahanan
dgn menggali parit di sekeliling kota madinah.taktik ini tdk pernah digunakan oleh org arabsemasa
berperang dan membingungkan pihak musuh serta memaksa mereka berundur krn gagal melepasi
rintangan yg dibuat oleh org islam .jika pasukan berkuda atau org cuba melintasi,mereka akan
dipanah atau dilempari dgn tombak/lembing.benteng pertahanan ini berjaya menyekat serangan
musuh

c) Taktik Mengepong Dan Serangan Bertubi-tubi


-nabi pernah menggunakan taktik ini semasa perang taif.nabi telah mengepung kota taif dan
kemudian melancarkan serangan secara bertubi-tubi sehingga pihak musuh tdk sempat bersedia

d) Tidak mengejar musuh yang lari


-nabi pernah menggunakan taktik ini iaitu tdk mengejar pihak musuh yg lari/berundur dari medan
peperangan supaya tdk menjejaskan kddkan pertahanan tentera atau boleh menjadikan mereka

15
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

diperangkap oleh musuh.taktik ini menunjukkan bahawa umat islam tdk bersifat agresif atau
offensif terhadap musuh

E) Menyerang
-taktik ini digunakan nabi utk melemahkan kekuatan musuh dan menyebabkan musuh tdk bersedia
utk mengumpul kekuatan mereka.serangan dilancarkan secara tiba2 samada waktu subuh atau
masa2 tertentu atau apabila kekuatan tentera islam amat besar .cthnya dlm perang hunain

f) Menunggu dan lihat


-taktik ini pernah digunakan dlm perang badar dan uhud.dlm perang ini umat islam menuggu dan
melihat musuh yg datang,apabila musuh hampir barulah dimulakan peperangan.pasukan pemanah
diletakkan di ats bukit atau ditempat strategik utk melindungi umt islam dibwh dan menyekat
musuh dari bwh.pasukan memanah tdk dibenarkan tinggalkan kwsan/tmpat msing2

g) Menyerang sebelum musuh menyerang


-taktik ini pernah digunakan oleh nabi semasa mula membentuk negara islam madinah.apabila nabi
mendapat tahu ada berita suku kaum arab di luar madinah ,nabi terus menghantar pasukan tentera
islam ke kwsn kabilah/suku tersebut dan menewaskan mereka sblm musuh menyerang terlebih
dahulu.begitu juga semasa perang khandak atau azhab,nabi mula mengubah strategi
peperangan.beliau tdk lagi menuggu dan bertahan tetapi tlh mula menyeran kesatuan2 musuh
terlebih dahulu.

Kesimpulan
1. Peperangan demi peperangan dihadapi oleh nabi.strategi dan taktik digunakan oleh nabi ketika
menentang musuh-musuh Islam menunjukkan bahawa kekuatan fizikal semata-mata spt yg dimiliki
oleh pihak musuh gagal menewaskan kekuatan iman umat islam.nabi muhammad berjaya
membuktikan kebijaksanaan sbg pemimpin dan ketua panglima perang di madinah yg mampu
mengatasi ancaman musuh dgn menggunakan taktik dan strategi.bagi nabi,peperangan adalah tipu
muslihat atau strategi.
2. Apa-apa sahaja jawapan/kesimpulan yg munasabah boleh diterima atau berkaitan dgn objektif
peperangan dlm Islam,etika peperangan dan kejayaan nabi dlm peperangan menentang musuh

16
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

8. Bincangkan etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan memberi contoh-
contoh yang jelas.

Pendahuluan

1. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan maruah diri,agama,dan negara.
2. Peperangan hanya akan dimulakan setelah mendapat keizinan Allah s.w.t.
3. Ini kerana Islam merupakan satu agama yang tidak sukakan kepada peperangan tetapi lebih
menggalakkan umatnya agar saling berdamai dan hidup dalam aman dan harmoni.
4. Bagi melaksanakan tujuan tersebut, Islam telah meletakkan satu etika dan tatacara yang tertentu
dalam ketahanan dan pertahanan Islam.

Isi

Etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam.

1. Mestilah menentang musuh yang benar-benar mengancam maruah,keharmonian,keselamatan bangsa


dan negara.

-tentera Islam hanya akan berperang setelah musuh yang dihadapinya itu benar- benar ingin
menentang dan bermusuh dengan mereka.

-contohnya pada zaman nabi,Nabi dan para sahabat serta orang Mekah dahulu diseksa dengan
berbagai-bagai cara oleh kaum Musyrikin sewaktu mula-mula mereka menyebarkan ajaran Islam.
Namun mereka tidak bertindak balas atau melakukan serangan ke atas musuh-musuh tersebut.
Tetapi setelah berhijrah ke Madinah,barulah Nabi bertindak ke atas serangan dari musuh2 Islam
setelah diizinkan oleh Allah s.w.t.

-antara peperangan yang berlaku di Madinah demi untuk mempertahankan


maruah,keharmonian,keselamatan,agama,bangsa,dan negara Islam ialah perang
Badar,Uhud,Khandak. (Al-Ahzab),Muktah,Hunayu,Taif,dan Tabuk serta beberapa siri peperangan
yang lain.

2. Tidak menyerang musuh yang telah lari medan peperangan


-Sememangnya tidak diamalkan di dalam ketenteraan Islam
-Ada 2 sebab :
i) Ingin menunjukkan bahawa tentera Islam tidak agresif dan kejam terhadap musuh .
ii) Perbuatan mengejar musuh dari belakang boleh menjejaskan kedudukan pertahanan
tentera atau boleh jadi mereka diperangkap oleh musuh.
-Selain itu,musuh yang telah lari dari medan peperangan tidak dianggap sebagai musuh lagi,mereka
tidak menyerang dan mengaku akan kekalahan mereka.

-Diamalkan dalam setiap peperangan Islam.

3. Tidak membunuh kanak-kanak atau orang perempuan.


-Sudah menjadi satu etika tetap dalam ketenteraan Islam agar tidak mencederakan kanak-kanak
dan orang-orang perempuan dalam setiap peperangan.
17
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

-Kanak dan orang perempuan dianggap kaum yang lemah dan tidak mengancam keselamatan tentera.

-Namun,sekiranya mereka bertindak agresif terhadap tentera Islam sehingga menyebabkan


keselamatan mereka terancam barulah kanak-kanak atau orang perempuan tersebut akan dihukum.

4. Tidak menyeksa tawanan perang sebaliknya diberikan layanan yang baik sekiranya mereka tidak
mengancam keselamatan.

-Tawanan-tawanan perang dari setiap peperangan memang tidak pernah diseksa.,dikurung atau
didera sekiranya mereka tidak mengancam keselamatan.

-Tawanan-tawanan ini akan diberi kerja dan hidup dengan bebas dalam negara. Mereka akan diberi
kerja spt mengajar anak2 orang Islam bagi tawanan-tawanan yang pandai dll.

-Kebanyakan tawanan perang akan dibebaskan setelah mereka benar-benar tidak akan dapat
mengancam keselamatan negara.

-Ada tawanan perang yang telah bebas memeluk agama Islam kerana merasakan agama Islam
mementingkan perdamaian dan agama persaudaraan.

5. Berjuang demi untuk mempertahankan agama,bangsa,dan negara kerana Allah s.w.t.


-Sesungguhnya etika perjuangan semata-mata kerana Allah s.w.t. untuk mempertahankan
agama,bangsa,dan negara merupakan etika yang penting.

-Tentera Islam sememangnya berjuang/berperang semata2 krn Allah s.w.t. tanpa mengharapkan
balasan.

-Mereka yang tewas di medan peperangan akan diberi ganjaran oleh Allah ‘SYAHID’

- Iaitu ganjaran kepada orang yang telah berjuang semata-mata kerana Allah s.w.t. Pejuang yang
mati syahid akan mendapat kedudukan yang istimewa di akhirat kelak kerana itu ialah janji Allah
kepada pejuang yang berjuang dengan ikhlas.

-Cth: Syaidina Hamzah,bapa saudara N.Muhammad s.a.w yang telah gugur syahid sewaktu perang
uhud.

6. Mematuhi arahan ketua


-Tentera Islam memang harus taat dan mematuhi arahan ketua.

-Ketua tentera bagi tentera Islam yang pertama ialah N.Muhammad s.a.w sendiri. Baginda
menyertai 27 peperangan dan 9 pertempuran.

-Rasullulah merupakan seorang ketua yang hebat dan memang seorang yang peka terhadap apa jua
yang terjadi dalam pasukannya. Baginda merupakan pemikir tentera yang hebat kerana banyak
taktik dan strategi ketenteraannya berjaya. Antara taktik
menunggu,bertahan,barisan,mengepung,dan serangan bertubi-tubi. Kebanyakan taktik dan strategi
ini menjadi ikutan /perintis kpd ketenteraan yg wujud pada zmn selepasnya.

18
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

-Disebabkan hal inilah ketua tentera sememangnya harus dipatuhi dan ditaati.
-Ketua merupakan orang yang berperanan besar dalam menentukan kejayaan sesebuah tentera.
Contoh : Perang Uhud

Kesimpulan

Dengan mematuhi etika dan tatacara peperangan inilah menyebabkan pasukan tentera Islam
bertambah kuat dan berjaya mengalahkan musuh-musuh mereka.

19
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

9. Buat satu perbandingan tentang taktik dan strategi peperangan pada zaman
Tamadun Rom dan Tamadun Islam

Pengenalan

1. Strategi dan taktik merupakan dua perkara yang amat dititikberatkan dalam sesuatu organisasi
ketenteraan. Strategi merujuk kepada seni merancang dan mengarahkan kempen untuk
memperdayakan musuh yang juga dianggap sebagai kebijaksanaan dalam mengendalikan
peperangan.
2. Taktik pula merujuk kepadatindakan di medan perang pertempuran, taktik yang digunakan boleh
menentukan sama ada sesuatu peperangan itu berjaya atau sebaliknya,taktik kadang-kadang
dianggap sebagai pperang saraf atau perang psikologi untuk melemahkan pihak musuh.
3. Sama ada Tamadun Rom mahupun Islam, kedua-duanya mempunyai taktik dan strategi yang
tersendiri untuk menghadapi musuh, umpamanya Rom sesuai dengan dasar perluasan kuasanya
untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk menguasai sumber ekonomi dan mendapatkan
tenaga hamba, taktik dan strategi yang terancang amat penting khususnya di zaman
pemerintahan Maharaja Augustus dan Julius Caesar.
4. Sementara taktik dan strategi yang wujud di zaman Islam sebenarnya telah diasaskan sejak
zaman Rasulullah SAW, yang kemudiannya dikembangkan oleh para pengganti untuk menghadapi
ancaman orang- orang Quraisy,Yahudi, rom ataupun Parsi

Isi

A. Taktik dan Strategi Tamadun Rom

1. Di zaman Republik, organisasi berbentuk hoplite yang telah diubahsuai, sebaliknya


memperkenalkan subseksyen dikenali sebagai, maniples iaitu pembahagian kumpulan-kumpulan
tertentu ( dikenali sebagai tenetra legion) bagi membolehkan pergerakan yang bebas di medan
pertempuran, 4000 hingga 6000 legion akan dibahagikan kepada 10 cohort dengan dipimpin oleh
legatus dan dibantu oleh pegawai-pegawai tribuni.
2. Penggunaan peralatan terutama senjata yang lebih baik atau sesuai dengan keadaan masa
misalnya pilum digunakan kerana ia boleh dilontar, selain pedang yang dipakai oleh tentera
berjalan kaki; lanjutan daripada inovasi system hoplite
3. Membawa pakar-pakar ke medan perang, misalnya komander kem yang bertanggungjawab dalam
urusan kem memastikan setiap kem mempunyai kubu pertahanan dan insfrastruktur yang baik.
Quaestor, menjaga semua urusan kewangan,jurutera, artisan yang bertanggungjawab dalam
operasi penawanan dan penyediaan alatan perang ,ali-ali yang besar dan panah serta membina
menara yang boleh digerakkan serta mencipta tangga yang boleh dinaikkan bagi tujuan
memanjat dinding.
4. Mengamalkan sikap ganas serta tidak berperikemanusiaan, misalnya Acipio Atricanus telah
mengarahkan tenteranya membunuh sesiapa yang ditemui dan tidak membiarkan seorang pun
musuh hidup,tujuan meneanam rasa gerun di kalangan musuh.
5. Kepimpinan Centurian, sekumpulan tentera professional dan veteran serta banyak pengalaman,
memberikan kepimpinan kepada legion dan memindahkannya dari satu generasi ke satu generasi
yang lain terutamanya berhubung dengan disiplin serta taktik yang telah digunakan dengan
jayanya untuk menentang musuh.

20
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

6. Di zaman pemerintahan Maharaja Augustus, Praetorian Guard telah dibentuk untuk mengawal
sempadan Rom seperti kawasan Lower Rhine dan Upper Danube, agar tidak diganggu oleh musuh
seperti golongan barbar.
7. Pengurusan tentera secara professional,tiada lagi tentera paksaan,ketamaan diberikan kepada
warganegara, bukan warganegara diberikan kewarganegaraan setelah direkrut,tempoh
perkhidmatan 15 tahun, gaji dibayar secara tetap dan menerima wang persaraan,kesannya
tentera Rom berdisiplin dan semakin meningkat bilangan, zaman pemerintahan Augustus
dipercayaai terdapat 125000 orang tentera.
8. Kepimpinan peneraju negara, seperti Augustus dan Julius Caesar yang terkenal dengan
slogannya Veni,Vidi dan Vici
9. Taktik kura-kura, menggunakan perisai disamping senjata-senjata untuk menggempur serta
mempertahankan diri.

B. Taktik dan Strategi dalam Tamadun Islam

1. Taktik menunggu, menunggu pihak musuh menghampiri mereka misalnya dalam perang Badar
tentera Islam telah menunggu kedatangan tentera Quraisy di kawasan yang strategic (ada
bekalan air) dalam perang Uhud pula Nabi SAW telah mengarahkan tentera pemanah menuggu
musuh di bukit Uhud
2. Teknik bertahan, misalnya dalam perang Ahzab tentera Islam telah bertindak menggali parit
disekeiling kota madinah untuk mengekang kemaraan tentera Ahzab yang diketuai oleh orang-
orang musyrikin Mekah
3. Mengepung serta serangan bertubi-tubi, dipraktikkan dalam perang Hunain Dan perang Taif,
bertindak mengepung kota Taif berikutan Malik bin Auf dan Bani Hawazin bersembunyi disana.
Disampig serangan yang telah dilakukan bertubi-tubi dengan menggunakan manjanik.
4. Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka,contohnya sewaktu Perang Tabuk baginda
SAW mengarahkan tentera Islam tidak mengejar musuh(Rom) sebagai langkah keselamatan,
mungkin ada perangkap disana.
5. Penyamaran sewaktu perang Ahzab Nua`im bin Mas`ud telah menghancurkan perpaduan orang
quraisy dan Yahudi melalui muslihatnya.Di zaman bani Umaiyah telah dibentuk tentera atau
jabatan perisik untuk mengintip maklumat gerakangerakan subversif.
6. Penyusunan tentera secara saf dipraktikkan tatkala perang Badar manakala di Zaman
pemerintahan Ali bin Abi Talib di perkenalkan system kurdus(tentera berpasukan), setiap
pasukan mengandungi 300-600 orang tentera, di zaman Abbasiyah tentera dibahagikan kepada
6 iaitu ,tentera berkuda ,berjalan kaki,tentera penembak,tentera pembawa senjata,tentera
bola api dan tentera pemanah
7. Penubuhan Bandar-bandar tentera, dilaksanakan dizaman pemerintahan Umar Al-Khattab
misalnya Khufah, Basrah, dijadikan pusat pentadbiran, sempadan un tuk mengelak ancaman
musuh, pembentukan asimilasi antara bangsa arab dan mawali
8. Menyalurkan api, digunakan untuk memperdayakan musuh dari segi psikologi menggambarkan
betapa banyaknya tentera Islam sewaktu usaha membuka Kota Mekah
9. Mengadakan perjanjian persahabatan musuh segala fasal perjanjian yang ditandatangani dengan
musuh mempunyai hikmat yang tersendiri, umpamanya perjanjian Hudaibiyah Yang menjadi Asas
kepada kemenangan tentera Islam membuka Kota Mekah
10. Kepimpinan Rasulullah SAW, Para khalifah dan Mujahid seperti Khalid Al- Walid, Abu Ubaidah
Al-jarrah, Saad Abi Waqas dan lain-lain

21
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

Kesimpulan

1. Kejayaan dalam setiap ekspidisi ketenteraan baik kerajaan Rom dan kerajaan Islam
sememangnya bergantung kepada percaturan strategi dan taktik yang terancang dan sistematik
iaitu salah satu elemen yang penting dalam sesuatu orgnisasi ketenteraan selain wujudnya
pelbagai jenis angkatan tentera, peralatan yang digunakan dan sebagainya
2. Sistem ketahanan dan peratahanan yang mantap pastinya akan membawa kejayan pada mana-
mana tamadun Islam ataupun Rom

TEMA 3-( PERTAHANAN DAN KETAHANAN)

1. Bandingkan sistem ketenteraan Islam dengan sistem ketenteraan Rom.

Pengenalan
d. Tamadun Islam muncul pd abad ke 6M-mempunyai system pertahanan dan barisan
ketenteraannya yang tersendiri akibat dpd suasana persekitaran yang memerlukan umat Islam
mempertahankan diri.
e. Mula berkembang sewaktu pemerintahan khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah
f. Kerajaan Rom wujud pada 21 April 753 SM –mempunyai sistem pertahanan dan ketenteraan
sendiri utk memperluaskan kuasa empayar selain mempertahankan Negara drpd ancaman luar

Isi

2. Matlamat ketenteraan

Islam:
a. Menegakkan agama Allah, menjaga kehormatan dan maruah umat Islam, kehormatan
b. Negara dan Negara Islam
c. Setiap individu bertanggungjawab mempertahankan agamanya dpd diancam dan dihina oleh org
lain
d. Peperangan sbg jalan kepada niat untuk menegakkan kesucian Islam- tapi tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya
e. Hanya dihalalkan apabila umat Islam diperangi atau maruah Islam dihina

Rom:
f. Untuk memperluaskan kuasa dr segi politik dan ekonomi
g. Berjaya memperluaskan pengaruh politik ke benua Eropah, Asia & Afrika serta
h. wilayah2 di Laut Mediterranean
i. Dapat menguasai seluruh perdagangan
j. Mendatangkan keuntungan besar kepada Rom

22
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

2. Dasar dalam peperangan

Islam
d. Peperangan hanya kepada golongan yang terlibat dan berada di medan perang dan hanya
melibatkan golongan lelaki
e. Golongan wanita , kanak-kanak dan orang tua dianggap tidak layak untuk berperang dan dibunuh
f. Harta benda juga tidak dimusnahkan dan hanya harta perang sahaja yang diambil cth: peralatan
perang, bekalan makanan yang dibawa dan juga kenderaan tunggangan

Rom
c. Dalam peperangan nyawa tidak mempunyai nilai begitu juga dengan harta benda
d. Sewaktu perang berlaku kemusnahan harta benda dan kematian manusia tanpa mengira usia dan
jantina

3. Organisasi ketenteraan

Islam
a. Organisasi telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad, baginda sendiri bertindak
b. sebagai panglima perang dlm beberapa siri peperangan
c. Pasukan tentera yang berbeza fungsinya spt pasukan pemanah, pasukan berkuda dll
d. Dalam pasukan perang terdapat orang2 tertentu yg menjadi peninjau, utusan perang dan
pemegang panji2
e. Sewaktu zaman Khulafa al-Rasyidin- ada jawatan ketua turus, timbalan, komander, qaid, dan
leftenan
f. Nabi Muhammad sendiri telah menjadi ketua perang dan telah mengetuai lebih daripada 20
peperangan

Rom
j. Ada organisasi tentera yang tersusun- terdapat perkembangan tentera yang besar dan juga
bersistematik
k. Terdiri daripada – 2 kategori besar- legionaries dan auxilaries
l. Legionaries – diambil dikalangan warganegara dan dan rakyat wilayah jajahan yg diberi
kerakyatan melalui pendaftaran
m. Guxilaries – diambil drpd bukan warganegara dan akan diberi taraf kewarganegaran selepas 25
tahun
n. Ada tentera infantry(bejalan kaki) dgn jumlah yang besar
o. Cth: pada abad ke 4m kekuatan satu legion askar adalah antara 4000 hingga 6000 org dan
dibahagikan kepada 10 Cohort.
p. Ketua digelar Legatus dikuti colonel, Tribuni dan barisan penunggang kuda
q. Hanya mereka yang dipilih shj boleh menjadi tentera Legion dan menerima gaji
r. yang lebih tinggi

4. Taktik peperangan

Islam
a. Menggunakan taktik dan strategi yang berbeza mengikut kesesuaian dalam pe-
b. ang dan jumlah tentera
23
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

c. Cth: taktik menunggu musuh dan taktik al-Saf yang digunakan dalam perang Badar kerana
jumlah tentera Islam adalah sangat sedikit berbanding pihak musuh – taktik ini sangat sesuai
kerana tentera Islam beroleh kemenangan walaupun menentang pihak musuh yang ramai
d. Dalam perang Khandak, tentera Islam di Madinah menggunakan teknik menggali parit dan
bertahan, taktik mengepung dan serangan bertubi-tubi dalam perang Taif
e. Taktik tidak mengejar musuh yang telah lari

Rom
d. Menggunakan kekejaman mengikut cara org Moghul ( membunuh dgn kejam)
e. Tujuan: untuk menanamkan sifat bimbang dan menimbulkan perasaan gerun di kalangan musuh
serta melemahkan kekuatan mental musuhnya
f. Contoh: sewaktu menyerang New Carthage panglima Rom, Acipio Atrimus telah mengarahkan
tentera2nya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dan tidak membenarkan sesiapa pun
hidup

5. Peralatan peperangan

Islam
a. Menggunakan senjata seperti pedang, tombak dan panah, manjaniq(ballista) dan dababah
(amantelet) pada zaman Nabi Muahammad
b. Menggunakan kenderaan2 seperti kuda, unta dan keldai
c. Pada zaman Khalifah Umar – menggunkan bahtera utk melalui jalan laut (berperang di laut)

Rom
e. Kekuatan tentera dikatakan berkaitan dengan kecanggihan peralatan yg digunakan
f. Peralatan tentera dipinjam drp musuh2 yang dikalahkan; baju besi & helmet besi
g. daripada org Etruscan, lembing daripada org Samnites, perisai drp org Celtgas dan pedang
bermata dua drp org Iberia
h. Menggunakan kenderaan spt kuda, kereta berkuda

Kesimpulan
Peperangan dalam Islam adalah untuk mempertahankan diri, Negara dan agama drpd diceroboh dan
kebanyakkannya adalah utk bertahan bukan utk menyerang. Manakala ketahanan dan pertahanan
Rom adalah lebih bertujuan utk meluaskan kuasa dan pengaruh yang menekankan kpd kepentingan
keduniaan semata-mata.

24
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

2. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo


Machiavaeli pada abad ke 16 M

Pengenalan

Pemikir tentera
a. golongan yg telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara.
b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui
ketenteraan
c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan
Kautilya
a. seorang menteri Brahmin pd zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM
b. idea dikesan melalui bukuya ‘Arthasastra/ Science of Gain/Power’
c. digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra
GuptaMaurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayah
d. ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt
Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China)

Niccolo Machiavaeli
a. tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M
b. berasal dr Itali
c. menghasilkan byk buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan
d. buku terkenal – The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)

Isi-isi Penting

Idea ketenteraan Kautilya

1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6


pertimbangan
i. Keamanan
ii.Peperangan
iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan
iv. Menyerang dahulu
v. Mengadakan persekutuan dengan musuh
vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain

25
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

2. Empat cara untuk menang peperangan


i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati
ii.memujuk dengan memberi rasuah
iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh
iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang penakluk


i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh
ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang
iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain
yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan


i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual
ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan
capai Nirwana

Idea ketenteraan Machiavaeli

1. Buku the Prince – menyarankan cara bagaimana seorang harus mengekalkan kuasa Kerajaan adalah
matlamat raja. Jika raja rasa tergugat disebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh,
penjara, melucut jawatan dan sebagainya

2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme,


sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sbgnya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang
tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sbgnya

3. Melalui buku Art of War – menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang
baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang,
cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di sepanyol pd abad ke 16M.

4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah spt berikut:


i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki
ii. mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang
iii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir
iv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan
v. malakukan perang yg agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar
berkuda

5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di
hapuskan spt zmn tentera berkuda dan baju besi. Baju direka utk melindungi bahagian tubuh badan
yang penting sahaja. Penekanan kpd senjata2 yang superior.

Kesimpulan

26
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan dpd pemimpin sezaman mereka. Kedua-duanya
memperkenalkan konsep idea ketenteraan yg saintifik dan mempunyai persamaan iaitu mengutamakan
falsafah ‘matlamat menghalalkan cara”

3. Bincangkan taktik dan strategi peprangan yang diamalkan oleh Tamadun Yunani dan Tamadun
Rom.

Pengenalan
a. Peperangan merupakan antara kaedah yang digunakan pada Tamadun awal untuk mengukuhkan
kekuasaan dan memperluas empayar.
b. Peperangan juga digunakan untuk matlamat ekonomi dan menstabilkan wilayah.
c. Tamadun Yunani terdiri daripada pelbagai Negara kota seperti Athens, Sparta,Argos,Corinth dan
sebagainya.
d. Tamadun Rom pula muncul selepas kejatuhan Yunani dan berjaya membentuk empayar yang luas
dengan pasukan tentera yang kuat dengan strategi dan taktik peperangan yang berkesan.
e. Strategi merujuk kepada satu helah atau muslihat untuk mengalahkan musuh yang bertujuan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
f. Tektik pula merupakan tindakan di medan peprangan/pertempuran. Taktik ditakrifkan sebagai cara
atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu.

ISI

Strategi Peperangan

1. Anggota Tentera

Yunani
a. Setiap warganegara dipertanggung jawabkan mempertahankan Negara.
b.Disiplin dan latihan ketenteraan dijadikan kriteria utama di Sparta untuk mempertahankan Negara.
c. Anak-anak akan diberikan latihan ketenteraan di Sparta sejak umur 7 tahun.
d.Di Athens pula walaupun disiplin dan latihan ketenteraan tidak diberatkan namun, remaja berusia
18-20 tahun diberikan latihan ketenteraan.
e. Latihan di Athens adalah hanya untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh bukannya
untuk memperluaskan kuasa.

Rom
a. Sejak awal tentera Rom terdiri daripada tentera infantri
b.Tentera Rom pada awalnya terdiri daripada warganegara yang berkhidmat tanpa gaji dan
menyediakan peralatan mereka tersendiri.
c. Warganegara ini diatur dalam tujuh kumpulan mengikut kekayaan harta benda.

27
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

d.Golongan kaya menyediakan pasukan askar berkuda dan enam kumpulan lain pula menyediakan
pasukan tentera infantri.

2. Latihan Ketahanan Diri

Yunani
a. Mengadakan ujian serta pertandingan antara anggota Negara kota yang diadakan di Mt. Olympus
setiap 4 tahun sebagai latihan pertahanan diri.
b.Latihan ini dijadikan sebagai satu ‘peperangan’ di mana strategi-strategi dan teknik-teknik
tertentu digunakan oleh para atlit yang terbabit.

Rom
a. Acara gladiator yang diadakan di Colleseum dijadikan sebagai medan bagi menguatkan mental dan
fizikal.
b.Acara ini sebagai satu bentuk hiburan turut meningkatkan semangat keberanian.
c. Latihan berterusan dijalankan untuk acara ini yang menjadikan warga Rom bersemangat kental.
d.Latihan ini juga mampu mengerakkan tentera Rom secara pantas ketika berperang.

3. Kelengkapan Anggota Tentera

Yunani
a. Pelbagai pasukan (tentera berkuda, infantry, lapisan belakang)
b.Sekitar 700 S.M telah membentuk tentera yang penuh disiplin (Phalanx)
c. Setiap anggota tentera memmiliki perisai (hoplon), topi besi, pakaian besi yang melindungi dada dan
senjata lembing yang panjangnya 8 kaki dan pedang yang pendek.

Rom
a. Pada mulanya organisasi tentera bermodelkan Yunani (hoplite)
b.Selepas peperangan di Gaul Rom telah memperkenalkan subseksyen seperti maniples, handful
(pembahagian daipada kumpulan-kumpulam yang besar )untuk bergerak bebas dalam medan
peperangan.
c. Menggantikan lembing dengan lembing-lembing yang dikenali sebagai pilum yang boleh dilontar dan
tentera tetap yang boleh membawa pedang bersama.
d.Mempunyai legion yang dianggotai oleh 4000 – 6000 angggota tentera yang diketuai oleh Centurion
dan dibahagikan kepada 10 Cohort yang boleh disamakan dengan Batalion.
e. Ketua dikenali sebagai legatus dan pegawai-pegawai sebagai tribuni.
f. Mereka diberikan gaji .
g. Tentera berjalan kaki dilengkapi dengan jouvelin dan sebatang lembing yang kecil

4. Taktik Peperangan

Yunani
a. Bertempur dekat dengan musuh dan mengalahkannya melalui gabungan momentum tentera dan
kepandaian teknik peperangan.
b.Mereka mencipta senjata yang mudah dikendalikan ketika melancarkan serangan dan menahan
serangan musuh.
28
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

c. Berkumpul dalan satu baris panjang sebelum perarakan dilakukan.

Rom
a. Amat kejam boleh disamakan dengan orang Moghul yang membunuh musuh mereka dengan kejam.
b.Contohnya semasa menyerang New Carthage Panglima Rom, Acipio Atricamus telah mengarahkan
tenteranya membunuh sesiapa sahaja yang ditemui.
c. Tujuan mereka adalah untuk menanamkan sifat bimbang , perasaan gerun di kalangan musuh dan
melemahkan kekuatan mental musuh-musuhnya
4. Bandingkan ketahanan dan pertahanan serta matlamat peperangan di Tamadun Eropah dan
Tamadun Islam.

Pengenalan
e. Pertelingkahan telah berlaku dan jalan penyelesaian terakhir ialah peperangan.
f. Pertelingkahan pertama berlaku semasa Habil dan Qabil, anak Adam dan Hawa
g. Tamdun Mesopotamia, Rom, Yunani dan Arab mengukuhkan kekuatan tentera untuk
mempertahankan Negara drp musuh
h. Objektif tamadun barat dan Islam berbeza tetapi dalam beberapa perkara wujud juga persamaan

Isi

Definisi Ketahanan
c. Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta tidak mudah mengalah
dalam peperangan
d. Konsep kethahanan boleh dibahagikan kepada dua aspek : fizikal dan tauhid

Definisi Pertahanan
c. Pertahanan pula mempunyai dua makna- pertahanan diri, masyarakat, dan Negara drpd serangan
musuh dan membela golongan yang lemah drpd teraniayai
d. Islam tidak menggalakkan peperangan apatah lagi melakukan pencerobohan ke atas Negara lain.
Pertahanan dalam Islam bertujuan membendung pencerobohan terhadap Negara Islam.

Matlamat Peprangan Islam.


c. Teguhkan agama
d. Semasa perang tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak

Objektif peperangan Islam


e. Membendung kehormatan diri, agama dan Negara
f. Bagi tujuan ekonomi dan dibenarkan merampas harta orang kafir.
g. Menyebarkan Islam
h. Mempertahankan diri serta menjaga maruah.

Objektif Tentera Barat


f. Meluaskan wilayah. Contohnya, Tamadun Rom, iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar,
peperangan amat perlu untuk meluaskan empayar sehingga menduduki tiga buah benua iaitu Afrika,
Asia dan Eropah.

29
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

g. Bermotifkan politik untuk kekuasaan. Hal ini kebanyakan koloni pertanian mempergunakan rakyat
tempatan sebagai hamba, tentera dan buruh untuk kepentingan astet-astet kelas golongan poitik
Rom.
h. Bermotifkan ekonomi dengan memaksa penduduk tempatan untuk ekonomi mereka.
i. Bermotifkan politik. Contohnya, Sparta. Seorang bayi lelaki yang lahir dipisahkan daripada
keluarga dan dibesarkan oleh kerajaan. Jika sihat dilatih untuk menjadi tentera bagi
mempertahankan Negara kota tersebut.
j. Mempertahankan agama Kristian. Contohnya, pada Zaman Kemuncak Pertengahan, peprangan
tercetus antara Kristian dengan orang Islam untuk mempertahankan tanah suci Jurusalem.
Peperangan ini dikenali Perang Salib yang bermula pada tahun 1093 hingga abad ke-13.

Objektif peperangan Tamadan Islam.

g. Tujuan peperangan adalah untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat dan
Negara. Islam sendiri ialah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam itu
sendiri membawa erti salam dan perdamaian.
h. Menegakkan agama Allah s.w.t menjadi tanggungjawab setiap individu Islam bagi mempertahankan
agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah
orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri spt di Madinah pd zaman Rasulullah s.a.w
i. Islam mempunyai etika peperangan sendiri. Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang
tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh
binatang ternakan kecuali utk dimakan dan dilarang memusnahkan tanam-tanaman
j. Peperangan dalam Islam bertujuan utk mempertahankan maruah diri, agama dan Negara
k. Disamping objektif2 di atas, peperangan dalam Islam juga utk meluaskan tanah jajahan. Cthnya,
pd zaman Khulafa al- Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara ( Mesir) dan Parsi
l. Objektif peperangan dalam Islam juga bermotifkan ekonomi. Hal ini adalah kerana dalam Islam
ketika berlaku peperangan, dibenarkan merampas harta org kafir.

Kesimpulan
c. Peperangan dalam Islam bersifat bertahan bukan utk menyerang atau menceroboh.
d. Peperangan dalam tamadun Barat adalah utk tujuan keduniaan.

30
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

5. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada Perang Salib (PS)

Pengenalan

Latar belakang PS
PS berlaku di antara orang Eropah Barat dengan negara2 Islam di Asia Barat dikenali sbg “The Crusades”
di Benua Eropah. Berlaku utk merebut Baitul Maqdis di Palestine Berlansung selama 2 abad(1096-1291M)
Dikenali sebagai Perang Salib kerana org Kristian menggunkan tanda salib sebagai symbol mereka
Mengorbankan banyak jiwa dan harta benda berlaku dalam 3 peringkat, akhirnya dimenangi oleh org Islam

ISI

Faktor-faktor yang mempengaruhi org Kristian terlibat dlm PS

1. Politik
a. negara Eropah mengalami perpecahan politik menjelang abad ke 14M
b. feudalisme dan masyarakatnya menghadapi pelbagai krisis
c. Negara kota sering bertelagah sesame sendiri
d. Golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa supaya mengadakan perubahan politik
e. Dengan menyertai PS rakyat kan melupakan masalh yg wujud di Negara mereka
f. Golongan hamba dijanjikan kemerdekaan dpd tuannya jika mereka sertai PS
g. Anak-anak raja yg merasakan kedudukan mereka tidak stabil dan masa depannya tidak menentu
akan menyertai PS dengan cita-cita utk menjadi raja atau pemerintah wilyah2 Islam yg ditakluki

2. Keagamaan
a. Perebutan Kota Jurusalem dan Baitul Maqdis yg telah jatuh ke tangan orang Islam sejak
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab oleh orang Kristian
b. Kemudiannya dikuasai oleh org2 Turki Saljuk
c. Mereka memberi layanan buruk kpd penganut Kristian yg menziarahi kota tersebut
d. Al-Hakim, pemerintah kerajaan Fatimiah Mesir-meruntuhkan gereja Holy Sepulcre pd tahun 1009M
e. Pd tahun 1070M keluarga Saljuk menguasai Palestin dan menutup jalan kpd org2 Kristian melalui
Asia Kecil ke Baitul Maqdis
f. Akibatnya gereja besar di bwh Paus Urban II (Perancis) telah mengisytiharkan PS
g. Disokong oleh Itali, Venice, Genoa dan Pisa
h. Sesiapa yang mengambil bahagian dalam PS akan mati suci dan akan ke syurga

3. Sosial
31
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

a. menyatupadukan orang Kristian yg berpecahbelah pada ketika itu kerana mazhab yg berlainan iaitu
antara Yunani(Greek) dan Rom (Byzantine)
b. Gereja Greek meningkatkan pengaruh berbanding gereja Rom Berusaha mencari pengaruh
c. Oleh itu PS dianggap boleh menjatuhkan kedudukan mereka kerana semua kan bersatu menghadapi
musuh

4. Ekonomi
a. Penaklukan dan penguasaan wilayah2 di sekitar laut Mediterranean oleh org Islam mengancam
kedudukan org Kristian
b. Aktiviti perdagangan di antara Genoa dan Venice dengan Timur Tengah melalui Halab(Aleppo), dan
Baghdad di kuasai oleh org Saljuk
c. Untuk mencapai matlamat menghalau org Ilsam keluar, org Kristian tiada jalan lain melainkan thru
perang
d. Pedagang-pedagang Kristian dr Itali, sicily dan Perancis menyumbangkan byk harta benda utk
peperangan ini
e. Raja, pembesar dan rakyat turut terlibat utk mendapatkan dan kekayaan rampasan perang

Faktor-faktor yang mempengaruhi org Islam terlibat dalam PS

1. Politik
a. krisis politik dan perpecahan yg dialami oleh org2 Islam
b. Kerajan Abasiyah yg berada dalam keadaan yg tenat telah mempengaruhi org Kristian melancarkan
peperangan
c. Negara2 Islam di Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu dan byk kerajaan2 yg kecil diperintah
oleh Atabeg
d. Pd abad ke 11M kerajaan Fatimiah di Mesir juga mengalami kemerosotan

2. Sosial
a. perpaduan umat Islam semakin terancam dgn munculnya pelbagai mazhab
b. peperangan di kalangan umat Islam itu sendiri terus berlarutan seperti keluarga Saljuk dan Sunnah
c. Baghdad berperang dgn Syiah Fatimiah di Mesir
d. Pd masa yg sama org2 Kristian pula berada di ambang kebangkita
e. Org Kristian menganggap ini sebagi peluang kepada mereka utk menewaskan org2 Islam

Kesimpulan
Arahan pengisytiharan Paus Urban II telah menjadikan PS berlaku dalam jangka masa yg panjang.
Keadaan sebegini tidak pernak berlaku dalam sejarah peperangan dunia sebelum ini oleh itu kesan2
PS adalah amat mendalam kepada kedua-dua pihak yg terlibat. Walaupun perang ini sudah lama
tamat, tetapi permusuhan antara Kristian dan Islam masih berterusan sehingga hari ini.

32
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

6. Terangkan konsep saradiri,komersil dan kapitalisme.Huraikan perkembangan sistem


perdagangan daripada sisem barter kepada sistem kapitalisme yang berlaku di Eropah.

Pengenalan

1. Ekonomi adalah perkataan Yunani yang membawa maksud peraturan rumah tangga
2. Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran kewangan dalam
aktiviti manusia.
3. Pendapat : Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab
kekayaan negara
4. Jenis-jenis ekonomi: saradiri,barter, komersil, perdagangan dan kapitalisme

Isi :
a. Saradiri
- Sistem ekonomi yang terawal
- Sistem ekonomi untuk kegunaan sendiri dan keluarga dengan membuat pelbagai kerja
- Hanya tertumpu untuk kegiatan pertanian
- Untuk keperluan makanan,pakaian
- Lebihan untuk ditukar atau dijual.

b. Komersil
- Mementingkan perdagangan ,perniagaan dan pengeluaran hassil tanaman untuk dieksport
- Hasil pengeluaran yang berlebihan akan diperdagangkan ke tempat lain.
- Perdagangan –masyarakat mendapatkan hasil daripada aktiviti perdagangan

c. Kapitalisme
- sistem ekonomi yang lebih kompleks
- dikenali juga sebagai laissez-faire
- individu dan syarikat bebas memiliki harta dan mengumpul modal serta menjalankan pelbagai
jenis perniagaan demi menaut keuntungan semaksimum mungkin

c. Perkembangan sistem perdagangan di Eropah.

i. Sistem barter

33
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

- zaman awal Yunani mementingkan ekonomi sara diri dan pertukaran barang
- ekonomi saadiri dan sistem barter jelas diamalkan oleh masyarakat Sparta
- berlaku perkembangan dalam sistem ekonomi sejak zaman Rom dan Helenistik
- sistem ekonomi Rom berdasarkan sistem ekonomi saradiri

ii. Perdagangan
- perkembangan Bandar-bandar dan pertambahan penduduk menyebabkan sistem barter
berkembang ke ekonomi komersil
- serangan orang Gasar membawa kembali orang Eropah ke sistem barter.
- Perang Salib mengubah sistem ekonomi Eropah pada abad ke-13M
- Sistem ekonomi komersil yang berasaskan perdagangan menjadi semakin penting kerana
kemunculan Bandar-bandar dan pusat-pusat perdagangan seperti Venice dan Florence.
- Penemuan jalan perdagangan yang baru

iii. Kapitalisme
- kewujudan negara Bangsa/pengukuhan raja
- perdagangan markantalisme
- gerakan Renaisance menekankan humanisme,sekularismedan individualisme telah melahirkan
masyarakat Eropah yang lebih terbuka dan membawa kepada perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme di Eropah.

Kesimpulan

terdapat pelbagai sistem ekonomi di Barat


Gerakan Renaisance telah membawa kepada perkembangan kapitalisme di Eropah.

34
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

7. Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan ?Jelaskan faktor-faktor yang
menentukan kejayaan pertahanan dan ketahanan sesebuah tamadun manusia.

Pendahuluan

-Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek penting yang membentuk kekuatan sesebuah
tamadun atau negara.
-Ketahanan merujuk kepada keupayaan,kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran
dan penderitaan.Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran atau
peperangan.
-Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan
diri,masyarakat,agama dan negara dari ancaman musuh.
-Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental,ketabahan dan kecekalan dalam
mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh.Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak
bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal,peralatan senjata yang digunakan,taktik dan strategi
serta jenis tentera yang ada.

Isi

Faktor-faktor kejayaan pertahanan dan ketahanan sesebuah tamadun.

1.Kekuatan mental atau psikologi


kekuatan mental atau psikologi banyak bergantung kepada

a)ketinggian semangat tentera-tentera


ketinggian semangat juang seseorang tentera atau ketua pemimpin dalam mengendalikan dan
menghadapi serangan musuh adalah sangat penting yang menjadi pendorong kejayaan.

b)kepimpinan
-sentiasa berfikir,membuat perancangan taktik dan strategi sebagai persediaan dari serangan
musuh.
-Memberi semangat melalui pengucapan atau meniup sebagai jihad atau perang suci atau
pengorbanan sebagai asas peperangan.

c)disiplin
-berkait rapat dengan sikap yang ada dalam diri pemerintah dan tentera dalam menghadpi musuh.
35
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

-Disiplin yang diamalkan merupakan factor yang membolehkan mereka mengalahkan pihak lawan.

2.Kekuatan fizikal.

i)jumlah/bilangan tentera
-merujuk kepada bilangan tentera yang terdapat dalam sesebuah empayar atau kerajaan,contoh
bangsa Rom mempunyai seramai 40000 orang askar (Aulus Platius) yang mengetuai ke kawasan
musuh.Manakala kekuatan sebuah kerajaan lain mungkin mencapai angka ratusan ribu.Bilangan
tentera yang ramai ini akan dapat membantu atau mempertahankan empayar dari serangan musuh.

ii)Peralatan senjata
-peralatan senjata merupakan satu kelengkapan yang sangat penting dalam mempertahankan
sesebuah empayar dari serangan musuh.Penggunaan senjat yang lebih baik atau moden daripada
musuh adalah lebih berkesan daripada senjata tradisi.Contoh Empayar Yunani berjaya mengalahkan
musuh kerana penggunaan senjata seperti meriam dan tarbil.

iii)Taktik
-taktik merupakan salah satu factor yang membantu kejayaan.Taktik adalah satu tindakan di medan
perang.Ia boleh ditakrifkan sebagai satu cara atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu serangan
atau pertahanan.Pelbagai taktik diguna setiap bangsa bagi menewaskan musuh atau mempertahankn
diri dari serangan luar.Contoh tentera Rom menggunakan taktik perisik rahsia.

iv)Strategi
-satu seni tipu muslihat atau merancang dan mengatur untuk memperdaya musuh atau dianggap
sebagai kebijaksanaan dalam mengendalikan peperangan.Contoh Empayar China telah menggunakan
tanglung pada waktu malam sebagai isyarat dan melakukan serang hendap.Membuat pembahagian
tentera iaitu tentera berbaris dan berdiri rapat bagi menghalang musuh dan sebagainya.

v)Jenis Tentera
Tamadun yang mempunyai pelbagai jenis tentera merupakan tentera darat iaitu terdiri daripada
pasukan berkuda,berjalan kaki,pasukan bergajah dan sebagainya.Contoh Tamadun Rom mempunyai
pasukan tentera berjalan kaki,berkuda dan bergajah.Terdapat juga tentera atau armada laut yang
bertugas sebagai peronda dan tentera kapal penyarang.Contoh Tamadun China ada tentera laut
yang mempunyai pasukan kapal peronda di laut bagi mengawal keadaan laut dari ancaman musuh.

Kesimpulan

-Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek yang penting dalam membentuk kekuatan sesebuah
tamadun.Ketahanan dan pertahanan bergantung kepada kekuatan mental dan
fizikal,peralatan,senjata,taktik dan strategi serta jenis-jenis tentera.
-(Apa-apa jawapan yang munasabah dan relevan)

36
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

8. Peperangan memainkan peranan penting dalam perkembangan Pertahanan dan Ketahanan


sesuatu tamadun.Jelaskan organisasi ketenteraan serta taktik dan strategi peperangan tamadun Arab
dan tamadun China

Pendahuluan
-Terangkan konsep pertahanan dan ketahanan
-pergertian organisasi ketenteraan

Isi Jawapan

A). Tamadun Arab

-sebelum kedatangan Islam ,organisasi ketenteraan orang-orang jahiliah tidak teratur.Penduduk Arab
hidup dalam lingkungan kabilah dan bermusuhan dengan kabilah lain.
-peralatan senjata yang digunakan ialah pedang ,lembing dan panah
-zaman Nabi Muhammad organisasi ketenteraan adalah tersusun dan sistematik –banginda ketua panglima
Angkatan Tentera dan mengetuai semua peperangan seperti Badar,Uhud ,Khandak ,Hunain dan lain-lain
-tektik peperangan zaman Nabi ;[buat ulasan /berikan contoh]

a) membuat perjanjian persahabatan


b) menguji keimanan umat islam
c) mengunakan kepintaran untuk mengetahui jumlah musuh
d) menguasai tempat strategic
e) menggunakan taktik gerak serentak
f) melakukan penyamaran
g) menggali parit
h) menyalakan api

Zaman khulafah al-Rasyidin

a) ketua Turus Angkatan Tentera dilatik buat pertama kali


b) peralatan senjata- perisai,pedang ,lembing,tombak dan panah
c) kem-kem tentera didirikan –pusat di Basrah ,Kufah,Fustat,Qarawan dan lain-lain
37
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

-zaman khalifah Umar-wujud pasukan berkuda,berjalan kaki ,perkhidmata dan peninjau sayap
belakang.Pasukan tentera laut juga ditubuhkan-serangan keatas Cyprus dan Rom
-zaman Bani Umaiyyah –tentera islam terbahagi kepada lima bahagian ;tentera bahagian tengah .sayap
kiri ,sayap kanan ,depan dan belakang.kem dan kubu tentera dibina meniru system ketenteraan Rom
.Senjata yang digunakan seperti pedang,tombak ,lembing,panah dan perisai.Pasukan tentera laut
diperbesarkan kepada 5 unit .
-zaman Bani Abbasiyyah –tentera terbahagi kepada 3 unit iaitu Arab Utara ,Arab Selatan dan Khurasan –
setiap unit berkuda bersenjatakan lembing dan tentera berjalan kaki. Peralatan digunakan seperti anak
panah,lembing, perisai,menjaniq ,dan dabbabah .Terdapat tentera menjalankan perkhidmatan pengintipan .
-zaman Kerajaan Fatimiyyah tentera Islam terbahagi kepada 3 unit. Mempunyai pasukan tentera
terkuat yang berpusat di Iskandariah ,Damika ,Syria ,Ascaton

B) Tamadun China
-Kesemua kerajaan dalam tamadun China ditubuhkan melalui kaedah ketenteraan.
-Peperangan zaman awal dipengaruhi oleh ritual agama dan peralatan peperangan yang digunakan
ialah pisau kecil ,lembing dan kapak. Sebahagian besar daripada tenteranya terdiri daripada
golongan petani .
-zaman Waring State –kemajuan dalam organisasi ketenteraan dan peralatan senjata. Peperangan
dijalankan secara ekstensif ,teratur dan secara besar –besaran.Tentera zaman ini terdiri daripada
tentera kerahan dan di ketuai tentera-tentera professional- tujuan peperangan untuk mengalah
musuh dan tidak bersifat ritual.Buku2 tentang ketenteraan dihasilkan pada zaman ini-karya Sun
Tzu [seni peperangan]
-taktik dan strategi peperangan tentera China (buat atau beri contoh)
a) membuat persediaan pertahanan
b) menyediakan bekalan yang cukup
c) mengambil lagkah2 keselamatan
d) menyediakan segala peralatan perang
e) memobilisasikan tentera

Kesimpulan

-cara atau tujuan peperangan adalah berbeza


-ujud berbagai organisasi –mengalami perkembangan menbgikut zaman
-kejayaan meluaskan pengaruh dan kekuasaan

38
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

9. Bincangkan taktik dan strategi peperangan pada zaman Graeco-roman dengan peperangan yang
berlaku pada zaman tamadun arab jahiliyyah.

Pengenalan

pengertian graeco-roman
-dikenali sebagai zaman hellesnistik.
-bermula pada 323 sm selepas kematian “Alexander the great” dan berakhir pada 30 sm.
-disinilah munculnya kerajan rom dan agama kristian.
-pada zaman ini ,peperangan dapat mewujudkan empayar yang luas dan terkenal seperti Pax-roman .

zaman tamadun arab jahiliyyah


-berlaku semasa 3 abad
-bermula dari 300 masihi hingga 610m
-pada zaman ini peperangan untuk membawa kemegahan,semangat assabiyyah dan keuntungan yang
besar kepada kabilah atau kelompok suku yang berjaya.

Isi Jawapan

Taktik dan strategi peperangan kepada zaman graeco-roman


-kekuatan tenteranya berkait dengan kecanggihan peralatan ketenteraan yang digunakan.Peralatan
tenteranya dipinjam daripada musuh-musuh yang dikalahkan seperti baju dan helmet besi daripada
orang Etrouscan ,lembing daripada orang sammites, perisai drp. orang cetgos dan pedang bermata
dua daripada orang Iberia.

-terdapat perkembangan dlm. pasukan tentera yg besar, berdisplin dan bersistematik .


-pasukan tentera empayar Rom terdiri drp 2 kategori bsr iaitu legionaries & auxitaris
-pasukan legionaries diambil daripada rakyat rom dan rakyat wilayah jajahan yang diberi
kerakyatan rom melalui pendaftaran.

-pasukan auxitaris terdiri daripada rakyat bukan rom yang akan diberi kerakyatan rom setelah
berkhidmat selama 25 tahun .

39
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

-satu legion mengandungi 6000 orang tentera dan hanya 120 askar berkuda yang diketuai oleh
legatus (ketua pemerintah) yang dilantik oleh maharaja.

-dibawahnya terdapat colonel tribumi dan barisan penunggang kuda.

-semasa pmthn Hadarian (117-138sm) satu lagi kategori baru dlm pasukan tentera iaitu Numeri yg
diambil drp rakyat bkn Rom di sempadan2 wilayah jajahannya.

Taktik dan strategik zaman tamadun arab jahiliah

Zaman pra islam setiap anggota kabilah arab telah di latih dan di asuh berperang sejak kecil
teutama sekali anak lelaki .mereka di latih dan di asuh bermain senjata dan di ajar menunggang
kuda
 Setiap peperangan kebiasaanyan melibatkan semua anggota kabilah , termasuk perempuan dan
kanak-kanak,segala harta benda di bawa bersama ke medan perang .perempuan-perempuan yang
di tawan akan di jadikan gundik ataupun hak milik sendiri yang boleh di perdagangakan sebagai
hamba abdi.

 Alal-alat senjata yang di gunakan ialah tombak ,pedang , dan panah .kebanyaka tenteranya
terdiri daripada tentera infatali atau tentera berjalan kaki

 Tentera berkuda (cavalry) hanya di gunakan pada masa peperangan “serang lari” . pakar-pakar
bedah turut sama dalam ekspedisi tentera .sewaktu berlaku kecederaan ataupun luka ,mereka
menggunakan pisau paras untuk memotong bahagian yang tercedera tanpa mengeluarkan darah
yang banyak

 Alat-alat bunyian seperti gendang,seruni,dan lagu-lagu bersemangat turut dimainkan dalam


perjalanan menuju ke medan peperangan

 Dari segi organisasi tentera,orang Arab zaman pra Islam mempunyai dua puak besar Puak Badwi
yang tinggal di Padang Pasir dan Puak Hadari yang tinggal dikawasan bandar di bahagian Pantai
laut Semenanjung Arab.Kaedah penyusunan tenyera Puak Badwi tidaklah teratur,sementara
puak Hadari lebih teratur. Mereka telah banyak dipengaruhi oleh bangsa Rom dan Parsi.

 Tentera Arab Hadari telah meniru sistem organisasi tentera Rom dan Parsi dengan
membahagikan tentera mereka kepada lima bahagian,iaitu bahagian hadapan ,tengah,belakang
dan bahagian kiri dan kanan yang diisytiharkan sebagai at-Khamis,Syeikh Khabilah diletakkan di
bahagian tengah sebagai pemimpin besar.ini bertujuan memelihara keselamatan syeikh (1
markah)

 Motif peperangan zaman pra Islam berdasarkan asabiyah yang menyebabkan peperangan sering
berlaku dalam peperangan al-Basus.Rom berperang untuk peluasan tanah jajahan
40
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

Kesimpulan

-Apa-apa yang berkaitan

10. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kaultiya pada abad ke 3 SM dengan Nicollo Machiaveli
pada abad ke 16M.

Pengenalan

-Dalam perkembangan ketahanan negara ialah pemikir tentera.Mereka banyak mengemukakan cara-
cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui
ketenteraan.Walaubagaimanapun kaedah yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan nilai
moral dan kemanusiaan

-Seseorang menteri Brahmin di zaman empayar Maurya awal pada abad ke 3SM.idea banyak dapat
dikesan dalam bukunya “Arthasastra atau Science of Gain/Power”.banyak diguankana oleh
pemerntah di India dlm usaha penaklukan dan perluasan kuasa dan wilayah seperti Maharaja asoka
dan Maharaja Chandra Gupta Maurya.banyak dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan
digunakan dalam negara mereka seperti napolean bonarparte di perancis,Otto Von Bismarck di
jerman dan Moa Tong di china

-Nicollo Mchivaeli merupakan seorang tokoh pemikir tentera moden pada abad 16M.Beliau bersaal
drpd Italy dan menghasilkan banyak buku2 berkaitan dengan politik dan ketenteraan banyak
dijelaskan dalam dua buah bukunya iaitu “The Prince” atau Penguasa dan “Art of War” atau Seni
Peperangan”

Isi Jawapan

A). Idea Ketenteraan Kaultiya


1. Tentang hubungan antara negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kpd 6 pertimbangan

a) keamanan
b) peperangan
c) menunggu masa untuk musuh memulakan serangan
d) menyernag dahulu
e) mengadakan persekutuan denagn musuh
f) dasar duaan iaitu persekutuan dengan stau pihak dan berperang dengan satu pihak yang lain
g)
2. Empat cara untuk menang peperangan
41
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

a) pujukan melalui ucapan yang menawan hati


b)memujuk dengan memberi rasuah
c)Semai benih pepecahan untuk melemahkan musuh
d)Jika gagal usaha-usaah tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang Penakluk


a) harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dan kekuatan musuh
b) kemahiran dalam mengadakan komplot lbh baik drpd kegagahan dan kehandalan berperang
c) jika peperangan tidak ada kemenanagn dan memakan masa yang panjang,raja perlu guan jln
lain yang tidak jujur seperti sabotaj,rasuah,guna pelacur dll

4. Kaitkan dgn spiritual/keagamaan seperi


a)berjuang hingga mati untuk capai matlamat spiritual
b)kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan
capai nirwana

B). Idea ketenteraan Machiavaeli

1. dapat dilihat melalui bukunya “The Prince” di mana beliau menyarankan cara bagaimana seorang raja
harus mengekalkan kuasa.kerajaan adalah matlamat raja.Jika raja mendapati kedudukannya
tergugat disebabkan oleh seorang penasihat yang tidak jujur,maka raaj harus m,engorbankannya
untuk kepentinagn sendiri seperti membunuh,penjara,melucut jawatan dan sebagainya.
2. Memperkenalakan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian , peperangan ,
imperialisme , sifat tamak , kejam , tidak berperi kemanusiaan dan sebagainya . Kesannya lahir
pemimpin raja raja negara bangsa yang tamak , zalim , gila kuasa , berlaku perang saudara dan
sebagainya .
3. Melalui bukunya “ Art of War” menekankan asas setiap negara adalah undang undang dan senjata
yang baik . Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui
berperang , cara diorganisaikan dan disiplin . Banyak di praktis di Perancis dan Sepanyol pada abad
ke 16m
4. Prinsip prinsip utama dalam ketenteraan seperti :

 Menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalankan kaki


 Mengutuk tentera yang berkerja semata mata untuk wang
 Pasukan tambahan yang dianggap tidak sesuai untuk mentadbir
 Menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan dan
 Melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar
berkuda

5. Menjelang abad ke 16 , semua usaha untuk mendapatkan perlindungan mutlak di medan peperangan
di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi . Baju di reka untuk melindungi bahagian
tubuh badan penting sahaja . Penekanan kepada senjata senjata yang superior

Kesimpulan

42
Modul Soalan Sejarah 1 – STPM Bahagian B – Tamdun Islam . www.mrazman.co.cc

Kedua dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka . Kedua
duanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempunyai persamaan iaitu
menggunakan falsafah “matlamat menghalalkan cara”

43

You might also like