You are on page 1of 1

SMK Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan

megahnya berdiri teguh di sebuah cangkat dan dikelilingi bukit-bukau yang menjadikan sekolah ini
sebuah tempat yang strategik dan berpotensi untuk terus maju.

SMK Seksyen 5 Wangsa Maju terletak bersebelahan dengan Kuala Lumpur Sub-urban Centre yang kini
merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dan tidak asing lagi di kalangan penduduk
Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekolah ini telah dibuka pada 1 haribulan Disember 1993, mula beroperasi dengan 13 orang tenaga
pengajar yang terdiri daripada wanita sahaja, seorang pembantu tadbir, dan 2 orang pembantu am
rendah.

Ketika sekolah ini mula dibuka, jumlah kelas yang wujud hanyalah sebanyak 6 buah bilik darjah. 4 buah
diperuntukkan untuk para pelajar Tingkatan 1 manakala yang selebihnya dibuka bagi pelajar-pelajar
Tingkatan 2. Kini, jumlah kelas bagi sekolah ini ialah sebanyak 65 buah (pagi dan petang) termasuk 12
buah kelas bermasalah pendidikan (PKP).

Dari tahun ke tahun, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik
mahupun ko-kurikulum. Sehingga hari ini sekolah ini terus mencipta nama dalam bidang Kurikulum dan
Ko-Kurikulum dibawah pentadbiran sekarang iaitu Pn Hajah Habshah bt Abdul Kudus bersama dengan
kira kira 138 guru bagi membimbing 1878 pelajar dengan penuh semangat untuk membentuk insan yang
berguna.

You might also like