You are on page 1of 34

TEKNIK PENGAJARAN

BACAAN
::MEMBACA::
• Membaca merupakan satu
bentuk komunikasi.

• Membaca merupakan
percantuman beberapa proses
yang kompleks iaitu proses
mengamati, mengingat,
mendengar, membezakan bunyi-
bunyi dengan tepat, menyebut
lambang-lambang huruf,
menggabungkan bunyi
membentuk perkataan dan
memindahkan lambang-
lambang yang dibaca kepada
sistem kognitif untuk
JENIS MASALAH BACAAN
Membuang/meninggalkan bunyi huruf,
perkataan, dan imbuhan (omission)
Pengulangan (repetition)
Penggantian (substitute)
Penambahan (insertion)
Pembalikan (reversals)
Tidak kenal huruf
Salah sebutan
TEKNIK
PENGAJAR
AN
BACAAN
KAEDAH
VAK

KAEDAH
FERNALD

KAEDAH
PELBAGAI
DERIA
(VAKT)
KAEDAH
GILLINGHA
M
KAEDAH VISUAL, AUDIO,
KINESTETIK (VAK)
KAEDAH VAK

V – Visual
A – Audio
K - Kinestetik
Kaedah VAK menggabungkan deria
penglihatan dan pendengaran dengan tulisan
(kinestetik atau pergerakan).
Dalam kaedah ini murid melihat dan
menyebut perkataan sambil menulis
perkataan itu berdasarkan ingatannya. 
• Kaedah VAK menggunakan prosedur
pengajaran seperti berikut, iaitu
pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak
dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan
ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan
perkataan asal
• Prosedur VAK ini diulang-ulang
KAEDAH VAKT
(MULTISENSORY READING
METHOD)
• Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT
yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
• Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan”
dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa
rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan
mengukuhkan pembelajaran .

• Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:


- Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk
mengajar bacaan
- Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x
10”
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas
kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat
surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir,
.* Penyurihan/Tracing

Proses melakar dengan meniru lukisan asal


menggunakan pensel atau alat tajam dan
kertas surih atau kotak surih
UNTUK BELAJAR HURUF
MELALUI KAEDAH VAKT,
MURID HENDAKLAH ;
Lihat huruf (V)
Dengar guru sebut huruf (A)
Menyebut huruf (A)
Dengar huruf yang disebut (A)
Rasa pergerakan otot semasa membuat
surihan huruf (K)
Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
Dengar sendiri huruf yang disebut semasa
membuat surihan (A)
• Kaedah VAKT dijadikan asas kepada
model-model pengajaran bacaan yang lebih
perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald,
Gillingham, dan lain-lain.
::KAEDAH FERNALD::
• Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald
G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami
masalah bacaan yang teruk.
• Kaedah ini merupakan gabungan
pendekatan pengalaman bahasa dan
pembelajaran berasaskan pendekatan
pelbagai deria (VAKT).
• Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran
secara individu.
TERDAPAT 4 PERINGKAT
DALAM KAEDAH INI;
i. Menyurih (tracing) dan menulis
berdasarkan ingatan satu perkataan yang
diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan
yang diberi.
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan
yang dijumpai dalam petikan.
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight
words) yang terdapat dalam teks.
PERINGKAT 1
- Guru menulis perkataan dengan besar
menggunakan krayon di atas kertas. 
- Murid menyurih huruf-huruf dengan jari (T –
K) sambil menyebut dan mendengar sebutan
perkataan itu (A).
- Murid juga memandang perkataan itu semasa
membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh
menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan
yang telah dipelajari.
PERINGKAT 2
• Murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi
hanya melihat perkataan yang guru tulis,
menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
• Murid meneruskan menulis cerita dan
menyimpan fail perkataan.
PERINGKAT 3
• Murid belajar perkataan baru dengan melihat,
menyebut, dan menulisnya terus daripada
perkataan-perkataan bercetak (teks).
• Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada
tahap ini murid sudah boleh membaca daripada
buku.
PERINGKAT 4
• Murid dapat mengecam perkataan-
perkataan baru berdasarkan persamaannya
dengan perkataan-perkataan yang tercetak,
atau bahagian-bahagian perkataan yang
sudah dipelajari.
• Murid sudah boleh menggunakan
kemahiran bacaan untuk mengembangkan
minat membaca.
• Kesimpulannya, kaedah Fernald
menggunakan pengalaman bahasa pelajar
dan kaedah VAKT.
• Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu
yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi


pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai
mengikut urutan,dan
iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi
masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia,
murid pemulihan, dan murid PKBP.
::KAEDAH
GILLINGHAM::
• Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham
dan Stillman pada tahun 1970-an
difokuskan untuk mengajar bacaan kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah
bacaan yang sangat teruk.
• Kaedah ini mengambil masa yang lama dan
langkah-langkah pengajaran hendaklah
dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan
lima sesi pengajaran seminggu untuk
selama dua tahun (minimum).
• Kaedah Gillingham menumpukan
penstrukturan pengajaran yang tinggi
dan berorientasikan pendekatan fonetik
yang menggunakan teknik surihan
(tracing) untuk mengajar huruf tunggal
dan bunyi yang bersamaan dengannya.
• Kaedah Gillingham menekankan
pendekatan pelbagai deria yang terdiri
daripada enam kesatuan deria yang
sangat penting pada peringkat
permulaan mengajar huruf –huruf.
6 KESATUAN ASAS
KAEDAH GILLINGHAM
i. V-A (Visual-Auditory).
Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan
dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-
bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual).


Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan
imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic).


Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan
pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory).
Tangan murid didibantu untuk menyurih atau
menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau
bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic).


Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan
pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual).


Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis
dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.
LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN KAEDAH
GILLINGHAM…
LANGKAH 1
- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu
huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut
sebutan guru
- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf
dan murid mengikutnya.
- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”
LANGKAH 2
• Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru
membunyikan mengikut huruf. 

• Soalan guru;
• “Berikan nama huruf yang bunyinya [ a ] .
Guru menggunakan strategi ejaan lisan
LANGKAH 3
• Guru menulis huruf dan menerangkan
bentuknya.
• Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar,
pandang, dan membunyikan huruf itu.
• Guru mula memperkenalkan tulisan
sambung.
• Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan
dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf
menjadi perkataan.
::KESIMPULAN::
• Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah
berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian
terhadap hakikat ini.
• Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam
kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
• Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan
semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu
mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.
• Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan menarik.
• Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang
teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas,
kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai
digunakan.
::SUMBER RUJUKAN::

• Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa


Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
• http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kaeda
h-pengajaran-bacaan/

• http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-
membaca.html
• http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kena
li-kaedah-mengajar-membaca-sukukata/
TERIMA
KASIH…

You might also like