You are on page 1of 11

MASALAH BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENDAHULUAN

Setiap insan istimewa tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia dalam

keadaan yang serba kekurangan. Jika diberi peluang, mereka juga mahu

menikmati kehidupan normal seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar

berkomunikasi, dan pantas berfikir. Kekurangan mereka tidak seharusnya

dipersendakan dan dipertikaikan masyarakat, apatah lagi menganggap mereka

sebagai beban. Anggapan yang positif seharusnya diterapkan dalam minda

setiap kali menilai tentang golongan istimewa yang juga dikenali sebagai orang

kurang upaya (OKU).

Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat, golongan kurang upaya ditakrifkan

sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sebahagian atau seluruh

keperluan hidupnya sebagaimana insan normal yang lain, atau tidak dapat hidup

bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada fizikal atau

mental yang berpunca sejak lahir atau hilang upaya selepas lahir. Terdapat

beberapa masalah yang boleh diketengahkan di dalam bidang pendidikan khas

ini.

1
2.0 PENTADBIRAN / SEKOLAH

Umum mengetahui bahawa pentadbiran sekolah merupakan organisasi yang

paling penting di sekolah dalam memastikan dan menguruskan operasi sekolah

dengan baik. Pentadbiran sekolah biasanya merangkumi aspek pentadbiran

kurikulum, kokurikulum, kewangan, penempatan dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, terdapat pihak pentadbir sekolah yang kurang menghayati

pelaksanaan pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah mereka.

Justeru, program PKBP kurang diberi perhatian. Keadaan ini disebabkan

kebanyakkan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas, dan

pengetahuan mereka tentang kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah

sangat terhad.

Kesannya, kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah tidak melibatkan

kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan ini menyebabkan kanak-kanak

istimewa ini rasa terpinggir dan tidak diperlukan.

Pihak pentadbir kurang memberi tumpuan kepada kelas pendidikan khas kerana

mereka lebih mengutamakan kelas aliran perdana. Pada pendapat mereka,

murid-murid di aliran perdana mempunyai kredibiliti untuk cemerlang dalam

pelajaran sekaligus boleh menaikkan nama dan imej sekolah berbanding murid

pendidikan khas.

2
3.0 GURU

Guru merupakan komponen utama dalam sistem pendidikan. Oleh itu, guru-guru

pendidikan khas seharusnya perlu mempunyai sikap yang paling penting iaitu

sabar dan penyayang dalam mendidik dan menangani masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh kanak-kanak istimewa ini. Selain, guru juga perlu mempunyai

ilmu dan kreativiti yang cukup untuk mendidik murid pendidikan khas. Tetapi

malangnya, tidak ramai guru yang benar-benar boleh mengaplikasikan sikap

tersebut dalam menjadi ’role model’ kepada murid-murid. Ini penting kerana

sudah menjadi kebiasaan pada kanak-kanak istimewa ini dalam meniru

perbuatan melalui pemerhatian orang-orang disekeliling mereka. kesannya,

murid-murid ini akan turut terikut-ikut perwatakan tidak baik guru mereka

sekiranya guru mempamerkan sikap yang tidak sesuai di khalayak mereka.

Selain itu, terdapat juga guru-guru daripada aliran perdana yang memandang

serong terhadap murid pendidikan khas. Mereka menganggap murid-murid

pendidikan khas tidak berpotensi untuk berjaya dan dianggap sebagai beban

kepada mereka. Murid ini sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan

di sekolah. Mereka juga sering dipinggirkan dari segala bantuan seperti KWAPM,

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan biasiswa kerana dianggap sudah

mendapat elaun sara diri dari kebajikan masyarakat.

3
4.0 IBU BAPA

Selain dari itu, peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana apa

yang diajar di sekolah seharusnya dipraktikkan dengan pengawasan ibu bapa di

rumah. Kerjasama mereka sangat diperlukan oleh guru-guru pendidikan khas

bagi memastikan kesinambungan pembelajaran di sekolah dan di rumah. Ini

menunjukkan peranan ibu bapa amat penting dalam membangunkan sahsiah

individu dalam masyarakat. Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda yang

bermaksud:

“seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah

yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau

Majusi”.

Hadis di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya didikan dan bimbingan dari

ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tetapi realitinya, kebanyakan ibu bapa

tidak memberi kerjasama yang sewajarnya kepada guru-guru. Pada pandangan

mereka, kelas pendidikan khas hanyalah seperti pusat asuhan kanak-kanak dan

guru-guru pendidikan khas adalah pengasuhnya. Ibu bapa melepaskan

tanggungjawab menjaga anak mereka kepada guru seperti melepaskan batuk di

tangga. Mereka tidak mengambil peduli kebajikan anak-anak mereka tetapi bijak

mengambil kesempatan terhadap keistimewaan yang diterima oleh anak mereka.

Ini termasuklah menyalahgunakan pemberian wang saraan diri anak mereka

untuk kepentingan diri sendiri. Ibu bapa wajar komited dan pastikan anak

4
mereka mendapat intervensi sewajarnya melalui kerjasama yang mantap antara

rumah dengan sekolah.

Adalah juga disyorkan supaya paduan antara ibu bapa dan guru di sekolah

dieratkan lagi supaya ibu bapa juga memainkan peranan yang sama pentingnya

dengan sekolah atau para guru. Ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi

berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak. Ibu bapa

yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan

dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan

seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah ,

mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam teknologi

pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku

serta latihan - latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan

pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka.

5.0 MASYARAKAT

Satu lagi masalah yang agak besar ialah teladan yang didapati dari masyarakat

sama ada melalui media massa mahu pun melalui contoh sebenar agak

berlawanan juga dengan apa yang cuba diajar kepada mereka. Konflik seperti

inilah amat merbahaya sekali kerana gejala yang negatif itulah yang paling

pantas ditiru, sedangkan contoh teladan yang baik amat sukar dihayati.

5
Selain itu ada juga masyarakat yang tidak berhati perut menindas murid kurang

upaya. Seperti yang tertulis di dalam surat khabar baru-baru ini, di mana

seorang murid lembam telah dirogol di Ampang. Ini menunjukkan bahawa

masyarakat hanya memperlekehkan golongan orang kurang upaya ini. Apa yang

penting di sini ialah setakat mana peranan masyarakat dalam mengintegrasikan

diri mereka dengan kanak-kanak istimewa ini. Pendedahan mengenai golongan

istimewa yang tertindas di kalangan masyarakat adalah kurang. Malah pelbagai

persoalan timbul iaitu "apakah tindakan masyarakat?. Apakah yang dilakukan

oleh dunia luar untuk menyayangi dan mengintegrasikan diri mereka dengan

kanak-kanak istimewa ini? " Apa yang banyak berlaku sekarang ialah golongan

istimewa ini yang terpaksa medekatkan diri mereka dengan masyarakat. Jadi

apa yang penting sekarang ialah masyarakat perlu membuat sesuatu dalam

membantu dan membela nasib golongan ini agar kanak-kanak istimewa ini tidak

rasa terpinngir dan dihargai.

6.0 PELAJAR

Dalam kalangan murid-murid pendidikan khas pula, terdapat murid yang terus

meninggalkan dunia pendidikan kerana masalah kecacatan atau masalah

kesihatan yang dialami. Murid-murid ini mengaggap bahawa pelajaran tidak

penting bagi mereka kerana pada pendapat mereka, tiada apa yang boleh

6
disumbangkan dalam menjana ekonomi keluarga. Kebanyakan dari mereka

berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ibu bapa.

Selain itu, murid-murid pendidikan khas ini juga mempunyai sifat malu. Mereka

mula mempunyai perasaan sedemikian apabila ada segelintir murid-murid dari

aliran perdana sering mengejek mereka. Ini berlaku kerana murid-murid aliran

perdana tidak diberikan kesedaran tentang murid-murid pendidikan khas,

bahawa murid-murid pendidikan khas ini juga ada maruah diri, perlu dihormati

dan perlu berkomunikasi dengan rakan-rakan.

7.0 PENGASINGAN

Pengasingan membawa maksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari

kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran

dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, masih wujud faktor-faktor negatif dari

aspek pengasingan bagi kanak-kanak istimewa ini. Antaranya ialah:

 Kanak-kanak istemewa tidak berpeluang berinteraksi dengan kanak-

kanak yang lain.

 Interaksi dan komunikasi yang terhad boleh menjejaskan perkembangan

sosial kanak-kanak ini.

7
 Guru-guru tidak ada peluang untuk mengikuti program lain kerana

kemahiran yang ada akan digunakan untuk mengajar kanak-kanak

tersebut secara berterusan.

 Pergaulan yang terbatas menyebabkan peluang untuk

memperkembangkan diri juga amat terhad.

 Peluang pekerjaan juga amat terhad memandangkan mereka ini hanya

menguasai kemahiran di dalam bidang-bidang yang tertentu sahaja.

8.0 INTEGRASI

Integrasi bermaksud percantuman. Integrasi bagi kanak-kanak istimewa ini

adalah rancangan percantuman merujuk kepada kanak-kanak luar biasa yang

menerima pendidikan khas di sekolah biasa. Terdapat beberapa masalah yang

dihadapi dalam program integrasi ini. Antara masalah yang wujud ialah:-

8.0.1 Kekurangan tenaga pengajar atau guru-guru khas yang terlatih

untuk mengajar kanak-kanak ini.

Sekarang, terdapat kekangan guru untuk mengajar murid-murid

bermasalah pembelajaran di sekolah. Guru-guru yang sedia ada tidak

dapat menampung jumlah murid bermasalah pembelajaran.

8.0.2 Kekurangan kakitangan khas dari disiplin lain.

8
Kakitangan khas dari disiplin lain dikenali sebagai khidmat sokongan.

Kakitangan disiplin ini mempunyai kemahiran atau kepakaran

tersendiri dalam bidang-bidang tertentu dan berfungsi untuk

mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan

program pendidikan tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat

kekurangan kakitangan khas dalam membantu untuk menjayakan

program ini.

8.0.3 Kurang keyakinan diri

Timbul sifat rendah diri dan kurang yakin diri dikalangan murid-murid

khas apabila bercampur dengan murid-murid normal.

8.0.4 Jurang komunikasi antara murid normal

Wujud jurang dalam perhubungan diantara murid-murid khas dengan

murid-murid normal.

9.0 KESIMPULAN

Pelbagai isu yang perlu ditangani dengan bijak dan profesional. Antara isu yang

memberi kesan besar kepada keberkesanan program Pendidikan Khas ialah

komitmen pelbagai pihak yang signifikan dengan pendidikan murid berkeperluan

9
khas. Dalam isu ini semua pihak wajar memainkan peranan dengan lebih

berkesan.

Ibu bapa dan masyarakat perlu diperjelaskan agar mereka ini lebih memahami

tentang peluang dan keperluan pendidikan murid tersebut. Banyak cabaran yang

harus dihadapi oleh golongan ini dan secara tidak langsung juga melibatkan

keluarga serta golongan yang mendidik mereka. Individu ini mesti dibentuk

dalam membolehkan mereka berdikari seterusnya mempunyai kehidupan sendiri

yang mana tidak perlu bergantung kepada bantuan atau belas kasihan dari

orang lain. Dalam proses pembentukan ini, keluarga memainkan peranan

penting dalam memberi sokongan dan dorongan di samping terdapatnya

pendidikan yang diterapkan oleh pihak sekolah. Malah keprihatinan masyarakat

sekitar juga sama pentingnya dalam membolehkan golongan ini mempunyai

keyakinan diri dalam melakukan sesuatu kerja.

Justeru, dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan pendidikan khas dan

lebih ramai anak istimewa yang berjaya di negara ini, ia bukan saja tertumpu

merangka program pembelajaran, tetapi termasuklah menyediakan prasarana

yang khusus untuk golongan berkenaan di samping, memberi sokongan kepada

tenaga pendidik kanak-kanak istimewa. Kesabaran membimbing dan mengajar

anak-anak istimewa ini amat penting agar mereka terus berkeyakinan dan

bersemangat mempelajari sesuatu perkara yang diminati.

10
BIBLIOGRAFI

SUMBER INTERNET:-

1. http://elib.unitar.edu.my/staffpublications/datuk/SistemPendidikanKebangs

aan.pdf

2. http://www.eyenursery.com/pendidikan-kanak-kanak/69-peranan-ibu-

bapa-dalam-meningkatkan-potensi-anak-anak.html

3. http://cputsungai.blogspot.com/2008/12/isu-dan-cabaran-pendidikan-

khas.html

4. http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf

11

You might also like