You are on page 1of 23

Sejarah Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di
Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan
seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang
dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu
tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India
semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa
kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman
kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London,
menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860,
tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire,


yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The
Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di
India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini
dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893,
Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut
ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan
sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13
September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan
Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada
1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan


Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada,
Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales
sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan
ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat


antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia,
termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia
merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten
sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat
antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
Kemudahan dan peralatan

1. Gelanggang
Gelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter
panjang dan 6.10 meter lebar. Manakala bagi acara perseorangan, ukuran panjang
adalah sama, tetapi ukuran lebar adalah 5.18 meter. Manakala garisan untuk pukulan
pendek berukuran 1.98 meter dari jaring. Pemukul hendaklah berdiri di belakang
garisan ini untuk membuat pukulan mula di dalam kawasan pukulan. Hantaran pukulan
mestilah bertentangan dengan pihak lawan untuk memulakan permainan. Kawasan
pukulan belakang pula berukuran 3.96 meter dari kawasan pukulan pendek hingga
garisan pukulan belakang. Untuk kawasan belakang berukuran 0.76 meter dari garisan
pukulan belakang hingga garisan sempadan belakang. Garisan tengah bertujuan untuk
memisahkan antara gelanggang pukulan kanan dan gelanggang pukulan kiri.
2. Raket
 Mempunyai berat 80 hingga 100 gram dan diperbuat daripada besi,
aluminium atau grafit.
 Secara umumnya raket dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a) Raket dua bahagian (Two-piece racket)
b) Raket satu bahagian (one-piece racket)
 Raket dua bahagian- kepalanya disambung ke shaft dengan satu aloi zink
berbentuk T.
 Raket satu bahagian- dibentuk dibawah suhu dan tekanan yang tinggi.

3. Bulu Tangkis
 Terdapat dua jenis bulu tangkis:
a) Bulu tangkis bulu
b) Bulu tangkis nilon plastic
 Bulu tangkis lebih mahal dan tidak tahan lama.
 Mempunyai berat antara 4.74 gram hingga 5.50 gram.
 16 bulu dipasanga pada pangkal gabus dilindungi lapisan halus daripda kulit
binatang atau bahan- bahan yang seakan dengannya.
Peraturan Permainan

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

1. Sistem Pemarkahan
 Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
 Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
 Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan
diberikan kepada pemain.
 Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
 Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang
dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi
permainan tersebut.
 Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan
pada set kedua.

2. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan


 Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain
mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
 Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
 Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan
apabila mendahului dengan 11 mata.
3. Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia
 Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi
kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu
lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
 Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation
(BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan
dan beregu :
 Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang
disertai
 Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah
apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan
setahun
 Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
 Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya
menang
 Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
 Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira
berpandukan kedudukan dunia.
Kemahiran Asas Badminton

1. Jenis Pegangan Raket


 Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan(forehand) dan
pegangan kilas (backhand).
 Cara memegang raket forehand.
1) Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping.
Pegang raket denga cara seperti ‘jabat tangan’. Bentuk “V” tangan
diletakkan pada bahagian gagang raket.
2) Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam
raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.
3) Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.

 Cara memegang raket backhand


1) Bentuk ‘V’ menuju sedikit ke kiri kepala raket dengan tali-tali
kelihatan.
2. Pergerakan dan Gerak Kaki
Corak pergerakan dalma badminton adalah seperti berikut:
a) Posisi bersedia di tengah petak yang dipanggil bes.
b) Bergerak ke arah pukulan – bermula pergerakan kaki dan langkah
terakhir.
c) Posisi yang seimbang semasa melakukan pukulan.
d) Pemulihan untuk balik ke bes dan posisi bersedia.
3. Posisi Bersedia
Terdapat dua jenis posisi bersedia iaitu:
a) Rali bersedia
b) Posisi bersedia untuk kembalikan servis

a. Rali Bersedia (Rally Ready)


 Pemain bersedia untuk membuat pukulan pendek, pukulan smesy atau
membuat pukulan drop.
 Ia menyenangkan pemain untuk bergerak ke belakang dank e depan
dengan efektif.
 Buku lali dan lutut haruslah dibengkokkan sedikit dan bongkokkan
badan ke hadapan sedikit.
 Berat badan pemain haruslah dibebankan pada kaki supaya ia
menyenangkan pemain untuk melakukan sebarang pergerakan.
 Lengan haruslah berada di depan badan dengan memegang raket
yang dihalakan ke atas yang mana raket raket yang dipegang ialah
pada aras pinggang – bersedia untuk membuat pukulan forehand
ataupun backhand.
 Badan haruslah berada pada posisi yang seimbang dan rileks.
Pukulan Asas
1. Servis
 Teknik Memulakan Servis
1. Servis Forehand Pendek
 Bulu tangkis harus dipukul denga ayunan raket yang relative pendek.
 Pada saat berkenaan, kepala raket dan bulu tangkis, siku dalam
keadaan bengkok, untuk menghindari penggunaan tenaga
pergelangan tangan, dan perhatikan peralihan titik berat badan anda.
 Cara latihannya adalah menggunakan sejumlah kok dan dilakukan
secara berulang-ulang.
2. Servis Forehand Tinggi
 Kok harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh agar kok
melayang tinggi dan jatuh tegal lurus di bahagian belakang garis
lapangan lawan.
 Saat, memukul kok, kedua kaki terbuka selebar pinggul dan kedua
telapak kaki senantiasa kontak dengan lantai.
 Perhatikan gerakan ayunan raket. Ke belakang, ke depan dan setelah
melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna serta diikuti
gerak peralihan titik berat badan dari kaki belakang ke kaki depan
yang harus berlangsung kontinu dan harmonis.
 Biasanya selalu berkosentrasi sebelum memukul kok.

3. Servis Backhand
 Berdiri dengan kaki kanan di depan kaki kiri, dengan hujung kaki
kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua kaki terbuka
selebar pinggul, lutut dibengkokkan.
 Ayunan raket yang relatif pendek, sehingga kok hanyan didorong
dengan bantuan peralihan berat badan dari belakang ke kaki hadapan.
Hindari menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan.
 Sebelum membuat servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan,
sehingga dapat mengarahkan kok ke sasaran yang tepat dan sesuai
perkiraan.

Kesalahan Dalam Servis


1. Pada saat memukul bola, kepala raket lebih tinggi atau sejajar dengan grip raket.
2. Titik perkenaan kok, kepala raket lebih tinggi dari pinggang.
3. Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan.
4. Kaki kiri melakukan langkah.
5. Kaki kanan melangkah sebelum kok dipukul.
6. Rangkaian mengayun raket dan memukul kok tidak boleh terputus.
7. Penerima servis bergerak sebelum kok servis dipukul.

4. Underhand
 Terdapat dua jenis pukulan underhand:
a) Clear underhand, pukulan yang diarahkan tinggi ke belakang.
b) Flick underhand, pukulan mendatar kea rah belakang.
 Pegangan raket forehand untuk underhand forehand, dan pegangan
backhand untuk underhand backhand.
 Pergelangan tangan agak bengkok ke belakang, siku juga agak bengkok.
 Sambil melangkahkan kaki kanan ke depan, ayunkan raket ke belakang
lalu pukul bola dan pada saat perkenaan bola, posisi tangan lurus.
 Bola dipukul kira-kira dekat kaki kanan bahagian luar.
 Posisi akhir raket sesuai arah bola.

5. Overhead Clear/Lob
 Dua jenis overhead lob:
a) Deep lob/Clear, bolanya tinggi ke belakang.
b) Attacking lob/Clear, bolanya tidak terlalu tinggi
 Pergunakan pegangan forehand, pegang raket dengan arah net. Posisi
kaki kanan berada diblekang kaki kiri dan pada saat memukul bola, harus
terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.
 Posisi badan harus diupayakan selalu berada di belakang bola.
 Bola dipukul seperti gerkan melempar.
 Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus. Posisi akhir raket
mengikuti arah bola, lalu dilepaskan, sedang raket jatuh didepan badan.
 Lecutkan pergelangan (raket) saat kena bola.

6. Smesy
 Merupakan pukulan serangan yang muktamad.
 Digunakan untuk menamatkan rali, menambahkan satu mata atau untuk
merampas balik servis.
 Gunakan cara pegangan pukul hadapan.
 Posisi badan ialah sama dengan yang digunakan dalam pukul lepas.
Persamaan ini memberi elemen mengejut kerana lawan tidak akan dapat
memastikan jenis strok yang akan digunakan.
 Aksi memukulnya lebih pantas daripada pergerakan pukul lepas. Kuasa
smesy didapati daripada kelajuan kepala raket semasa ia memukul bulu
tangkis.
 Poin kontak bulu tangkis dan raket adalah di hadapan badan. Muka raket
disudutkan ke bawah.
 Satu smesy penuh dari garisan belakang harus mendarat di kawasan
petak tengah.

7. Pukulan Junam (Dropshot)


 Pukulan dibuat dengan kelajuan yang kurang berbanding dengan pukulan
smesy.
 Pergunakan pegangan forehand. Pegang raket dan posisinya di samping
bahu.
 Posisi badan menyamping dengan arah net, posisi kaki kanan berada di
belakang kaki kiri. Pada saat memukul bola, harus terjadi perpindahan
beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.
 Posisi badan harus selalu diupayakan berada di belakang bola.
 Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus, menjangkau bola dan
dorong denga sentuhan halus.
 Untuk arah forehand lawan, pukul bagian lengkungan bola sebelah kanan
dan lengkung kiri bola untuk tujuan backhand.
 Posisi akhir raket mengikuti arah bola. Biasakan bergerak cepat
mengambil posisi pukul yang tepat di belakang kok.
 Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada saat dan
setelah memukul kok.
 Kok harus dipukul dengan sikap lengan lurus dan hanya mebggunakan
tenaga kecil.

8. Netting
 Pukulan yang dilakukan menghampiri net.
 Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk
backhand samping net.
 Siku agak bengkok dan pergelangan ditekuk sedikit ke belakang.
 Pada saat memukul, kaki kanan berada di depan dan bola dipukul pada
posisi setinggi mungkin.
 Sesaat sebelum perkenaan bola, buat tarikan kecil dan pergelangan
tangan. pukul bola pada bagian lengkuankanan dan kiri sampai pada
bagian bawah bola. Akhir kepala raket menghadap atau sejajar denga
langit-langit.

9. Drive
 Pukualn cepat dan mendatar
 Bertujuan untuk menghindari lawan menyerang atau sebaliknya
memaksa lawn mengangkat bola dan berada pada posisi bertahan.
 Pegangan raket dengan satu grip/cepat berpindah.
 Selain kekuatan bahu, gunakan lecutan pergelangan pada saat bola
dipukul.

 Teknik Membalas Pukulan


Kesilapan-kesilapan umum

Kemahiran Kesilapan Akibatnya


1. Kaki sangat rapat.  Kesalan kaki pada
2. Ayunan raket dan poin kontak servis.
berdekatan badan.  Pukulan kurang kuat
3. Bulu tangkis dilambung dan untuk mendapatkan
Servis Panjang bukan dilepaskan. jarak dan ketinggian
yang mencukupi.
 Menambahkan
kemungkinan kesilapan
lain.
1. Menggunakan pergelangan  Bulu tangkis terus naik
Servis Pendek tangan dan bukan aksi lengan terlalu tinggi di atas
bawah yang sama. jaring.
1. Lengan tidak lurus/memanjang  Kehilangan kuasa dan
semasa bulu tangkis tidak trajektori.
dipukul.
Pukul Tinggi
2. Bulu tangkis dipukul jauh di
belakang atau dihadapan
badan.
1. Poin kontak bulu tangkis raket  Trajektori yang lemah.
di atas atau belakang garis  Kehilangan aspek
badan dan bukan di hadapan pengaturan masa ,
Smesy
badan. kuasa dan trajektori.
2. Tidak bergerak dan mengambil
posisi dengan cukup pantas.
1. Aksi lengan diperlahankan  Tiada penipuan.
terlalu awal sebelum poin  Mendedahkan arah
kontak bulu tangkis raket. pukulan.
Pukulan Junam
2. Bulu tangkis tidakdiltakkan
denga cukup tinggi (siku dan
lengan bengkok)
1. Tidak mengambil bulu tangkis  Tidak berupaya
seberapa tinggi yang boleh. menyerang. Menukar
2. Berat badan berada di atas kaki pukulan menjadi
beraket semasa bulu tangkis. pertahanan dan
kemungkinan lebih
Pukulan Jaring kesilapan akan berlaku.
 Pemulihan lambat.
Pemulihan lebih cepat
jika berat badan berada
di antara kaki depan
dan belakang.
Cadangan Latihan
Kategori Permainan

1. Permainan Perseorangan
 Gerak pantas ke arah bulu tangkis dan tidak menunggunya. Buat pukulan
balas seawal yang munking supaya pihak lawan kesuntukan masa untuk
bertindak balas.
 Balik ke bes (pusat gelanggang) setiap kali selepas membuat pukulan supaya
bersedia dan mudah untuk bertindak selanjutnya.
 Buat antisipasi (agakan) untuk persediaan lebih awal.
 Lakukan serangan yang memaksa pihak lawan terkeluar dari posisi
bersedianya yang akan menyukarkannya membuat pukualn balas.
 Kenal pasti kelemahan utama pihak lawan dan arahkan pukulan kencang ke
bahagian kelemahannya untuk mendapat mata serta menggoncang
keyakinannya.
 Gunakan kekuatan atau kelebihan anda sebagai senjata untuk menyerang
pihak lawan supaya mengurangkan peluangnya membalas dengan serangan.
 Memaksa pihak lawan bermain mengikut rentak anda dan tidak sebaliknya.
2. Permainan Beregu
o Pemain tidak dibenarkan membuat dua pukulan berturut-turut untuk
menghantar bulu tangkis ke gelanggang lawan.
o Serangan dan pertahanan pemain adalah terserlah kepada kebijaksanaan
kedua-dua pemain.
o Bilangan set bagi menentukan kemenangan dalam permainan badminton
adalah dua atau tiga set. Dalam set kedua, pemain akan bertukar
gelanggang.
o Permainan akan ditambahkan satu set lagi jika kedua-dua pemain atau regu
seri 1-1 dalam dua set yang ditetapkan bagi menentukan pemenangnya.
o Dalam permainan badminton. Tiada had masa yang ditetapkan untuk
menghabiskan satu-satu permainan.
o Mana-mana pemain atau regu yang berjaya memperoleh mata 15 dahulu
dikira sebagai pemenang, namun untuk acara perseorangan wanita mata 11
menentukan pemenang set.
o Pihak yang membuat servis sahaja yang boleh menambahkan mata.
3. Pengiraan mata untuk badminton adalah seperti berikut:
 Penentuan mata kemenangan bagi perseorangan wanita adalah pemain yang
berjaya memperoleh mata 11 dahulu. Jika kedudukan mata 10-10, maka tiga
mata tambahan akan diberikan.
 Mata penamat permainan regu lelaki dan wanita, perseorangan lelaki dan
regu campuran ialah 15. Mata tambahan sebanyak tiga mata diberikan jika
kedudukan berada pada mata 14-14. Pilihan mata tambahan hanya boleh
dibuat oleh pemain yang memperoleh mata 14 dahulu. Pemain itu juga
berhak meneruskan permainan tanpa penambahan mata.
 Secara ringkas dan jelas, pengiraan mata yang terkini berkuat kuasa dari
tarikh 15 April 2003 adalah seperti berikut:

Mata untuk set Skor terakhir


Acara Mata “setting” Mata set
biasa dalam set
Perseorangan
15 14 3 17
lelaki
Perseorangan
11 10 3 13
wanita
Regu lelaki 15 14 3 17
Regu wanita 15 14 3 17
Regu
15 14 3 17
campuran

 Setelah tamat satu set permainan, pemain akan bertukar gelanggang dengan
pihak lawannya. Pertukaran gelanggan berlaku selepas tamat permainan set
pertama dan dalam set ketiga, apabila salah seorang pemain mencapai mata ke-
8 untuk perseorngan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran; dan
angka bagi acara perseorangan wanita. Jika semasa permainan didapati
pemain-pemain tidak bertukar gelanggang seperti yang disyaratkan, maka
pemain hendaklah bertukar apabila disedari dan kiraan mata dikekalkan pada
ketika itu.

You might also like