You are on page 1of 41

SOALAN 1 PETA MINDA

Maksud/
Pengertian
Kebudayaan

Sejarah
Penutup/ Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Kebudayaan
kesimpulan / Malaysia. di Malaysia
rumusan

Perkembangan
kebudayaan di
Malaysia
SOALAN 1

Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Malaysia.

Pengertian Budaya

Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai
kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan
yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas
kepada pertumbuhan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan
oleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul
sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka
menganalisis dan membuat kesimpulan.

Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata
Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan
dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian
“daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran
manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata
singkat daripada kebudayaan.

Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota
masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai,
peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil
dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.
Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.
Sejarah Kebudayaan Kebangsaan

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam


proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini
sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang
teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa
dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara


membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti
akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, newujud dan mengekalkan identiti negara
di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan
fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan
serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai
sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai
unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang aemikian, sebagai satu proses yang berterusan,
penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga
prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini.


Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya
Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan
Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh
persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu -
Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-
nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti
dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan
Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang
kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat
dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya
dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan
negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam member
panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-
kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di
samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan
penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-
usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian


yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas


Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan
Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan- pertubuhan kebudayaan.
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan
strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan,
pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke
arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia
perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi
mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan
antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam
pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing
dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah


Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara umumnya
pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.
Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan,
proses penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke
satu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru
usianya (iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada
tahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam
telahpun dilaksanakan.
Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan sejak kebelakangan ini.

Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan-
perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di
peringkat rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia
telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, ada kalangan yang
mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses
penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak harus ditimbulkan.
Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun yang
melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. Di
peringkat menengah pula, Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru
bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India
meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama
menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program
dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia. Tidak
ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan
sebagai hari kelepasan am. Namun demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan
kekesanan pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan
sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau dua dekad.

Antara kelemahan-kelemahan pencapaian dan masalah yang wujud kebelakangan ini


adalah berpunca daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana
perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Perkara ini jelas kelihatan di dalam
pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan taman-taman perumahan,
perbandaran, seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia, kemasukan
unsur-unsur seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal
rantau ini. Kejayaan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini adalah bergantung kepada
peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendali dan
melaksanakan dasar ini. Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua adalah
penting bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

Penutup
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia
yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa
yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan
cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan
akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang
dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.

(Sumber : Pejabat Perdana Menteri)


Perkembangan kebudayaan di Malaysia.

Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi
memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu
harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.

Anika budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan
ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk
mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti “barat” dan “timur”; primitif dan moden;
tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise.
Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya
terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

Proses perubahan/perkembangan kebudayaan


Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke
masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk
reformasi atau revolusi.

Evolusi budaya.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil
masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada
tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam
jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih
bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.

Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan “directional
processes” yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses
“recurrent”.
Inovasi
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang
tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta
dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan
itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.

Perkembangan Budaya Popular

Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan
pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden di
Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh
pemerintah kolonial. Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan
fenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga
sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi
memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular.
Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan
kemunculan budaya popular Melayu.

Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup
penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik
ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi
mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza
daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur
budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.

Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan,
mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsur
budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi
keperluan orang ramai.

Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan


perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan
itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan,
dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat
dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-
bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.

Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak
pengusaha menguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri
yang lain juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan
adalah selaras dengan cita rasa budaya orang ramai. Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui
proses modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan
perubahan untuk menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya
popular sebagai komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan
nilai-nilai sosial.

Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluang
pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan
berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh
meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu.

Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru
masyarakat moden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan
terhadap budaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak
lagi bertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional.
Budaya popular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara
yang merupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagian
daripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju.
Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggi
boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.

Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan


asas. Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin
bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian
sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan
lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang
berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan.
Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini
lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang
lebih mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada
kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat.
Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan
ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang
mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi.
Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa
anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.

Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan


penghasilan industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya
menjadi tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan
secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini
unsur-unsur budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan
yang lain juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan
dagangan. Bahan-bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya
berbagai-bagai kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa.
Industri budaya dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati
semakin digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas
dalam pasaran.
Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada
kelas sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup
kelompok-kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara
sub-budaya dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita
berusaha menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang
merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok
sosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan
perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara
kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat
dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan
kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasi
kelompok-kelompok sosial.
RUMUSAN
Perkembangan kebudayaan tersebar luas merentasi kelas sosial. Perkembangannya yang
menawarkan kegiatan komersial memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, dan
memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang yang terlibat dalam industri itu.

Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks
budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang
telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan
pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomenon budaya popular
moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa
pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan “urban product” yang membawa
ciri-ciri kemodenan dan pembandaran.

Perkembangan budaya popular moden membawa kesan-kesan perubahan sosial dan


budaya yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Budaya popular yang tersebar luas itu
membawa kemerosotan kepada budaya tradisi, sedangkan dalam konsep pembinaan budaya
kebangsaan, unsur-unsur budaya tradisional itu sangat penting sebagai lambang jatidiri negara.
Kesannya itu meletakkan budaya rakyat itu menghadapi masalah untuk dapat diterima ramai.
Walau bagaimanapun, Kementerian yang terlibat berusaha di samping memulihara ialah
menghidupkan berbagai jenis seni tradisional dengan cara melibatkan industri budaya dalam
kegiatan pelancongan.

Budaya Melayu tradisional menyatakan aspek ekspresif dan simbolik kehidupan orang
Melayu. Berbagai usaha dilakukan dalam menentukan tradisi itu tidak lenyap begitu sahaja.
Walau bagaimanapun dalam proses globalisasi yang pesat kini, orang Melayu menyedari kesan-
kesan yang kurang baik dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara
maju(Negara-negara zaman pemerintahan kolonial) itu. Ini memberi kesedaran masyarakat
Melayu untuk mengembali dan mempertahankan identiti Melayu itu. Antaranya, ialah dengan
berusaha meletakkan warisan tradisi budaya Melayu di tempat sewajarnya. Namun, unsur-unsur
budaya tradisi itu boleh dipopularkan apabila unsur-unsur budaya itu dapat disesuaikan dengan
keperluan semasa.
Perkembangan budaya popular Melayu itu juga menyatakan dengan jelas dinamiks
budaya Melayu itu. Dan dalam pembinaan budaya kebangsaan, peranan budaya moden dalam
konteks budaya popular itu perlu juga diberikan tumpuan. Tetapi tidak semua bahan budaya
popular itu dapat dianggap penting dalam pembinaan budaya kebangsaan. Pertimbangan mutu
sangat penting dalam meletakkannya sebagai budaya kebangsaan. Adakala orang berpendapat
bahan-bahan budaya popular bermutu rendah, hanya mementingkan pulangan ekonomi semata-
mata. Walau bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan nilai mutu itu, memandangkan penawaran
bahan-bahan budaya itu ialah untuk kepuasan orang ramai. Oleh itu perkara mutu itu juga
sentiasa diberikan perhatian agar penawarannya itu mendapat perhatian orang ramai.

Perkembangan budaya popular itu, terutama bahan-bahan budaya popular dari negara-
negara maju dalam konteks global memberikan persaingan kepada perkembangan budaya
popular Melayu. Pengusaha dan mereka yang terlibat dalam industri budaya berusaha
meningkatkan mutu pengeluaran dan ini merupakan cabaran bagi perkembangan budaya popular
Melayu agar dapat bersaing di pasaran.

Pembangunan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu boleh dianggap


sangat penting untuk mengimbangi pesatnya kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara
maju. Bahan-bahan budaya popular Melayu masih berteraskan kepada nilai-nilai sosial yang
diberikan oleh ajaran Islam. Dengan ini dapat memberikan pilihan kepada orang Melayu yang
kian terdedah dengan bahan-bahan budaya dari luar.

Bahan-bahan budaya dari barat, di samping terdapat nilai-nilai yang patut dicontohi,
terdapat pula nilai-nilai yang dinyatakan dalam perlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai
sosial Melayu dan Islam. Perlakuan itu boleh menimbulkan konflik nilai dan mempengaruhi
golongan muda yang seterusnya boleh membawa berbagai-bagai masalah sosial atau kelainan
budaya.

Kini penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju semakin meluas dalam
berbagai saluran yang tidak mungkin boleh diawasi lagi. Oleh itu, ketahanan diri individu perlu
diperkukuhkan. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai moral dan akhlak yang tinggi
berasaskan Islam bagi membolehkan mereka berhadapan dengan penyebaran bahan-bahan
budaya yang tidak sesuai dengan budaya Melayu dan Islam.

Bahan-bahan budaya popular itu juga memainkan peranan penting dalam membawa
orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Selain itu, melaluinya dapat
dipupuk nilai-nilai sosial secara berkesan kepada orang ramai. Budaya popular itu yang sentiasa
berubah menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai menyalurkan berbagai-bagai
nilai sosial, adakala nilai-nilai sosial itu bercanggah dengan tradisi budaya Melayu dan Islam.
Perkembangan budaya popular itu yang merupakan sebahagian kehidupan moden terdapat kesan-
kesan baik dan buruknya. Impaknya yang begitu meluas sentiasa disedari anggota-anggota
masyarakat. Anggota-anggota masyarakat Melayu perlu dilengkapkan dengan ketahanan diri
yang kuat, terutama asas Islam dan pendidikan, agar orang Melayu mampu menerima cabaran
dan dapat bersaing dalam berbagai bidang dan lapangan berikutan pesatnya proses kemodenan,
urbanisasi dan globalisasi. Bahan-bahan budaya popular itu mendapat populariti berasaskan
peranannya membawa perubahan, pembaharuan dan menyatakan gaya hidup moden dan
bandaran.

Tidak dapat dinafikan lagi peranan fenomenon budaya popular itu dalam kehidupan
masyarakat Melayu moden kini yang perkembangannya semakin meluas dan merupakan
sebahagian daripada fenomenon budaya moden. Semua pihak perlu memahami kepentingan dan
peranan budaya popular dari aspek positifnya, iaitu budaya popular itu boleh memberikan
sumbangan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya. Untuk meletakkan budaya
Melayu sebagai budaya kebangsaan yang berteraskan Islam, maka budaya popular itu perlu
digunakan seluasnya agar dapat memberikan kesan yang baik, terutama kepada generasi muda.
Bahan-bahan budaya popular itu juga boleh digunakan dengan berkesan sebagai saluran
pemupukan nilai-nilai sosial yang berteraskan Islam, khususnya ke arah pembangunan orang
Melayu. Dalam perancangan pembangunan sosial dan kebudayaan, peranan dan kepentingan
fenomenon budaya popular perlu diberikan pertimbangan serius sebagai fenomenon yang dapat
membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya meningkatkan peradaban Melayu.
SOALAN 2 PETA MINDA.

Pengenalan

Penutup/ke Maksud
simpulan

Konsep
Bentuk Menjelaskan konsep, fungsi, ciri-ciri dan
bentuk sastera moden.

Fungsi-
Ciri-ciri
fungsi
Menjelaskan konsep, fungsi, ciri-ciri dan bentuk sastera moden.

Pengenalan.

Seperti mana yang kita ketahui, sastera Melayu moden mempunyai banyak persoalan dan
sering dibahaskan penggunaannya oleh sarjana-sarjana di Negara kita.Kesusasteraan Melayu
tetap terbahagi kepada dua kategori, iaitu moden dan tradisional atau klasik.Jika kita lihat juga,
terdapat banyak pendapat tentang siapakah bapa kesusasteraan moden kita.Terdapat pandangan
ahli-ahli sarjana yang menyatakan di dalam hasil-hasil tulisan mereka bahawa Abdullah Munshi
ialah bapa kesusasteraan moden(Ismail Hussein dan RJ Wilkinson) kita dan ada pula yang
menyatakan bahawa bapa kesusasteraan kita ialah Hamzah Haji Fansuri(Syed Muhammad
Naquib al-Attas,1972).Kami telah menbuat rujukan di Dewan Bhasa dan Pustaka bahawa bapa
kesusasteraan moden kita ialah Abdullah Munshi.

Kami juga akan cuba menjelaskan konsep, fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden
mengikut pandangan-pandangan ahli sarjana, kerana pandangan mereka ternyata berbeza di
antara satu sama lain.

Istilah Moden.

Dalam Kamus Dewan (1984), istilah moden bermaksud ‘masa sekarang’,’yang


terbaharu’, ‘muktahir’, dan ‘terkini’.Berdasarkan Kamus Dewan, kita dapat merumuskan bahawa
istilah moden itu dipakai untuk maksud yang terkini.Manakala Syed Naquib al-Attas pula telah
memberikan konsepnya tersendiri dengan hanya meminjam istilah tersebut dan menyatakan
bahawa proses pemodenan dalam masyarakat Melayu bermula sejak mereka memeluk
Islam.Dengan yang demikian Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membawa kita jauh ke
belakang setidak-tidaknya pada abad ke 13 iaitu tarikh yang tertulis pada batu bersurat di Kuala
Berang, iaitu sekitar tahun 1275M.
Konsep Sastera Moden.

Kami telah mengambil tiga pandangan darioada ahli-ahli sarjana terhadap konsep sastera
moden:

Ismail Hussein dan RJ Wilkinson mempunyai pendapat yang sama.Mereka menyatakan


bahawa peranan teknologi dalam penentuan moden atau tidak sesebuah karya itu.Ismail
menerima pakai pandangan Wilkinson yang mengatakan ‘moden’ Abdullah Munsyi itu kerana
dia menulis sesuatu yang nyata dan dia juga adalah orang pertama yang berani memberikan
kritikan terhadap system feudal .Sebelum tahun 1850-an hasil-hasil sastera Melayu adalah dalam
bentuk lisan dan juga dalam bentuk tulisan jawi.Apabila Abdullah Munsyi berkarya, beliau telah
menggunakan media cetak untuk menyebarkan hasil karyanya sedangkan pengarang-pengarang
lain yang sezaman dengannya tidak menggunakan kaedah tersebut.

Syed Muhammad Naquib al-Attas pulakedatangan agama Islam kea lam Melayu telah
membawa angin perubahan yang cukup besar.Masyarakat Melayu telah menerima ajaran Islam
dan meninggalkan ajaran Buddha dan Hindu yang ternyata begitu rapuh menyelimuti fahaman
mereka sebelum ini.Berdasarkan perubahan yang berlaku selepas kedatangan Islam ke kepulauan
Melayu, al-Attas tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa itulah menandakan kedatangan dan
permulaan zaman moden dan sastera moden di alam Melayu.

Sebenarnya pandangan yang dikemukakan oleh al-Attas,Wilkinson dan Ismail Hussein


telah menggunakan ukur kata yang berbeza bagi menentukan konsep sastera moden.Wilkinson
memilih kandungan karya manakala Imail Hussein mengambil kira teknologi dan juga
kandungan karya sebagai asas untuk membezakan di antara moden dan tradisional.Al-Attas pula
mengambil isi kandungan sesebuah karya (pemikiran) yang dihubungkan dengan ajaran Islam
sebagai asas untuk menentukan karya itu moden atau tidak moden dan istimewa di sini bahawa
al-Attas tidak menggunakan istilah tradisional, sebaliknya beliau menggunakan istilah tidak
moden.
Fungsi Sastera Moden.
Ciri-ciri Sastera Moden.

Ciri-ciri moden mengikut pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas terlihat pada
bahasa dan tulisan yang mencarakan daya budi dan akal merangkumi daya pemikiran.Karya-
karya yang digolongkan ke dalam kategori ini harus memperlihatkan kebebasan individu,
keadilan, kemuliaan, kesamaan taraf dan nilai di antara seorang dengan seorang yang lain.Atas
alas an yang sedemikianlah al-Attas telah mengatakan bahawa hanya karya-karya tasawuf dapat
dianggap sebagai moden.Sastera itu dikatakan moden apabila ia mempunyai nilai-nilai intelek,
rasional, memperlihatkan kebebasan individu , keadilan, kemuliaan, dan memperlihatkan
persamaan taraf dan nilai.
Bentuk Sastera Moden.
Kesimpulan.

Kesusasteraan Melayu adalah hasil usaha orang-orang Melayu sendiri.Ianya bukan


berasal dari India, Arab-Parsi, ataupun Jawa.Usaha melabelkan kesusasteraan Melayu sebagai
mempunyai pengaruh atau elemen di atas dilakukan oleh penjajah barat.Dan dengan itu, tidak
hairanlah jika istilah moden juga adalah hasil agenda tersembunyi penjajah.Tokoh-tokoh seperti
Ismail Hussein adalah di antara anak tempatan yang mula mendpat pendidikan peringkat menara
gading yang diterajui oleh barat.Jadi sudah tentulah timbul kekaguman terhadap istilah-istilah
baruatau ilmu-ilmu baru yang dibawa oleh barat.

Moden membawa maksud karya-karya yang mempunyai cirri-ciri mendidik, beradap,


berakhlak dan mampu memberikan kesedaran kepada pembaca.Manakala karya-karya yang tidak
mempunyai ciri-ciri ini kita katakana sebagai tidak moden.Bagi pengarang-pengarang yang
berkarya dengan mengekalkan cirri-ciri penulisan tersebut, maka kita boleh katakana mereka
sebagai tokoh sastera moden dan karya-karnya pula boleh kita katakana sebagai mengekalkan
tradisi sastera moden.
SOALAN 3 PETA MINDA

Pengenalan

Penutup/ke Maksud
simpulan Drama

Format Ciri-ciri
skrip drama Drama

Menjelaskan dan menghuraikan

ciri –ciri drama

Skrip Jenis-jenis
Drama Drama

Stail dan Elemen-


perwatakan elemen
Drama
Struktur
Drama
SOALAN 3

Menjelaskan dan menghuraikan ciri-ciri dan konsep drama.

PENGENALAN

Sebelum menulis sebuah skrip drama, kita terlebih dahulu perlu mengetahui apakah  itu drama.
Jika kita  pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Kita perlu tahu apa
yang dimaksudkan dengan  drama dan apakah yang membezakannya daripada teater.Selain itu
kita perlu tahu bahawa teknik menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan
apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen.

MAKSUD DRAMA

Drama berasal daripada  perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan.
Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu  aksi yang meniru  atau mewakilkan perlakuan
manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu
bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan
sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang
mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi
prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui
dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti 
kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan
drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah
yang menyebabkan drama ialah  sebahagian daripada cabang sastera. Selain  elemen sastera,
drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni
busana dan seni tari.

Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan
penghayatannya berbeza antara dibaca dengan  pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan
maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara
individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu
dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh
khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.

CIRI-CIRI DRAMA

Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan
dipentaskan.
 Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
 Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang
diwujudkan. 
 Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
 Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
 Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh  watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
 Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.
 Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan
masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya
masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
 Mesti ada konflik.
 Mesti ada aksi.
 Harus dilakonkan.
 Tempoh masa kurang dari 3 jam.
 Tiada ulangan dalam satu masa.
Jenis-jenis drama

Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:

a)Tragedi.

b)Komedi.

c)Melodrama.

a)Tragedi - sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya.
Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui
tragedi itulah yang utama.

b)Komedi - Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya
serius,  tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya
digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan
penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga
sebagai tragik-komedi.

c)Melodrama - Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan
keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.

Antara jenis-jenis drama yang lain:

a)Tragi-Komedi - Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan unsur-unsur lucu.

b)Opera -Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.

Pantomim - Lakonan dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan
untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.
Bangsawan - Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin
disampaikan.

ELEMEN DRAMA

Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:

a)Tema/Pemikiran.

b)Plot.

c)Latar.

d)Babak.

e)Adegan.

f)Bahasa.

g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan.

a)Tema/Pemikiran

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati
cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh  penulis dalam
skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah
atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas
selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah,  selalunya mereka bukan sahaja dapat
menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain
atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang
tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau
memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis
dinamakan sebagai sub-teks.

b)Plot
Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina
melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui
dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini,
konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama.
Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan
perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau
naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut
urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan
apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu.
Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian
penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah  tugas yang cukup penting.
Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens  dan di sinilah kesemua
binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina
(tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir
mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling
penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang
monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan
mendatar.
Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip.
Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa
yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku,
tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu
bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas
kepadanya?”
Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya
pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama
anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun
dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah
yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau
bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih
lain?
Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka
jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke
mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.
Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu
elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu, 
sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan
mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan
atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama
tersebut.
Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu
peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu
akibat yang wajar. Ia merupakan  hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, 
seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak,
tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.

c)Latar

Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui
latar. Latar dalam drama  penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia
hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk
memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen,
drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke
satu babak yang lain.

d)Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan
masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

e)Adegan

Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.
f)Bahasa

Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, 
bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama.
Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang
disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan
mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan
sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan.
Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan
tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk
menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat
memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang
diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar
menarik perhatian penonton. Oleh itu,  pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam
mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan

Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua
elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak
dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara
satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor
ekenomi. Hai ini demikian  kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang  elemen masa
memainkan peranan yang penting. Oleh itu,  faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu,
drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian  kerana sesebuah drama itu dihasilkan
untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.

STRUKTUR DRAMA

Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure).
Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga  drama moden dan lakon layar
filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah
seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.
Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini 
demikian  kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia
akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa
asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan
sebagai “writers block”.
Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan
penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita.

Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan
penulisan skripnya ialah:

a) Fokus
b) Logik
c) Perwatakan.

a)Fokus

Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara  mereka berfungsi
memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk
linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan
menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan.
Yang utama adalah dengan  mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan
perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan
mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.

b)Logik

Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita
sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat
mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama
sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu?
Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti
yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya,
perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.

c)Watak dan Perwatakan

Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita
untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang
menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah  elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang
menggerakkan plot cerita.  Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan.
Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama
mempunyai dua watak utama,  iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan
watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan
konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang
menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun
antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

STAIL DAN PERWATAKAN

Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja
berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang
bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau
televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan
kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di
atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan
memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood
pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah
inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada  drama yang
dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.

SKRIP DRAMA

Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen,
pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa
yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala  dalam sesebuah naskhah drama,
seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi,
latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal
inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah
naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui
dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama
yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-
unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan
yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan
marah, gembira, lucu,  dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur
suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.

Format Skrip Drama Pentas

Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang
standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang
penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format
penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang  berikut:

a)Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber
asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan
tahun.

b)Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah
perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita
dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.

c)Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama
anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat
tertentu watak itu.

d)Pecahan babak juga perlu.


e)Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh
itu,  ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.

f)Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa
skrip yang pernah anda baca.

Di sini kami sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12
drama “Patah Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada
novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.

BABAK 12

12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM

Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik
yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari
jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh
lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.

WAHAB (Menyanyi)

     Kiri jalan, kanan pun jalan


     Nona manis endung disayang
     Lateralala lala lala….
     Di tengah-tengah pohon mengkudu
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu.
Ketika ini Inah ikut sama menyanyi
     INAH & WAHAB
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu…

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.

INAH :  Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?


WAHAB :  Banyak perkara.
INAH  :  Apa yang boleh ku tolong?
:  Kau tolong aku seperti kau tolong
WAHAB
Hashimoto
INAH :  Tolong Hashimoto?

Penutup

Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang
kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda
penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja
pemerhatian masyarakat , banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga
banyak menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan
suatu penulisan skrip.
 

You might also like