You are on page 1of 11

Tujuan-tujuan pengujian & penilaian (06b0212>zz)

PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur
prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil
hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan
tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih
spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin
diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan
penilaian itu sendiri.

DEFINISI

Antara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan, pengujian


selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.

Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100
bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem
berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.

1
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan


yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang
disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan
tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.
Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

Penilaian

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam
et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini
kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang

2
pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan
nilai semata-mata.

Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat
dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk


mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar,
memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan
kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan
pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu
sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran,
kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan
kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah :

1. Sebagai penggerak / motivasi

Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya
ujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan-
bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan
murid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar
bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-

3
objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektif-
objektif itu.

Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam
keadaan berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran
murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa.

setereusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya


melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS
(penilaian kemajuan berasaskan sekolah).

2. Sebagai alat mencari punca kelemahan

Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran.


Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.

Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan
yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah
dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang
deperolehi dari PKBS.

Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya
mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.

3. Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)

Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan
kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid
dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan
atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk
memperbaiki pengajaran selanjutnya.

4
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang
timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat
mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada
pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid
yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang
memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau
mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.

Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka
sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya
akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang
kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.
Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-
anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak
mereka.

4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-
murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir
sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan
atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (‘O’ Level)
adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara
keseluruhan yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada
peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah
atau pengiktirafan (hadiah Brunei shell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

5
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred
yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat
membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan
keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan


pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu
baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh
manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan
aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan
mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek
kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa,
perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat
keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa
tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah
dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di
dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau
kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca
masalah tersebut berlaku.

Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau
pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi
dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan
pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara
ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid
berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang
menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus
perdana persekolahan.

6
6. Bagi pensijilan atau pengkelasan

Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat ‘O’ akan menerima sijil-sijil yang
berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah
jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut
bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut.

Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti
juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan
diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga
merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam
peperiksaan mengikut prestasinya.

7. Bagi membuat ramalan

Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan dating atau sebagai alat prediksi.
Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaimana
kerja peserta didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan yang sesuai.

Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon
bagi sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti Ujian
Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat, ujian
kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para jurutera
(penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa memilih para
pelatih juruteknik dan sebagainya.

Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat
ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan murid.Contoh dari penilaian ini adalah
ujian bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan

7
digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat
bantu mengajar.

8. Bagi membuat klasifikasi

Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan


hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana itu, fungsi
penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak yang lain
sehingga lebih mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessment),
prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik
dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar
yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran
sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini
akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-murid
mengikut prestasi masing-masing.

9. Pemilihan

Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-
murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih
pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut
kepandaiannya.

Juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara peserta didik yang
masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh masuk sekolah
tertentu atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian untuk menentukan
seseorang dapat masuk atau tidak di sekolah tertentu.

8
Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta
dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang
berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan
yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masing-
masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza.
Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

10. Penyelidikan

Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber.


Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari
ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai
jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa
digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.

KESIMPULAN

Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat
penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam
penilaian.

Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau tak
langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran. Untuk
menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja berbagai jenis
penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dinilai, seperti unjuk kerja
(performance), penugasan (projek), hasil karya (produk), kumpulan hasil kerja siswa
(portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi, tujuan penilaian adalah
memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil belajar peserta didik,
baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung mahupun dilihat dari hasil

9
akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara penilaian sesuai dengan kompetensi yang
diharapkan dapat dicapai peserta didik.

10
Bibliografi

 Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din &
Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

 Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

 Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku
Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka.

 Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan
Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

 Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia:


Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

11

You might also like