You are on page 1of 2

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1. Sabda Nabi s.a.w. bahawa pintu langit dan pintu Syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam
Ramadhan, setiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya setiap satu sujud 1,700
kebajikan, dibina rumah baginya di dalam Syurga daripada yakut Merah yang indah, baginya pintu
daripada emas yang bertakhta Yakut permata yang merah, orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan
diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan ramadhan, dibinakan baginya tiap-tiap hari sebuah
mahligai di dalam Syurga, mempunyai 1000 pintu daripada emas, dan meminta ampun baginya 70,000
malaikat dari pagi hingaa tenggelam matahari.

2. Sabda Nabi S.A.W : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu, dan amal fardu diberi 70 kali
ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar dan sabar itu adalah Syurga balasannya, Bulan ini dilebihkan
rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan
kepada orang yang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata
sahabat bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa ( berpuka puasa ) Ya
Rasulallah ? Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau
segelas air. Barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Allah dosanya, diminumkan daripada
kolam Qhut sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya masuk ia ke Syurga dan pahalanya
seperti pahala orang yang berpuasa.

3. Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauhkan pantang larangnya seperti, diampunkan dosanya,
bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam Syurga.

4. Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramdhan ditulis pada tiap langkah ibadat setahun dan
pada hari Kiamat bersamaku di bawah aras. Siapa tetap berjemaah dalam puasa didirikan kota yang
bercahaya indah cemerlang. Yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang Rahmat kepadanya.
Isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya
seperti pahal Siti Mariam. Siapa yang menyampaikam hajat orang mukmin,Allah menunaikan 1000
hajatnya. Siapa bersedekah kepada fakir miskin tiap langkah dikurniakan kepadanya 1000 kebajikan dan
dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkatkan 1000 darjat baginya ( Al-Hadis )

5. Pada hari Kiamat Allah memerintah Malaikat Riduan supaya dikeluarkan orang-orang yang berpuasa dari
kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga. Lalu disuruh Malaikat Riduan memerintah kepada pelayan
membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan
Ramadhan.( Al-Hadis )

6. Malaikat yang banyak muka sujud kepada Allah pada hari Kiamat, satu muka sujud, satu muka melihat
Syurga, satu muka melihat Neraka, satu muka melihat Aras, lalu berkata Malaikat itu : Wahai Tuhanku,
ampunkanlah umat Muhammad kasihanilah mereka, janganlah diseksa orang berpuasa bulan Ramadhan
dari umat Muhammad. ( Al-Hadis )

7. Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan. ( Al-Hadis )

8. Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa seperti mana air memadamkan api.(Al-Hadis)

9. Siapa memberi makan ( Berbuka Puasa ) kepada orang yang berpuasa maka baginya seumpama balasan
pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun. ( Al-Hadis )
10. Sabda Nabi s.a.w : Tiada daripada seorang hamba yang berpuasa Ramadhan, diam tiada berkata yang sia-
sia dan daripada yang haram dan yang makruh dan sentiasa menyebut Allah ( Berzikir kepada Allah ),
menghalalkan yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan yang telah diharamkan kepada Allah, tiada
mengerjakan kejahatan sehingga akhir Ramadhan, telah diampunkan baginya segala dosanya. Dan setiap
tasbih, setiap tahlil dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam Syurga daripada permata Zamrud di
dalamnya daripadan Yakut Merah yang indah, di dalam rangka permata itu terdapat sebuah khemah di
dalamnya terdapat bidadari Syurga. Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi
seluruhnya. ( Al-Hadis )

11. Barang siapa yang mengerjakan ibadah pada bulan Ramadhan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana
Allah, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. ( Al-Hadis )

12. Sabda Nabi s.a.w : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu
mustajab, dosanya diampunkan Allah dan amal ibadahnya dilipat gandakan.

13. Apabila berakhir malam Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala
Malaikat bagi musibah orang, orang bertanya Ya Rasulullah apa itu musibah ? Jawab Rasulullah s.a.w
kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan dan seksa kubur
teranggkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku ? ( Al-Hadis )

14. Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Taala akan Jibril A turun ke bumi, lalu turulah Jibril ke
dalam perhimpunan Malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipanjangkannya ke atas Kaabah,
baginya 600 sayap setegah tiada dibuka keduanya melainkan pada malam Lailatul Qadar barulah
dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat. Untuk menyelamatkan umat Muhammad, lalu
memberi salam kepada tiap-tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar dengan beribadah kerana
mencari keredaan Allah. Orang yang duduk beribadah, orang yang bersembahyang dan berzikir dan
berjabat tangan sesame mereka orang mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit
fajar subuh. Berkata para Malaikat kepada Jibrail, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin
daripada umat Muhammad s.a.w pada bulan Ramadhan ini ? Berkata Jibril : Bahawasanya Allah menilik
kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah kepadanya dab diampunkan dosanya iaitu orang
yang kekal minum arak, orang yang derhaka kepada ibibapa, orang yang memutuskan sillaraturrahim dan
orang tidak bercakap dengan suaranya lebih daripada 13 hari.

15. Malam Lalilatil Qadar adalah malam rahsia, turun malaikat Jibril dengan perintah Allah. Orang yang
berjaga dan beribadat untuk mendapatkan malam Lalilatul Qadar yang terahsia itu tiada diketahui oleh
manusia, hanya orang-orang solehin yang mukarabbun. Orang berusaha mendapatkan malam mulia itu
dengan berjaa malam pada sepulum malam Ramadhan yantaka diampunkan Allah egala dosanya
diberikan pahala dengan banyak, dirahmatkannya dengan penuh limpa kurnia.Dan orangang solehin yang
dikurniakan Allah mendapat malam Lalilatul Qadar itu suatu keberuntungan dan kebahagian bagi Akhirat.
Memdapat keampunan dan rahmat hidupnya di dunia dan akhirat

Rujukan : Fadhilat Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan


Oleh : Budiman Radhi

You might also like