You are on page 1of 16

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN

FORMAL, TIDAK FORMAL DAN NON-


FORMAL

Nama Pembentang
Mohd. Asri bin Emin (07B0214)
Mohd. Shahri bin Hj. Apong
(07B0229)
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
• Crow dan Crow berpendapat, pembelajaran adalah pemerolehan
tabiat, pengetahuan dan sikap.

• Stallings dan Hall menyatakan bahawa pembelajaran mestilah


memenuhi tiga kriteria umum iaitu;
1. Mesti ada perubahan dari segi tingkah laku.
2. Perubahan hendaklah stabil dan kekal.
3. Perubahan mestilah dihasilkan melalui pengalaman atau latihan.

• Secara mudahnya dapatlah diertikan bahawa pembelajaran adalah


satu proses memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai
yang baru.
• Dengan pemerolehan itu, tingkah laku seseorang itu juga akan turut
berubah.
• Ia berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN 

• Kebanyakan sarjana telah


membahagikan
pembelajaran itu kepada tiga
jenis :
1.Pembelajaran formal.
2.Pembelajaran tidak formal
(informal).
3.Pembelajaran non-formal.
PERBEZAAN ANTARA 1) PEMBELAJARAN FORMAL,
2) TIDAK FORMAL DAN 3) NON-FORMAL

1 2 3
PERBEZAAN DARI SEGI KONSEP
 Pembelajaran formal
• Pembelajaran atau pendidikan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi
atau institusi-institusi formal
• Misalnya seperti yang terdapat di sekolah-sekolah, maktab-maktab,
institusi tinggi, universiti-universiti dan sebagainya.

Pembelajaran tidak formal


• Pembelajaran atau pendidikan dilaksanakan oleh ‘bukan’ agensi-agensi
atau institusi-institusi formal.
• Semua pengetahuan dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui
pengalaman, pemerhatian, perbualan.
• (diperolehi secara sedar, secara tidak sedar, secara tidak langsung dan
spontan)
 
• Seseorang boleh belajar melalui ibu bapa, pembantu
rumah, rakan sebaya, filem-filem, iklan-iklan dan
sebagainya.

Pembelajaran non-formal
• Pembelajaran diadakan bagi memperbaiki lagi hasil
pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal (lebih
mendalam lagi).
• Pembelajaran diadakan untuk menambah, ilmu baru,
pengalaman baru, bimbingan, kepakaran dan sebagainya.
• Kebiasaannya terlibat dalam aktiviti seperti bengkel,
forum, ceramah yang berbentuk formal, kursus-kursus
pendek dan sebagainya.
PERBEZAAN DARI SEGI PERANAN KURIKULUM

Pembelajaran formal
• Pembelajaran ada berasaskan sukatan pelajaran
(kurikulum / matlamat) yang sudah digubal oleh
Kementerian Pendidikan.

Pembelajaran tidak formal


• Pembelajaran tanpa berasaskan sukatan pelajaran
(kurikulum / matlamat).
• Tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan
pelajaran yang perlu dikuasai.

Pembelajaran non-formal
• Berkemungkinan ada atau tidak kewujudan kurikulum.
• Ditetapkan oleh penganjur.
PERBEZAAN DARI SEGI UMUR/MASA (PEMBELAJARAN ILMU)

Pembelajaran formal
• Ia berlaku dalam satu tempoh masa yang tertentu.
• Contohnya; Pembelajaran formal diwajibkan kepada
semua kanak-kanak kebiasaannya mula bersekolah
formal antara umur 5-7 tahun (mungkin lebih awal).
• Contohnya; prasekolah memakan masa selama
setahun, pendidikan rendah enam tahun dan
pendidikan menengah antara enam atau tujuh tahun.
• Sekiranya lulus dapat melanjutkan ke peringkat yang
seterusnya.

Pembelajaran tidak formal


• Pembelajaran informal berlaku pada bila-bila masa.
• Pembelajaran informal adalah proses
pembelajaran yang berterusan sepanjang
hayat.

Pembelajaran non-formal
• Kursus ini dilaksanakan secara berkala (tidak
selalu) mengikut keperluan tertentu.
• Kursus-kursus ini mungkin berberapa jam atau
berberapa hari
PERBEZAAN DARI SEGI TEMPAT PEMBELAJARAN

Pembelajaran formal
• Institusi-institusi formal seperti sekolah-sekolah, maktab-
maktab, universiti-universiti dan sebagainya.
• Siap dengan prasarananya seperti bilik darjah, bilik kuliah,
makmal, bilik komputer, pusat sumber (ada kerusi dan
meja).

Pembelajaran tidak formal


• Tidak mempunyai tempat yang khusus.
• Pelbagai tempat misalnya di rumah, di pejabat, di kedai, di
sekolah (selain dari pembelajaran formal), dan sebagainya.

Pembelajaran non-formal
• Tempat-tempat formal seperti dewan-dewan sekolah, di
bilik darjah, di pusat latihan, hotel dan sebagainya.
PERBEZAAN DARI SEGI MASYARAKAT BIASA TERLIBAT

Pembelajaran formal
• Dilaksanakan oleh guru-guru atau pensyarah yang terlatih dan
bertauliah.
• Keterlibatan pihak yang diberi pembelajaran seperti murid-murid,
pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi.

Pembelajaran tidak formal


• Lingkungan masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, ahli-ahli
dalam kumpulan sosial dan sesiapa sahaja yang terlibat.

Pembelajaran non-formal
• Orang yang berkemahiran dan pakar misalnya penceramah,
pensyarah-pensyarah dan sebagainya.
• Orang-orang yang mengikuti pendidikan non-formal misalnya
seperti peserta-peserta bengkel, ceramah, forum dan sebagainya
(tidak kira sama atau tidak latarbelakang mereka).
PERBEZAAN DARI SEGI PENILAIAN (FORMATIF DAN
SUMATIF)

Pembelajaran formal
• melibatkan penilaian pada setiap tahap yang dilalui
sama ada dalam bentuk formatif atau sumatif.
• misalnya ada ujian bulanan dan peperiksaan PMB, ‘O’
level, ‘A’ level dan sebagainya.

Pembelajaran tidak formal


• tidak melibatkan penilaian formatif dan sumatif.

Pembelajaran non-formal
• kurang ditekankan atau tidak secara langsung
melibatkan penilaian formatif dan sumatif.
PERBEZAAN DARI SEGI PEMBAYARAN / YURAN

Pembelajaran formal
• Terdapatnya pembayaran pendaftaran dan yuran pada
setiap tahun pembelajaran (termasuk juga bayaran
keperluan tertentu).

Pembelajaran tidak formal


• Tiada pembayaran.

Pembelajaran non-formal
• Sesetengahnya terdapat pembayaran pendaftaran
(termasuk juga bayaran keperluan tertentu).
• Sesetengahnya juga tiada pembayaran.
KESIMPULAN
• Pembelajaran merupakan suatu proses
perubahan tingkah laku iaitu daripada tidak tahu
kepada tahu.
• Secara umumnya, pembelajaran itu ada 3 jenis
iaitu pembelajaran formal, informal dan non-
formal. Ternyata ketiga-tiga jenis pembelajaran
itu berbeza-beza.

1) Pembelajaran formal merupakan pembelajaran


yang dijalankan di suatu tempat yang khas dan
mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
2.Pembelajaran informal merupakan
pembelajaran yang diperolehi secara spontan
(tidak mengikut kurikulum / tidak dirancang).

3. Pembelajaran non-formal pula pembelajaran


yang dijalankan secara formal tetapi isi
pembelajarannya mungkin terkait dengan
kurikulum dan mungkin tidak.
TERIMA KASIH KERANA
MEMBERIKAN KERJASAMA…
Selamat Berpuasa

You might also like