You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

1.Bahasa
Bahasa merupakan ujaran manusia, sama ada yang dituturkan ataupun yang
ditulis. Bahasa juga merupakan system komunikasi yang paling biasa. Ia membolehkan
manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan menulis fikiran dan ideanya.
( Ensiklopedia Dunia, 2005 ). Di mana-mana sahaja terdapat masyarakat,maka di situ
terdapat bahasa. Kebanyakkan sebarang bentuk aktivi manusia bergantung kepada
kerjasama dua orang atau lebih. Justeru,bahasa digunakan untuk menyampaikan fakta,
maklumat dan sebagai menyampaikan cerita dan menerangkan.
Bagi sesetengah orang, terutamanya para pelajar, istilah ‘bahasa’ dikaitkan
dengan proses mempelajari dan menghafal fungsi atau kegunaan awalan-awalan seperti
ber-, me-, ter-, dan sebagainya. Bagi orang lain pula, ‘bahasa’ dianggap sebagai
matapelajaran yang menghendaki seorang pelajar membaca sebuah petikan karangan
dan kemudian menjawab soalan-soalan mengenai bahan yang terkandung di dalam
petikan tersebut. Selain itu, ‘bahasa’ juga dianggap seperti membuat ringkasan
karangan dan menjadikannya satu pertiga panjang dari bentuk asalnya.
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Safiah Karim (1981), sebelum 1957,Bahasa Melayu
telah menjadi kepunyaan khas orang-orang Melayu dan orang-orang bahasa asing
menuturkan dalam satu bentuk bahasa yang disebut ‘bahasa pasar’. Walaupun Bahasa
Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia,namun
kedudukannya berlainan di negeri-negeri Borneo. Komposisi penduduk Sabah terdiri
daripada pelbagai etnik dan mempunyai bahasa yang tersendiri, yang tidak difahami
oleh kaum lain. Sabah adalah salah sebuah negeri dalam gabungan Persekutuan
Malaysia yang terletak di bahagian timur Pulau Borneo iaitu pulau yang ketiga terbesar
di dunia.
Melalui penemuan ahli arkeologi,Alam Melayu telah diduduki manusia moden
sejak kira-kira tahun 35,000 S.M. Terdapat pendapat tokoh Sejarah mengatakan bahawa
rumpun Melayu berasal dari wilayah Yunan atau Selatan negeri China.
Menurut Jurnal Dewan Bahasa keluaran Julai (1992), negeri Sabah tidak wujud
sebagai sebuah negeri dengan satu bentuk kerajaan yang tersendiri sebelum tahun
1881. Kawasan tanah ini pada masa itu dituntut sebagai tanah milik Sultan Brunei dan
Sultan Sulu walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa kawalan terhadapnya. Namun
demikian, melalui satu perjanjian yang termeterai pada 29 Disember 1877, Sultan
Brunei menamatkan tuntutannya terhadap negeri ini. Manakala Sultan Sulu telah
menyerahkan tanah negeri Sabah kepada Alfred Dent pada 22 Januari 1878.

2. Kedudukan Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa etnik di Sabah


Walaupun Bahasa Melayu telah lama dijadikan bahasa rasmi dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, namun
di negeri Sabah mengalami perkembangan yang berbeza. Sebelum tahun 1881 didapati
tidak terdapat catatan yang menyebut perkembangan Bahasa Melayu di negeri Sabah
dengan jelas. Selain pendidikan sekolah pondok yang dikendalikan oleh orang-orang
Islam, tidak terdapat sebarang bentuk system pendidikan yang teratur sehingga British
mula mentadbir Sabah.
Pada tahun 1978, Summer Institute of Linguistik (SIL), satu badan linguistic
Barat, telah menjalankan satu projek kajian secara besar-besaran di seluruh Sabah
untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa peribumi yang terdapat di negeri ini. Selain
itu, terdapat juga beberapa kajian oleh pegkaji-pengkaji tempatan seperti Asmah Hj.
Omar dalam bukunya yang berjudul The Malay People of Malaysia and Their Languages.
Menurut Jurnal Dewan Bahasa keluaran Julai-Disember (1993), jumlah penutur
sesuatu bahasa dan dialek peribumi di Sabah tidak dapat dipastikan kerana ada antara
bahasa atau dialek yang mungkin sudah tidak dituturkan lagi disebabkan tiada penutur
bahasa atau dialek berkenaan. Di Sabah, terdapat dua kumpulan penutur besar iaitu
rumpun Austronesia dan satu lagi rumpun iaitu bukan Austronesia. Rumpun Austronesia
di Borneo merupakan golongan peribumi di Sabah yang kebanyakannya sudah lama
mendiami kawasan ini walaupun asal-usul mereka masih tidak dapat ditentukan dengan
jelas. Manakala kumpulan bukan Austronesia merupakan kumpulan pendatang ke Sabah
yang dating untuk mencari nafkah hidup dan mengisi jawatan di sektor swasta. Antara
yang terutama dalam kumpulan ini termasuklah orang Cina, India, Pakistan,
Bangladesh, Suluk, Bugis dan lain-lain.
Menurut kajian SIL, terdapat 55 bahasa dan 83 dialek yang dituturkan di negeri
Sabah. Dalam kerja kursus kami ini, kami akan mengkaji bahasa-bahasa etnik di Sabah
iaitu bahasa Kadazan Dusun , bahasa Rungus, bahasa Bajau, bahasa Iranun, bahasa
Sungai serta bahasa Murut. Kelapan-lapan bahasa ini merupakan satu kumpulan
daripada rumpun besar Austronesia. Etnik Kadazan merupakan etnik yang terbesar di
Sabah dan diikuti oleh etnik Bajau dan Murut. Menurut kajian SIL (1984) dalam jurnal
Dewan Bahasa (1993), keluarga Bahasa Kadazan Dusun menuturkan sebanyak sepuluh
bahasa dan terdapat 13 dialek yang tersendiri. Bahasa Rungus menjadi subkeluarga
bahasa Kadazan Dusun. Selain itu,keluarga Bahasa Bajau pula terdiri daripada dua jenis
yang mana satu dituturkan di kawasan pantai timur dan satu lagi di kawasan pantai
barat. Mengenai Bahasa Murut pula adalah merupakan etnik yang mempunyai 15
bahasa. Manakala Bahasa Iranun pula dituturkan di dua buah kawasan berbeza iaitu di
Daerah Lahad Datu dan di Daerah Kota Belud.
Akan tetapi, bahasa-bahasa etnik di Sabah ini mengalami kepupusan kerana
semakin ramai orang yang menggunakan bahasa Melayu sahaja dalam pertuturan
seharian. Bagi memastikan bahasa etnik itu terus 'hidup', ia memerlukan sekurang-
kurangnya 100,000 orang bertutur dalam bahasa itu dan jika jumlahnya kurang
daripada angka ini, maka bahasa ibunda itu bolehlah dianggap sedang menghadapi
bahaya kepupusan. Sebagai contoh, kumpulan etnik Begahak di Mukim Tungku, Lahad
Datu, merupakan klasik bahasa etnik yang semakin pupus kerana hanya 2,000 orang
dari kumpulan ini yang dapat bertutur Begahak. Selain itu, masyarakat Tobilung di
Kampung Mengaris, Kota Marudu juga sedang mengalami masalah yang sama. Antara
faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah kahwin campur antara kumpulan etnik
yang lain di negeri ini. Contohnya seorang suami keturunan Dusun dan isterinya dari
kaum Sungai. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang lebih dipertutur di
rumah dan secara langsung mengurangkan peluang anak-anak mereka bertutur dalam
bahasa ibunda masing-masing. Satu lagi faktor ialah penghijrahan. Bila sahaja satu
kumpulan etnik berhijrah, bahasa komunikasi yang mereka gunakan akan dipengaruhi
suasana sekitar dan juga masyarakat setempat.

3.Tatabahasa
Menurut Oxford Ensiklopedia Pelajar (2002), tatabahasa adalah cara kita
menyusun kata-kata untuk mengutarakan sesuatu. Tatabahasa diterjemahkan daripada
perkataan Inggeris iaitu ‘grammar’. Dalam bahasa Yunani, tatabahasa disebut
‘gramatikos’ yang bermaksud seni membaca dan menulis. Tatabahasa merupakan satu
aspek bahasa yang terpenting yang wajib dikuasai oleh seseorang penutur kerana tanpa
pengetahuan ini, seseorang itu akan menghadapi masalah yang bukan sahaja untuk
bertutur tetapi juga untuk membaca, menulis. Ini disebabkan apa sahaja bentuk
penggunaan bahasa akan memerlukan tatabahasa iaitu system atau peraturan tentang
bagaimana bahasa itu seharusnya digunakan. Aspek ini meliputi bidang sintaksis dan
morfologi iaitu bidang yang khusus mengkaji tentang system binaan perkataan dan
hubungan perkataan-perkataan dalam membentuk frasa,klausa dan ayat. Jika seseornag
itu tidak mengetahui system pembentukan perkataan yang meliputi proses
pengimbuhan,pergandaan dan pemajmukan dalam bahasa Melayu, maka seseorang itu
tidak dapat dikatakan telah menguasai bahasa secara berkesan. Kesimpulannya,
tatabahasa memerlukan kita menggunakan kata-kata yang tepat dengan cara yang
benar.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), pengajaran tatabahasa adalah pengajaran
tentang hokum-hukum dan peraturan sesuatu bahasa. Hal ini melibatkan struktur dan
system bahasa etrsebut. Pemahaman yang baik tentang selok belok struktur dan system
bahasa yang dipelajari itu akan membolehkan kita menguasai dan menggunakan bahasa
dengan betul,cekap dan berkesan. Dalam sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSM
(1988), tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang penting dan perlu diberi
penekanan. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar
secara terancang. Menurut saranan yang diberi, pengajaran tatabahasa di sekolah
bertujuan :
1. Membolehkan para pelajar mengesan kelainan makna kata yang imbuhannya
berbeza.
2. Mengguanakn perkataan berimbuhan dengan tepat dan berkesan dalam
kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
3. Mengguanakn golongan kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
4. Membolehkan pelajar bertutur dengan lancer.
5. Membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu
perkataan.
6. Membolehkan pelajar membina ayat-ayat yang kecil,jelas dan gramatis dalam
pelbagai situasi.
Pengajaran tatabahasa yang disarankan di sekolah amat menekankan aspek
morfologi,sintaksis,sebutan,intonasi dan semantik.
Terdapat dua pendapat mengenai pengajaran tatabahasa iaitu pendapat lama
dan pendapat baru. Pendapat lama mengatakan tatabahasa sangat perlu dipelajari.
Berpandukan tatabahasa,seseorang dapat menguasai bahasa dengan baik. Pendapat
lama juga mengatakan mempelajari tatabahasa boleh dilakukan dengan menghafal
peraturan dan undang-undang. Manakala pendapat baru pula mengatakan tatabahasa
perlu dipelajari untuk membantu seseorang untuk mempelajari bahasa. Mempelajari
tatabahasa bukan dengan menghafal peraturan dan undang-undang tetapi melalui
contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa diperkenalkan setelah kanak-kanak boleh
menggunakan bahasa dengan baik. Pendapat baru juga mengatakan dengan kepintaran
seseorang itu berbahasa tidak bergantung kepada kecekapan dalam undang-undang
tatabahasa itu. Lazimnya pengajaran tatabahasa boleh dilakukan melalui pelbagai cara.
Namun begitu,penyampaian dijangka lebih berkesan sekiranya strategi tertentu diberi
perhatian.
Tatabahasa dalam etnik di Sabah bertutur menggunakan loghat daerah masing-
masing dan terdapat kemungkinan beberapa perbezaan dalam penggunaan perkataan.

You might also like