You are on page 1of 5

LEMPAR CAKERA

by rin yu mei on 2008-05-01, 11:47:15 pm

PENGENALAN

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak
perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas
"pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan
lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain
telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.
Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga
pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani
kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran
melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru
daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal.
Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah
kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula
dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.
Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya
mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip
pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan
kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar
hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya
juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya

JENIS DAN BENTUK CAKERA

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai.
Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-
tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam
tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera
hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa).

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak
untuk pert"andingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat
yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk
wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia).

Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna
bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila
lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan
untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu
gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini
sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar
cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain
yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut
demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa
latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan
langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama
dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat
yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur
hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan
ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian
depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari
bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak
dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya
dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian
untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan
cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara
setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah
pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke
hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan
udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah
menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka
memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang
dalam tindakan melempar cakera.

FASA PERGERAKAN
by rin yu mei on 2008-05-04, 02:40:54 am

Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
b) Fasa hayunan awalan
c) Fasa lemparan
d) Fasa ikut lajak dan pemulihan
TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang ketika
ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah dianggap
penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan
teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya.
Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar.
Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan
jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku
di sisi badannya.
Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka cakera di
mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari reha t atas muka
cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Berpusing.
Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli
sukan dalam bidang lempar cakera.

Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai dan
sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam lembing dan
melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu
langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik
melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka.
Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

TEKNIK GAYA BERDIRI


Fasa 1: Persediaan
a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera
mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu.
Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke
depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1.
b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan
semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.
c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan
badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan

a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar
mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.
b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke
hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau pelepasan cakera
yang dianggap sesuai adalah 30°-35°.
Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga badan
terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.
(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk
mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai
kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya
berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur
maju.

Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan
hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera.
Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Fasa 1, 2: Hayunan Awalan

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan
dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan
yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing

(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas
bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar
berhadapan dengan kawasan pendaratan.
(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil
peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan
berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan

Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan, tangan
yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Peserta akan merasa
simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pad a ketika inilah cakera itu dilempar
dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai
tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan
dengan menolak kuat ke atas tanah.
Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan

Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di aras leher
dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki kanan akan ke depan
bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan badannya, peserta :erus
memerhati cakera hingga ia mendarat.
 

PERATURAN ASAS ACARA

a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari perdirian
yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.
b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan
memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan luar
bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari
pegangannya ketika membuat percubaan.
c) Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau jatuh supaya bekas kesannya di dalam
kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.
d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan
bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.
e) Untuk mendapat pegangan yang baik, peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat
seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak
boleh digunakan.
f) Jika lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan
tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, lapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat
tiga lagi percubaan untuk menentukan pemenang. Sekiranya berlaku seri di tempat kelapan, keputusan
itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga
percubaan itu. Sekiranya hanya lapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta
akan membuat en am percubaan.

You might also like