You are on page 1of 49

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman

06000, Kedah Darul Aman


PISMP SEM 1
Ambilan Januari 2010

Bina insan guru


Nama: NGO KIAH NEE K/P: 891019-02-5868
Kumpulan: PL (BC)/MT/BI
Nama mentor : Tn.hj.ghazali bin omar
Tarikh Serahan: 19 April 2010
Isi kandungan
Bil Tajuk
1. Biodata diri
2. Penghargaan
3. Laporan
 1.0 Pengenalan
 2.0 Objektif
 3.0 Laporan Refleksi
3.1 Hari Pertama
3.2 Hari Kedua
3.3 Hari Ketiga
3.4 Hari Keempat
4. Lampiran
BIODATA DIRI

Nama: NGO KIAH NEE

K/P : 891019-02-5868

Kursus: PISMP SEM 1 PL(BC)/MT/BI

Alamat Kediaman: Kolej Kediaman IPDA

Alamat Tetap: N8, Kampung Min Terk,

08000 Sungai Petani,

Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 016-4311961


Penghargaan
Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tertentu atas
sokongan dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya.. Beliau
telah memberi banyak tunjuk ajar dan pandangan kepada saya dalam proses
menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan saya juga ingin
saya ucapkan terima kasih. Bapa saya telah memberi sokongan kepada saya dari segi
kewangan seperti memberi kertas A4,ink printer dan sebagainya, jika tiada sokongan
daripada bapa saya, saya tidak dapat menyiapkan kerja Kursus ini dengan
sempurna,jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya. Seterusnya ,
rakan-rakan saya juga ingin saya ucapkan terima kasih. Mereka telah memberi banyak
pandangan dan tunjuk ajar kepada saya semasa dalam proses tugasan ini.Saya amat
hargai dengan sokongan mereka.Di sini, saya juga ingin terima kasih kepada pihak-
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja
kursus ini.
Pemulihan(BC)/MT/BI
SENARAI NAMA KUMPULAN PL(BC)/MT/BI

Mentor: Tn.Hj.Ghazali bin Omar


Ketua Kumpulan: NGO KIAH NEE
P.Ketua Kumpulan: JUDY TAN CHIEW EE

Bil Nama No. KP No. Telefon


1 Choah Mong Wei 900421-07-5478 017-5089832
2 Chong Tzer Sheng 890121-09-5083 017-4963821
3 Chuah Jia Hui 881122-08-5982 016-5399668
4 Chuah Sheang Ping 900506-08-5018 016-5352986
5 Eng Wei Chien 880812-07-5058 012-4205850
6 Judy Tan Chiew Ee 900627-08-6260 016-4100253
7 Kweek Chiaw Huei 900204-02-5108 017-4052425
8 Lee Chew Hun 900124-07-5148 016-4237504
9 Leong Mi Theng 890811-08-5886 016-5570881
10 Liw Sze Yuen 890425-02-5324 012-4249585
11 Low Yee Ning 900619-07-5174 012-4149344
12 Ngo Kiah Nee 891019-02-5868 016-4311961
13 Ooi Jiayun 900209-07-5526 012-4576609
14 Tan Shi Yun 900926-02-5308 012-4299904
15 Tham Hou Yin 900502-06-5212 017-4880557
16 Tiau Huei Cheng 881224-02-5518 017-4098168
17 Wong Chia Ci 880825-02-5504 012-4481234
18 Yoong Soo May 900522-03-5504 010-9095526

SENARAI NAMA KUMPULAN AKTIVITI 4

BIL NAMA
1 WAN HANISAH BT MEOR ABD AZIZ
2 ATIKAH BT QAMARUL AZAD
3 MOHAMAD NAZMI B. ABD SAMAD
4 MUHAMAD SYAFIK B. YAKOP
5 AHMAD LUTFI B. MUHAMAD ALI
6 CHUAH SHEANG PING
7 LEE CHEW HUN
8 NGO KIAH NEE
9 TIAU HUEI CHENG
10 NURUL FAZLIN BT RAMLI
11 HAFIZAH BT. MUSTAFFA
12 MOHAMAD NABIL B. MOHD YUSOFF
13 MUHAMAD IZZAT B. BADRUL
14 SHAIBATUL HAMDI B. ISMAIL

MESYUARAT KALI PERTAMA


MESYUARAT AJK
BRIEFING
SEDIAKAN BARANGAN
1.0
PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan dan memenuhi syarat bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) khususnya bagi kumpulan Pendidikan Jasmani (PJ), Pengajian
Islam dan Al- Quran (PIAQ) dan Pemulihan Bahasa Cina (Pem BC). Melalui penyertaan
dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai
hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan
guru dapat dipenuhi.
Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidkan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi
kerangka kepada pembentukan negara bangsa. Proses pembinaan insan guru terbina
berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah mulia.
Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di
samping menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.

Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam diri
guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat
amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.
2.0
OBJEKTIF

Setelah tamat program BIG ini, para peserta diharapkan akan dapat mencapai
objektif berikut:

1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis


masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara
berterusan.
2. Menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan.
3. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
4. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
5. Melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan
akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan.
6. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.
7. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
3.0
LAPORAN
REFLEKSI

Pada 29 Mac 2010 sehingga 1 April 2010 yang baru-baru ini, saya sudah pun
menyertai program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan oleh Institut Perguruan
Darulaman yang bertempat di Kem Sri Banai, IPG Kampus Darulaman. Kumpulan kami
merupakan program BIG siri ke 3. Program ini mengambil masa sepanjang 4 hari 3
malam, iaitu bermula pada hari Isnin bertarikh 29 Mac 2010 hingga pada hari Khamis
bertarikh 1 April 2010. Seramai 57 orang guru-guru pelatih PISMP semester 1 tahun
2010 yang mengambil bahagian dalam program ini. Antara guru-guru pelatih yang
terlibat ialah dari PISMP Sem 1 Pengajian Islam dan Al-Quran(PIAQ), Pendidikan
Jasmani(PJ) dan Pemulihan Bahasa Cina(PL(BC)). Pelbagai aktiviti disediakan kepada
pelatih, antaranya termasuk mendirikan khemah dengan tunjuk ajar oleh Pak Yahya
dari Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum, aktiviti ikatan asas, aktiviti sesi moral, LDK,
ceramah, aktiviti darat iaitu kembara hutan, dan aktiviti air seperti kayak dan ‘water
confidence’. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah saya dapat sepanjang
program ini dijalankan.

3.1 Hari Pertama (29 Mac 2010, Isnin)

Aktiviti 1: Mendirikan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan

Pada pukul 8 pagi, semua guru pelatih telah bersiap sedia dengan berpakaian
berwarna merah dan menuju ke destinasi, iaitu Kem Sri Banai. Kumpulan kami yang
bersiri 3 berpakaian berwarna merah adalah untuk menujukan semangat dan
kerjasama kami. Kami berkumpul di hadapan Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum
untuk membuat pengiraan ahli kumpulan yang hadir. Selepas ahli kumpulan
mencukupi, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dipertanggungjawab
untuk mengambil peralatan persendirian dan kumpulan seperti alat memasak, air,
khemah dan peralatan lain yang dipinjam dari Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum ke
kem kami.

Kemudian, kami dikehendaki membuat gotong-royong untuk membersihkan


kawasan di sekitar Kem Sri Banai. Kami membahagikan tugas mengikut kumpulan
aktiviti masing-masing. Antara tugas yang diberi adalah seperti membersihkan tapak
perkhemahan, membersihkan dewan membersihkan tandas dan sebagainya.

Selepas itu, Pak Yahya dari Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum memberi tunjuk ajar
untuk mendirikan khemah. Dengan itu, kami diberitahu lokasi khemah dan mula
mendirikan khemah kumpulan masing-masing sementara menunggu AJK makanan
menyediakan makan tengah hari.

Proses mendirikan khemah ini berjalan dengan agak lancar tanpa sebarang
masalah yang besar kerana kami telah diberi taklimat dan tunjuk ajar oleh Pak Yahya
dari Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum. Pak Yahya dari Stor Unit dan Bahagian
Kokurikulum. Sepanjang perjalanan mendirikan khemah, Pak Yahya juga membantu
dan memberi tunjuk ajar kepada kami sekiranya kami menghadapi masalah semasa
mendirikan khemah. Semua ahli telah menunjukkan semangat kerjasama yang mantap
dan semua kerja telah siap dalam masa yang ditetapkan. Ahli kumpulan bertoleransi
dan dapat bekerjasama dengan baik tanpa mengira kelas dan bangsa. Semua peserta
mengamalkan kata pepatah Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Selepas
mendirikan khemah, kami juga membuat ampaian untuk menyidai pakaian di luar
khemah dan membersihkan khemah untuk meletakkan barang-barang.

Saya telah belajar teknik untuk memasang khemah dengan betul dan perkara
yang perlu diberi perhatian semasa mendirikan khemah melalui aktiviti ini. Semua ini
merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya dan banyak pengetahuan telah saya
peroleh dan mungkin dapat digunakan pada masa depan.
Kumpulkan semua pelatih
Gotong-Royong
Menbawa Barang ke Kem
Mendirikan Khemah

Aktiviti 2: Aktiviti Ikatan Asas

Dalam aktiviti ini, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk belajar ikatan-
ikatan asas. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang pelatih dari kumpulan
pendidikan jasmani yang bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.
Ketua kumpulan saya adalah pelatih dari kelas pendidikan jasmani yang bernama
Aqmalhakim bin Abdul Rahim. Dia memberi tunjuk ajar yang amat teliti kepada kami
tentang bebrapa ikatan asas. Contohnya, ikatan badak, ikatan buku sila, ikatan mati,
ikatan fisherman, ikatan tindih kasih dan sebagainya. Selepas itu, kami diberi satu
pertandingan untuk mengikat ikatan asas yang telah kami belajar. Saya belajar dengan
banyak dan saya berasa aktiviti ini amat berguna untuk aktiviti harian kami.
Pembelajaran Ikatan Asas

Aktiviti 3: Sesi Moral 1

Selepas makan malam, non-muslim telah diatur untuk menjalankan aktiviti sesi
moral sementara menunggu muslim bersembahyang. AJK Kerohanian dan Moral
bertindak sebagai fasilitator di bahagian ini dan para peserta dikehendaki duduk dalam
kumpulan masing-masing untuk berbincang dan mengemukakan idea berdasarkan
tajuk yang diberi di sesi ini. Sesi moral bermula pada pukul 8 malam setiap hari. Tajuk
pada hari pertama ialah “Bagaimana untuk memperbaiki masalah-masalah
(Menghormati OKU/Menghormati orang tua/ ).” Sebagai seorang guru, bagaimanakah
kami memainkan peranan untuk menangani masalah ini. Kami dibahagikan kepada 3
kumpulan, dan diminta lakarkan idea kami dalam bentuk peta minda dalam kertas yang
disediakan untuk dibentangkan kepada kumpulan lain.

Tajuk kumpulan saya adalah mengenai “ bagaimana menghormati Orang


Kurang Upaya”. Selepas aktiviti sesi moral ini, saya mendapati saya lebih memahami
apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh seorang Orang Upaya. Saya juga belajar
untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk mengumpul idea bersama dengan ahli
kumpulan saya. Melalui sesi moral ini, saya belajar untuk menghormati dan menerima
pandangan sama ada positif atau negatif dari rakan sekumpulan saya.

Aktiviti 4: Ujian Psikologi

Selepas sesi moral, kami telah mulakan aktiviti “ice breaking” tepat pada pukul 9
malam. Oleh sebab kebanyakan kami belajar di kelas yang berlainan dan mungkin tidak
berkenalan antara satu sama lain, jadi sesi “ice breaking” dijalankan untuk
membolehkan kami mengenali semua peserta BIG. Sesi ini dibawa oleh Ustazah Che
Nazrah Yusof, Cik Nadzirah binti Ibrahim dan Cik Shuhada binti Samsudin.

Kami diminta duduk dalam kumpulan aktiviti masing-masing. Kemudian satu set
kertas yang penuh dengan soalan-soalan dibahagikan kepada kami untuk menjalankan
satu ujian kecil. Kertas ini terdapat sebanyak 100 soalan. Kami diminta menjawab
dengan ikhlas dan isikan jawapan dalam ruang jawapan yang disediakan. Kami diberi
sepanjang 35 minit untuk menjawab semua soalan ini.

Selepas itu, kami diminta mengira jawapan kita dan isikan jawapan kami dalam
ruang yang disediakan di bawah yang terbahagi kepada ruang emas, ruang hijau, ruang
biru dan ruang jingga. Akhirnya baru saya mengetahui bahawa ujian ini adalah ujian
psikologi mengenai sifat sendiri.
Selepas habis isikan ruang jawapan yang disediakan, Ustazah Che Nazrah
Yusof pun mula memberi penjelasan kepada kami mengikut kategori kami. Melalui
penjelasan yang diberi oleh Ustazah, baru saya mengetahui bahawa sebenarnya saya
adalah betul-betul sesuai untuk menjadi seorang guru iaitu berwarna biru. Jawapan
berwarna biru merupakan warna yang majoriti yang dimiliki oleh pelatih kami. Ini
menunjukan bahawa kebanyakan pelatih kami adalah betul-betul sesuai dengan
profesion guru ini. Manakala ada sesetengah pelatih yang akhir ujiannya ialah berwarna
emas bermaksud dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan bersifat lurus.
Warna jingga merupakan orang yang bijak dan berkreativiti.

Ujian ini membantu saya lebih mengenali diri sendiri dan memahami personaliti
sendiri. Akhir sekali, pensyarah mengumpulkan kami semua dan menayangkan video
yang bermakna sebagai penamatan hari tersebut. Pensyarah telah menyediakan slid
powerpoint yang mengandungi banyak kata-kata hikmah untuk merangsangkan minda
kami selepas aktiviti sepanjang hari.
Ujian Psikologi Mengenali Sifat Sendiri

3.2 Hari Kedua (30 Mac 2010, Selasa)

Aktiviti 1: Sesi Moral 2

Pada hari kedua, semua non-muslim berkumpul dan mulakan aktiviti sesi moral
tepat pada pukul 5 suku pagi. Tajuk sesi moral hari kedua ialah saling membincangkan
kebaikan dan keburukan masing-masing. Kami dibahagikan 2 orang dalam satu
kumpulan, Pada mulanya, setiap orang dikehendaki memikirkan keburukan kawan dan
seterusnya kebaikan yang ada pada kawan. Selepas itu, diminta untuk berbincang
bersama-sama kawan.

Selain itu, kami juga dikehendaki untuk bercerita tentang sikap positif dan negatif
yang ada dalam diri sendiri dengan sukarela. Aktiviti ini membantu saya untuk
menerima pendapat dan pandangan orang lain terhadap saya. Selain itu, saya juga
belajar untuk menghormati dan menerima kelebihan dan kekurangan rakan sekumpulan
yang seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Melalui aktiviti sesi
moral ini, saya dapat belajar untuk berfikiran secara positif dalam semua perkara.

Aktiviti 2: Aktiviti Air


Selepas bersarapan pagi, kami mengemaskan barang dan bersedia untuk
bertolak ke Tasik Darulaman, Jitra untuk menjalankan aktiviti air. Kami bekerjasama
untuk memunggah barang-barang keperluan dan peralatan dapur ke atas bas. Kami
akan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjalankan aktiviti air pada petang
nanti kerana bot sekolah terhad. Kumpulan aktiviti 2 dan 4 akan menjalankan aktiviti
water confident dahulu manakala Kumpulan aktiviti 1 dan 3 akan memasak dahulu,
kemudiannya bertukar antara satu sama lain.

Setelah sampai di destinasi kami, perempuan tolong untuk memunggah


peralatan dapur dan barang-barang keperluan ke pulau manakala lelaki pula tolong
untuk memunggah bot dan kayak dari lori. Cuaca pada hari itu adalah begitu panas
terik dan kami semua sudah berpeluh-peluh sebelum mulakan aktiviti air. Saya
merupakan ahli kumpulan 4, jadi kumpulan kami bermulakan aktiviti air dahulu.

Kumpulan kami mulakan dengan kayak dahulu. Encik Abdul Shukor bin Zainal
Abidin dan Encik Azemi bin Abdullah yang bertanggungjawab untuk membuat
penjelasan kepada kami tentang teori berkayak. Pada mulanya, kami diajar cara untuk
memakai baju berapung yang bernama B.A, kemudian beliau menjelaskan bahagian-
bahagian bot dan membuat penjelasan dengan teliti. Kemudian kami diminta mencari
pasangan masing-masing untuk berkayak. Selain itu, kami juga diajar antaranya
bagaimana hendak mengayuh, bagaimana hendak mengundur ke belakang dan
memberi arahan kepada orang hadapan. Kami diberi petunjuk oleh jurulatih untuk
berkayak ke destinasi yang berlainan.

Dengan penjelasan yang jelas, kami pun mulakan berkayak. Disebabkan saya
merupakan orang yang pertama kali berkayak, pasangan kayak saya telah member
banyak tunjuk ajar kepada saya semasa berkayak. Nasib baiknya dia merupakan
seorang yang berpengalaman. Selain itu, semasa kami berkayak, jurulatih menaiki bot
ke sekeliling kami dan membuat ombak untuk melihat tindak balas dan cara kami
mengawal bot daripada tenggelam. Nasib baik saya dan ahli kumpulan saya dapat
bekerjasama dengan baik dan dapat mengawal situasi cemas ini.
Selepas berkayak, kami pun mulakan aktiviti ‘water confidence’. Pelbagai
ekspresi muka dapat dilihat dari mimik muka peserta, ada yang cemas, ada yang
gembira, ada yang risau dan ada juga yang kelihatan tenang sahaja. Sebenarnya, saya
berasa sangat cemas dan takut untuk menjalankan aktiviti air kerana saya tidak pernah
menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti air. Saya juga takut pada lintah yang hidup
dalam air kerana terdapat beberapa peserta cedera akibat digigit lintah. Namun begitu,
saya begitu beria-ria untuk mencuba kerana ini merupakan satu pengalaman yang
baharu bagi saya dan tidak sentiasa terdapat peluang macam ini.

Jurulatih air kami, Puan Choong Sook Khim telah menerangkan cara dan teknik
untuk berapung di atas permukaan air dengan menggunakan baju pelampung kepada
kami. Terlebih dahulu, beliau hendak kami memegang tangan rakan sekumpulan dan
berapung di atas air dalam satu bulatan. Selepas itu, kami dikehendaki untuk
melepaskan tangan rakan dan berapung sendiri di permukaan air dengan bantuan baju
pelampung sahaja. Kami juga mengadakan satu pertandingan bola di permukaan air.
Selepas itu, kami diberi rehat sekejap, kemudian perlu berenang ke sebelah pulau. Ini
memanglah memenatkan kami kerana kami kena berenang sambil melihat ke belakang
dan menggerakkan tangan mengikut lawan air. Cuaca yang terik pada hari tersebut
telah menyebabkan segelintir peserta termasuk saya mengalami “sun burn”. Selain itu,
terdapat juga segelintir peserta yang digigit oleh lintah semasa berenang.

Selepas sampai di seberang pulau, kami bertukar dengan kumpulan lain dan
mulakan memasak. Manakala kumpulan memasak yang tadi pergi ke aktiviti air.
Kerjasama antara kumpulan dapat dipupuk di sini dan kami semua dapat bekerjasama
dengan baik untuk menyediakan makanan tanpa sebarang masalah. Ada yang
dipertanggungjawab untuk memasak air, ada yang memasak nasi, ada yang memotong
sayur-sayuran dan ada juga yang menolong untuk membersihkan kawasan untuk
menjamu selera nanti.

Selepas siap dimasak kami pun mulakan makan tengah hari kami. Sementara
menunggu kumpulan lain dalam aktiviti air, kumpulan kami menerima satu berita yang
buruk iaitu kumpulan kami selepas makan dikehendaki berenang balik semula ke
tempat asal. Saya berasa sangat takut dan gelisah kerana tadi berenag ke pulau ini
telah amat memenatkan saya, sekarang kena berenang balik semula.
Walaubagaimanapun, saya kena berenang balik kerana pulau ini tiada jalan untuk
berjalan balik. Satu cara sahaja yang dapat balik ialah berenang. Akhirnya saya pun
mengikut beramai-ramai berenang semula balik ke tempat asal. Dengan malunya, saya
merupakan pelatih yang terakhir sampai ke destinasinya, kerana saya memang sangat
penat. Nasib baiknya, dapat juga saya sampai ke destinasi.

Secara keseluruhannya, walaupun belajar berkayak serta aktiviti air amat


meletihkan, namun begitu ia merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat,
bermakna dan menyeronokkan. Banyak pengetahuan yang dapat saya dapat dan ini
merupakan satu cabaran yang baru bagi saya.

Membawa Barang Masakan ke Tasik Darulaman


Menurunkan Bot

Briefing Berkayak
Aktiviti Brkayak
‘Water Confidence’

Masakan dan Makan Tengah Hari di Pulau


Aktiviti 3: Sesi Moral 3

Sesi moral hari kedua mula pada pukul 7.45 malam selepas minum petang dan
berehat. Sama seperti hari yang lepas, peserta non-muslim diberi satu topik
perbincangan untuk bincang dalam kumpulan masing-masing. Tajuk sesi moral pada
hari itu ialah “Berdasarkan PBS yang telah dilaksanakan, apakah nilai yang patut pada
seorang guru.” Kami dibahagikan 3 kumpulan. Kemudian kami dikehendaki bincangkan
sesama ahli kumpulan dan lakarkan pada kertas yang disediakan. Peserta dikehendaki
melakarkan hasil perbincangan dalam bentuk peta minda dan kemudian dibentangkan
kepada kumpulan lain.

Melalui sesi moral ini, saya telah belajar untuk menghargai pendapat dan
pandangan orang lain. Selain itu, saya juga dapat berkongsi ilmu dan idea saya dengan
kumpulan lain, pada masa yang sama menerima pendapat yang berlainan dari
kumpulan lain. Oleh sebab itu, aktiviti sesi moral memang banyak membawa faedah
kepada kami.

Aktiviti 4: Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Selepas makan malam, kami telah menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK). Permainan kecil pertama yang dijalankan ialah guru kaunselor bagi kami semua
mengambil sekeping kertas kecil dan dalam kertas kecil itu telah tulis haiwan yang
berlainan seperti kambing, katak, anjing, kucing kuda dan sebagainya. Kami
dikehendaki untuk mencari peserta-peserta yang sama haiwan dengan kami tanpa
menyatakan nama tersebut. Kami hanya boleh mengeluarkan bunyi haiwan tersebut
tanpa beri apa-apa petunjuk kepada peserta lain. Pada masa itu saya telah
menghadapi kesukaran kerana haiwan yang saya dapat ialah kambing, saya tidak tahu
mendemakan bunyi kambing. Nasib baik saya dapat mencari ahli kumpulan saya juga
pada saat akhir.

Selepas itu, dalam kumpulan masing-masing. Kami dikehendaki membuat satu


logo yang bersifat perpaduan dan criteria guru, kemudian menciptakan sebuah lagu
yang bersesuian dengan logo kami. Kami hanya memberi masa sepanjang satu jam
sahaja untuk mensiapkan tugas kami dan dipersembahkan kepada kumpulan lain.

Dalam proses perbincangan dalam kumpulan kami, kami masing-masing


menghasilkan idea dan kreativiti kami. Kami juga membahagikan tugas iaitu ada orang
yang mencipta lagu manakala ada orang yang bertanggungjawab untuk mencipta logo.
Kami bekerjasama untuk menghasilkan tugasan kami dengan lancarnya. Selepas itu,
kumpulan kami merupakan kumpualan yang pertama untuk mempersembahkan hasilan
kami. Saya berasa amat bangga terhadap kumpulan saya.

Persembahan semua kumpulan memanglah menarik dan menyeronokkan.


Melalui permainan ini, saya telah mengenali lebih banyak kawan dari kelas yang
berlainan. Secara keseluruhannya, permainan ini amat menarik dan bermakna, melalui
permainan tersebut, saya dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat
dengan ahli kumpulan saya atas kerjasama kumpulan yang dikehendaki dalam setiap
permainan.
3.3 Hari Ketiga ( 31 Mac 2010, Rabu)

Aktiviti 1: Sesi Moral 4

Pada hari ketiga, kami telah menjalankan aktiviti sesi moral pada pukul 5
setengah pagi. Hari ini kami dikehendaki untuk bincang tentang topik“Membincangkan
nilai-nilai yang ada pada aktiviti air yang dilaksanakan pada hari sebelumnya.
Seterusnya membincangkan kelemahan-kelemahan yang harus dibaiki.” Kami
dibahagikan kepada 2 orang dalam satu kumpulan. Kami saling memberitahu
kelemahan-kelemahan yang ada pada pasangannya. Nilai-nilai yang harus dipupuk
dalam menjalani aktiviti air dan juga memasak juga disebut dan membuat perbincangan
bersama-sama.

Dengan menjalani sesi moral ini, saya baru tahu kenapa apabila saya dalam air
merasa begitu takut. Pada halnya, pasangan saya memberitahu kepada saya bahawa
saya kurang keyakinan diri. Dia memberitahu saya perlu meningkatkan keyakinan saya
dengan apahal sahaja. Selain daripada itu, aktiviti air dan memasak juga memerlukan
kerjasama kumpulan. Dengan itu hanya boleh melaksanakan sesuatu perkara dengan
sempurna.

Melalui sesi moral ini, saya telah belajar untuk menghargai pendapat dan
pandangan orang lain. Selain itu, saya juga dapat berkongsi ilmu dan idea saya dengan
kumpulan lain, pada masa yang sama menerima pendapat yang berlainan dari
kumpulan lain. Oleh sebab itu, aktiviti sesi moral memang banyak membawa faedah
kepada kami.
Aktiviti 2: Aktiviti Darat

Pada hari seterusnya, kami telah menjalankan aktiviti darat dalam hutan iaitu
kembara hutan. Selepas kemas barang persendirian dan memunggah peralatan yang
diperlukan ke dalam bas, kami pun bertolak ke Rimba Rekreasi Bukit Wang, Jitra.
Aktiviti darat ini telah dibimbing oleh pensyarah kami yang lebih berpengalaman.
Sebelum aktiviti kembara ini dijalankan, Encik Azman bin Aris, ketua jurulatih kami telah
memberi taklimat kepada kami. Seterusnya, ketua renjer hutan Rimba Rekreasi Bukit
Wang telah memberi penerangan mengenai keselamatan, laluan kembara dan sedikit-
sebanyak sejarah hutan rimba tersebut kepada kami.

Selepas itu, beliau telah mengatur satu renjer hutan untuk membawa satu
kumpulan dan menjelaskan kepada kami tentang pelbagai jenis flora dan fauna yang
terdapat di sepanjang hutan rimba tersebut. Jadi ada empat renjer yang masing-masing
membawa 4 kumpulan. Penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh renjer hutan
saya dengar dengan teliti. Saya juga mencatatkan maklumat tentang kegunaan
pelbagai jenis flora yang diulaskan oleh renjer hutan dalam buku catatan saya kerana
ini merupakan maklumat yang berharga serta bernilai. Tiga stesen telah disediakan
sebagai track point untuk kami berehat sambil duduk untuk mendengar penerangan
yang lebih mendalam daripada ketua renjer hutan.

Banyak pengetahuan baru yang telah saya peroleh dalam kembara hutan ini.
Sebagai contoh, saya lebih mengenali spesies flora yang berlainan dan memahami
tentang kegunaannya selepas aktiviti kembara hutan ini. Seperti pokok yang berdarah
semasa kita mengupis sedikit kulit daripada pokok tersebut. Tambahan pula, sepanjang
perjalanan dalam hutan rimba didapati terdapat banyak pokok tongkat ali, kami pun
cuba rasanya.Selain itu, saya juga berpeluang untuk mencuba rasa beberapa jenis
tumbuhan yang didapati di hutan rimba itu.

Sepanjang aktiviti kembara ini berlangsung, kami dalam satu kumpulan telah
belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong-menolong antara satu sama lain
memikul segala peralatan yang dibawa. Semasa kembara hutan dijalankan, peserta
akan menghulurkan tangan kepada mereka yang menghadapi kesukaran untuk menaik
jalan hutan yang cerun. Kami sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan sendiri dan
rakan sekumpulan supaya tidak cedera semasa menjalankan aktiviti kembara hutan di
jalan yang cerun dan licin.

Kumpulan kami dikira nasib yang baik kerana tiada sesiapa pun yang cedera
ataupun sesat. Semasa mencapai stesen yang terakhir, baru kami tahu sebenarnya
ada kumpulan yang sesat dan juga ada sesetengah ahli kumpulan digigit oleh pacat
dalam hutan.

Seterusnya,Aktiviti darat yang dijalankan ini juga telah memberi kesedaran


kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Alam
sekitar yang bersih dan tidak tercemar di sepanjang kawasan membolehkan spesies
flora dan habitat fauna dapat membiak dengan baiknya.

Sesampainya kami di stesen terakhir, para pensyarah telah berkumpul


menunggu kehadiran kami. Kemudian, kami telah diberi tugasan untuk membersihkan
kawasan di situ sebelum mula memasak. Setelah selesai membersihkan kawasan dan
menghamparkan tikar di situ, kami telah bekerjasama menyiapkan makanan pada hari
itu. Saya telah menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari cara memasak
dengan menggunakan bahan yang terhad. Selepas makan tengah hari, kami pun
bertolak balik ke kem. Sebelum bertolak balik ke kem, kami pun mengambil beberapa
gambar secara berkumpulan untuk menjadi satu kenangan.

Ilmu yang saya peroleh ini sememangnya amat berguna pada masa akan
datang. Melalui kembara hutan itu, saya mula dapat menghayati betapa peri pentingnya
menjaga dan memelihara alam sekitar. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah
mengajar saya erti persahabatan, nilai kerjasama, tolong menolong, berdikari dan
bertanggungjawab yang tidak dapat dipelajari di buku teks.
Briefing Merimba Hutan

Marimba Hutan di Bukit Wang


Renjer Memberi Penerangan tentang Jenis-Jenis
Pokok

Masakan dan Makan Tengah Hari di Bukit Wang

Ambil Gambar sebagai Kenangan di Rimba Rekreasi


Bukit Wang
Aktiviti 3: Malam Kebudayaan

Pada malam tersebut, kami telah bekerjasama menyediakan makanan BBQ


untuk malam kebudayaan pada pukul 6 setengah malam. Majlis malam kebudayaan
mula tepat pada pukul 9 malam. Majlis mula dengan ucapan daripada pengerusi bagi
siri ini, selepas itu ucapan daripada ketua Komandan kami dan akhir sekali adalah
pengarah kami. Dalam ucapan beliau, BIG merupakan satu proses untuk membina
ketahanan kita dari segi mental, fizikal dan rohani. Selain itu, beliau juga berkata
persembahan tidak mementingkan kualiti, tetapi telah membuktikan semua peserta
berani untuk berdiri di atas pentas. Beliau menasihati kami cuba mengekalkan akhlak
sebagai seorang guru yang berkualiti.

Selepas itu, kami mulakan makan malam bersama pensyarah dan mentor sambil
menjalankan aktiviti malam kebudayaan iaitu persembahan kumpulan masing-masing
pada masa yang sama.

Setiap kumpulan telah menunjukkan kreativiti dan keyakinan masing-masing.


Pelbagai jenis persembahan yang menarik telah diaturkan dan dirancangkan.
Antaranya termasuklah sketsa, nyanyian dan lain-lain. Kumpulan kami turut mengambil
bahagian untuk membuat persembahan pada malam kebudayaan. Kumpulan kami
telah merancang untuk membuat lakonan yang menceritakan pengalaman aktiviti air
pada hari yang kedua. Ketua kumpulan berbincang dan mengatur setiap ahli kumpulan
memegang satu peranan dalam lakonan tersebut. Kumpulan kami berjaya
mempersembahkan lakonan tersebut dengan lancar dan mendapat sambutan yang
hangat daripada penonton pada malam tersebut.

Suasana pada ketika itu amat hangat dan rancak. Semua peserta kelihatan
gembira pada malam itu. Selepas persembahan daripada keempat-empat kumpulan,
majlis malam kebudayaan juga hampir sampai ke penamatnya. Majlis menjemput
pengarah untuk merasmikan majlis penutupan dan menyampaikan cenderahati kepada
kumpulan yang membuat persembahan dan juga kepada semua jurulatih serta mentor.
Selepas itu, majlis bersurai dan kami mengambil gambar secara keseluruhan dan
bersama mentor masing-masing. Dengan kecewanya, mentor bagi kumpulan kami tidak
dapat hadir kerana badan tidak sihat. Melalui majlis malam kebudayaan ini, saya telah
belajar nilai kerjasama dan komitmen amat diperlukan dalam menjayakan suatu aktiviti
yang susah. Keyakinan saya juga bertambah dan saya menjadi lebih berani untuk
menghadapi cabaran yang akan datang.

Ucapan Pengarah
Persembahan Kumpulan

Hidangan Malam
Kebudayaan
Penyampaian Hamper
Sesi Pengambaran

3.4 Hari Keempat (1 April 2010, Khamis)

Aktiviti 1: Mengemaskan dan meruntuhkan khemah

Hari itu merupakan hari terakhir bagi program Bina Insan Guru. Selepas
senaman pagi dan bersarapan, kami mula mengemaskan dan membersihkan kawasan
di sekitar khemah. Kami mengemaskan barang peribadi dan memunggah ke dewan Sri
Banai. Selepas itu, kami bekerjasama dan membahagikan kerja pembersihan mengikut
kumpulan aktiviti. Ada yang dipertanggungjawab untuk mengutip sampah-sarap di
seluruh kawasan, ada yang membersihkan dewan dan juga dapur, ada yang
membersihkan tandas dan ada yang bertanggungjawab untuk meruntuhkan khemah
dan membersihkan khemah. Kita menjalankan tugas kami masing-masing.
Selepas kerja pembersihan diselesaikan, kami bekerjasama untuk mengangkat
barang-barang peralatan dapur dan juga mengangkat khemah pulang ke setor. Selepas
itu, kami pun duduk bersama untuk membahagikan hamper kumpulan kami yang dapat.

Membersihkan Kawasan Kem


Meruntuhkan Khemah

Aktiviti 2: Refleksi Mentor

Tepat pada pukul 10 pagi, kami mengadakan satu program bersama mentor
kami, iaitu Tuan Haji Ghazali Bin Omar. Kami telah menyuarakan pendapat dan
pandangan kami di sepanjang program BIG ini kepada beliau. Kami diberi peluang
untuk menyatakan refleksi masing-masing selepas bermalam 4 hari 3 malam di kem ini.
Selepas mendengar suara hati kami, beliau memberi banyak nasihat dan cadangan
kepada kami. Selain itu, beliau juga mencerita dan berkongsi pengalaman beliau
dengan kami. Banyak pengetahuan yang dapat kami pelajari daripada beliau kerana
beliau merupakan seorang yang berpengalaman. Nasihat dan tunjuk ajar yang diberi
oleh beliau memanglah bermanfaat kepada kita. Sebelum tamatnya refleksi bersama
mentor, mentor meminta maaf dengan kami kerana tidak dapat hadir pada malam
kebudayaan sebab badan kurang sihat. Kami telah pun memahami beliau. Disebabkan
pada malam kebudayaan kami tidak dapat mengambil gambar bersama beliau, jadi
kami pun mengambil gambar bersama beliau pada masa tersebut untuk menjadi satu
kenangan.
Melalui program BIG ini, saya telah memperolehi banyak kebaikan. Antaranya
termasuklah aktiviti yang dilaksanakan seperti aktiviti air dan kembara hutan telah
memberi peluang kepada kita untuk mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti
berenang, cara berkayak dan lain-lain. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang BIG ini,
aktiviti yang saya paling suka ialah aktiviti darat iaitu rimba hutan. Ia memberi satu
cabaran yang amat seronok kepada saya. Manakala dengan sebaliknya, aktiviti yang
saya paling takut adalah aktiviti air terutamanay ‘water confidence’ kerana saya kurang
keyakinan diri. Akhir sekali, aktiviti perkhemahan di luar melatih daya ketahanan kita
untuk menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan sekeliling. Saya telah belajar cara
untuk membaiki dan memotivasikan diri sendiri sebagai guru pada masa depan. Sekian
terima kasih.

Refleksi dengan Mentor


Majlis Meruntuhkan Bendera

Membawa Barang Balik Ke Stor


Pembahagi Hamper

You might also like