You are on page 1of 1

Kegunaan Pokok Kelapa

Malaysia ialah salah sebuah negara yang istimewa. Salah satu keistimewaan yang
terdapat di Malaysia ialah pokok kelapa.  Pokok kelapa dikenali sebagai pokok
seribu guna kerana setiap bahagian daripada pokok kelapa ada kegunaannya. 
Pokok kelapa hidup subur di negara yang bercuaca panas dan berangin contohnya
seperti di negara Malaysia, Hawaii dan India.

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan.  Antara kegunaanya adalah batang


pokok kelapa boleh dibuat titi.

Isi buah kelapa yang putih boleh dimakan begitu saja.  Ia juga boleh diproses dan
ditinkan sebagai makan sampingan.  Isinya yang kering dikenali sebagai
“Copra”.  Copra diproses untuk mendapatkan minyak.  Saki-baki daripada isi
kelapa yang kering boleh dijadikan sumber makanan untuk binatang ternakan
seperti lembu.

Air kelapa yang manis dan menyejukkan boleh diminum begitu saja pada waktu
cuaca panas.

Tempurung kelapa boleh dibuat sebagai penyedok.  Ia juga boleh diukir dan
diwarnakan sebagai barang perhiasan manakala tempurung buah kelapa boleh
dibuat tabung untuk menabung wang.

Sabut dari tempurung kelapa boleh dijadikan pencuci pinggan-mangkuk.  Daun


kelapa boleh dijadikan atap untuk rumah dan pondok .  Lidinya pula boleh dibuat
penyapu lidi dan cucuk satey.

Pokok kelapa yang banyak kegunaanya dan tidak memerlukan penjagaan rapi ini
baruslah digalakkan penanamannya.

You might also like