You are on page 1of 40

Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1

____________________________________________________________________________________________

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Di Malaysia matematik adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu
sekolah Menengah. (KBSM). Sukatan pelajaran matematik telah diubah suai mengikut
kehendak semasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengajaran dan
pembelajaran matematik KBSM memberi tumpuan khas kepada memupuk nilai murni
masyarakat Malaysia , memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah , menekankan
keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.

Nombor perpuluhan merupakan salah satu topik yang digolongkan dalam bidang
nombor dalam sukatan pelajaran KBSM. Perpuluhan masih dimasukkan dalam bidang
Nombor Tingkatan satu supaya ada kesinambungan apa yang telah dipelajari dari tahun
empat hingga tahun enam di sekolah rendah. Mengikut sukatan KBSR. Murid di sekolah
rendah diperkenalkan kepada nombor perpuluhan dengan pecahan persepuluh, perseratus dan
perseribu. Murid di sekolah rendah hanya diperkenalkan sehingga tiga titik perpuluhan
sahaja. Manakala pelajar di Tingkatan satu pula diuji kemahiran yang telah dipelajari di
sekolah rendah berkaitan konsep-konsep serta operasi asas melibatkan nombor perpuluhan .
Pelajar didedahkan dengan operasi asas melibatkan tempat perpuluhan yang lebih besar lagi.
Kebanyakan Negara lain turut mendedahkan nombor perpuluhan kepada pelajar di peringkat
sekolah rendah lagi.

Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk meneruskan
pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan dengan topik
pecahan dan topik wang. Menurut Skemp (1997) , pembelajaran suatu konsep matematik
sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan
pembelajaran.

___________________________________________________________________________________________________ 1
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

1.2 PERNYATAAN MASAALAH

Masalah pencapaian yang rendah dalam suatu topik matematik seringkali dihadapi
oleh pendidik matematik. Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh guru
dalam mengenal pasti punca-punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Murid
sering memperoleh tahap pencapaian yang rendah dalam topik nombor perpuluhan
Pembelajaran nombor perpuluhan sukar difahami dan seringkali dianggap sukar oleh murid-
murid. Ini adalah disebabkan murid terkeliru dengan cara penyebutan nombor perpuluhan
kerana mengalami masalah dalam istilah matematik. Justeru, pemahaman konsep nombor
perpuluhan perlu diberi perhatian oleh para guru matematik. Kegagalan memahami konsep
dalam sesuatu topik merupakan faktor utama dalam pencapaian matematik . Oleh sebab itu,
kegagalan pelajar dalam menguasai konsep nombor perpuluhan menjadi faktor penghalang
pemahaman murid dalam topik ini . Penggunaan kalkulator secara meluas dalam
pembelajaran matematik dan perubahan unit ukuran daripada Sistem Imperial kepada system
Metrik menjadikan topik perpuluhan menjadi satu topik penting dalam kurukulum matematik
sekolah. Guru matematik harus memberi penekanan terhadap topik ini bagi memastikan
kemahiran dalam topik perpuluhan dapat dikuasai dengan sepenuhnya Hal ini mendorong
saya menjalan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah pelajar dalam
penyelesaian yang membabitkan penambahan nombor perpuluhan, penolakan nombor
perpuluhan, pendaraban nombor perpuluhan dan pembahagian nombor perpuluhan di
kalangan pelajaran Tingkatan Satu. Ini termasuklah operasi bergabung yang melibatkan
nombor perpuluhan. Kajian menumpukan pengenalpastian terhadap cara ataupun kaedah
yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian melibatkan nombor perpuluhan. Tumpuan
kajian adalah bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar berkaitan dengan nombor
perpuluhan ini. Hal ini dikaji berdasarkan cara-cara pelajar ini menyelesaikan soalan –
soalan yang melibatkan empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak darab dan bahagi.
Serta melibatkan gabungan beberapa operasi asas. Kajian ini juga dapat mengenalpasti
samada pelajar memahami konsep perpuluhan ataupun hanya mengetahui cara penyelesaian
yang sering diberi latih tubi oleh guru.

___________________________________________________________________________________________________ 2
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cara penyelesaian yang membabitkan


operasi asas iaitu, tambah, tolak, darab , bahagi dan operasi bergabung nombor perpuluhan
oleh pelajar Tingkatan Satu . Tumpuan diberikan kepada langkah-langkah yang digunakan
oleh subjek kajian untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Tumpuan
juga adalah bagi mengenalpasti samada pelajar memahami ataupun sekadar menyelesaikan
mengikut bimbingan guru yang kebanyakkannya mengajar menjawab soalan dan bukannya
menanam konsep perpuluhan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara terperincinya bertujuan untuk mengenalpasti cara penyelesaian yang
membabitkan operasi asas iaitu tambah , tolak , darab , bahagi dan operasi bergabung nombor
perpuluhan oleh pelajar tingkatan satu . Tumpuan diberikan kepada langkah-langkah yang
digunakan oleh subjek kajian untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan.
Penekanan juga diberikan ke atas kefahaman pelajar terhadap konsep nombor perpuluhan
terhadap pengajaran guru atau sekadar menyelesaikan mengikut bimbingan guru yang
kebanyakannya mengajar menjawab soalan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bagi memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan


ini:
Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk:
i. menambah nombor perpuluhan?
ii menolak nombor perpuluhan
iii mendarab nombor perpuluhan?
iv. membahagi nombor perpuluhan?
v. menyelesaikan lebih operasi nombor perpuluhan?

___________________________________________________________________________________________________ 3
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Keputusan yang diperolehi diharapkan dapat;

i. Membekalkan beberapa maklumat mengenai penyelesaian melibatkan nombor


perpuluhan serta operasi-operasi asas dilakukan ke atas pelajar tingkatan satu.
ii. Pelajar dapat merancang satu kaedah yang paling baik daripada kelaziman.
iii. Mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan nombor perpuluhan.
iv. Membantu guru-guru dan pihak sekolah dalam melaksanakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran sesuai bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran nombor
perpuluhan .

1.5. BATASAN KAJIAN

Kekangan masa menyebabkan kajian ini terbatas kepada satu kelas tingkatan satu
sahaja walaupun cadangan asal adalah untuk mendapatkan pelajar yang berlainan tahap
pencapaian namun keadaan tidak mengizinkan maka sampel kajian hanyalah dapat dijalankan
terhadap pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah sahaja. Selain itu, pengkaji terpaksa
menurut syarat pengetua sekolah yang tidak mahu sesi persekolahan terganggu
memandangkan masa kajian sangat hampir dengan masa peperiksaan pertengahan tahun.
Kajian ini juga hanyalah tertumpu pada sebuah sekolah sahaja yang melibatkan pelajar
tingkatan satu di mana hasil kajian hanyalah andaian pengkaji berdasarkan nisbah pelajar
yang kecil. Ianya tidak dapat menyatakan apa sebenarnya yang ada dalam fikiran sebenar
pelajar – pelajar tersebut. Kajian hanyalah mengenalpasti bagaimana pelajar menyelesaikan
soalan perpuluhan dalam pelbagai operasi asas.

1.6. DEFINISI ISTILAH

1.6.1 Kefahaman

Pemahaman merupakan salah satu peringkat kefahaman yang harus ditanamkan kepada
pelajar. Kefahaman pelajar adalah di dalam menterjemah , merumus dan mentafsir.
Komponen ini terdiri daripada dua kategori : pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk

___________________________________________________________________________________________________ 4
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

mempelajari sesuatu topik dan pengetahuan tentang kesukaran serta miskonsepsi pelajar
berkenaan terhadap sesuatu konsep matematik ,Tengku Zawawi Tengku Zainal (1999)

1.6.2 Penyelesaian
Penyelesaian adalah proses terancang yang dijalankan untuk mencapai matlamat tertentu.

1.6.3 Nombor Perpuluhan


Beberapa buku teks dan rujukan matematik dari luar negara memberikan takrif bersama.
Dalam KBSR, Buku teks maksud perpuluhan ialah pecahan yang penyebutnya kuasa 10.
Dalam Buku Teks Matematik Tingkatan 1 KBSM ,Mustapha, Muhd Zaberi,M Rashidi
Nasiruddin dan Md Nor (1989) mendefinisikan perpuluhan sebagai kuasa bagi 10.
Pada keseluruhan takrif diberikan oleh pengkaji serta penulis adalah sebarang penyebut
kuasa 10 ataupun pembahagian dengan kuasa 10.

1.7 Rumusan

Bab ini menghuraikan serba sedikit tentang kajian yang akan dijalankan . Ianya memberi
gambaran berkenaan kajian yang akan dijalankan. Latar belakang kajian , tujuan, kepentingan
dan batasan dalam membuat kajian di samping sedikit definisi perkataan-perkataan yang
berkaitan. Pengalaman berjaya dalam menguruskan pengetahuan sendiri dan akan membantu
pelajar menyelesaikan dengan berkesan (Shoenfeld, 1985; Boaler ,1998) Oleh itu guru yang
mengkhusus dalam bidang matematik diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka untuk menyediakan enviromen pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan masalah matematik untuk setiap topik yang diajar pada peringkat sekolah.

___________________________________________________________________________________________________ 5
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap kefahaman pelajar tingkatan satu terhadap
topik nombor perpuluhan . Dalam bab ini, pengkaji membincangkan kajian-kajian yang telah
dijalankan mengenai masalah kefahaman pelajar dan penerangan konsep disampaikan.

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan samaada di dalam atau di luar negara
mengenai kefahaman pelajar dalam menguasai konsep sesuatu topik terutamanya topik
perpuluhan.Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum,
menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus kepada keseimbangan
antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik
dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik,
kritis dan bersistem (Nik Azis 1992; KPM 1988).

Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada
guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan,  kefahaman dan kemahiran
dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan  keperluan KBSM   

Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi tidak  bermakna (Ibrahim 1994). 
Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh
guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). 
Keadaan ini tentunya akan  melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang
matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep
atau kemahiran matematik (Tengku Zawawi 1997). 

Pertubuhan matematik profesional seperti “National Council of Teachers of Mathematics


(NCTM)” dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM telah menegaskan

___________________________________________________________________________________________________ 6
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalak
untuk membina secara aktif kefahaman matematik mereka melalui penyiasatan, menguji
hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah, berbincang dan berkongsi idea (NCTM
1989; PPK 1987).

Beberapa kajian dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa pembelajaran


berlaku apabila murid-murid mengasimilasikan maklumat baru dengan aktif serta mengalami
dan membina skim matematik mereka sendiri (Wang, S. Y. P. et. al 1999; Steffe, Cobb, &
Von Glasersfeld 1988; Schoenfeld 1987).

Setiap murid perlu menguasai ilmu matematik pada tahap literasi yang tinggi. Murid-
murid hanya mula belajar apabila mereka meneroka perkara-perkara baru yang melebihi
batas dan skop ilmu yang diajar kepada mereka (Beyer 1987). Ini bermakna literasi
matematik pada tahap tinggi membabitkan aktiviti yang bersifat konstruktif dan bukan pasif,
membabitkan pembinaan skim matematik yang canggih dan bukan hafalan maklumat
matematik yang tidak bermakna (Nik Azis 1996).

Terdapat kajian yang menjurus kepada masalah pembahagian perpuluhan. Luchemer


(1991), mendapati bahawa pelajar lebih sukar menyelesaikan soalan berbentuk pembahagian
berbanding soalan yang melibatkan operasi tambah, tolak , darab dan bahagi. Samada bagi
tajuk nombor bulat ataupun perpuluhan.

Menurut Bell, Fischbein (1984) Pelajar didapati menghadapi masalah operasi bahagi
apabila pembahagi tersebut lebih besar. Contohnya 6 bahagi 8.

Dalam proses pendaraban pelajar beranggapan akan memberi jawapan angka yang
besar dan manakala dalam proses pembahagian akan mengecilkan angka. Ini adalah salah
konsepsi pelajar terhadap operasi darab dan bahagi Terdapat kajian mengenai nilai tempat ,
tertib nombor perpuluhan Grossman (1983) dan penyelesaian masalah dalam nombor
perpuluhan, Carpenter et al(1991).

Dapatan kajian Faridah Ibrahim (1999), menunjukkan pelbagai cara yang telah digunakan
oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan penyelesaian kepada perpuluhan. Kebanyakan
mereka tahu menyelesaikan dengan menggunakan kaedah yang diberikan tanpa memahami

___________________________________________________________________________________________________ 7
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

konsep perpuluhan. Masih ramai pelajar keliru dengan maksud perpuluhan apabila beliau
menjalankan temubual dengan beberapa pelajar tingkatan satu.
Para penyelidik dari RECSAM menerusi Teaching-Learning Project 1989 telah
mengenalpasti topik nombor perpuluhan sebagai satu topik yang sukar dikuasai oleh murid.

2.3 Kebolehan Pelajar

Mengikut beberapa kajian lain, pelajar didapati kurang menguasai operasi bahagi dalam apa
juga tajuk matematik. Mereka tidak menguasai cara penyelesaian operasi bahagi. Bagi
operasi asas tambah dan tolak tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pelajar. Ini dapat
dilihat apabila pelajar-pelajar pemulihan sekolah rendah boleh menguasai operasi asas
tambah dan tolak dengan agak memuaskan, malangnya mereka langsung tidak menguasai
operasi darab apatah lagi operasi bahagi. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi
tidak digunakan sekerap kemahiran tambah , tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka
kurang peluang untuk kemahiran bahagi diamalkan yang menyebabkan murid menghadapi
masalah menyelesaikan bahagi. Jika pelajar mengalami masalah ini mengakibatkan apa juga
topik yang memerlukan operasi bahagi dijalankan mengakibatkan pelajar tidak dapat
menyelesaikan dengan tepat. Apabila pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi
darab dan bahagi masalah yang paling utama adalah penguasaan sifir. Ramly (1992)
berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi .

2.4 Rumusan

Tinjauan literatur menunjukkan wujudnya perkaitan antara pencapaian akademik


pelajar dengan efikasi kendiri pengajaran guru . Seorang guru matematik perlu membina dan
memperkasakan pengetahuan mereka dalam penyampaian terumatamanya penyampaian
konsep sesuatu topik. Daripada tinjauan yang telah dilakukan ke atas kajian-kajian luar dan
dalam negara, terdapat pelbagai hasil dapatan kajian yang berbeza. Banyak kajian luar negara
yang menyatakan bahawa pelajar lemah dalam menjalankan penyelesaian operasi bahagi dan
darab berbanding tambah dan tolak. Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah kurangnya
kemahiran dalam penyelesaian operasi tambah, tolah , darab dan bahagi . Maklumat daripada
kajian-kajian yang telah dijalankan dapat dijadikan maklumat dalam membantu pengkaji

___________________________________________________________________________________________________ 8
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

menjalankan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji khususnya dalam mengukuhkan lagi
dapatan.

___________________________________________________________________________________________________ 9
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

BAB 3
METHODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan menghuraikan mengenai kaedah kajian dan proses perlaksanaan kajian
yang telah dijalankan dan dilaksanakan. Ianya meliputi reka bentuk kajian, jangkamasa yang
diambil bagi melaksanakan kajian ini. Selain itu dihuraikan juga terperinci prosedur
pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Berdasarkan kepada tujuan kajian iaitu untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dalam
penyelesaian masalah maka kajian kes dipilih sebagai reka bentuk kajian.Ujian diagnostik
yang mengandungi 25 item berdasarkan bidang-bidang dalam topik nombor perpuluhan
seperti operasi tambah nombor perpuluhan , operasi tolak nombor perpuluhan , operasi darab
dan bahagi nombor perpuluhan serta gabungan operasi bagi nombor perpuluhan. Ujian
kefahaman ringkas ini dipilih memandangkan ujian ini adalah untuk mengenal pasti
kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan faktor matematik
tertentu , Pengkaji juga mengemukakan soalan temubual kepada beberapa subjek yang telah
dipilih. Kajian menggunakan rekabentuk ini merangkumi kebolehan yang ditunjukkan oleh
ramai pelajar. Dapatan berbentuk kuantitatif dan kualitatif

3.3 POPULASI KAJIAN

3.3.1 Sampel Kajian

Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah yang berhampiran dengan tempat pengkaji.
Kajian ini melibatkan sebuah kelas pelajar tingkatan satu. Lokasinya adalah di bandar
dengan enrolmen pelajar melebihi 1500 orang dan enrolmen guru melebihi 80 orang. Sekolah
ini merupakan sebuah sekolah di mana enrolmennya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu

___________________________________________________________________________________________________ 10
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Melayu,China dan India. Sekolah ini adalah sekolah Menengah aliran biasa yang beraliran
sesi pagi dan petang. Pelajar-pelajar tingkatan satu telah diagihkan kepada 14 kelas di mana
setiap kelas mempunyai anggaran murid 30 hingga 35 orang pelajar.

Sebelum pemilihan subjek dibuat pengkaji mengadakan perbincangan dengan


beberapa orang guru matematik yang mengajar tingkatan satu di sekolah terlibat. Antara
perkara yang dibincangkan adalah tujuan kajian ini dijalankan., teknik kajian yang dijalankan
serta subjek yang sesuai diambik sebagai sampel kajian. Selepas perbincangan dan atas
nasihat serta bantuan guru matematik merangkap guru pembimbing bagi kajian ini kelas
tingkatan satu yang mempunyai pelajar yang dianggap kurang menguasai kemahiran
matematik telah dipilih.

Walaupun pada asalnya bilangan pelajar dicadangkan seramai 60 tetapi atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan pelajar yang dipilih hanyalah 30 orang sahaja. Pelajar
terdiri daripada tahap penguasaan pelajaran yang sederhana dan lemah. Pengambilan sampel
dapat digambarkan seperti jadual di bawah:

PELAJAR

Jantina Sederhana Lemah

Lelaki 8 8

Perempuan 7 7

Jadual 3.3.1: Jadual pengambilan sampel bagi Ujian Diagnostik

Sampel yang kedua terdiri daripada pelajar yang telah menjalani ujian diagnostik yang telah
dijalankan sebelumnya. Pelajar juga dipilih secara rawak seramai 12 orang berdasarkan
pencapaian mereka dalam ujian diagnostik

___________________________________________________________________________________________________ 11
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

PELAJAR
Jantina
Sederhana Lemah

Lelaki 3 3

Perempuan 3 3

Jadual 3.3.2: Jadual Pengambilan Sampel bagi Kajian Temubual

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian terdiri daripada satu set kertas soalan yang mengandungi soalan
soalan yang melibatkan penambahan, penolakan , pendaraban, pembahagian serta operasi
bercampur yang melibatkan nombor perpuluhan(Lampiran A). Set soalan itu mengandungi
25 soalan yang mengandungi seperti berikut:

i. 5 soalan melibatkan operasi tambah


ii. 5 soalan melibatkan operasi tolak
iii. 5 soalan melibatkan operasi darab
iv. 5 soalan melibatkan operasi bahagi dan
v. 5 soalan melibatkan operasi bercampur

dan satu set soalan temubual pengkaji dengan pelajar yang mengandungi lima soalan yang
mana setiap persoalan kajian dimasukkan (Lampiran B). Sedikit pengetahun pelajar tentang
perpuluhan juga disertakan.Soalan Post Test diambil sama seperti ujian Diagnosis

3.5 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis telah dibuat yang melibatkan sepuluh orang pelajar tingkatan 1 yang
mana pelajar-pelajar tersebut adalah anak-anak jiran disekeliling kediaman pengkaji. Kajian
ini dijalankan bagi melihat kesesuaian soalan ujian kefahaman yang disediakan dari segi isi
format dan bahasa. Selain itu kajian rintis dijalankan bagi mengumpul maklumat tentang

___________________________________________________________________________________________________ 12
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

respon bertulis yang mungkin diberikan oleh subjek terhadap soalan ujian kefahaman yang
disediakan. Maklumat tersebut dapat membantu dalam memperbaiki mutu soalan ujian
kefahaman bagi kajian sebenar yang akan dijalan. Kajian ini juga membantu pengkaji
daripada menentukan masa yang diperlukan bagi menyelesaikan semua soalan yang
disediakan. Setelah dijalankan kajian rintis didapati soalan yang disediakan bersesuaian dan
masa yang dapat ditetapkan adalah selama 40 minit.

3.6 PENGUMPULAN DATA

Pengkaji telah menghantar nama sekolah, bilangan pelajar dan tingkatan yang dipilih
bersama cadangan penyelidikan dan surat kebenaran dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menjalankan
kajian ini. Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga dipohon setelah
memperoleh kebenaran dari Kementerian Pelajaran. Data-data telah dikumpulkan oleh
pengkaji sendiri di mana pelajar diberi satu ujian diagnostik yang mengandungi 25 item
melibatkan operasi asas dalam topik perpuluhan. Data ujian ini terdiri daripada respon
bertulis pelajar. Subjek kajian telah diberikan kertas soalan yang merangkumi semua
persoalan yang ingin dikaji dan menjawab di tempat yang disediakan. Mereka telah diawasi
oleh pengkaji dan guru lain supaya tidak meniru. Masa ditetapkan selama 30 minit. Selepas
itu pelajar dipilih secara rawak untuk ditemuduga bagi mengenalpasti kefahaman tentang
nombor perpuluhan yang diberikan oleh subjek.

Ujian Kefahaman Temubual


Ringkas (Anggaran 15 Analisis dapatan
(Anggaran 30 orang) orang)

___________________________________________________________________________________________________ 13
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Prosedur Analisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisis dengan mencari peratusan
dan min markah pelajar. Nilai ujian digunakan sebagai maklumat untuk bahagian pencapaian
akademik dalam kajian ini. Markah-markah yang diperoleh daripada ujian kefahaman ini
akan dianalisis . Markah yang diperolehi adalah dalam skala ordinal.

Markah-markah yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan mendapatkan


nilai peratusan bagi setiap kategori yang ditetapkan untuk matapelajaran Matematik mengikut
jantina dan tahap kebolehan.

3.7 JANGKAMASA KAJIAN

Jadual di bawah menunjukkan jangkaan tempoh cadangan bagi menjalankan kajian ini;
Jun 2005 Julai 2005 Mei 2006 Jun 2006
o Penjelasaan o Menghant o Menjalanka o Menyiapk
kajian dari ar surat-surat n penganalisisan an latihan
penyelia. kebenaran data yang ilmiah bab 5.
o Menyiapkan kepada pihak diperolehi. o Pembaika
cadangan kajian yang terbabit. o Menyiapkan n laporan bab 5.
(bab 1,2 3-latihan . latihan ilmiah bab o Pengemas
ilmiah). 4. kinian
o Pembetulan o Pembaikan keseluruhan
cadangan kajian bab 4 latihan ilmiah
o Pembukua
n latihan ilmiah
o Penghanta
ran

___________________________________________________________________________________________________ 14
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

3.8 RUMUSAN

Bab ini menggariskan metodologi kajian secara menyeluruh. Pengkaji telah


mendapatkan data-data kajian daripada pelajar-pelajar di sebuah kelas seperti yang
dinyatakan dalam bab 3.1 Sampel kajian setelah mendapat kebenaran dari pihak yang
terbabit.Bab seterusnya membincangkan dapatan –dapatan kajian yang diperoleh daripada
instrumen sepanjang kajian ini.

___________________________________________________________________________________________________ 15
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membentangkan hasil analisis data temubual dan pemerhatian secara
perihalan. Analisis dibuat mengikut persoalan kajian meliputi

a. Profil responden berdasarkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


diikuti

b. Analisis ujian diagnostik .Analisis merangkumi

i. pencapaian pelajar dalam menyelesaikan ujian diagnostik


ii. Persoalan kajian satu : Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk
menambahkan nombor perpuluhan?
iii. Persoalan kajian dua: Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk
menolak nombor perpuluhan
iv. Persoalan kajian tiga : Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk
mendarab nombor perpuluhan?
v. Persoalan kajian empat : Apakah cara yang digunakan oleh pelajar
untuk membahagi nombor perpuluhan?
iv. Persoalan kajian lima : Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk
menyelesaikan lebih operasi nombor perpuluhan?

c. Analisis kaedah temubual


d. Analisis Ujian Pos

___________________________________________________________________________________________________ 16
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

4.2 PROFIL RESPONDEN

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di


negeri Selangor. Pelajar yang dipilih terdiri daripada seratus peratus kaum melayu Bilangan
dan peratusan responden mengikut jantina bagi kelas yang dipilih adalah ditunjukkan dalam
jadual 4.1 di bawah.

Jantina Bilangan Peratus(%)

Lelaki 16 53.3

Perempuan 14 46.7

Jumlah 30 100

Jadual 4.1: Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina

Pengkaji juga merekodkan pencapaian matematik responden dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) bagi mengetahui latar belakang pencapaian responden dalam mata pelajaran
matematik. Keputusan matematik UPSR responden diringkaskan dalam jadual 4.2 di bawah.

Bilangan Pelajar
Gred UPSR Jumlah Peratus (%)
Lelaki Perempuan

A Tiada Tiada Tiada 0

B 5 2 7 23.3

C 9 10 19 63.3

D 1 1 2 6.7

E 1 1 2 6.7

Jadual 4.2: Prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik UPSR 2005

___________________________________________________________________________________________________ 17
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Berdasarkan jadual 4.2 didapati responden terdiri daripada pelajar yang sederhana dan lemah
dalam menguasai kemahiran matematik. Peratusan pelajar mendapat gred C paling tinggi
berbanding gred- gred yang lain. Ini membuktikan responden terdiri daripada pelajar-pelajar
yang mampu menguasai tajuk-tajuk dalam sukatan matematik , tetapi kurang memahami
beberapa konsep dengan baik.

4.3 DAPATAN DATA DAN MAKLUMAT

4.3.1 Ujian Diagnosis

Bahagian ini akan membentangkan data-data yang didapati daripada ujian diagnostik
yang telah dijalankan. Dalam jadual 4.3 yang ditunjukkan di bawah adalah tahap pencapaian
pelajar dalam ujian diagnostik .

Tanda Kelas Frekuensi


Kelas (f1 x)
(x) (f1)
0-19 9.5 7 66.5

20-39 29.5 14 413

40-59 49.5 5 247.5

60-79 69.5 2 139

80-100 89.5 2 179

Jumlah  f =30 1045

Jadual 4.3: Taburan frekuensi markah pelajar bagi ujian diagnostik

Min data keputusan ujian diagnostik ditunjukkan dengan pengiraan berikut:

Min =  f1x
 f

1045
= 34.8
30

___________________________________________________________________________________________________ 18
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Min pencapaian murid dalam ujian ini adalah 34.8. Sebanyak 70 peratus pelajar memperoleh
markah yang kurang 40 peratus. Manakala 23 peratus lagi memperoleh markah di antara 41
hingga 79 peratus. Manakala selebihnya memperolehi pencapaian lebih 80 peratus betul
daripada 25 item yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa ramai pelajar masih tidak
menguasai topik perpuluhan walaupun menurut guru matematik mereka tajuk perpuluhan
baru sahaja selesai diajar. Namun demikian bukan semua kemahiran yang tidak difahami
kerana dalam empat operasi asas , operasi tambah dan tolak menunjukkan ramai bilangan
pelajar dapat menjawab dengan tepat. Kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam
menyelesaikan item bagi operasi darab dan bahagi. Masalah ini dapat diteliti dengan
terperinci dalam perbincangan seterusnya.

Pengkaji akan membincangkan dapatan kajian dengan memfokuskan kepada persoalan


kajian.

Persoalan Kajian 1

Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk menambahkan nombor perpuluhan?
Dapatan daripada ujian diagnostik bagi lima item soalan operasi tambah yang dijalankan ke
atas 30 orang responden di tunjukkan dalam jadual 4.3.1

Markah Bilangan Peratus(%)

0 0 0

1 2 6.7

2 4 13.3

3 6 20

4 11 36.7

5 7 23.3

Jumlah 30 100
Jadual 4.3.1 Keputusan Ujian Diagnosis operasi tambah

___________________________________________________________________________________________________ 19
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Berdasarkan ringkasan keputusan pelajar menjawab operasi tambah perpuluhan dapat


dirumuskan bahawa masih terdapat segelintir pelajar tidak menguasai operasi tambah nombor
perpuluhan dengan baik. Daripada jawapan –jawapan yang dikemukakan oleh responden
terhadap item-item operasi tambah terdapat 20 peratus pelajar masih kurang menguasai
kemahiran menambah perpuluhan dengan tepat di mana 6.7 peratus tidak dapat faham
bagaimana menambah perpuluhan . Apabila diteliti salah satu punca pelajar tidak menjawab
soalan dengan tepat adalah kerana pelajar tidak tahu menyusun nombor untuk ditambah.
Mereka masih menggunakan cara penambahan nombor bulat . Mereka menyusun nombor di
rumah sa selari. Mereka dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada mereka bahawa menambah
mestilah selari. Apabila mempelajari topik perpuluhan mereka masih menggunakan cara yang
sama.
75 peratus pelajar menjawab soalan tambah perpuluhan dengan cara yang berikut:

2 5 . 3 8 1
0 . 1 8 9 4
+ 3 . 2
2 8 . 7 7 0 4

Walaupun demikian sebilangan kecil pelajar masih kurang menguasai kemahiran


menambah dengan melakukan kesilapan-kesilapan antara kesilapan yang dapat dikesan
adalah
Kesilapan pelajar menambah 1 :

4.59 + 0.2356 + 2.5=


Mesti selari

4. 5 9
0. 2 3 5 6
+ 2. 5
0. 2 8 3 0

___________________________________________________________________________________________________ 20
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Kesilapan pelajar menambah 2

45 +3.789 +154.3 = Tidak tahu


meletakkan
nombor bulat
3. 7 8 9 yang tiada titik
1 5 4. 3 perpuluhan

+ 4 5
1 5 8. 5 3 9

Persoalan Kajian 2
Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk menolak nombor perpuluhan?
Dapatan daripada ujian diagnostik bagi lima item soalan operasi tolak yang dijalankan ke atas
30 orang responden di tunjukkan dalam jadual 4.3.2

Markah Bilangan Peratus(%)

0 2 6.66

1 6 20

2 6 20

3 5 16.67

4 5 16.67

5 6 20

Jumlah 30 100
Jadual 4.3.2: Keputusan Ujian Diagnosis operasi tolak

Berdasarkan keputusan pelajar dalam jadual dapat dirumuskan bahawa didapati kesilapan
pelajar juga sama seperti dalam operasi tambah. Pelajar kurang faham bagaimana mahu

___________________________________________________________________________________________________ 21
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk lazim. Oleh itu mereka tidak akan mendapat
jawapan yang tepat Daripada jawapan –jawapan yang dikemukakan oleh responden terhadap
item-item operasi tolak terdapat 6.66 peratus pelajar belum menguasai langsung kemahiran
menolak perpuluhan dengan tepat kerana daripada 5 item yang diberikan jawapan yang
diberikan langsung tidak tepat. Apabila dianalisis perbezaan di antara operasi tambah dengan
operasi tolak adalah apabila soalan tolak diberikan kebanyakan pelajar tidak menambah nilai
sifar di belakang sesuatu nombor menyebabkan pelajar tidak menolak dengan tepat. Ini tidak
berlaku pada kemahiran menambah kerana nilai sifar tidak akan mengganggu dalam
mendapatkan jawapan.

Contoh pelajar menjawab dengan tepat:

1 5 . 0 3 6
0 . 1 8 7
1 4 . 8 4 9

Kesilapan yang amat ketara dalam operasi tolak selain teknik menyusun nombor perpuluhan
adalah:
45.45 – 3.789 =
Pelajar tidak
menulis sifar
4 5 . 4 5 menyebabkan
tiada nilai
- 3 . 7 8 9
ditolak.
4 1 . 6 7 9

___________________________________________________________________________________________________ 22
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Persoalan Kajian 3

Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk mendarab nombor perpuluhan?
Dapatan daripada ujian diagnostik bagi lima item soalan operasi darab yang
dijalankan keatas 30 orang responden di tunjukkan dalam jadual 4.3.3

Markah Bilangan Peratus(%)

0 7 23.3

1 10 33.3

2 3 10

3 3 10

4 4 13.4

5 3 10

Jumlah 30 100

Jadual 4.3.3: Keputusan Ujian Diagnosis operasi darab

Dapatan menunjukkan bahawa ketidak fahaman pelajar terhadap operasi darab adalah punca
pelajar tidak menjawab dengan tepat soalan darab. Berdasarkan keputusan pelajar dalam
jadual dapat dirumuskan pelajar mempunyai masalah dalam penyelesaian operasi darab.
Didapati 23.3 peratus pelajar belum menguasai langsung kemahiran mendarab perpuluhan
dengan tepat kerana daripada 5 item yang diberikan jawapan yang diberikan langsung tidak
tepat. Apabila diteliti didapati punca utama dalam operasi darab adalah pelajar tidak
menguasai sifir. Namun demikian 10 peratus daripada responden menguasai dengan baik
apabila dapat menjawab 100 peratus betul.

___________________________________________________________________________________________________ 23
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Contoh pelajar menjawab dengan tepat

1 4 . 7
X 9 . 8
1 1 7 6
+ 1 3 2 3
1 4 4 .0 6

Kesilapan pelajar menjawab soalan darab

1 4 . 7
X 9 . 8
1 1 7 . 6
+ 1 3 2 . 3
2 4 9 . 9

Pelajar menyelesaikan operasi darab seperti menambah dan menolak dengan menyusun titik
perpuluhan selari dan titik perpuluhan pada jawapan tidak tepat.

Dapatan juga menunjukkan pelajar tidak menguasai sifir yang menyebabkan berlakunya
kecuaian dalam pengiraan.

1 4 . 7 Murid salah sifir.


X 9 . 8
1 1 3 6
+ 1 3 2 3
2 4 5 9

___________________________________________________________________________________________________ 24
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Persoalan Kajian 4

Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk membahagi nombor perpuluhan?
Dapatan daripada ujian diagnostik bagi lima item soalan operasi darab yang
dijalankan keatas 30 orang responden di tunjukkan dalam jadual 4.3.4

Markah Bilangan Peratus(%)

0 10 33.33

1 7 23.33

2 5 16.67

3 5 16.67

4 3 10

5 0 0

Jumlah 30 100
Jadual 4.3.4: Keputusan Ujian Diagnosis operasi bahagi

Dapatan menunjukkan bahawa ketidak fahaman pelajar terhadap operasi bahagi adalah punca
pelajar tidak menjawab dengan tepat soalan darab. Berdasarkan keputusan pelajar dalam
jadual dapat dirumuskan pelajar mempunyai masalah dalam penyelesaian operasi bahagi
lebih tinggi berbanding operasi darab. Ini adalah kerana daripada 30 orang responden tidak
ada seorangpun yang dapat menjawab keseluruhan betul. Dan bilangan pelajar yang langsung
tidak menguasai adalah yang tertinggi mencatat sebanyak 33.3 peratus. Apabila diteliti
didapati punca utama dalam operasi bahagi adalah pelajar tidak menguasai sifir. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa pelajar tidak tahu nilai sesuatu nombor perpuluhan
terutama nombor yang mempunyai tiga hingga empat titik perpuluhan.

Contoh pelajar menjawab dengan tepat

___________________________________________________________________________________________________ 25
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Cara 1
15 ÷0.003

5 0 0 0
0. 0 0 3 1 5
- 1 5
0 0

Cara 2
5 0 0 0
3 1 5 0 0 0
1 5 0 0 0

Pelajar mendarab pembahagi dan nombor dibahagi dengan 1000 untuk mengelakkan
daripada membahagi nombor perpuluhan yang agak sukar.

Persoalan Kajian 5

___________________________________________________________________________________________________ 26
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan operasi bergabung
nombor perpuluhan?
Dapatan daripada ujian diagnostik bagi lima item soalan operasi darab yang
dijalankan keatas 30 orang responden di tunjukkan dalam jadual 4.3.5

Markah Bilangan Peratus(%)

0 12 40

1 10 33.33

2 3 10

3 3 10

4 2 6.67

5 0 0

Jumlah 30 100
Jadual 4.3.5: Keputusan Ujian Diagnosis operasi bergabung

Berdasarkan analisis yang ditunjukkan dalam jadual 4.3.5 didapati keupayaan pelajar
menjawab soalan yang melibatkan operasi bergabung berkait rapat dengan penguasaan
mereka dalam empat operasi asas yang telah dibincangkan. Ini adalah kerana pelajar tidak
dapat menjawab soalan operasi bergabung jika mereka tidak menguasai kemahiran mendarab
dan membahagi. Ianya berlainan dengan operasi tambah dan tolak. Masalah kesilapan pelajar
menjawab soalan tambah, tolak juga mengakibatkan peratusan pelajar yang tidak menjawab
item soalan dengan tepat sangat tinggi iaitu sebanyak 40 peratus. Manakala jumlah pelajar
mendapat semua betul mencatatkan sifar peratus. Masalah ini amat serius memandangkan
jika perkara ini berterusan pelajar akan mengakibatkan pelajar terus tercicir dalam mata
pelajaran matematik.

___________________________________________________________________________________________________ 27
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar masih berlaku cuai dalam proses
penambahan dan penolakan sesuatu nombor. Ramai pelajar menjawab soalan kurang tepat
kerana mereka melakukan kesilapan dan kecuaian semasa menambah atau menolak.

Contoh kecuaian pelajar dalam mejawab soalan tambah

i. Salah dalam pengiraan menambah nombor.

1 3 0 . 0 2 5
+ 0 . 1 8 7
1 3 0 . 2 1 1

Pelajar salah dalam membuat pengiraan menambah 5 dan 7 menjadi 11. Oleh itu, jawapan
yang diberikan tidak tepat.

ii. Operasi tambah tetapi pelajar menolak nombor.

1 3 0 . 0 2 5
+ 0 . 1 8 7
1 2 9 . 8 3 8

Pelajar melakukan kecuaian semasa membuat operasi tambah tetapi menjawab soalan dengan
membuat penambahan. Manakala apabila operasi tolak pelajar menjawab dengan
menyelesaikan dalam operasi tambah.

___________________________________________________________________________________________________ 28
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

4.3.2 Ujian Temubual

Ujian ini telah dijalankan selepas pengkaji menganalisa pencapaian pelajar dalam
ujian diagnostik. Responden yang dipilih adalah pelajar yang sangat lemah dalam
penguasaan matematik apabila mencapai tahap kurang daripada 40 peratus dalam ujian
diagnostik. Pelajar telah ditemu bual dan didapati pelajar-pelajar ini telah mengalami
kesilapan dalam memahami konsep perpuluhan. Hasil ujian temubual dibincangkan di bawah.

Berdasarkan temubual yang dijalankan didapati pelajar-pelajar menghadapi masalah


dalam kesilapan kefahaman terhadap konsep perpuluhan . Kesilapan kefahaman konsep
perpuluhan yang dikenal pasti adalah

i. Pelajar masih tidak dapat menyebut nombor perpuluhan dengan bacaan yang.
betul. Terdapat lebih 58 peratus pelajar yang ditemubual menunjukkan
bahawa mereka tidak boleh membaca nombor perpuluhan .
Apabila diminta membaca nombor perpuluhan yang ditunjukkan rata-rata
membacakan nombor seperti berikut:

Bacaan yang salah


452.365.1 - Empat ratus lima puluh dua perpuluhan tiga ratus enam puluh
lima.

Bacaan yang betul


- Empat ratus lima puluh dua perpuluhan tiga enam lima

ii. Pelajar tidak mengetahui nilai digit atau nilai tempat nombor perpuluhan
contohnya:
Nyatakan nilai digit 5 di dalam nombor berikut

Jawapan salah
a. 4.256 - 50
b. 12.2654 - 500

___________________________________________________________________________________________________ 29
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Jawapan betul
a. 4.256 – 0.05
b. 12.2654 – 0.005

iii. Pelajar tidak dapat membuat perbandingan di antara nombor perpuluhan .


Pelajar membuat tanggapan bahawa nombor yang mempunyai lebih tempat
perpuluhan mempunyai nilai yang lebih besar. Ini mengakibatkan kesalahan
dalam operasi tambah dan tolak
Contoh:
45 – 3.654 =
Pelajar akan menyelesaikan dengan menolakkan 3.654 – 45. kerana
nombor yang banyak mempunyai nilai yang lebih besar.

Berdasarkan kesilapan yang diperolehi daripada temubual dan ujian dignostik pengkaji
mengambil inisiatif dengan membuat pengajaran konsep perpuluhan kepada pelajar. Pengkaji
menekankan konsep nombor perpuluhan dan tatacara penyelesaian empat operasi asas serta
pembetulan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.

___________________________________________________________________________________________________ 30
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Ujian Pos

Pengkaji membuat semula ujian yang sama kepada pelajar dan keputusannya
dianalisis seperti berikut:

Tanda Kelas Frekuensi


Kelas (f1 x)
(x) (f1)
0-19 9.5 4 38

20-39 29.5 8 236

40-59 49.5 10 495

60-79 69.5 3 208.5

80-100 89.5 5 447.5

Jumlah  f =30 1425


Jadual 4.3.6: Jadual frekuensi markah pelajar bagi ujian diagnostik

Min data keputusan ujian post test ditunjukkan dengan pengiraan berikut:

Min =  f1x
 f
1425
= 47.5
30

Berdasarkan kepada analisis yang dibuat didapati pelajar dapat menjawab soalan
kajian dengan lebih tepat, Min ujian diagnosis mencatatkan 34.8.manakala min dapatan bagi
ujian post test mencatatkan pertambahan kepada 47.5. Ini menunjukkan pelajar perlu
menguasai konsep dengan lebih mantap dan bukan hanya belajar menjawab soalan dengan
tepat. Pertambahan nilai min ini berikutan pertambahan pengetahuan pelajar tentang posisi
titik perpuluhan dan mereka dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan lebih
baik.

Namun begitu pelajar masih lagi lemah dalam penguasaan operasi darab dan sangat
lemah dalam operasi bahagi. Ini adalah kerana mereka tidak menguasai konsep bahagi itu

___________________________________________________________________________________________________ 31
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

sendiri. Masih ramai lagi yang tidak menghafal sifir terutama sifir enam,tujuh dan lapan.
Oleh sebab itu, pelajar tidak dapat menyelesaikan operasi bahagi nombor perpuluhan
terutama soalan yang mempunyai nilai hingga empat titik perpuluhan dengan tepat.Hal ini
dibuktikan dengan analisis markah yang diperoleh oleh pelajar dalam keempat-empat operasi
dan gabungannya. Berikut adalah keputusan ujian post test.

Keputusan

Markah
tambah Tolak Darab Bahagi Bergabung

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

0 0 0 0 0 4 13.4 8 26.67 10 33.3

1 1 3.33 2 6.6 9 30 9 30 10 33.3

2 5 16.67 9 30 5 16.67 4 13.4 4 13.4

3 9 30 6 20 4 13.4 6 20 4 13.4

4 8 26.67 7 23.4 5 16.67 3 10 2 6.6

5 7 23.33 6 20 3 10 0 0 0 0

Jumlah 30 100 30 100 30 100 30 100 30 100


Jadual 4.3 .7 :Jadual Analisis markah pelajar ujian post test

Peningkatan dapat dilihat pada soalan operasi tambah , tolak dan darab tetapi amat sedikit
pada operasi bahagi. Pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk betul-betul
menguasai konsep ini. Penguasaan konsep ini memungkinkan pelajar dapat menguasai
matematik dengan baik. Perasaan fobia matematik mungkin dapat dikikis dari dalam diri para
pelajar.

4.4 RUMUSAN

Dapatan kajian seperti yang dibincangkan dalam bab ini memberikan suatu gambaran

___________________________________________________________________________________________________ 32
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

berdasarkan persoalan-persoalan kajian. Dapatan data daripada ujian diagnosis dan dapatan
temubual menperjelaskan kita permasalahan yang timbul dalam pendidikan matematik
samada disedari atau tidak disedari. Dapatan kajian ini dijadikan asas dalam bab rumusan
perbincangan dan cadangan seterusnya.

BAB 5

RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

___________________________________________________________________________________________________ 33
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

5.1 PENGENALAN

Dapatan-dapatan kajian yang dilaporkan dalam bab empat akan dirumuskan dan
dibincangkan dalam bab ini. Oleh itu penulisan bab ini akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu rumusan dapatan kajian , perbincangan dan cadangan untuk memantapkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran nombor perpuluhan .

5.2 RUMUSAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cara penyelesaian yang membabitkan operasi asas
iaitu, tambah, tolak, darab , bahagi dan operasi bergabung nombor perpuluhan oleh pelajar
Tingkatan Satu . Tumpuan diberikan kepada langkah-langkah yang digunakan oleh subjek
kajian untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Populasi kajian
adalah terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di
Petaling Jaya. Pelajar diberikan ujian diagnosis dan temubual. Kemudian pelajar menjalani
proses pembelajaran penekanan konsep perpuluhan oleh pengkaji. Hasil ujian ini dianalisis
dan direkodkan serta dibincangkan dalam bab empat. Berdasarkan dapatan analisis yang
telah dibuat didapati pelajar lemah dalam topik nombor perpuluhan terutama dalam
menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Terdapat banyak kesilapan kefahaman yang telah
dikenalpasti. Penekanan konsep sesuatu topik daripada guru-guru boleh membantu
meningkatkan prestasi pelajar dalam matematik.

5.3 PERBINCANGAN
Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar banyak melakukan kesilapan dalam
menyelesaikan empat operasi asas yang penting. Masih terdapat pelajar yang tidak menguasai
operasi tambah walaupun ianya adalah operasi paling asas yang telah diajar seawal pra
sekolah. Masalah ini berterusan hingga mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah Jika
masalah ini tidak dapat diatasi maka sudah pasti mereka meninggalkan alam persekolahan
dengan tidak menguasai empat kemahiran asas tersebut. Hasil dapatan ini membuktikan
dapatan-dapatan oleh pengkaji-pengkaji yang lain yang dibincangkan di dalam Bab dua.

___________________________________________________________________________________________________ 34
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN


Implikasi dapatan kajian dibincangkan kepada :

5.4.1 Implikasi kepada pelajar

Kajian ini membolehkan murid dapat mengetahui peri pentingnya menguasai sesuatu
konsep dan bukannya hanya mengetahui teknik menjawab soalan sahaja. Ini adalah kerana
kegagalan pelajar memahami konsep nombor perpuluhan menyebabkan topik ini menjadi
sesuatu yang sukar untuk difahami. Pelajar seharusnya menumpukan perhatian semasa
pembelajaran terutama semasa guru menerangkan konsep. Dapatan kajian ini akan dapat
membantu pelajar mengenal pasti kesilapan yang mereka lakukan semasa membuat pengiraan
tambah, tolak, darab , bahagi serta operasi bergabung. Pelajar perlu membetulkan kesilapan
yang mereka hadapi. Kajian ini dapat membantu pelajar mengenalpasti apakah kesilapan
yang mereka hadapi kerana pelajar tidak dapat menentukan apakah masalah yang mereka
hadapi dalam menyelesaikan soalan-soalan perpuluhan khasnya dan dalam semua topik
khasnya..

5.4.2 Implikasi kepada guru

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di


samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran kreativiti yang tinggi , ianya
juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh.
(NCTM,1980;Cockroft,1986; Nik Azis, 1992; Tengu Zawawi, 1997). Kegagalan guru
menerangkan konsep boleh mengakibatkan pelajar tidak dapat memahami sesuatu konsep
matematik. Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di
samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
guru perlu mempelbagaikan teknik dalam menerangkan konsep perpuluhan kepada pelajar.
Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang
mudah dan menyeronokkan . Oleh yang demikian , pengetahuan tentang isi kandungan ,

___________________________________________________________________________________________________ 35
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

kaedah mengajar (pedagogi ) dan gaya pembelajaran murid psikologi . Guru perlu lebih dekat
dengan pelajar. Satu langkah yang baik unutk dijalankan adalah guru mengadakan temubual
klinikal supaya guru dapat mendapatkan maklumat yang sewajarnya Nik Azis (1996) Selain
itu, kaedah Newman Error Analysis juga boleh dimanfaatkan untuk mengenal pasti punca
kesilapan dan kesalahan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah .
Tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini ialah pengajaran dengan
menggunakan ABM dan pembimbing rakan sebaya. Latih tubi juga digunakan untuk
menyelesaikan masalah ini.

5.4.3 Implikasi kepada sekolah

Pemahaman murid dalam suatu konsep matematik terutama nombor perpuluhan adalah
penting . Pemahaman guru dan murid bergantung kepada budaya sekolah , kepercayaan dan
norma kognitif. Budaya mendapatkan jawapan yang betul tanpa menghiraukan algoritma
yang terlibat sering diamalkan di sekolah-sekolah. Seringkali dianggap matematik sebagai
subjek yang sukar dan tanggapan ini diterima oleh masyarakat . Pengetua perlulah
mengurangkan tekanan kepada guru berkaitan dengan pengajaran berorientasikan
peperiksaan tetapi lebih menekan pembelajaran bermakna kepada pelajar terutama pelajar
yang sangat lemah. Guru tidak perlu terlalu cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
mengabaikan pemahaman pelajar.

5.4.4 Implikasi kepada bidang pendidikan

Kajian ini akan menyokong perlaksanan pembelajaran yang tidak berasaskan peperiksaan.
tetapi amat menekankan kepada pembelajaran bermakna yang akan membantu pelajar
menguasai konsep dengan lebih baik.

5.5 DAPATAN LAIN

___________________________________________________________________________________________________ 36
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Isu atau masalah yang menjadi fokus kepada kajian ini ialah pelajar menghadapi masalah
dalam menyelesaikan soalan empat operasi asas. Kajian menumpukan kes ini dalam topick
perpuluhan. Pelajar menganggap operasi bahagi dan nombor perpuluhan adalah sukar.
Kelemahan pelajar dikenalpasti melalui pentadbiran soal selidik yang diedarkan kepada
pelajar Tingkatan satu. Mereka ditanya mengenai minat dan sikap terhadap operasi bahagi
dan darab dalam nombor perpuluhan. Masalah yang dikenalpasti ialah pelajar-pelajar mudah
hilang minat apabila menghadapi kesukaran bagi menyelesaikan operasi darab dan bahagi
dalam nombor perpuluhan.
Perancangan difokuskan kepada pengajaran guru iaitu untuk membaiki kesilapan dan
kefahaman pelajar iaitu dalam penguasaan nombor pecahan dalam sebutan terendah, teknik
anjakan dalam nombor perpuluhan dan sistem garis.

5.6 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan kajian ini hanya mengkaji bagaimana pelajar menyelesaikan empat


operasi asas dalam tajuk perpuluhan secara umumnya, adalah baik jika ada kajian yang lebih
menjurus kepada satu kemahiran asas sahaja seperti kajian mengenalpasti masalah pelajar
dalam menyelesaikan operasi bahagi atau sebagainya.

5.7 PENUTUP

Dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa pelajar lemah dalam menjawab soalan –soalan
melibat empat operasi asas terutamanya operasi darab dan juga operasi bahagi. Kegagalan
pelajar menjawab dengan tepat adalah kerana adanya kesilapan kefahaman konsep Guru –
guru perlu menekankan pendedahan konsep sesuatu tajuk matematik supaya pelajar tidak
hanya menghafal cara penyelesaian tetapi dapat menggunakan dalam kehidupan sehariannya
dimasa depan kelak. Harapan pengkaji adalah supaya hasil kajian dapat membantu para
pendidik untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
memandangkan dunia semakin pantas dalam mengejar kemajuan dalam bidang teknologi.

RUJUKAN

___________________________________________________________________________________________________ 37
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Bell, A, Fishbein ,E.Greer.B(1984) Choice Of Operation in Verbal Aritmetic


Problem: The effects of number size, problem structure and content Educational
Studies in Mathematics 15, 129-147

Beyer, B. 1987. Practical strategies for the teaching of thinking. Boston: Allyn and Bacon.

Brownell,W,A(1985) When is Arithmetic Meaningful? Jounal of Educational Research 38,


481-498

Cobb, P(1991) Reconstructing elementary School Mathematics Education Focus on


Learning Problem in Mathematics 13(2) 3-32

Ekenstan A.A (1997) On Children’s Quantitative Undertaking of Numbers


Educational Studies in Mathematics 8, 317,332

Esther J. Swenson, Teaching Mathematics to Children, Macmillan Co.,New York, 1973

Faridah Mohd Ibrahim (1999), Kajian Penyelesaian Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar
Tingkatan 1 ,Universiti Malaya.

Fishbein E dan M.Nello (1985) The role of Implisit Models in Solving Problems in
Multiplication and Division ,Journal For Research Mathematic Education .16, 3-17

Grossman, AS (1983) Decimal notation : An Impportant Research Finding(arithmetic


Teacher 30 (a)

Ibrahim Md. Noh. 1994. Reformasi pendidikan matematik .   Kertas kerja Seminar
Kebangsaan  Pakar Pendidikan Matematik Rendah.     Bangi: BPG

Jemaah Nazir Sekolah. 1996. Perlaksanaan program KBSM dalam  bilik darjah. Kertas     
kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Kamus Dewan. 1994. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malayisa (1983) Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

___________________________________________________________________________________________________ 38
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

KBSM Tingkatan 1.KualaLumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mustapha , Mohd Zaberi, Mohd Rashidi, Nasiruddin dan Md Nor (1989) Buku Teks
Matematik KBSM Tingkatan 1 .Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka

NCTM. 1980. An agenda for action: Recommendations for school mathematics of    the
1980s. New York : NCTM

NCTM. 1989. Curriculum and evaluation standards for school mathematics. New      York :
NCTM

NCTM. 1991. Professional standards for teaching mathematics.  New York: NCTM

Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan: Penghayatan  Matematik KBSR dan     KBSM.
Kuala Lumpur: DBP 

Nik Azis Nik Pa. 1996. Perkembangan Profesional: Penghayatan  Matematik KBSR     dan 
KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Omar Hamat. 1994. Gaya dan amalan pengajaran matematik  peserta kursus KSPK di     
MPKB. Jurnal Pendidikan Matematik & Sains. Jilid 1 : 51 - 56.

Resnick, L.B; Nesher,P:Leonard F Magone, M:Oamnsons; Peled, 1 (1999) Conceptual Basis


of Arithmetic Errors: The Case Of Decimal Fractions, Journal Of Research in
Mathematics Education Vol. 20 (1)

Ramly b Hanif (1992) Kelemahan Murid dalam Menyelesaikan Masalah Operasi Bahagi
Tahun 4 Sekolah Perak Kebangsaan Tuallang Sekah, Gopeng, Kursus Sijil Perguruan
Khas, 1992

Seah Long Kow (1995) Buku Teks Matematik KBSM Tingkatan 1, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Skemp, R (1997) , Psychology Of Learning Mathematics. London L Lawrence Erlbaum


Association

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1998. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Satu Kerangka Umum. Buletin Jabatan Sains dan Matematik MPKTBR. 2(1), 7 – 14.

___________________________________________________________________________________________________ 39
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1
____________________________________________________________________________________________

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1997. Matematik KBSM: Harapan dan Realiti. Jurnal
Akademik MPKTBR. Jld. 10, 35 - 46.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1999. Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Jurnal
Akademik MPKTBR. Jld. 11, 16 - 33.

Wang, S. Y. P., Guo, C. J., Chiang, W. H. & Cheng, S. S. (1999 )dalam Tengku Zawawi
Tengku Zainal (2000) Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Jurnal Akademik
MPKTBR

___________________________________________________________________________________________________ 40
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like