You are on page 1of 5

Tajuk:

Bola tampar kanak-kanak

Pengenalan:

Permainan kecil terbahagi kepada 4 jenis iaitu permainan kategori sasaran,


pukulan, jaring/dinding dan serangan/kawasan. Kesemua kategori permainan ini
melibatkan tiga kemahiran dalam pergerakan asas iaitu kemahiran lokomotor, bukan
lokomotor serta manipulasi alatan.

Permainan kategori pukulan melibatkan kemahiran memukul untuk


mendapatkan markah. Dalam permainan bola tampar kana-kanak ini, peserta akan
mengeluarkan bola dan memukul menggunakan tangan ke arah gelanggang lawan
untuk menaikkan pungutan mata. Kemahiran lokomotor yang terdapat dalam
permainan kecil ini adalah seperti melompat, berlari, melonjak dan sebagainya.
Sementara itu, kemahiran bukan lokomotor yang juga boleh didapati dalam
permainan ini adalah seperti membongkok, menolak dan mengelak. Peserta juga
dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memanipulasi alatan apabila
melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengayun, melambung dan menyambut

Matlamat:

Permainan bola tampar kanak-kanak ini direka untuk memberikan pendedahan awal
kepada murid-murid sekolah rendah terhadap sukan ini. Selain itu, permainan ini
adalah berkonsepkan pukulan. Permainan kategori ini membolehkan pemain
memukul bola untuk mendapatkan mata. Justeru, aktiviti ini sedikit-sebanyak
memberikan pengalaman sebenar kepada murid-murid untuk merasai sukan ini yang
telah disesuaikan dengan peringkat umur mereka. Dengan adanya aktiviti permainan
kecil ini, secara tidak langsung ia mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
berbeza dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Objektif:

i) Mendedahkan murid-murid tahap 1 dengan asas permainan bola tampar.


ii) Melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat
keputusan secara bijaksana sewaktu permainan berlangsung.
iii) Mencetus minat dan keinginan dalam diri murid-murid untuk mendalami
ilmu tentang bola tampar.
iv) Menanamkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab
sewaktu permainan dijalankan.
v) Melahirkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat dalam
permainan ini.
vi) Menggalakkan mereka untuk menyertai sukan ini pada masa hadapan.

Tarikh:

14 Oktober 2009

Jangka Masa:

10 minit

Tempat:

Gelanggang Badminton IPGM Kampus Sultan Mizan

Kumpulan Sasaran:

Murid tahap 2 (tahun 5)

Bilangan peserta:

10 orang (1 kumpulan mempunyai 5 pemain)


Panduan pelaksanaan permainan

i) Jawatankuasa kerja

Ketua Penasihat : En. Lokman b. Saadon

Penasihat : 1) En. Yaacob B. Ibrahim

2) Cik Tan Geek Sin

Pengerusi : Zarina bt. Othman

Naib Pengerusi : Putih Fairuz Hanna Bt. Mohd Jamil

Ahli jawatankuasa :

AJK keselamatan : 1) Norizan Bt. Abdullah

2) Muhammad Kameel Bin Md Zukery

AJK peralatan : 1) Sharifah Hazwani Bt Syed Ab Rahim

2) Nur Jasmin Bt Ab Halim

AJK kawasan : 1) Mohamad Faiz Bin Mohamad Hassan

ii) Senarai nama peserta


1. ____________________________________________
2. ____________________________________________
3. ____________________________________________
4. ____________________________________________
5. ____________________________________________
6. ____________________________________________
7. ____________________________________________
8. ____________________________________________
9. ____________________________________________
10. ____________________________________________
iii) Senarai semak:
a) Sebelum

Aspek Ada/tiada Catatan


Keadaan gelanggang berada
dalam keadaan baik
Bilangan peserta mencukupi (10
orang)
Alatan permainan tersedia dengan
rapi
Peti pertolongan cemas

b) Semasa

Aspek Ada/tiada Catatan


Peraturan dan syarat permainan
diikut oleh para peserta
Peserta dalam keadaan baik

c) Selepas

Aspek Ada/tiada Catatan


Keadaan gelanggang selepas
permainan berada dalam keadaan
baik
Alatan disimpan di tempat yang
diambil

iv) Senarai alatan


a) Bola
b) Gelanggang
c) Jaring

v) Prosedur pelaksanaan permainan


a) Pelan kedudukan pelaksanaan
b) Langkah-langkah pelaksanaan permainan
c) Peraturan dan syarat-syarat permainan

You might also like