You are on page 1of 4

FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 1

LATAR BELAKANG ARISTOTLE.

1.0 Riwayat Hidup Aristotle.

Gambar 1. Lukisan Aristotle.

Aristotle dilahirkan pada 384SM di Stagria, Greek yang merupakan sebuah


kota koloni Yunani di semenanjung Chalcidice yang berada di wilayah Macedonia.
Beliau merupakan anak kepada Nichomachus yang merupakan sahabat dan doktor
peribadi keluarga Kings Amyntas III of Macedonia. Sejak kecil Aristotle diasuh dan
dididik oleh ayahnya sendiri di dalam bidang kedoktoran dengan harapan agar dapat
menggantikan kedudukan ayahnya sebagai doktor keluaga Kings Amyntas III of
Macedonia. Aristotle berasal dari golongan keluarga menengah dan memiliki tingkah
laku yang luar biasa. Beliau agak suka memakai cincin di jari dan berambut kemas
mengikut fesyen semasa.
Pada usia tujuh belas tahun, Aristotle berpindah ke Athens dan menuntut di
akademi Plato. Beliau menuntut di sana lebih kurang lapan belas tahun dan menjadi
anak murid kepada Plato. Di Akademi Plato beliau telah mempelajari ilmu
Matematik, Politik, Etika dan berbagai ilmu pengetahuan lain. Selain itu beliau juga
memiliki kegemaran mengumpulkan buku sehingga rumahnya menjadi seperti
perpustakaan dan Plato mengatakan mengatakan bahawa rumahnya adalah
perpustakaan.
Perwatakan dan peribadi Aristotle begitu diketahui umum iaitu beliau
merupakan seorang pemidato yang begitu petah berhujah serta kaya dengan idea yang
1
FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 2

tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Hujahan dan kata – katanya begitu sinis. Jika
beliau tidak sependapat dengan sesuatu isu, beliau akan mengemukakan hujah – hujah
yang begitu bernas dan logiknya tidak dapat disangkal oleh mana – mana pihak
kebenarannya. Keadaan tersebut menbolehkan beliau menjadi terkenal dibandingkan
dengan anak murid Plato yang lain. Hubungan beliau dengan Plato tidak begitu baik
kerana sentiasa berbeza pendapat melalui hujahan – hujahan. Dalam tahun 342SM
beliau mendapat tawaran menjadi guru dari King Philip Macedonia untuk mengajar
puteranya Iskandar Zulkarnain.
Aristotle telah meninggalkan pelbagai keistimewaan yang boleh medidik
manusia seperti konsep kemurahan hati, cara berfikir serta perpandangan jauh. Selain
itu beliau dianggap seorang yang pandai menghargai persahabatan dan percaya kepada
kemampuan diri. Kebolehan beliau dalam pidato serta pengajaran menyebabkannya
dihargai oleh masyarakat. Beliau telah memperolehi tempat dan membuka sebuah
sekolah walaupun bukan penduduk asal Athens kerana beliau mempunyai hubungan
baik dengan orang – orang Macedonia. Sekolah tersebut diberikan nama Lyceum
kerana terletak di halaman Appolo Lykeios. Beliau percaya bahawa ilmu dan
pengajaran tidak boleh dipisahkan. Beliau sentiasa menjalankan kajian untuk
pembuktian kebenaran. Semua dapatan kajiannya dikongsi bersama kerana beliau
mempunyai prinsip ilmu perlu dikongsi untk perkembangan dan penyuburannya.
Isteri pertamanya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan sekolah.
Aristotle mempunyai seorang anak perempuan dan mempunyai nama yang sama
dengan isterinya iaitu Pythias. Beliau juga mempunyai anak lelaki iaitu Nikomakhos
dengan isteri keduanya iaitu Herpyllis.
Pada 323SM Aristotle dituduh sebagai penderhaka yang menghina dewa –
dewa orang Yunani oleh gerakan anti – Macedonia. Beliau meninggalkan Athens dan
ke khalkis. Sekolahnya telah diserahkan kepada Theoprastus iaitu anak muridnya.
Aristotle meninggal dunia pada tahun 322SM, ketika musim bunga berusia 62 tahun
disebabkan oleh pekerjaannya yang tidak mengenal batas.
Beliau telah mencipta teorinya iaitu ‘mimesis’ iaitu menghasilkan peniruan dan
imitasi. Baginya seni sama ada catan, lukisan, arca, muzik atau drama ialah sejenis
peniruan. Iaitu peniruan yang menghasilkan semula kata – kata orang lain.
2.0 Sumbangan Karyanya.

2
FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 3

Aristotle telah banyak memberi sumbangan melalui karya yang telah di


hasilkan oleh beliau. Beberapa karya yang dihasilkan oleh Aristotle ialah dalam
bentuk ilmiah iaitu dalam bidang zoologi, biologi, dan botani melalui pengkajiannya
di pantai Asia dan Lyceum di Athens. Terdapat karya yang telah dilakukan. Iaitu
W.D.Ross membahagi tiga bidang utama karya Aristotle. Ketiga – tiga bidang itu
ialah Karya tulisan bersifat popular, Kumpulan data ilmiah, dan Bahan kuliah.
Selain itu terdapat karya – karya yang berkualiti yang telah dihasilkan oleh
Aristotle di dalam pecahan tiga bidang utama karya beliau. Contoh karya yang telah
dihasilkan ialah Categoriae, Analytica Priora, Topica, Physica, Metaphysica,
Meteorologica, Politica, Ethica Eudemia, Rhetorica, Poetica, Logika, dan beberapa
lagi karya.
Karya beliau yang terbaik dihasilkan ialah logika kerana beliau dikatakan
sebagai penemu, pelopor atau bapa logika. Will Durant mengatakan:

“The first great distinction of Aristotle is that almost without predecessors,


almost entirely by his own hard thinking, he created a new science”.

Ini kerana karya yang dihasilkan oleh Aristotle sudah begitu sempurna dan
tidak perlu ditambah sedikit pun. Kebanyakkan karya beliau telah digunakan oleh
manusia untuk rujukan serta kehidupan.

Bibliografi.

3
FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 4

Rujukan Buku.

Dr.J.H.Rapar,Th.D.,Ph.D, 1988, Filsafat Politik Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers.

Jonathan Barnes. Terjemahan oleh Kassim Ahmad, 1999, Aristotle Siri Pemikir.
Kuala Lumpur: DBP

Mohd Johari Ab. Hamid, 2007, Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rujukan Internet.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Aristotle

You might also like