You are on page 1of 19

REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

1.0 Pengenalan.

Penulisan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengenengahkan aspek media di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aspek media yang ingin
diketengahkan ialah cabang daripada klasifikasi media iaitu media grafik. Media grafik
pada masa kini sering digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menjadikan pengajaran lebih sistematik dan terancang.
Media grafik terdapat beberapa jenis seperti poster, lukisan, graf, kartun dan
sebagainya. Media grafik ini masih lagi digunakan untuk proses pengajaran. Media grafik
yang di bincangkan di dalam kerja kursus ini ialah graf, kartun dan juga lukisan. Di
dalam kerja kursus ini membincangkan beberapa kelebihan yang terdapat di dalam ketiga
– tiga media grafik tersebut.
Kelebihan – kelebihan yang terdapat di dalam media grafik lukisan, graf dan juga
kartun akan di bincangkan dengan terperinci dengan memberi contoh – contoh terhadap
kelebihan – kelebihan menggunakan media grafik tersebut. Selain itu juga kelebihan –
kelebihan tersebut akan di bincangkan melalui sokongan kajian.
Di dalam sokongan kajian terdapatnya kajian – kajian yang dikemukakan melalui
penggunaan media – media grafik. Di dalam sokongan kajian tersebut di sertakan dengan
kajian oleh tokoh – tokoh yang membicarakan tentang penggunaan media di dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.

1.1. Maksud Media.


1
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Media Menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Husin dan Abdul Rashid Johar
(2000), media adalah suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu
sama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat
dan pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan perantaraan
yang menghubungkan maklumat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar
yang akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan
berkesan.

Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1991) pula, media boleh didefinisikan
sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,
video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya. Manakala Kamus Dewan (1997)
menyatakan media ialah alat atau perantara komunikasi. Ia terdiri daripada media am,
media cetak dan media massa. Media boleh juga didefinisikan sebagai apa juga alat atau
perkakas yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat di antara manusia (Rossi
dan Briddle 1967).

Seterusnya, menurut Enright (1972), media adalah ikhtiar-ikhtiar untuk


memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau
gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupun
cara mekanik. Pada kesimpulannya, media adalah berasal dari perkataan Latin “MEDIUM’
yang bermaksud ‘PERANTARA’. Ia merujuk kepada apa juga yang membawa maklumat
di antara penyampai kepada penerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia
adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian
pengajaran dengan jelas dan bermakna. Ia juga melibatkan segala yang digunakan sama
ada yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, dikisahkan dan
digunakan. Jadi dengan memahami definisi-definisi ini, diharap ia dapat membantu
seseorang guru dalam mengaplikasikan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan lagi.

1.2. Maksud Grafik.

2
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Grafik memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat atau sukar diterangkan melalui teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada
sesuatu paparan atau persembahan. Menurut kamus dewan edisi keempat grafik merupakan
paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain – lain yang bertujuan
untuk menyampaikan idea, konsep, maklumat dan sebagainya.

Selain itu grafik juga boleh dirujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan
visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi, dan
sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat terutamanya di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Penggunaan grafik dikatakan dapat menyampaikan
maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan melalui visual.

Dalam bidang pendidikan, penggunaan grafik sebagai media pengajaran telah lama
digunakan untuk menyalurkan maklumat (Jamalludin & Zaidatun). Penekanan terhadap
penggunaan bahan grafik dalam kaedah pengajaran tradisional bertujuan untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup). Penggunaan grafik dalam
PBK dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej
yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya
ingatan yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin & Zaidatun) sekiranya direka bentuk
dengan tepat (Alesandrini). Selain itu, penggunaan grafik sama ada grafik statik atau
grafik animasi dalam PBK untuk menjadikan konsep dan idea lebih mudah difahami
dandiingat (ChanLin & Chan).

2.0. Kelebihan Tiga Media Grafik Dalam Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran Dalam Konteks Bilik Darjah.

3
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

2.1. Graf.

Graf merupakan salah satu klasifikasi media grafik yang boleh digunakan
untuk tujuan Proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan media grafik
yang telah lama digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, graf
merupakan rajah yang terdiri daripada gabungan beberapa garis, titik, dan
sebagainya untuk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yang
berubah – ubah.

Media grafik graf sentiasa digunakan di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran terutamanya di dalam mata pelajaran yang memerlukan penelitian
serta interpretasi data. Data – data yang penting di dalam topik – topik
pembelajaran dapat diterjemahkan di dalam bentuk graf yang lebih kompleks. Graf
juga merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu
maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk
carta atau graf.

2.1.1. Kelebihan Penggunaan Graf.

i. Meringkaskan data dalam bentuk imej grafik.

Penggunaan graf di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)


memberi kelebihan dari segi penyampaian data yang lebih sistematik. Penggunaan
media grafik graf memberi kelebihan dalam meringkaskan data dalam bentuk imej
grafik. Iaitu data – data yang terdapat di dalam sesuatu topik pembelajaran dapat
diterjemahkan di dalam bentuk graf yang sama ada dalam bentuk graf bar, graf
baris dan sebagainya. Contohnya di dalam mata pelajaran Pengajian Am terdapat
sub topik pembelajaran menghasilkan graf melalui data yang diberi. Guru dapat
menunjukkan contoh graf yang dihasilkan melalui pembelajaran tersebut kepada
murid – murid.
4
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

ii. Memudahkan maklumat disampaikan kepada pelajar.

Penggunaan media grafik iaitu graf dapat memberi kelebihan dari segi
penyampaian maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian
maklumat dalam bentuk graf kepada pelajar adalah lebih memudahkan pelajar
memahami maklumat tersebut. Ini kerana di dalam media grafik graf pelbagai
maklumat dapat disampaikan dalam bentuk yang kompleks. Contohnya graf yang
menunjukkan kadar kelahiran mengikut tahun terdapatnya maklumat seperti jantina
dan tahun dalam sebuah graf. Kesemua maklumat tersebut dapat dipadankan serta
menunjukkan kesinambungan sesuatu perkara.

iii. Membolehkan pelajar membezakan maklumat.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan media


grafik geraf membolehkan pelajar membuat perbezaan maklumat. Iaitu penggunaan
graf di dalam pengajaran dapat membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan
kritis iaitu data yang terdapat di dalam sesebuah graf yang dipamerkan dapat
ditafsir oleh pelajar. Tafsiran yang dibuat oleh setiap pelajar adalah tidak sama.
Setiap pelajar akan memberikan ulasan yang pelbagai. Contohnya dalam mata
pelajaran pengajian am pelajar akan mentafsir maklumat daripada graf yang diberi.
Maklumat yang ditafsir akan diterjemahkan di dalam bentuk karangan dan mesti
logik berdasarkan maklumat di geraf.

iv. Pembelajaran menjadi lebih menarik.

Penggunaan graf di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan


menjadi lebih menarik dan berkesan. Keadaan ini disebabkan oleh graf merupakan
salah satu media grafik yang masih digunakan pada masa kini. Grafik graf yang
komplek serta mempunyai penggunaan warna, garis dan bentuk yang mempunyai
kesinambungan maksud. Contohnya penggunaan warna yang sesuai dalam
sesebuah graf membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru disebabkan warna yang menarik.

5
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

2.1.2 Sokongan Kajian terhadap penggunaan media grafik kartun.

Penggunaan media grafik seperti graf telah memberi pelbagai kelebihan


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelebihan –
kelebihan ini telah disokong oleh pelbagai pendapat dari pengkaji – pengkaji yang
berlatarkan belakangkan ilmu seperti Pedagogi, psikologi dan sebagainya.
Penggunaan media grafik seperti graf yang tergolong di dalam media pengajaran
sebenarnya memberi kesan yang baik. Mengikut Molstad (1974) berpendapat media
jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses
pengajaran. Pendapat beliau ini adalah bertujuan memudahkan serta menjadikan
pengajaran lebih sistematik.

Seterusnya penggunaan media seperti penggunaan graf mampu


memindahkan maklumat daripada guru kepada pelajar. Heinich turut mendakwa
pengajaran tidak dapat dipindahkan atau disampaikan secara tepat dan jelas. Apa
yang sebenarnya berlaku ialah pemindahan simbol (oleh guru) kepada makna
tersebut. Di sinilah penggunaan media seperti kesepaduan di antara lisan dan
simbol grafik memainkan peranan yang penting untuk menajamkan lagi
pemahaman kepada isi atau makna sebenar dalam pengajaran tersebut. Keadaan ini
juga kerana graf mempunyai simbol – simbol yang memudahkan pelajar mentafsir
maklumat.

Selain itu juga ada pendapat yang mengatakan penggunaan media grafik
seperti graf mampu menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas berbanding
penggunaan huruf sahaja. Fleming dan Levie (1993) pula mendefinisikan mesej
sebagai lambang atau simbol ( contoh, gambar, perkataan dan gerak isyarat) yang
dihasilkan untuk mempengaruhi perilaku kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Sebagai contoh gambar fotograf boleh menggambarkan keadaan yang sebenar dan
ini akan membantu perilaku kognitif pelajar dari segi ingatan semula. Manakala

6
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

grafik dapat menjelaskan ilustrasi yang abstrak dalam bentuk carta, graf dan
gambar rajah yang tidak boleh dijelaskan oleh simbol perkataan sahaja.

Terdapat juga kajian ke atas penggunaan grafik termasuklah penggunaan


media grafik graf yang dapat memudahkan pengajaran serta menambahkan
kefahaman berbanding penggunaan teks. Iaitu Grafik jika dipilih dengan betul dan
tepat dapat menambahkan kefahaman dalam pembelajaran berbanding hanya
menggunakan teks kerana dalam keadaan tertentu grafik dapat mengurangkan
kepayahan membaca teks (Levie & Lentz; Schwier & Misanchuk; Rieber),
membantu menumpukan perhatian serta dapat membantu memahami perkaitan
antara konsep (Mayer) dan meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran
(Norhashim, Mazenah & Rose Alinda).

Penggunaan media grafik graf sememangnya dapat memberi kelebihan


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Selain
itu guru perlulah bijak dalam memilih media grafik di dalam pengajaran supaya
murid – murid dapat menguasai sesuatu topik yang diajar oleh guru. Tidak semua
pelajar boleh memperolehi maklumat dengan satu cara sahaja dan terdapat juga
pelajar yang lebih cenderung di dalam aspek visual dalam memperolehi ilmu
pengetahuan.

2.2. Kartun.

Kartun merupakan salah satu media grafik yang masih digunakan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di dalam mata pelajaran
– mata pelajaran tertentu. Menurut kamus dewan edisi keempat kartun merupakan
gambar atau lukisan yang mengisahkan sesuatu iaitu seperti hal seharian, politik

7
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

dan sebagainya dengan cara berjenaka. Kartun juga merupakan filem yang dibuat
daripada rentetan lukisan yang menjadi watak cerita.

Selain itu Kartun mengikut takrif yang mudah adalah merupakan sesuatu
yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon".
Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat
ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya
kartun berada diluar logik akal. Selain untuk menghibur, fungsinya adalah untuk
mendidik, “mencuit”, mengkritik, merakam, menyindir, dan mengolak-alikkan
melalui mesej yang disampaikan. 

2.2.1. Kelebihan Media Grafik Kartun.

i. Menarik minat pelajar.

Penggunaan media grafik iaitu kartun di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran dapat memberi manfaat yang pelbagai antaranya ialah dapat menarik
minat pelajar terhadap pembelajaran sesuatu topik di dalam sesuatu mata pelajaran.
Media grafik kartun dapat menarik minat kerana terdapatnya ilustrasi kartun yang
mempunyai pelbagai watak seperti lucu, menyindir, serta menggelikan hati
terutamanya pelajar. Grafik kartun yang menarik serta pelbagai dapat meningkatkan
lagi minat pelajar untuk mempelajari topik – topik yang diajar. Contohnya di dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu guru menggunakan ilustrasi kartun terhadap pelajar di
dalam karangan. Pelajar lebih mudah memaha mi apa yang idea yang ingin
dikeluarkan daripada pergerakan kartun tersebut.

ii. Membolehkan pelajar berfikir secara rasional.

Penggunaan media grafik kartun di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah membolehkan pelajar berfikir secara
rasional. Hal ini kerana ciri – ciri yang terdapat pada kartun seperti dapat menyindir,
berjenaka dan sebagainya dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis
yang mana penting untuk perkembangan minda pelajar. Selain itu membolehkan

8
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

pelajar mentafsir sesuatu perkara sama ada betul atau tidak serta memberi pandangan
dan pendapat daripada dialog yang terdapat pada watak kartun tersebut.

iii. Mudah difahami.

Seterusnya penggunaan media grafik kartun mudah difahami oleh


pembaca terutamanya pelajar. Kelebihan ini membolehkan guru menggunakan media
grafik kartun di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Media grafik kartun mudah difahami kerana mesej yang ingin disampaikan adalah
ringkas dan juga padat. Walaupun mesej yang disampaikan adalah berbentuk ringkas
dan padat namum maklumat yang terdapat di dalam kartun tersebut begitu bermakna.
Keadaan ini juga kerana kartun adalah bertujuan untuk menyampaikan makna
sesuatu perkara mahupun peristiwa dalam bentuk yang amat ringkas.

iv. Menjadikan pelajar lebih kreatif.

Penggunaan media grafik kartun di dalam pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah dapat menjadikan pelajar lebih kreatif. Keadaan ini kerana
penggunaan watak kartun yang dinamik membolehkan pelajar berfikiran terbuka dan
tidak hanya bergantung kepada idea asal semata – mata. Selain itu penggunaan
ilustrasi kartun yang menarik membantu pemikiran pelajar berbanding penggunaan
teks sahaja.

2.2.2. Sokongan Kajian terhadap penggunaan media grafik kartun.

Penggunaan media grafik kartun banyak memberi kelebihan terutamanya di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam konteks bilik darjah. Penggunaan
media grafik kartun dapat memberi kelebihan dari segi pemikiran pelajar. Selain itu
juga mampu menarik minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar juga mampu
9
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

memahami topik yang diajar oleh guru. Pemahaman pelajar menjadi lebih kukuh kerana
idea yang disampaikan secara abstak mampu difahami dengan konkrit.

Penggunaan media grafik kartun memerlukan pelajar menggunakan pandangan atau


visual mereka untuk melihat. Apabila pelajar melihat grafik yang terdapat pada kartun
pelajar dapat mengingati konsep serta maklumat yang terkandung di dalam grafik
tersebut. Keadaan ini kerana penglihatan mampu mempercepatkan pemindahan
maklumat berbanding pendengaran dan melalui pembacaan. Menurut Heinich (1993)
menyatakan bahawa manusia belajar 10% melalui pembacaan. Manusia memahami dan
mengingati sebanyak 20% melalui deria pendengaran dan 80% melalui pendengaran
dan penglihatan. Dapat dirumuskan bahawa untuk menghasilkan kesan yang
maksimum, proses pembelajaran mesti menggabungkan kesemua pancaindera. Keadaan
ini dapat dilihat melalui media grafik kartun yang boleh dilihat serta boleh dibaca
kerana juga mempunyai dialog percakapan kartun tersebut.

Seterusnya penggunaan media grafik kartun mampu meningkatkan ingatan memori


pelajar. Menurut Jerome Bruner di dalam kajiannya mengatakan bahawa pelajar
mempersepsi dan belajar daripada gambar – gambar, imej – imej dan memori – memori
berdasarkan pengalaman yang biasa semasa peringkat ikonik. Keadaan ini kerana kartun
merupakan salah satu media yang telah diterjemahkan dalam bentuk gambar yang
mempunyai pelbagai watak.

Selain itu penggunaan media grafik kartun di dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah juga boleh digunakan sebagai pengelolaan awal (Advance
Organizer). Menurut David Ausubel beliau mendapati bahawa terdapat pengelola awal
yang dipersembahkan di dalam bentuk grafik dan jadual iaitu di dalam Comparative
Advance Organizer. Perbandingan penyusunan awal (Comparative Advance Organizer)
dapat memperjelaskan hubungan antara informasi dan informasi yang diketahui
sebelumnya. Dengan kata lain media grafik kartun boleh dijadikan sumber pengajaran
seperti memperkenalkan sesuatu topik pengajaran di awal pengajaran.

Di samping itu juga penggunaan media grafik kartun mampu menarik perhatian
pelajar yang mempunyai gaya kognitif dan gaya belajar murid yang berbeza. Iaitu tidak
semua pelajar mempunyai gaya berfikir yang sama iaitu ada pelajar yang lebih selesa
belajar menggunakan kemudahan audio dan ada pula selesa dengan menggunakan alat

10
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

visual. Keadaan ini dapat dikenalpasti kerana pelajar dapat belajar dengan
menggunakan visual grafik seperti kartun untuk memahami sesuatu konsep.

Secara keseluruhannya media grafik kartun boleh digunakan untuk kebanyakkan


mata pelajaran serta ianya memberi kesan yang begitu positif terhadap gaya
pembelajaran murid. Selain itu penyampain melalui media grafik membolehkan guru
menyampaikan pengajaran secara variasi iaitu pelbagai tidak hanya bergantung kepada
sesuatu bahan sahaja.

2.3. Media Grafik Lukisan.

Lukisan merupakan salah satu media grafik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Perkataan Lukisan dalam
bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin.
Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to
drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Beberapa buku menyatakan lukisan
adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan
kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

Selain itu lukisan merupakan salah satu media grafik yang agak penting di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana terdapatnya unsur – unsur
grafik yang boleh memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Manakala
menurut Kamus Dewan Edisi keempat lukisan adalah merujuk kepada hasil melukis atau
mengambar sesuatu hal. Lukisan juga mempunyai unsur – unsur grafik yang begitu tinggi
seperti warna, objek serta mempunyai maksud disebaliknya. Lukisan juga merujuk kepada
imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak
digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi
lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

11
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

2.3.1. Kelebihan media grafik lukisan.

i. Memberikan maksud di sebalik gambar.

Penggunaan media grafik lukisan mempunyai kelebihan yang tertentu iaitu


dapat memberikan maksud yang terdapat di sebalik ilustrasi lukisan tersebut. Di
dalam lukisan terdapatnya ciri – ciri yang agak penting antaranya ialah dapat
menterjemahkan maksud. Maksud yang diberikan di sebalik lukisan memainkan
peranan penting terhadap pemikiran pelajar. Iaitu lukisan dapat memaparkan
maksud yang pelbagai melalui ilustrasi yang dihasilkan. Contohnya lukisan yang
menunjukkan tema kemerdekaan akan memberikan persoalan tentang bilakah
kemerdekaan berlaku, bagaimanakah proses kemerdekaan berlaku. Keadaan
tersebut membolehkan pelajar berfikiran secara terbuka tentang sesuatu lukisan
tersebut.

ii. Menterjemahkan idea dan maklumat.

Melalui penggunaan lukisan maklumat serta idea dapat di tafsirkan oleh


pelajar dengan berkesan. Iaitu biasanya sesebuah lukisan hanya memaparkan
gambar yang sentiasa di lihat dan keadaan ini memudahkan maklumat di
sampaikan kepada pelajar. Selain itu terdapat juga lukisan yang berbentuk abstrak
yang sukar difahami oleh pelajar. Keadaan ini perlu di terangkan oleh guru supaya
pelajar dapat memahami maksud idea di yang ingin di sampaikan di sebalik
lukisan tersebut. Selalunya guru akan menggunakan lukisan yang mempunyai
ilustrasi yang mudah di fahami oleh pelajar terutamanya di dalam pengenalan
kepada topik pengajaran. Selain itu lukisan juga sentiasa digunakan di dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk menunjukkan contoh lukisan yang di
hasilkan oleh pelukis kepada pelajar untuk gambaran awal pengajaran.

iii. Menerapkan nilai kreativiti.

12
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Melalui penggunaan lukisan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah dapat memberikan kesan sampingan kepada pelajar ataupun
kelebihan pelajar dari segi kognitif. Kesan yang terdapat melalui penggunaan
lukisan ialah membolehkan pelajar berfikiran secara kreatif serta menerapkan nilai
kreativiti. Hal ini kerana lukisan di hasilkan dengan menggunakan daya kreativiti
yang tinggi dan keadaan ini membolehkan pelajar mengamati sesebuah hasil
lukisan sebelum menterjemahkan maklumat yang ingin di sampaikan oleh guru.
Contohnya di dalam mata pelajaran pendidikan seni visual guru akan
menyampaikan maklumat melalui lukisan terutamanya di dalam topik
pembelajaran lukisan. Guru akan menyuruh pelajar mengamati serta menghayati
lukisan tersebut sebelum menyuruh pelajar menterjemahkan maksud mengikut
kefahaman pelajar masing – masing

iv. Menarik.

Media grafik lukisan juga sentiasa di gunakan oleh guru di dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana terdapat unsur – unsur grafik yang
agak menarik. Grafik yang menarik dapat di lihat dari segi penggunaan unsur
warna, ilustrasi dan bentuk yang menarik. Grafik yang menarik ini memudahkan
pelajar mendapatkan maklumat melalui lukisan tersebut. Lukisan juga terbahagi
kepada dua iaitu lukisan berwarna dan hitam putih. Lukisan berwarna mampu
memberikan kesan yang agak baik dalam permindahan maklumat berbanding
lukisan hitam putih. Unsur yang menarik pada lukisan membuatkan pelajar lebih
suka terhadap sesuatu topik pembelajaran. Contohnya apabila guru mengajar
sesuatu topik pengajaran seperti di dalam mata pelajaran sains guru perlu
menunjukkan contoh gambar kepada pelajar. Gambar tersebut adalah dalam
bentuk lukisan yang berwarna secara tidak langsung menarik perhatian pelajar dan
maklumat dapat diperolehi pelajar.

2.3.2. Sokongan kajian terhadap penggunaan media grafik lukisan.

13
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Penggunaan media grafik lukisan di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


(P&P) di dalam bilik darjah adalah sangat penting kerana mempunyai pelbagai kelebihan
yang tersendiri seperti media grafik yang lain. Penggunaan media grafik lukisan
dikatakan dapat membantu penyampaian maklumat dengan cara yang berkesan oleh guru
– guru. Hal ini kerana penggunaan media grafik lukisan mempunyai ciri – ciri kelebihan
antaranya ialah dapat memberikan maksud di sebalik ilustrasi gambar, dapat
menterjemahkan idea dan maklumat, dapat menerapkan nilai kreativiti dan juga
mempunyai unsur menarik. Kelebihan – kelebihan ini diperolehi daripada fungsi – fungsi
media grafik lukisan tersebut. Media grafik tidak kurang pentingnya di dalam pengajaran
kerana penggunaan lukisan dapat membantu pengajaran dalam menyampaikan maklumat
seperti yang ditunjukkan dalam model kontinum kesan Dawyer.

Penggunaan media amat digalakkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran


(P&P) iaitu dengan memudahkan pelajar merekod dan menyimpan maklumat di dalam
memori ingatan mereka. Menurut kata – kata Kung Fu Tze iaitu merupakan seorang
pujangga dan ahli falsafah cina :

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya

tahu…’

Melalui kata – kata beliau dapat di katakan bahawa penggunaan media seperti
media grafik lukisan mampu memberikan ingatan atau memori yang jelas terhadap
maklumat yang di sampaikan oleh guru. Maklumat yang di sampaikan melalui lukisan
yang memerlukan pancaindera mata untuk melihat lebih berkesan daripada penggunaan
teks sahaja ataupun secara lisan sahaja. Penggunaan lukisan membolehkan pelajar
melihat dan mengingatkan objek yang terdapat di dalam lukisan. Berdasarkan teori
kognitif penggunaan gambar atau lukisan tidak akan mengelirukan pemikiran seseorang
pelajar kerana lukisan merupakan representasi optik yang jelas dan tepat. Dalam hal ini
lukisan merupakan gambar ilustrasi yang jelas dan maklumat yang disampaikan tidak
mengelirukan.

Selain itu penggunaan media grafik lukisan dapat menyokong pelajar mendapatkan
ilmu pengetahuan keadaan ini kerana penggunaan lukisan memerlukan pengamatan dan
melalui pengamatan kita dapat mengetahui sesuatu kerana pengamatan melibatkan
14
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

aktiviti sensori dan juga berkait dengan pemikiran melibatkan struktur imej visual. Hal ini
juga disebabkan oleh manusia yang dikatakan ‘Visually Oriented’ iaitu belajar melalui
penglihatan (Pulley). Penggunaan media grafik lukisan yang merupakan salah satu media
yang menggunakan visual dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang
dapat merangsang pembelajaran. Hal ini di sokong oleh pengkaji – pengkaji seperti
Dwyer dan Maizurah. Menurut mereka Penggunaan visual juga telah lama diketahui
berkeupayaan meransang pembelajaran dan pemprosesan maklumat (Dwyer,1978:
Maizurah, 2000).

Penggunaan media grafik seperti lukisan di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah juga mampu menterjemahkan sesuatu konsep iaitu
sesuatu yang abstrak kepada yang konkrit yang memudahkan pemikiran pelajar dan
secara tidak langsung dapat membekalkan pengalaman konkrit. Penggunaan lukisan di
dalam bilik darjah juga dapat memberi kemudahan kepada guru dalam mengendalikan
pengajaran serta kawalan kelas. Hal ini kerana penggunaan lukisan sebagai alat bantu
pengajaran dapat menjimatkan masa pengajaran. Seterusnya penggunaan lukisan juga
dapat meningkatkan tumpuan pelajar terhadap pengajaran kerana ianya menghiburkan
daripada guru menyampaikan pengajaran dalam bentuk lisan dan teks sahaja.

Kemudahan penggunaan media grafik lukisan juga adalah berdasarkan oleh


pemilihan media yang tepat. Iaitu di dalam model ASSURE yang memerlukan guru lebih
bijak dalam memilih media pengajaran. Penggunaan media tersebut perlulah ditentukan
mengikut aspek pengajaran. Klasek (1972) mencadangkan langkah – langkah yang perlu
diambil oleh guru dalam penggunaan media. Baginya setiap guru harus menentukan isi
pelajaran terlebih dahulu sebelum menentukan media dan bahan yang ingin digunakan.
Seterusnya pakar psikologi Jerome Bruner (1966) pernah menyatakan penggunaan media
memberi satu pengalaman yang konkrit dan dapat membantu pelajar menyatukan
pengalaman sedia ada mereka kerana penggunaan media juga memberi kesan langsung
dalam mencapai kemahiran.

Penggunaan media grafik lukisan juga adalah memberi kesan pemindahan


maklumat yang mendalam kepada pelajar dan dapat di simpan dalam memori ingatan
jangkan panjang. Menurut Maizurah (2000) penggunaan media bergantung kepada
fungsi, tujuan dan maksud . Kajian penyelidikan beliau turut mengakui rasangan kepada
perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada rasangan deria
15
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

rasa (1%), sentuhan (1.5%), hidu (3.5%), dengar (11%) dan lihat (83%). Kajian beliau
jelas menunjukkan bahawa pengajaran yang melibatkan penglihatan adalah lebih
berkesan daripada deria lain.

3.0. Penutup.

Kesimpulannya penggunaan media grafik seperti graf, kartun dan juga lukisan
masih lagi relevan digunakan di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran terutamanya
di dalam konteks bilik darjah. Penggunaan media ini masih lagi seiring dengan
perkembangan teknologi pada masa kini walaupun sudah terdapatnya pelbagai media
yang jauh lebih baik dan mudah digunakan.

Selain itu penggunaan media grafik tersebut banyak membantu guru di dalam
proses pengajaran dari segi kawalan kelas dan sebagainya. Penggunaan media grafik
telah banyak memberi kelebihan terhadap pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih
menarik dan pelbagai. Sebagai guru kita haruslah peka terhadap penggunaan media di
dalam pengajaran tidak kira media grafik dan media – media lain yang boleh digunakan.
16
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Akhir sekali guru perlu bijak memilih media supaya pengajaran yang di sampaikan
berkesan kepada pelajar.

Bibliografi.

Rujukan buku.

Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali, 2000, Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan

Seni Dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian

UPSI.

Mohd Johari Ab. Hamid, 2007, Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan, 2003, Pendidikan Seni

17
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

Untuk Maktab dan Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor, 2007, Siri

Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan. : Oxford Fajar

Sdn Bhd.

Yusup Hashim dan Maznah Man, 2006.Teknologi Instruksional : Teori dan Aplikasi edisi

kedua. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rujukan Journal.

Desai, M., Hart, J., & Richards, T.. (2008). E-LEARNING: PARADIGM SHIFT IN

EDUCATION. Education, 129(2), 327-334.  Retrieved July 27, 2009,

from ProQuest Education Journals. (Document ID: 1803412731).

Rujukan Internet.

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kartun_di_Malaysia

http://www.pendidikan.net/mod.php

www.mpkt.edu.my/kurimath_bestari.html

18
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063.

19

You might also like