You are on page 1of 5

BAB 10

HAK GOLONGAN PROFESIONAL

Hak didefinisikan sebagai tuntutan moral (Rowan & Zenaich Jr 2000). Sarjana yang
mula-mula menggunakan istilah hak sebagai tuntutan moral ialah Wesley Hohfeld
(1919).
Jika seseorang individu menuntut hak moralnya tidak mahu diganggu oleh orang lain
maka ia perlulah difahami oleh orang lain sebagai satu tanggungjawab moral untuk tidak
menggangu individu tersebut.

Hak Moral

Merujuk kepada hak seseorang individu tidak boleh diganggu oleh orang lain

Perlu difahami oleh orang lain tanggungjawab mereka adalah tidak menganggu hak
individu tersebut.

Hak Profesional

Seorang profesional mempunyai hak moral yang bertindih dengan hak sebagai manusia
biasa - sebagai pekerja dan sebagai profesional

Sebagai manusia biasa profesional mempunyai hak untuk hidup dan kebebasan
menjalankan kehidupan berdasarkan kepentingan masing-masing

Mereka berhak untuk bekerja bagi menyara kehidupan dan berhak untuk tidak
didiskriminasi dalam apa bentuk sekalipun

Hak yang penting bagi seseorang professional ialah hak yang berkaitan dengan
peranannya sebagai seorang professional dan obligasi yang terlibat. Antaranya :

1. Hak untuk membuat penilaian secara bebas iaitu tanpa ugutan dan paksaan
2. Hak untuk menolak daripada melakukan sebarang tindakan yang tidak beretika
dan melanggar undang-undang
3. Hak untuk bercakap kepada khalayak tentang tugas dan tanggungjawab
4. Hak untuk melindungi klien dan orang awam daripada sebarang kemudaratan
yang dilakukan oleh orang lain
5. Hak untuk mendapatkan pengiktirafan professional hasil daripada kerja-kerja
yang dilakukannya

Hak asasi seseorang profesional berkait rapat dengan hak moralnya iaitu melakukan
penilaian yang bertanggungjawab semasa menjalankan tangungjawab profesionalnya
Hal ini penting kerana setiap professional mahu tidak mahu terpaksa membuat keputusan
yang berkaitan dengan etika yang kompleks

Dalam keadaan seperti ini asas bagi hak professional ialah membuat pertimbangan tanpa
gangguan atau campurtangan daripada pihak lain
Dalam keadaan tertentu seseorang professional memerlukan sumber tertentu untuk
melaksanakan hak professional sejajar dengan obligasi terhadap profesionalnya

Contohnya seorang pensyarah yang ingin menghasilkan pelajar yang berkualiti perlu
disediakan dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seperti
kemudahan komputer dalam kelas dan susunan kerusi meja yang sesuai dalam kelas dan
suasana kelas yang kondusif.

Hak moral profesional mestilah dihormati oleh orang lain. Profesional juga mempunyai
hak moral untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang perbuatan yang tidak beretika
seperti memalsukan dokumen, mengubah keputusan kajian, menipu dan lain-lain.

Meniup Wisel.

Perbuatan meniup wisel merujuk kepada pendedahan salah laku dan perbuatan yang tidak
beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas pekerja dalam sesebuah
organisasi. Pendedahan ini dibuat kepada umum (e.g wartawan, ahli politik, persatuan
pengguna dan lain-lain).

Pendedahan ini dibuat oleh pekerja atau bekas pekerja dengan mengetepikan saluran-
salauran biasa dan pihak tertentu dalam organisasi. Pendedahan ini dilakukan oleh
pekerja atau bekas pekerja tersebut kepada pihak luar yang mempunyai autoriti dan kuasa
untuk bertindak.

Terdapat empat ciri utama perbuatan meniup wisel ini

1. Tindakan mendedahkan
-sengaja menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu di luar organisasi
2. Bahan maklumat
- menyerahkan maklumat yang ada kaitan dengan perbuatan tidak beretika seperti
jenayah, gangguan seksual, ketidakadilan kepada pekerja dan lain-lain
3. Agen
- Orang yang mendedahkan maklumat tersebut ialah pekerja atau bekas pekerja
atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan organisasi berkenaan
4. Penerima maklumat
- Maklumat disampaikan kepada sesorang atau organiasi yang mempunyai
kuasa untuk mengambil tindakan
Bentuk perbuatan meniup wisel

1. Meniup wisel luaran menunjukkan bahawa maklumat yang disampaikan kepada


pihak tertentu di luar organisasi
2. Meniup wisel dalaman bermaksud perbuatan itu berlaku dalam organisasi

Identiti Peniup Wisel

1. Terbuka – peniup wisel memperkenalkan identitinya


2. Tertutup - peniup wisel tidak memperkenalkan identitinya

Keadaan yang membolehkan profesional meniup wisel

Bergantung kepada 2 persoalan pokok :

1. Keadaan yang membolehkan


2. Keadaan yang menjadi obligasi moral untuk berbuat demikian

Keadaan-keadaan yang membolehkan seseorang professional meniup wisel

1. Jika perbuatan tidak beretika itu mendatangkan kemudaratan yang serius kepada
masyarakat.
2. Jika keprihatinannya telah diberitahu kepada pegawai atasan
3. Jika pelbagai usaha melalui saluran tertentu dalam organisasi tidak berkesan

Prosedur meniup wisel

1. Mulakan dengan menggunakan saluran biasa dalam organisasi.


2. Kemukakan bantahan atau pendapat dengan segera kepada pihak tertentu dalam
organiasi
3. Lakukan secara berhati-hati dan ambil kira perasaan orang yang terlibat
4. Tumpukan kepada isu yang berkaitan dan bukannya terhadap individu tertentu
5. Beritahu ketua terdekat samada secara formal atau tidak formal
6. Buat pemerhatian dengan rekod-rekod dan dokumen yang relevan
7. Minta pandangan dan nasihat daripada rakan sekerja dan jangan mengasingkan
diri
8. Sebelum mendedahkan maklumat kepada pihak luar bincang dahulu dengan
jawatankuasa etika badan profesional masing-masing
9. Minta nasihat peguam perkara yang berkaitan dengan undang-undang
Kaedah mengatasi meniup wisel :

1. Organisasi perlu mengamalkan polisi terbuka iaitu semua inidvidu diberikan


kebebasan bercakap dan berkomunikasi dalam organisasi
2. Menubuhkan jawatan kuasa etika yang bebas untuk menyiasat perbuatan yang
tidak beretika dalam organisasi.
3. Melakukan modifikasi intra organisasi, kalau sebelum ini pihak pengurusan
atasan mempunyai kata putus dalam satu-satu kes, dengan membuat modifikasi
profesional juga perlu diberikan hak moral untuk memberikan pendapat dan
pandangan kepada jawatan kuasa etika dalam organisasi berkenaan. Secara tak
langsung konflik dapat diselesaikan tanpa perlu mendedahkan kepada pihak luar

Hak pekerja

Hak pekerja ialah hak dari segi moral dan undang-undang dari segi statutes dan undang-
undang yang melibatkan status seseorang pekerja sebegai pekerja

Hak pekerja juga meliputi hak professional dalam hubungan pekerja-majikan e.g hak
pekerja menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pihak majikan tanpa dikenakan
tindakan oleh majikan.

Antara hak pekerja (Rowan & Zenaich, Jr, 2000) :

1. Hak untuk mendapat bayaran gaji yang setimpal dengan kerja dilakukan
2. Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan di tempat kerja
3. Hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan organisasi
-jika berlaku pembuangan kerja pekerja berhak diberitahu alasan mengapa mereka
diberhentikan dan mereka juga berhak untuk merayu
4. Hak untuk mendapatkan privacy atau bersendirian – berasaskan kepada hak asasi
manusia adalah dipercayai yang manusia dilahirkan bebas dan perlu diberikan
kebebasan tersebut.
-e.g pemasangan kamera litar tertutup sedikit sebanyak menceroboh privacy
pekerja

Diskriminasi

Diskriminasi bermaksud tindakan tidak adil yang dikenakan terhadap seseorang


secara secara sewenang-wenangnya. Memberikan layanan yang berbeza kepada
individu dalam organisasi

Contoh, menafikan kenaikan pangkat seseorang pekerja kerana jantina, bangsa,


agama dan lain-lain
Amalan diskriminasi bertentang dengan dengan hak untuk mendapatkan kesamaan
peluang

Amalan ini tidak beretika dan bertentangan dengan hak asasi manusia

You might also like