You are on page 1of 14

BAHASA

MALAYSIA
TAJUK:
ORANG GAJI ASING
(PEMBANTU RUMAH WARGA ASING)
PERLUKAN ORANG GAJI ATAU TIDAK?
• Majoriti pekerja profesional wanita atau kaum
ibu hanya ada dua cara untuk menangani
masalah penjagaan anak mereka iaitu berhenti
kerja atau memerlukan khidmat orang gaji.
• Pengambilan pembantu rumah warga
asing,khususnya dari Indonesia dan filipina
oleh keluarga yang bekerjaya,merupakan suatu
fenomena biasa.
• Pengambilan pembantu rumah ini banyak
membantu wanita malaysia berkerjaya
mengurus rumah tangga mereka.
Dasar Pekerja Asing di Malaysia
Apakah model yang menjadi dasar pekerja asing
di Malaysia?
1. Model Exclusionary -merujuk kepada dasar
yang menerima kemasukan pekerja asing
dalam sektor ekonomi yang terhad dalam
kerja-kerja kasar dan sukar. Apa yang lebih
penting lagi adalah pekerja asing tidak layak
untuk diberikan hak kewarganegaraan dan
mengundi dalam pilihanraya.
2.Model Asimilasi :merujuk kepada sebuah
dasar yang menyokong pekerja asing atau
imigran melepaskan asal usul budaya
mereka dan mengasimilasikan diri mereka
ke dalam masyarakat arus perdana.
 
3. Model Pelbagai Budaya :lebih cenderung
menyokong dan menerima budaya para
imigran atau pekerja asing dan wujud
sebagai salah satu budaya dalam masyarakat
arus perdana.
Berdasarkan ketiga-tiga model tersebut:
 Hanya menerima pekerja asing untuk tempoh
tertentu sahaja dan bekerja dalam sektor yang
telah ditetapkan .
 Tidak dibenarkan berkahwin selama tempoh
berkhidmat di Malaysia dan dilarang untuk
membawa keluarga (anak-anak atau orang
dibawah tanggungannya)
 Maksima kontrak kerja selama dua tahun dan
dapat disambung setiap tahun pada tahun-
tahun berikutnya bergantung kepada
persetujuan pembantu rumah dan majikan
Fungsi- fungsi pembantu rumah
 Menjaga anak majikan
• Banyak ibu yang bekerja dari awal pagi hingga
petang.Anak-anak mereka mungkin masih
kecil.Memang tidak sesuai membiarkan anak-anak
mereka bersendirian di rumah tanpa kawalan orang
dewasa.
• Mereka akan menjaga makan minum anak-anak
majikan
• Dengan adanya pembantu rumah ibu bapa tidak perlu
risau akan keselamatan anak-anak mereka
 Mengurus kerja rumah
• Kerja rumah seperti membersikan
rumah,membasuh pakaian,dan menyediakan
makanan diuruskan oleh pembantu rumah.
• Kebiasaannya,pembantu rumah akan
membuat kerja rumah berdasarkan apa yang
disuruh oleh majikan.
• Selain itu,pembantu rumah harus
bertanggungjawab melakukan segala urusan
kerja rumah dengan sempurna agar tidak
berlaku ketidakpuasan antara majikan.
 Menggalakkan wanita bergiat aktif
• Negara kita masih kekurangan tenaga kerja
dalam sektor-sektor penting
• Antaranya:guru,doktor,pentadbir perniagaan
dan sebagainya
• Banyak wanita berpendidikan tinggi,jika
wanita profesional ini terpaksa menjadi suri
rumah ,tenaga profesional mereka membazir.
• Sekiranya,pengambilan pembantu rumah
asing,wanita dapat melibatkan diri secara aktif
dalam pembangunan negara.
Kesan-kesan pengambilan pembantu
rumah warga asing
 Kerajaan sukar untuk membanteras PATI
• Pihak polis dan Jabatan Imigresen terpaksa
bekerja keras untuk mengurangkan pengambilan
pembantu rumah terlalu ramai.
• Kedutaan asing kurang bekerjasama dan enggan
mengeluarkan dokumen kepada rakyatnya
supaya dapat dihantar balik.
• Kita terpaksa menangung kos penghantaran
mereka.
• Banyak tenaga,wang,dan masa kerajaan
membazir.
 Keselamatan sosial terancam
• Ada dikalangan mereka yang bekerja sebagai
pembantu rumah merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa negara asal
mereka.
• Mereka melarikan diri ke malaysia supaya
terlepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa
negara asal mereka.
• Malangnya,mereka melakukan jenayah di sini
• kes-kes kecuriaan,pembunuhan,penderaan,dan
penganiayaan turut berlaku.
 Merebaknya penyakit berbahaya
• Pekerja warga asing yang bekerja sebagai
pembantu rumah perlu dikenakan pemeriksaan
kesihatan terlebih dahulu.
• Sebaliknya,ramai dikalangna mereka tidak
berbuat demikian .
• Banyak antara mereka berasal dari kawasan
mundur di negara asal mereka dan kesihatan
kurang terjamin.
• Ini akan menyebabkan majikan yang mengambil
pembantu rumah juga mempunyai penyakit
 Menjejaskan peluang ekonomi negara
• Hak rakyat kita juga sedikit banyak terjejas
• Pihak majikan ,lebih suka mengupah warga
asing dalam sektor pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah
• Selain itu,ada dikalangan mereka melibatkan
diri dalam bidang perniagaan walaupun dalam
masa yang sama mereka bekerja sebagai
pembantu rumah.
• Aliran matawang negara akan “overflow”.
Statistik Pembantu Rumah Asing Mengikut
Warganegara Sehingga 31 Disember 2009
1. Australia - 01
2. Bangladesh - 12
3. China - 13
4. Ethopia - 02
5. Fiji - 01
6. Filipina - 10.184
7. India - 72
8. Indonesia - 294.115
9. Moroco - 01
10. Myanmar - 22
11. Nepal - 23
12. Pakistan - 01
13. Rusia - 01
14. Sri Lanka - 810
15. Thailand - 432
16. Vietnam - 04

JUMLAH = 310.661
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like