You are on page 1of 21

SIFAT BAHASA

STRUKTUR SINTAKTIK
(TEORI NOAM CHOMSKY)

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD HAFIZUN BIN ABDUL HALIM
AHMAD NUR AIMAN BIN BURHANUDIN (cuti khas)
Siapa NOAM CHOMSKY?
• Avram Noam Chomsky lahir
di Philadelphia,
Pennsylvania, Amerika
Serikat, 7 Desember 1928. 

• Pada zaman 1950-an,


Chomsky mula
mengembangkan teori
tatabahasa generatif
• Bermula dengan penentangan beliau
terhadap Perang Vietnam, Chomsky
menjadikan dirinya seorang pembidas utama
terhadap dasar luar dan dalam negeri AS.

• Beliau menggelarkan dirinya sebagai


pengikut sosialisme libertarian yang
dianggapnya sebagai "peluasan liberalisme
klasik yang benar dan semulajadi ke arah
zaman masyarakat berindustri yang maju.
• Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan
Kemanusiaan pada tahun 1992, Chomsky menjadi
sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding
mana-mana cendekiawan hidup yang lain
sepanjang tahun 1980–92, di samping menjadi
sumber kelapan paling banyak kali dipetik
sepanjang zaman.

•  Sementara itu, kedudukan beliau selaku pembidas


terhebat dalam politik Amerika turut menjadikan
dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG)

• Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula


diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957
oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk
Syntactic Structures.

• Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects


of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah
menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan
formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang
diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus
matematik.
• TG mendapat sambutan dan seterusnya
menjadi popular di kalangan para linguis
seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan
perkembangan disiplin Fonologi Generatif,
Semantik Generatif dan sebagainya.
Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

• Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada


seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan
ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini
menganalisis bahasa berdasarkan korpus-
korpus dan bertujuan untuk memudahkan
seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu
dapat membentuk ayat-ayat baru dan
memahami pertuturan orang lain yang tidak
pernah didengarnya.
• Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan
oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu
sebagai “a device of some sort for producing
the sentences of the language under analysis”,
iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara
generatif dengan penggunaan simbol-simbol
untuk membentuk tatabahasa setepat
mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang
bersesuaian sebanyak mungkin.
• Dalam teori standard TG seperti yang terdapat
dalam karya beliau, nahu dibahagikan kepada
tiga komponen, iaitu:
I. sintaksis
II. semantik
III. fonologi
Struktur Sintaktik

• Struktur Dalaman
• Struktur Permukaan
Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan

• Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat


ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun
1957 oleh Noam Chomsky.
• Beliau mengemukakan suatu teori bahasa
yang baharu yang dikenali sebagai teori
tatabahasa transformasi-generatif setelah
beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa
struktral.
• Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG
mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat
iaitu peringkat struktur dalaman dan
peringkat struktur permukaan.

• Pertama, jenis rumus struktur frasa yang


menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman.
Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur
yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar
atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk
asas makna ayat, atau dengan kata lain,
membentuk semantik ayat.
• Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi
yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat
hingga membawa kepada peringkat permukaan.

• Peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat


yang biasanya telah mengalami perubahan
(transformasi) daripada struktur dalamannya, dan
merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya
diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan
untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa,
yang dinamai komponen fonologi.
• Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis
struktur permukaan yang berasal daripada
dua struktur dalaman atau lebih, maka akan
wujud keadaan ketaksaan ayat.

• Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan


yang berasal daripada hanya satu struktur
dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat
yang bersifat parafrasa.
Tak paham?
Lihat contoh di bawah

• Ayat Dasar (struktur dalaman)

~Encik Ali guru.


• Ayat Transformasi (struktur permukaan)

~Encik Ali bukan guru.


~Encik Alikah guru?
~Siapakah Encik Ali?
~Encik Ali ialah guru di Sekolah
Menengah Ismail Petra.
~Guru itu Encik Ali.
• Struktur permukaan terhasil apabila kita
mengujarkan sebutan untuk ayatberkenaan. Ini
meliputi representasi fonetik.

• Ayat transformasi terdiri daripada


pelbagaibentuk misalnya ayat penyata, ayat
tanya, ayat penegas dan seumpamanya.
Itulahsebab mengapa TTG diperlukan kerana
melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan
pelbagai ayat.
Untuk pemahaman lebih lanjut :
• Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan
ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan
ayat digeneratif secara gramatis.
• Jika penguasaan terhadap perkara ini
diremehkan, justeru akan menjejas atau
menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya.
Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba
menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara
dengan bangsa Melayu.
Rumusan :
• Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan
penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya
merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian
tinggi, tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi
generatif.

• Ini terbukti apabila Nik Safiah Karim (Ijazah Kedoktoran di


Universiti Ohio, Amerika 1975) dan Farid M. Onn (Universiti of
Illinois 1976) menerima penuh terhadap aliran linguistik
transformasi generatif yang bermula di Amerika ini. Justeru
golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah
pegangan aliran lain.
• Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas
pelabelan Kamus Dewan sahaja.

• Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat


preskriptif terhadapstruktur pasif dan
pengimbuhan perkataan pinjaman.

• Antara lain ialah penggunaan bahasa pada


tahap struktur permukaan dan struktur
dalaman. Rumusannya, nahu ini melibatkan
dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis
Selamat belajar
dan
Beramal…

You might also like