P. 1
Kemahiran-Menulis-mengarang

Kemahiran-Menulis-mengarang

|Views: 1,119|Likes:
Published by sardimpbl

More info:

Published by: sardimpbl on Aug 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2013

pdf

text

original

KEMAHIRAN MENULIS

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (f) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Konsep Menulis

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

• Melatih murid-murid melahirkan idea • Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea • Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul • Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.Tujuan Menulis Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. .

• Menyuburkan minat • Meluaskan kosa kata • Memberikan kepuasan jiwa. .• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul • Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari • Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

tanda baca dan ejaan yang betul. cantik dan kemas. serta tulisan yang jelas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkatperingkat kemahiran menulis terdiri daripada : .Peringkat Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis Peringkat Pelahiran .

• Latihan membentuk bulatan di udara. . Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: • Menulis dari kiri ke kanan • Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. pasir. di atas meja.Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. lantai tanpa menggunakan alat tulis.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk • Melukis gambar .• Menyambung titik • Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. • Latihan membentuk garisan lurus • Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf. suku kata. Pada peringkat ini. • Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu. anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: • Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. . perkataan dan ayat. murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini.Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis.

. • Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. • Latihan menyalin ayat daripada buku. • Latihan menyalin frasa atau ayat. • Latihan menamakan gambar-gambar. • Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. • Latihan menulis huruf dalam suku kata.

Peringkat Pelahiran Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar. berpandu. Pada peringkat ini. dan separa berpandu. separa terkawal. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. bertutur. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. . Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal. membaca dan mengeja. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.

Contoh Aktiviti: • Menulis jawapan pemahaman • Menulis karangan • Menulis ayat berdasarkan gambar • Membina ayat • Memanjangkan ayat • Menulis rencana • Mengisi silang kata • Melengkapkan ayat. .

penulisan ringkas. penulisan untuk majlis rasmi. . surat dan penulisan untuk papan kenyataan.JENIS-JENIS PENULISAN Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori. iaitu karangan.

Terkawal Karangan yang disediakan oleh guru. . • Contoh : (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru. (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. • Contoh : (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.Separa Terkawal Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru. .

(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. . (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.Berpandu Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. • Contoh: (ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan. • Contoh : (vii)Menulis semula cerita yang diperdengarkan. (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. (ii) Menyudahkan cerita.Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. (iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. .

peristiwa. benda. perwatakan.Bebas Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. perbincangan. . • Kreatif: puisi. berita. drama • Imaginatif: pengalaman. ulasan. kritikan. • Deskriptif: gambaran. cerpen. rencana. Bentuk karangan bebas seperti berikut : • Naratif: cerita. • Argumentatif: bahas. laporan.

pemikiran dan bahasa telah melahirkan beberaapa prinsip dalam pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman. psikologi. menonton televisyen dan sebagainya. .PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang dipelajari. Hubungan antara pengalaman. pemikiran dan bahasa merupakan hubungan yang anjal. Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik. tentang hubungan antara pengalaman. Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui deria. pembacaan.

Perancangan Aktiviti Menulis Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru. semasa mengarang dan pasca mengarang. pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius. . Selain itu.

Objektif Mengarang Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: • Melatih murid-murid melahirkan idea • Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea • Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul • Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Namun begitu. • Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul • Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharihari .

• Pra mengarang (i) Berbincang untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk menentukan isi (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak. semasa mengarang dan pasca mengarang.Peringkat Pengajaran Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang. internet dan bahan elektronik yang lain (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita (v) Menentukan watak (vi) Menyaring bahan (vii) Menulis draf .

ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.Semasa mengarang (iii) Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii) Menentukan format (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata. gaya bahasa. (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens Pasca mengarang (i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan . tanda baca. sistem bahasa.

Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. . Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan. • Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. • Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri. Dirakam dan diedit untuk digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan. atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka. bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder.Membina Bahan Sumber Bahan Pengajaran Menulis • Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet.

. atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera • Filem Filem jalur atau filem slaid. gambar bersiri.• Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal.

• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.Ciri Bahan Sumber yang Baik • Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar. • Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik. .

• Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa • Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru • Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran. terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya. . • Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid.• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.

• Bebas 11.Pendekatan Pengajaran Penulisan Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. pengjaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatanpendekatan tertentu seperti: 5.• Proses 13. • Berpandu 9. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai.• Komunikatif 15. • Terkawal 7.• Pengalaman Bahasa .

pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap… 13. menulis karangan berdasarkan gambar bersiri.Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. menyusun bahagian pendahuluan. 12. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. Selain itu. • Contoh aktiviti: 11. bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur… . Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru..

Pendekatan Berpandu • Isi karangan telah diberikan oleh guru • Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. • Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid. . • Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. • Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. • Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru • Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid. • Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

Pendekatan Bebas • Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. . • Penggunaan peribahasa digalakkan. • Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru • Murid-murid mencari isi karangan sendiri • Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan • Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan.

• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru • Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu • Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio • Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. • Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan. .Pendekatan Proses • Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid.

• Setelah siap dan lengkap. Aktiviti: • Murid-murid menyusun isi • Dalam peringkat menyusun isi. murid-murid berbincang dengan guru. . • Isi yang telah disusun. • Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan.•Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain. karangan dihantar kepada guru untuk dinilai. ditulis dalam bentuk rangka karangan • Rangka karangan yang telah mantap. ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.

Pendekatan Komunikatif • Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan • Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan • Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. • Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik • Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. • Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan. .

Pendekatan Pengalaman Bahasa • Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih • Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita • Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru • Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan • Setelah selesai. guru membimbing murid memberi tajuk cerita .

murid mendengar • Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru • Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu • Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi .• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai… • Guru membaca secara nyaring.

daerah /tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.Masalah Pengajaran Menulis Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB). .

Penilaian Aspek yang dinilai: • Isi • Ejaan • Bahasa • Kosa kata • Kelancaran • Pengolahan isi • Ketepatan dengan tajuk • Format (sekiranya karangan berformat) .

ayat.PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL • Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan. tanda baca. kelancaran dan kepesongan • Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan • Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format • Berikan markah akhir. . fakta.

TERIMA KASIH .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->