P. 1
Peranan Rasul

Peranan Rasul

|Views: 1,909|Likes:
Published by afiffarhan

More info:

Published by: afiffarhan on Aug 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/25/2015

pdf

text

original

Pengenalan Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya

sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.

Seorang negarawan atau pimpinan pula dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.

Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.

Sebagai Nabi dan Rasul
y

Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam alQuran.

y

Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.

y

Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.

y

Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.

y

Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -

Pengalaman Kanabian Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.

Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib

mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang

bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.

Sejarah penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad Allah S.W.T telah menurunkan wahyu kepada nabi dan rasul sebelum baginda diutus menjadi rasul, sebagaimana firmannya :

Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaiman kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya«[An-nisa 4:163] Al-quran ialah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur. Ulama¶ telah berbeza pendapat dalam menentukan wahyu pertama dan terakhir yang diturunkan kepada baginda. Dalam konteks wahyu pertama pendapat mereka adalah seperti berikut: 1. Pendapat pertama mengatakan ayat 1-5(Surah Al-Alaq,96) 2. Pendapat kedua mengatakan ayat 1-56 (Surah Al-Mudathir,74) 3. Pendapat ketiga menyatakan ayat (bimillahirrahmanirrahim) 4. Pendapat keempat mengatakan ayat surah Al-Fatihah kesuluruhannya. Setiap pendapat ini ada hujah masing-masing. Jumhur ulama¶ melihat pendapat pertama sebagai yang paling rajih, berdasarkan sahih riwayat Aishah yang menceritakan kisah penurunan wahyu pertama di gua Hira¶. Manakala dalam konteks wahyu terakhir pula perbezaan pendapat ulama¶ lebih ketara. Antara pendapat tersebut ialah: 1. Ayat 287(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan riba. 2. Ayat 281(Surah Al-Baqarah.2) yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di akhirat. 3. Ayat 282(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan hutang piutang. 4. Ayat 159(Surah Ali-Imran,3) 5. Ayat 176(Surah an-Nisa¶) 6. Ayat 128-129(Surah At-Taubah,9) Masalah penentuan wahyu terakhir sukar kerana kesemua pendapat tersebut adalah ijtihad peribadi ulam¶ yang dibuat secara andaian semata-mata, bukan dalil yang dipastikan oleh syara¶.

Bahkan Rasulullah S.A.W tidak pernah menentukan kepada mana-mana sahabat bahawa sesuatu itu sebagai wahyu terakhir. Walaubagaimanapun pendapat yang paling rajih ialah ayat: Dan peliharalah dirimu dari huru hara hari kiamat yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tipap seseorang menurut apa yang teah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikit pun.(Al-Baqarah 2:281) Pendapat ini dikatakan paling rajih kerana ayat tersebut diturunkan hanya beberapa hari sebelum baginda Rasulullah wafat. Wahyu umpama lampu yang menyuluh manusia ke jalan yang lurus. Melalui wahyu-wahyu yang diturunkan ini terzahir peranan seorang rasul dalam mengukuhkan pegangan syariat manusia.

³Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagau penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya, dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang

menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar daripada Allah´. (Surah Al-Ahzab: 45-47)

Peranan rasulullah [1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja. Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahualaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa¶ala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4] Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam¶iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin. Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut: "Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i¶tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat¶i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

Manusia tidak boleh menerima peraturan dan undang-undang bagi mentadbir apa-apa jua urusan pun selain dari disyariatkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, Yang Maha Mengetahui segala peraturan dan hukum syariat bagi mentadbir segala urusan itu ialah tuhan pencipta alam ini, dan kuasa hakimiyah itu adalah disisi Allah SWT sahaja. [2] Membawa al-Qur¶an untuk manusia. Firman Allah Subhanahu waTa¶ala: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai

Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [azZumar 39:41] Al-Quran ialah kalamullah yang bermu¶jizat diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab diriwayatkan secara mutawatir dan membaca hurufnya adalah ibadah bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas. Untuk membuktikan kerasulan yang telah dibawa, baginda dikurniakan mu¶jizat. Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talib bahawa piagam pemulauan tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku. Mu¶jizat yang diterima oleh baginda merupakan mu¶jizat terbesar iaitu mu¶jizat ma¶nawi. Kehebatan dan keagungan Al-Quran sebagai mu¶jizat ma¶nawi dapat dilihat dari segi bahasa, isi kandungan dan ilmu pengetahuan yang terkandung didalamnya. Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah

itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia yang lain. [3] Membacakan al-Qur¶an kepada manusia. Firman Allah Subhanahu waTa¶ala: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Qur¶an). [µAli Imran 3:164] Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur¶an. Sepertimana yang kita tahu, al-Qur¶an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang mencatitnya manakala yang lain menghafalnya. Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin negara. Kita merasa bimbang kerana masalah buta huruf dalam negara umat Islam masih tinggi termasuk tidak tahu membaca al-Quran. Oleh itu setiap ibubapa mestilah memastikan paling kurang seorang daripada anaknya dihantar ke pusat pengajian agama bagi mendalami ilmu agama disamping memastikan dirinya sendiri dan anak-anak mestilah tahu dan pandai membaca al-Quran. Bila setiap rumah mempunyai ahli agama dan al-Quran pula sentiasa dibaca di dalamnya maka banyak masalah sosial yang menimpa umat Islam pada hari ini dapat ditangani. [4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.

Firman Allah Subhanahu waTa¶ala: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka. [µAli Imran 3:164] Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut ± yakni segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia pada ketika itu. Tugas ini adalah penting dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar berpegang kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Sekira berlakunya pemisahan antara ilmu moden dengan aqidah Islam telah menyebabkan umat Islam terlalu berpegang kepada falsafah sesat barat sehingga menolak kaitan agama dengan ilmu tersebut. Sebagai contohnya dalam masalah ilmu sains yang terlalu berpegang kepada falsafah yang menolak ketuhanan yang menyebabkan sebarang kajian hanya berbentuk keduniaan semata-mata bukannya ke arah mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah serta mengakui kekuasaanNya dalam mencipta dan mengatur segala sesuatu. Kita dapat dengar dan baca ulasan golongan yang hanya berpegang kepada teori sains sahaja dalam masalah tsunami dan banjir besar misalnya di mana golongan ini hanya menganggap bahawa apa yang berlaku adalah suatu perubahan alam akibat cuaca dan pergerakan alam semata-mata. Sedangkan kita umat Islam mestilah yakin bahawa setiap berlaku adalah mengikut kehendak Allah disamping setiap musibah yang menimpa adanya di sana kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh umat manusia samada dari

segi pelanggaran terhadap suruhan dan larangan Allah dalam kehidupan seharian atau pun manusia merosakkan nikmat alam yang diciptakan Allah seperti merosakkan kawasan tadahan air dan sebagainya. Umat Islam mestilah merenung setiap apa yang berlaku untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah serta menyedarkan diri kita agar sentiasa berusaha dalam merapatkan diri kepada Allah sepanjang masa.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

Maksudnya :" Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu " [5] Mengajar dan menerangkan al-Qur¶an. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [µAli Imran 3:164] Maksud mengajar al-Qur¶an bukanlah cara-cara membaca dan

mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya. Tugas yang kelima bagi memastikan seluruh Islam dapat dilaksanakan dengan baik iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Ketika ramai rakyat di

negara barat sendiri mula memilih Islam sebagai agama walau pun pelbagai tuduhan liar oleh pemimpin mereka terhadap Islam yang dituduh sebagai pengganas namun betapa malangnya di negara kita ramai pula umat Islam sendiri akibat jahil tentang agama ditambah pula dengan pandangan sempit bahawa agama bukanlah suatu yang penting dan berharga telah menyebabkan ramai yang murtad. Begitu juga dengan jumlah umat Islam yang terlibat dengan perkara yang merosakkan tubuh badan seperti dadah, arak sentiasa meningkat. Apatah lagi dalam masalah pecah amanah dan rasuah yang telah menjadi suatu kebiasaan akibat kefahaman terhadap hukum Islam yang cetek ditambah dengan pegangan terhadap agama yang semakin rapuh. Malah dalam memilih pemimpin lebih banyak salah laku berbentuk rasuah yang berlaku sedangkan suatu amaran keras tentang bahayanya rasuah dalam memilih pemimpin melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedihialah.

....

.

Maksudnya : "«.dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya " Firman Allah SWT: Maksudnya : "Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : ³ Kami dengar dan kami patuh´. Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan. " [An-Nur :51]

[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur¶an. Firman Allah SWT: Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44] Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari

perkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah Tabaraka waTa¶ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihiwasallam sebagai mubayin al-Qur¶an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur¶an. Contohnya alQur¶an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya. Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahualaihi-wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang bererti sampaikan atau penyampai. [7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur¶an. Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam alQur¶an. Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari¶at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. [al-Baqarah 2:251] Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [alBaqarah 2:269] Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: ³Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari¶at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63] Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut: Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa¶ 4:54] Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (AlQuran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa¶ 4:113] Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [µAli Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari¶at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (alKitab). Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga. Demikian juga, al-Qur¶anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga. Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari¶at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah. Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (anNisaa¶ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa¶ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi alHikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (µAli Imran 3:164). Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur¶an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat: (Ingatlah) ketika Allah berfirman: ³Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga µAli Imran 3:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa¶ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil. Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta¶ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya. Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari¶at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil. [8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui. Firman Allah SWT: Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151] Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitab dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa¶ala

mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa¶id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka (masyarakat Arab) adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah Muhammad ± mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan.

Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu. Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang Sahara. Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. Malah dengan risalah Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ! [9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam. Firman Allah SWT: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa¶ 4:84] Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihiwasallam: Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah« Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-Qur¶an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam.

Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: « engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahualaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur¶an sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihiwasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). [10] Menggubal hukum untuk memelihara keperibadian umat islam Firman Allah SWT: Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. [al-A¶raaf 7:157] Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa¶ala menerangkan tugas dan kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum

agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang memudaratkan. Manusia tidak mampu membuat peraturan sendiri bagi mewujudkan perkara tersebut dalam erti kata yang sebenarnya. Kewujudan negara-negara yang mendaulatkan jemaah yang bersifat Islam sebagai satu proses tabi¶i dalam dakwah nabi-nabi dan rasul-rasul. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Adalah Bani Israil memimpin akan mereka oleh nabi-nabi, setiap kali wafatnya nabi , diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku, dan akan adanya khalifah-khalifah, mereka itu yang ramai. Lalu mereka berkata(bertanya): ³Maka apakah kamu perintahkan kepada kami(kalau berada di zaman ini)´. Jawab baginda: ³Tunaikanlah bai¶ah kepada yang pertama itu adalah yang lebih utama. Berilah kepada mereka hak-hak mereka(ketaatan dalam perkara menegakkan agama dan menentang fitnah dan kejahatan). Maka sesungguhnya Alllah akan menyoal mereka tentang apa yang mereka lakukan´. (hadis riwayat Bukhari, Muslim,Ibnu Majah dan Ahmad) [11] Sebagai Pemimpin Masyarakat Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh. [12] Sebagai Pemimpin Politik Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya

menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam

kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.

Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.

Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.

Membentuk Piagam Madinah Pada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang menampung rakyat berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya perlembagaan ini lebih bersifat satu alat untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman damai dalam sebuah negara yang sama.

Mengadakan Perjanjian Hudaibiah Perjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Tiada siapa dapat menyangka (termasuk Saidina Umar

sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap kontroversi itu telah memberikan penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.

Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul Quraisy iaitu Khalid al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk Islam, umat Islam bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa pertumpahan darah dua tahun kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan kebijaksanaannya dalam selokbelok percaturan politik Tanah Arab.

Mengadakan Hubungan Diplomatik Walaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda

membuktikan kualitinya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Farsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya. [12] Sebagai Perancang Ekonomi Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula. [13]Sebagai Pemimpin Ketenteraan Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.

Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan. Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan. Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi. Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.

Demikian

antara

tugas

Rasulullah

sallallahu-alaihi-wasallam

yang

dijawatkan. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh alQur¶an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur ± cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah sekadar membawa al-Qur¶an sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->