You are on page 1of 1

Faedah Melancong

Dewasa ini, terdapat banyak destinasi yang menarik untuk dilawati di negara kita.
Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang arif mengenai kebaikan yang
akan mereka perolehi sekiranya mereka pergi melancong.

Antara faedah melancong ialah kita boleh merapatkan hubungan sesama ahli
keluarga.Tamsilnya, kita boleh mengadakan percutian keluarga di kawasan peranginan
seperti di Cameron Highland, Genting Highland dan sebagainya. Impaknya, institusi
kekeluargaan akan bertambah kukuh.

Selain itu, melalui aktiviti ini juga, kita dapat meningkatkan ilmu Geografi
khususnya kepada para pelajar.Impaknya, kita akan lebih mengetahui kedudukan dan
latar masyarakat sesuatu tempat pelancongan.

Bukan itu sahaja, aktiviti melancong juga berupaya merehatkan minda kita dari
memikirkan soal pekerjaan semata-mata. Sebagai contoh, kita dapat menenangkan fikiran
dengan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Konklusinya, masyarakat perlulah diberitahu akan kebaikan melancong. Hal ini kerana
aktiviti ini ternyata mendatangkan impak yang positif kepada kehidupan mereka.

You might also like