You are on page 1of 8

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai

aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak,
perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama
ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional
yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain –
lain.

Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan


Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat
dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah dinyatakan
adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang
diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah
seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar
dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari
ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar
kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin
banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar.
Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai
suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai
dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu
penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia,


waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi
hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum
pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di
kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar
di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman
sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada
terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru
tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran
dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar
daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja
yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook,
ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di
malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga
menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan
banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca


utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama,
indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti
mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja,
kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini
wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan
sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam
mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang
bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan


yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong
kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan
penguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk
menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada
tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat
buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional
dan murid – murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini
adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.
Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak
yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan
individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini
tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari


semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan
adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk
menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir
juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat
kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka
bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir
boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan
tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah
serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan kesilapan
diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani


masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan – rakan
yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat
dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam
usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan
adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.
Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan
diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih
baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi
teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal
sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti
supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran
masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini,
semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru
disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh
pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang
mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain
penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid
membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,
melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan
tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran
khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah
dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak
mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak
lagi.
Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah
berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat
dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup
mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,
maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah
diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan
keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai
kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.
Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam
menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa
menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut
biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan
batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak
pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya
pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan
wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga
adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan
wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang
diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai
prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru – guru
mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaan
untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada


permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari
hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama,
pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)
dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara
sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada
berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya
guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan
yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap
bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,
membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi
memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan,
pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa
supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru
besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat
mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung


masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang
menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan
dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah
dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.
Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah
diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam
memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar
dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad
menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang


teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika
keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di
sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan
yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa
depan anak bangsa.
Rujukan:

Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti Dalam


Perkhidmatan Awam. Retrieved August 2, 2010, from:
http://apps.emoe.gov.my /bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN
% 20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf

Farizal (2008). BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki Rasuah. Retrieved on


August 2, 2010 from http://cikgufarizal.com/category/keratan-
akhbar/page/3/

Fuad Razali (2009). Pengetua Cadang Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan
Prosedur
Beri Biasiswa. Retrieved on August 2, 2010 from
http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/pengetua-cadang-bantuan-
kwapm
guna.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai


dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved on August 2, 2010 from
www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn
%20awam.ppt

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru


Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor:
Oxford
Fajar

Wapedia (nd*). Audit Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from


http://wapedia.mobi/ms/Audit_Sekolah

Wikipedia (nd*). Audit Kewangan Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from


http://ms.wikipedia.org/wiki/Audit_Kewangan_Sekolah

You might also like